Jump to ratings and reviews
Rate this book

Isteri Dominan

Rate this book
Memang benar suami adalah nakhoda rumah tangga, namun kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa suasana dalam rumah tangga sebenarnya lebih banyak dicorakkan oleh seorang isteri.

Mengapa? Sebab seorang isteri yang gembira akan membuatkan suami lebih selesa dan anak-anak juga meraih bahagia.

Justeru persoalannya, bagaimana mahu membuat seorang isteri itu gembira? Jawapannya mudah. Seorang isteri mesti beroleh kuasa dalam rumah tangganya! Seorang isteri mesti tahu mengapa dia perlukan sesuatu, mengapa dia mesti dapat apa yang dia mahu dan jika si isteri tidak dapat perkara itu, dia mesti tahu bagaimana mahu meleburkan kehampaannya.

Inilah yang cuba dibawakan di dalam naskhah ini. Semua perkongsian di sini bukan sahaja sesuai dibaca oleh para isteri bahkan para suami juga perlu mengambil kesempatan untuk menghadam isi hati seorang isteri menerusi naskhah ini.

Bukan semua perkara mampu diluahkan oleh seorang isteri kepada suaminya dan tidak semua rasa tak puas hati sanggup dijelaskan oleh seorang suami terhadap si isteri.

Justeru, naskhah ISTERI DOMINAN ini cuba berlaku jujur untuk memihak kepada kedua-duanya!

216 pages, Paperback

First published March 1, 2019

2 people are currently reading
8 people want to read

About the author

Bonda Nor

50 books77 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (11%)
4 stars
5 (55%)
3 stars
2 (22%)
2 stars
1 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
January 5, 2023
Naskhah ketiga yang selesai dibaca tahun ini. Alhamdulillah so far so good, on track 😍

Tajuk buku ni macam ganas je kan? Hakikatnya buku ini memberikan panduan dan berkongsi pengalaman dua penulis wanita sohor ini tentang cara menjadi isteri yang mendominasi peranan dan prinsip keisterian. Ha gitu.

Seperti petikan pada kulit hadapan buku, “Tanpa perlu menjadi raja, engkau juga mampu memegang tampuk kuasa.”

Benar, isteri. Lembut dan manja itu sumber kuasa lunak yang jauh lebih berkekalan daripada kekerasan dan keangkuhan.

Selamat meneliti naskhah ini jika tertarik hati, dan luaskan dominasimu wahai isteri dan bakal isteri!

Psssttt.
Suami dan bakal suami pun elok baca buku ni untuk lebih memahami si dia :-)
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
January 4, 2022
Isteri Dominan

Buat saya tersentak ketika membacanya. Besarnya Rahmat Allah dalam kehidupan berumahtangga ini.

Semoga kita semua kekal tabah dan cekal menghadapinya.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.