Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.
"Kenapa uji cinta abang macam ni?" - Adam
"Syfa tak uji cinta abang. yfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita." - Hayfa
"Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?" - Aisya
Namun, benrakna pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?
Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.
Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau hanya perpisahan yang akan membuat penamat sebuah perhubungan?
Saya ikuti kisah ni hampir tamat di fb penulis. Sad and ashamed to say setahun yg lepas, saya adalah antara orang yg paling lantang bersuara di sana. Taklah keluarkan kata yg teruk. Selepas tu saya duduk diam2 dan jadi silent reader dan tulis bila perlu. 🤣😅😅 Saya takut nak berkata berlebihan dan cuba memahami setiap watak dlm novel ni. Bila dapat buku terus ke ending story baru skim thru dari awal just to refresh my memory.
Sejujurnya, saya tak berapa suka cerita bab2 curang dan poligami. Kisah curang tu masih okay lagi but poligami mmg berasap kepala. Bukan menidakkan poligami tersebut tapi bagi saya when all else has failed, it should always be a last resort. But at what cost?
Saya nak membenci watak Adam but author made it difficult. Dia sangat menyayangi Hayfa dan sedaya upaya melindungi isteri dia dari di baham Mak Ngah Adam dan anaknya Erra tanpa menyakiti hati mereka. Bagi Adam, tiada anak mereka tetap bahagia. But sejauh mana dia mampu melindungi si isteri?
Hayfa Bagi saya sikapnya pada awalnya amat saya kagumi. Pengorbanan dia untuk mendapatkan zuriat dari darah daging Adam sendiri drove her to suggest poligami dan dia sendiri yg memilih isteri buat Adam dan menjaga madunya dengan baik. But after that dia jadi tamak dan iri hati. Dia memfitnah dalam diam dengan mengiyakan apa yg Suhara sampaikan pada Adam. Sebabnya, dia dipengaruhi oleh nasihat sahabat karibnya, Suhara. When u let people around u dictate ur life, u simply changed. Wait..Hayfa mmg anak manja yg tak pernah di uji. Adam juga begitu. Segalanya dia dapat dengan mudah sebab tu bila di uji dia jadi lemah. Selemahnya manusia yg gagal mengawal emosi kerana tidak tahan dengan tohmahan orang dan overthinking.
Aisyah Watak dia di awal cerita amat menjengjelkan. It is not easy for me to like her macam mana pemalu dan baik pun hati dia. Saya amat marah bab ni. Sebabnya, dah tahu suami org yg tak jaga pandangan tu kenapa. Lepas tu bila di tanya boleh mengaku pulak. Takut2lah dalam pengakuan. Sebab dah jatuh hati. Walaupun dia rejected usulan untuk bermadu pada awalnya tapi tidak nampak kesungguhan dia di sana. Seriously, tak nampak. Akhirnya, makan hati dan rasa rendah diri sebab Adam tak pernah meluahkan rasa hati. Apa2 semuanya Hayfa. Bukan tiada terus cuma bahagian dia sedikit sahaja di peruntukkan. Jika saya di tempat dia saya juga akan terasa hati sebab macam saya ni dijadikan tempat untuk buat anak je. Saya jatuh kesian dengan jalan yg dipilihnya.
Adam Sangat menyayangi dan mempercayai Hayfa. Tidak cuba mengenal Aisyah dengan lebih rapat. Cuba bersikap adil dalam pologami. Umpama bola. Isteri2nya, masing2 menolak untuk bermalam dengannya asalkan salah satu madunya dapat bermalam dengannya. Dari pembacaan saya, isteri2 Adam sangat menjaga hati sesama mereka. Its like walking on eggshells. Takut bila salah seorang dari mereka kecil hati, Adam akan marah dan tersinggung. Atau mungkin berkecil hati dan rasa bersalah. Hayfa tolak Adam ke Aisyah dan sebaliknya. Namun di mana Adam berada, Hayfa tetap dalam ingatan. Cuma setelah berpisah dengan Aisyah tu baru boleh feel rindunya pada Aisyah. Bergabung dengan marah dan geram.
Dari pembacaan saya :
1. Takde sehari pun Hayfa tak bertemu dengan Adam. Sebabnya bekerja satu office tak silap saya lah. Bila giliran dia, mereka balik ke rumah mereka sendiri.
2. Hari cuti juga Hayfa bertandang ke rumah mentua. This is okay.
Yg tak okay, bila giliran Aisyah juga dia di situ malam baru balik. Apasal masa giliran dia tak balik rumah mentua. Ada juga..jarang2. Alasannya, melawat mentua. I mean mmg selalu dia begitu but when status changed, visiting days or hours shd also changed. Beri laluan lah sister. Why not 3 hari dengan Aisyah dan 3 hari dengan Hayfa. SUNDAY mentua day. 😅(Hayfa dan Adam tinggal rumah sendiri sedangkan Aisyah tinggal bersama keluarga Adam. Ada sebabnya. Tak ingatlah jika dia juga ada rumah sendiri bersama Adam.)
3. Hayfa sentiasa menjaga keperluan Aisyah even memasakkan makanan untuk Aisyah even bukan atau ketika gilirannya bersama Adam, which is true niatnya sebab Aisyah dah mengandung ketika itu. Dia sangat menjaga Aisyah kerana ikhlas menyayangi madunya.
4. Aisyah tak pernah menganggu masa Adam dengan Hayfa sebab dia sedar statusnya sebagai isteri nombor 2. Namun bab makan terlalu bergantung pada Hayfa. Her cravings, maybe. In a way, bagus jugalah, baby boleh bonding dengan mak tiri.
Semasa mengikuti kisah ni sebenarnya saya tak berapa nak menghayati kasih sayang yg Adam rasa terhadap wife2 dia. Even di akhir cerita. Walaupun mereka lived happily ever after as madu, Hayfa can never pay Aisyah back for all the time she had lost with Umar. As much as I felt that Hayfa deserved the happiness dengan setiap pengorbanan yg di buat untuk Adam, she doesnt deserved to have that one thing she yearned for so long. Maaf untuk ini.
Saya susah nak kesiankan watak Hayfa. Masalah dia yang cari sendiri dan susah nak terima teguran dari adik beradik. Kerana baginya itu bukan nasihat tapi menyindir. Well, saya rasa bila dah hidup lama bersama adik beradik, mereka sudah masak dengan sikap Hayfa. Kemungkinan besar Hayfa jenis seorang yg degil dan suka mengikut kata hati. Lebih mendengar pendapat sahabat dari keluarga. Expect feedback but never follow. Thus, dari berkata just to comfort her, might as well tells her what is wrong straight jack rather than beating about the bush. Unfortunately, for someone her age, she failed to see clearly and think wisely. (Jangan tanya umur dia berapa sebab saya tak tahu. Either hampir sama dengan Adam atau muda beberapa tahun dari Adam).
Dia juga bukan sahabat yg prihatin sebabnya dia tak pernah nak ambil tahu kehidupan Suhara. Life revolves only around her. Walaupun saya jelek dengan sikap Suhara semasa saya ikuti kisah ni di fb penulis, deep down saya rasa something that is not there about Suhara for her to have one track mind. Rupa2nya, nasibnya parah juga. Honestly, she deserved someone better and lead a better life.
I can never write ambiguously. Mesti ada detail. But for this story mmg terkesan juga. Tak mungkin lupa. Dalam banyak2 novel Hanni Ramsul, sejujurnya, only YM Berbicara set yg saya tak berapa nak ingat. Kalau ingat pun 5%. Yg lain tu mungkin lebih memberi impact sebab author really bermain dgn emosi pada setiap watak yg di nukilkannya. Syabas author.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
N memang bukan pro-poligami, so agak sukar untuk N nak terima cerita ni dengan hati yang lapang. Mungkin silap N sendiri sebab tak baca sinopsis sebelum beli. Nampak nama Hanni Ramsul depan buku, terus rembat jer.
With that said, N tak nafikan review kali ini lebih cenderung kepada emosi dan pendirian sendiri dan tidak jamin objektif.
I don't understand why ANYONE would allow si suami untuk pasang lain, walaupun untuk dapatkan anak. Yes, niat Hayfa harus dipuji and pengorbanan dia memang menyentuh hati. Tipu kalau N cakap N tak menangis bila
BUT...
I would expect my spouse to accept me as it is. Bukannya sebagai pengeluar anak. Dan N rasa Adam sebenarnya betul-betul tak kisah jika tiada anak.
Sebab itulah N tak boleh nak brain dengan keputusan Hayfa, walaupun katanya dia lakukan kerana CINTA. Am I selfish for not being able to relate to her decision? Mungkin.
And disebabkan pendirian N sendiri, N susah nak terima watak Aisya, tak kesahlah sebaik mana pun watak dia digambarkan oleh penulis. I cannot help rasa menyampah bila baca bab Aisya dan Adam. Maybe because i seriously doubt there are many people like her. Again, that is my personal prejudice.
So in that way, N faham perasaan Hayfa but at the same time N rasa Hayfa sendiri yang carik masalah ni so she really has no one to blame but herself, tak kisahlah walaupun ramai orang luar yang menghasut.
Despite it all, tipulah kalau N cakap cerita ini tak best, walaupun ada scene yang susah N nak terima. There is actually a lot to be learn from this story and that alone is enough reason for to me recommend this novel. But if you are anything like me, be prepared for some serious heartache and sakit hati.
tak banyak rasanya novel di pasaran yang mampu membawa kisah bermadu dengan sangat baik. biasanya mesti ada rampas-merampas, gaduh-gaduh, dengki, busuk hati dan sebagainya. ada tak ada dulu, suka dengan novel tajuknya pesona rindu. best friend jadi madu. boleh jadi geng yang sangat kamceng pulak tu.
novel ini, tekanan demi tekanan pada ayfa yang sudah lapan tahun berumah tangga dengan adam tapi tak ada cahaya mata. ada je watak yang sangat bermulut celupar. mak ngahnya... fuh! regu pulak sama dengan anak daranya, erra yang sebenar gilakan adam. segala macam jenis tohmahan dilempar pada ayfa. dalam pada baik lembut bercakap, tapi segala jenis racun masuk dalam ayat yang ditutur.
so, demi kasih demi sayang pada suami, ayfa tekad nak carikan isteri baru. tambah pula muncul watak aisya, yang sangat polos dan baik. yatim piatu dan jenis memandang semuanya baik. tak ada yang tidak baik baginya.
bila dah bermadu, cantik je sebenar perjalanan hidup mereka. saling bertimbang rasa dan menjaga hati. tambah lagi bila aisy mengandung dan melahirkan umar. bertambah erat hubungan antara adam dan kedua isterinya, ayfa dan isya.
dan di sinilah muncul anasir negatif. itu sebab orang kata, kalau kawan dah mula ada sentimen negatif ni, undur. nak meluah rasa pun, berpada. dalam pada kuat menepis, terjebak juga ayfa percaya pada pengaruh suhara. tambah keruh, fitnah dan penipuan mula berlaku!
bila Allah berkehendak, maka jadilah. bukan hak manusia untuk menidakkan tapi dah sifat manusia suka nak menyalahkan dan buat cerita. bila sesuatu berlaku, ada saja yang buruk diperkata tanpa nak melihat itulah takdir yang tertulis dalam hidup. kita memang tidak tahu apa yang sudah tertulis sepanjang kehidupan kita, so berwaspadalah bila berkata.
Hati kena kuat untuk menghadam novel ini kerana ini adalah kisah bermadu . Ouchhh...Walaupun novel ini penuh kontroversi utk wanita seperti aku tetapi garapan HR tetap terkesan di hati.. terbaik HR..teruskan berkarya
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penulis memang berani mengetengahkan isu poligami yang aku kira sudah semestinya mendapat kritikan pedas dari pembaca wanita. Seperti kata penulis, beliau menggunakan watak Hayfa, Aisha dah Suhara dalam menggambarkan pandangan masyarakat tentang poligami. Dan aku tak boleh nak nafikan yang penulis berjaya menzahirkan pandangan tersebut.
Boleh nampak dengan jelas watak Suhara yang anti poligami. Watak Hayfa yang kononnya boleh terima dimadukan tapi hakikatnya, makan hati. Watak Aisha yang sentiasa berhati-hati agar tak dipandang serong sebagai isteri kedua. Penulis berjaya memainkan emosi aku sebagai pembaca sehinggakan aku keliru nak marah dekat si Hayfa ke, Adam ke, atau Aisha. Nasib baik marah aku tak tertumpah ke si comel Umar 😁
Sekali lagi karya Hanni Ramsul yang tak mengecewakan. Sangat recommended untuk bacaan wanita di luar sana. Cuma sedikit pesanan awal, bacalah dengan hati yang terbuka dan sila kawal emosi anda 😎
Risik pada hati. Done. Buku ni kau kena baca dengan hati yang terbuka. Kisah tiga hati yang berkongsi rasa.
Hayfa dan Adam bertahun lama menyemai cinta pastilah inginkan zuriat untuk menyerikan rumah tangga. Sekian lama berusaha,namun masih jua belum diizinkan tuhan.
Hayfa bagi aku seorang yang sangat tabah dan cekal jiwanya. Dirinya di cerca di hina digelar mandul oleh ibu saudara Adam. 😭😭 tiap kali dihina dia bersabar dan syukur adam sentiasa berada disisinya.
Hayfa yang terlalu menyayangi Adam, meminta Adam untuk berkahwin demi memiliki zuriat. Hasrat yang pada mulanya ditentang oleh Adam juga keluarga mertuanya. Pujukan demi pujukan akhirnya Adam menerima aisya dalam hidup.
Setahun berlalu hidup mereka aman damai. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab pada kedua isterinya. Sehinggalah lahirnya Umar dalam hidup mereka bertiga.
Hati hayfa yang ikhlas pada mulanya, mula berantakan. Timbul curiga dalam diri hayfa pada aisya. Waktu ni aku geram dengan si suhla punca segalanya. Sebarkan cerita yang tak benar hingga berantakan rumahtangga aisya dan adam. Dia tanamkan benih2 curiga dalam diri hayfa sehingga hayfa sanggup melakukan dosa tu. 😢😢
Dosa apa? Dan kenapa aisya melarikan diri. Adakah adam akan memilih antara hayfa dan aisya setelah semua kebenaran terbongkar? Semua terjawab dalam buku RISIK PADA HATI.
tahniah penulis sebab berani ketengahkan isu poligami ni. Tahniah juga buat penerbit yang terbitkan naskhah ini. Kisah madu ni jarang ada yang suka. Yang aku baca kisah madu yang positif ada dua. Satu karya nazurah dan ini. Kalau ada lagi mungkin aku terlepas pandang. 😅😅
Sekali lagi, bacalah buku ni dengan hati yang tenang. Dan berlapang dada.
Kerana sayang hayfa sanggup berbagi kasih. Kerana sayang adam belajar menerima dengan seikhlas hati. Kerana cinta aisya masuk kedalam dunia yang amat dibenci oleh kaum wanita.
Namun, bila mengikhlaskan hati, kenapa curiga mula mengambil tempat. Kenapa cemburu munculkan diri. Adakah salah keputusan ini. Benarkah tiada redha di hati.😊😊 Pabila akal tak mampu mencari jawapan, tanya lah pada hati. 😘😘 adios.
What did I just read O.o .. too melodramatic for me. the plot really held my attention.. As I am writing this, there are still tears coursing down my face.kah! melawak je.. cerita ni berat sgt rasenye...aduhh penat dada ni rase..