Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang.
Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram.
Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.
Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.
Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban.
Jika saya seorang yang dilahirkan miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan dapat merantau lebih 16 buah negara, memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuklah mengurus lebih 60 buah hartanah dan menjadi jutawan seawal usia 32 tahun tanpa diploma mahupun ijazah, maka sesiapa pun mampu melakukan lebih baik daripada saya.
Setiap daripada kita mempunyai lima modal iaitu, masa, tenaga, pengetahuan, emosi dan wang. Maka, gunakanlah kesemua modal ini untuk menjadikan impian anda satu kenyataan. Insya-Allah.
Buku yang bagus untuk memahami cara mengurus kan kewangan peribadi. Tiada formula yang bombastik ataup jalan pintas untuk menjaga kewangan kita, simple sahaja sebenarnya. Jangan berbelanja lebih dari kemampuan kita dan konsisten menyimpan sebahagian wang kita ke dalam instrumen kewangan yang kita ada. Contoh, ASB, Fixed Deposit, Unit Trust dan yang lain-lain. Bila kita simpan, kita perlu fikir apa matlamat kewangan kita dan cara hendak laburkan kewangan kita ke saluran yang betul, mungkin dalam bidang hartanah, saham, bisnes atau apa-apa sahaja saluran yang kita mahir.
Dan untuk jadi mahir, kita perlu konsisten dan cari ilmu. Sentiasa belajar, melalui buku, youtube, mentor.
Jangan terpedaya dengan keseronokkan pendek seperti menyertai skim cepat kaya, membuat pinjaman peribadi, memiliki kereta besar atau membuat sesuatu di luar kemampuan kewangan kita.
Buku yang sangat padat dengan tips dan nasihat kewangan.
Pada hemat saya, buku ini sangat bagus untuk dibaca oleh semua lapisan umur terutamanya golongan muda.
Siapa pun kita, kita perlu kepada ilmu pengurusan kewangan dan harta. Ilmu ini sangat penting untuk mengatur kehidupan dan menjadi jaminan untuk hari tua kelak.
Muka surat berwarna warni dan mempunyai grafik yang menarik perhatian untuk meneruskan pembacaan.
Walaupun ayat-ayat dan teguran yang dibuat penulis berbaur bunyi pedas, namun perkara yang dinyatakan beliau adalah benar belaka kerana beliau mengutarakan pendapat serta ilmu dari sudut pandangnya yang sudah berkecimpung lama dalam dunia perniagaan dan pengurusan hartanah.
Buku ini adalah antara buku berbahasa Melayu dalam kategori yang wajib dibaca jika anda adalah penggemar genre pengurusan kewangan peribadi terutamanya tentang pengurusan hutang.
Dan wajib dibaca juga jika anda adalah seorang yang pernah melakukan kesilapan kewangan atau juga mungkin sedang dalam proses membaiki status kewangan sendiri.
10 bab yang tersusun kemas dan boleh dikatakan 2/3 daripada keseluruhannya menekankan tentang asas (fundamental) utama dalam pengurusan kewangan betul, iaitu mindset dan sikap.
"Masalah kewangan tidak wujud, yang ada cuma masalah dalaman (hati dan perasaan)"
Saya percaya ini bukan hanya sekadar tagline tapi ini adalah kesimpulan yang dibuat beliau yang sangat berpengalaman dalam membantu ribuan individu yang menghadapi masalah kewangan terutamanya berkenaan masalah bebanan hutang.
Paling menarik adalah bab ke 10. Ada beberapa kes yang pernah dibantu beliau dikongsikan dalam bab ini, termasuk kisah beliau sendiri. Beberapa kaedah teknikal penyelesaian hutang diceritakan secara ringkas tapi sudah cukup untuk dijadikan panduan umum kepada pembaca.
Sangat mahal ilmu yang dikongsikan, oleh itu memang sangat berbaloi untuk memiliki dan membaca buku ini.
There are some good content. Tp tolong la for your next book jangan buat colorful 2 pages lgi. Penat mata nk baca especially tak cukup contrast between background dengan wording tu. You don't need a gimmick if you actually have a good content. Keep the graphic simple black and white with some color on the actual graphic. Graphic designer obviously didn't consider psychological effect to the readers. Almost every pages has color feel like im reading children book.
Ada input bagus dan ada yang saya tak sependapat dengan pengarang. Buku ni untuk beginner yang bebetul taktahu tentang pengurusan kewangan dan ada sejarah kewangan yang agak teruk lepas tu dia tulis macam untuk orang yang ada pengetahuan pelaburan pulak. Maybe target reader dia orang yang financial knowledge intermediate level punya. Saya sangat suka bab pengurusan hutang beliau. Memang tak disangkal kaedah beliau berkesan tapi nasihat dari sudut lain macam tip bujang, tips kahwin saya tak setuju. Saya rasa pengarang patut lebihkan penjelasan tentang kaedah pengurusan hutang dan bukannya muuakan dalam satu bab terakhir sahaja. Penulisan pengarang boleh mislead clueless reader. Contohnya kat depan banyak galakkan beli hartanah spt rumah lepastu tetiba bab belakang cerita pasal risiko/kesilapan beli hartanah. Banyak judge dan pukul rata hidup orang sedangkan semua orang ada matlamat sendiri cara sendiri dan takdir sendiri. Betul pengarang ada selitkan peringatan tentang agama tapi entah saya tak rasa sampai ke hati pesanan dia. terlalu fokus pada dunia dan harta. menilai seseorang daripada berapa banyak hartanah yg dia ada feels so wrong to me. dia tahu pembaca mungkin tiada ilmu kewangan/tak tahu mengira tapi dia tak bother explain. tapi lepas baca saya anggap macam niat pengarang sebenanrnya nak bagi motivasi lah dekat pembaca yang hutang tinggi gunung pun boleh diselesaikan dengan cara yang betul. kite ambil apa yang baik, tinggalkan apa yang buruk.
Buku ini cuma setebal 203 mukasurat sahaja. Setiap bab diolah agar individu seperti Kak Elle (tidak ada asas ilmu kewangan) lebih mudah memahami ilmu penting ini. Kak Elle paling suka tip yang diberikan oleh penulis terutama dalam Melangsaikan Hutang dan Cara Menjadi Kaya 😁. Tip yang diberikan praktikal dan boleh capai. Buku ini Kak Elle boleh simpulkan sebagai padat tapi ringkas. Walaupun ada tip yang diberikan tidak dihuraikan secara terperinci namun sudah cukup baik untuk menjadi titik permulaan untuk kita mendalami ilmu kewangan. Antara yang menarik perhatian Kak Elle adalah bagaimana penulis menjadikan rumah sewa, kereta, insurans kemalangan, dan simpanan ASB sebagai hantaran perkahwinan. Manakala mas kahwin yang beliau berikan kepada isterinya adalah 10 dinar emas 😱. Jika dilihat daripada hantaran dan mas kahwin beliau ini, kesemuanya amat berguna untuk kehidupan selepas kahwin! Bijak sungguh. Kak Elle sangat mengesyorkan buku ini untuk mereka yang ada rancangan mahu berkahwin, juga amat sesuai untuk mereka yang ada masalah kewangan dan juga untuk mereka yang mahu belajar asas kewangan. Jika nak belajar bagaimana jadi kaya, buku ini pun sesuai sebagai asas 😁. Ini adalah bacaan 4.5 🌟 Kak Elle.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya membaca buku ini memang dengan tujuan untuk menambah baik kewangan saya. Adakah buku ini membantu? Ya sangat membantu, ia memberi saya idea untuk menyelesaikan hutang dengan lebih cepat dengan cara yang saya tak terfikir pun.
Kerana saya membaca buku ini atas niat untuk belajar memperbaiki kewangan, memang saya awal - awal lagi bersedia dengan kertas dan kalkulator. Alhamdulillah selepas baca buku ini saya akan bertindak.
Buku ini bagus utk dibaca. Banyak sangat tips utk digunakan. Mungkin boleh menjadi rujukan sekali lg pada masa hadapan. Ilustrasi buku menarik, tak bosan baca setiap helaian. Penulis beri tips utk bebas hutang dgn cara pelaburan di samping memberi penekanan terhadap landasan agama.
So many tips and points that shows readers what we should we shouldnt and why things happens why problems arise. All in terms of finance. But as the 1st point. Make sure what is your matlamat and take what you can from this book. Everyone have different end goals.
Saya suka cara penyampaian penulis buku ini yang santai tapi tidak terlalu santai. Informasi yang dikongsi pula bersifat evergreen dan masih relevan untuk diguna pakai.
Karya yang membuka mata diriku sebagai pembaca. Pembaca diajar bagaimana mengurus kewangan dengan betul di samping teknik menyelesaikan hutang dan menambah harta mengikut pengalaman Tuan Zaidi.
Boleh la, ada pertambahan ilmu. Penulis byk kongsi bisnes yg sedang beliau jalankan mcm perniagaan hartanah daro segi perniagaan lain kurang pendedahannya..