~Persengketaan di bumi bermula sejak penderhakaan pertama di langit!~
Bermula Perang Salib, dunia tercampak ke dalam petaka yang dahsyat. Seekor makhluk derhaka lahir dan mencetuskan hura-hara serta kacau bilau. Dunia cuba diheretnya sehingga ke titik kehancuran!
Sehingga pada tahun 2018, Firman dan Izara masih tidak berputus asa mencari Furqan yang dilarikan Azazil. Dalam masa sama, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat wanita hamil dalam keadaan mengerikan. Lambang misteri ditinggalkan di lokasi kejadian. Inspektor Rasyid yakin kes yang berlaku mempunyai kaitan dengan kejadian ngeri pada tahun 2015. Doktor Latifah seorang pakar psikiatri hadir bagi membantu siasatan. Ustaz Yusrizal juga turut muncul untuk menyelamatkan keadaan. Tanpa sedar nyawa mereka menjadi buruan!
“Manusia... selama-lamanya makhluk yang lemah dan terkutuk!” ~ Azazil
“Syaitan selama-lamanya berada dalam kebatilan. ALLAH akan bantu aku memerangi kau Azazil!” ~ Firman
“Demi ALLAH, aku akan balas setiap perbuatan makhluk terkutuk tu! Walaupun nyawa aku bercerai daripada badan!” ~ Inspektor Rasyid
Menarik tentang buku ini:
Karya ini mengetengahkan tentang isu kewujudan Azazil iaitu syaitan yang paling jahat dalam golongan makhluk terkutuk itu. Sejarah tentang kewujudan Azazil juga diceritakan di dalam karya ini. Tugas-tugas Azazil ini, selain daripada menghasut manusia melakukan kejahatan, ia juga turut membunuh manusia menggunakan cara halus sehingga menyebabkan kematian yang berlaku amat tragis. Tujuan Azazil ini membunuh adalah untuk menambahkan lagi pengikutnya, kerana dia akan memastikan manusia yang dibunuhnya akan menyekutukan ALLAH dan mengikut perintahnya. Selain itu, dia mahu mahu manusia tunduk kepadanya dan menyembah dajal. Akhirnya dia manusia akan mati di dalam kesesatan dan mensyirikkan ALLAH.
Elemen seram dan saspens yang ditonjolkan di dalam karya ini amat berkesan kepada pembaca. Selain itu, keinsafan pasti wujud di dalam hati pembaca apabila membaca tentang kekejaman yang dilakukan oleh Azazil. Elemen keagamaan yang diselitkan juga sedikit sebanyak dapat memberikan panduan kepada pembaca agar tidak melakukan perkara-perkara yang menyekutukan ALLAH.
Aku dapat bayangkan kalau novel ni dibuat dlm bentuk filem mesti meletop! Sebab elemen2 seram banyak sgt. Jumpscare a lot weh! Tak sanggup aku nak baca time malam. Mmg surrender dan aku amik masa 8 hari utk habiskan pembacaan. Yela, pagi Aku keje. Dpt baca pun dalam train. Ni novel paling lama aku baca. 😔 Daaannn, Aku terpaksa bungkus novel ni dgn kertas minyak sebab taknak tgk cover novel ni. Boleh mimpi ngeri bila tgk. Banyak setan jubah hitam, pastu setan dalam ni kuat betul. Takut Aku. Haihhh setan betul. Overall best!
Merupakan kesinambungan bagi novel Penanggal, penulis sekali lagi membawa kisah bersifat 'segar'. Dan kali ini saya kira lebih berani dan lebih keras. Setiap bab diperincikan dengan baik. Babak seram dan saspen diwujudkan dengan baik. Tahniah buat penulis! Teruskan berkarya.
"kehidupan ni bergerak terlalu pantas sehingga adakala kita terlalu takut. terlalu risau. tak bersedia untuk merasai kehilangan. tak bersedia dihadapkan kepada Tuhan untuk dipersoalkan segalanya. benarlah, nyawa ni adalah ujian kepada manusia. ia bukan kehidupan semata-mata. maknanya lebih mendalam daripada itu.
dan kita akan sedar saat ia telah hilang. saat kita diletakkan di bawah bumi kita berpijak. di mana tempat sebelum ini kita mengangkuhkan diri, berpijak dengan sombong, melangkah dengan riak. dan di situ kita akan mengerti segalanya. di situlah bermulanya permulaan kepada sebuah pengakhiran."
... petikan dialog di atas sangat menusuk, seolah-olah menampar muka kembali. sejujurnya, sebuah karya yang mampu menyedarkan kita manusia betapa hinanya kita ini sebenarnya. mudah dipermainkan. mudah diperolokkan.
furqan hilang. buatkan firman dan izara sedar bahawa mereka masih diburu. serbamula, novel ini adalah kesinambungan dari novel NYAWA. kalau pembaca masih ingat bagaimana tujuh insan yang diganggu oleh makhluk sehingga mereka tidak dapat membezakan realiti atau fantasi. tambah perkataan NYAWA, yang sebenar memburu nyawa mereka.
izara dan firman terselamat. tapi mereka masih perlu bertahan kerana azazil mula mengorak langkah. wahida, jannah, sakinah antara yang mengandung tanpa suami dan kandungan mereka dirampas dengan kejam sehingga mengorbankan diri mereka sendiri. di waktu mereka mengandung, terpaksa pula mendengar bisikan-bisikan yang membuatkan mereka sangat takut. sangat takut berpaling dari agama. bisikan menyesatkan itu sangat menghantui mereka. terdapat simbol pada kematian mereka. doktor latifah berusaha untuk membantu dan inspektor rashid akhirnya dapat menterjemah simbol itu. Allahu!
tuan penulis Eiqbal Mohaydeen berjaya pada pembacaan akak secara peribadi mengaitkan segala yang berlaku dalam realiti dunia semasa dengan fiksyen ciptaan berlandaskan pada kebenaran agama. kajian terperinci harus beliau buat. bukan boleh sewenang-wenang masukkan dalam novel. dan keseluruhan team yang merealisasikan novel ini hingga ke peringkat akhir.
paling ditakuti, penunggang agama. paling tak disangka, itulah yang harus dihadap. bukan sekadar pada syaitan yang terserlah kejahatan mereka.
moga kita manusia, terlindung dari penipuan syaitan terlaknat. tapi apa pun, diri kita dulu harus diperbaiki. nafsu harus dikawal, hati harus dijaga. kembalilah di bawah keredhaanNYA.
sesungguhnya kita hidup di akhir zaman. sesungguhnya terlalu banyak pancaroba yang harus kita lalui.
Jalan cerita yang menarik serta ada banyak adengan suspen... Ngeri betul cara semua wanita yg hamil tanpa ketahui siapa bapa kandungan tu menemui ajal mereka. Sampai aku yg kering hati ni pun boleh terasa keseramannya yang serius ngeri tu...😅😅😂😂🤣🤣
Seriously aku gila tak sangka AZAZIL tu sebenarnya Ustaz Yusrizal. Mati² aku kena troll dengan penulis...(hebat😎🤩)
Buku ni satu²nya buku yang boleh buat aku terasa betul- betul ngeri bila baca.😬😬👻.
Watak AZAZIL yang serius kejam tu buat aku seram. Kekadang terbawa² dan terbayang² bila berseorangan dalam bilik.( tapi aku memang suka duduk dalam bilk sorang² pun.
Aku rekomenkan buku ni buat sesiapa yang serius suka genre seram macam aku. Memang kena baca!!! Tapi sapa² yg lemah semangat aku tak sarankan coz buku ni memang ngeri. Lagi-lagi kalu duduk sorang2.👻👻
Anyway, buku ni serius best giler. GOOD JOB & GOOD LUCK, Eqbal Mohaydeen
Naskhah ini merupakan sambungan bagi apa yang terjadi dalam novel Nyawa.
Furqan anak kepada Izara dan Firman dilarikan oleh Azazil. Dalam masa yang sama beberapa orang wanita hamil telah ditemui maut. Dan mereka ini wanita yang tidak bersuami malah menafikan mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki. Dan sebelum maut menjemput mereka juga mengalami gangguan.
Ramai betul watak yang membuatkan SH rasa tidak percaya. Habis semua SH tuduh sebagai dalang. Licik betul permainan Azazil dalam menyesatkan manusia. Pepatah jangan menilai buku dari kulitnya sememangnya sesuai untuk watak-watak dalam naskhah ini. Yang kelihatan boleh dipercayai rupanya tidak begitu juga sebaliknya.
Kasihan betul dengan gadis-gadis yang menjadi mangsa Azazil. Bukan sahaja menghadapi pelbagai gangguan yang menakutkan malah terpaksa menghadapi pandangan masyarakat kerana hamil tanpa suami. Malah orang tua mereka juga turut tidak mempercayai mereka. SH tak mampu membayangkan betapa ia menyakitkan mereka terutamanya dari segi psikologi.
Sambungan yang sangat berbaloi dibaca.. Bermula dengan penculikkan Furqan iaitu anak Izara dan Firman.. Kemudiannya berlaku pembunuhan gadia mengandung, anak mereka hilang dan simbol pelik berada di tempat kejadian.. Siapa sahaja yang menyiasat kes tersebut dan cuba membantu Firman serta Izara pasti diserang makhluk berjubah hitam yang ganas dan Azazil.. Tekaan Sha mengenai siapa Azazil memang sipi sipi mengena walaupun terkeliru.. Musuh yang tak disangka rupanya berada dekat dengan mereka..
Cerita dan plot sangat menarik sebenarnya. Lebih menarik dari buku Nyawa. Tapi for me, biasa² je. I'm not really interested and I'm not that eager to read. The idea really² interesting tho. It's just me problem 😌. This buku not really seram maybe because of that I'm not really interested? Tapi gory la. But well overall semua okay plot and banyak pengajaran dalam ni.
“Gelap, mendebarkan, dan penuh misteri Azazil menyelam jauh dalam psikologi manusia dan kuasa ghaib.”
Azazil bukan sekadar novel seram biasa. Eqbal Mohaydeen membina kisah berlapis tentang asal-usul syaitan, kejahatan metafizik, dan perjuangan moral antara iman dan kekuatan gelap. Watak seperti Firman, Izara dan Ustaz Yusrizal tampil dengan intensiti emosi yang mampu mencuit naluri pembaca. Latar sosial dan elemen agama diperap dengan kemas, menjadikannya lebih daripada sekadar kisah mistik.
** Apa Yang Saya Suka:** • Elemen suspense & twist: Banyak kejadian tidak dijangka dari simbol misteri di tempat kejadian hingga identiti sebenar Azazil menjadikannya mencabar dijangka.   • Pendekatan fiksyen religio-sejarah: Penceritaan diawali dengan penderhakaan di langit dan akhirnya berakar ke dunia nyata, memberi dimensi mendalam pada konflik spiritual novel ini.   • Watak hangat & dramatik: Firman dan Izara sebagai ibu bapa hilang anak mencetus perasaan simpati, sementara penyiasat dan Ustaz menambahkan unsur kerohanian dan psikologi. 
** Kekurangan Kecil:** • Tempo sedikit perlahan: Kadang-lala pengenalan watak dan latar terasa panjang meskipun penting untuk konteks, ia perlukan kesabaran pembaca. • Penceritaan kompleks: Dengan pelbagai watak dan lapisan plot, ada kalanya mengelirukan untuk ingat kaitan di antara mereka.
“Serius buku ni memang mantap! Jalan cerita yang menarik serta ada banyak adengan suspen…” — ulasan Goodreads  “Sambungan yang sangat berbaloi dibaca… Plot twist memang sipi-sipi mengena…” — ulasan Goodreads 
⸻
Kesimpulan
Azazil karya Eqbal Mohaydeen adalah sebuah thriller seram dengan sentuhan Islamik dan psikologi. Cerita ini bukan semata-mata seram ia penuh dengan falsafah, symbolisme dan emosi mendalam tentang iman, kuasa jahat, dan keberanian manusia.
Saya beri 4/5 bintang untuk keberanian naratif, suasana mendebarkan, dan nilai spiritual yang tersirat dalam setiap bab.
Bismillahirahmanirhim...masyaallah best betul sambungan bagi novel Nyawa. Plot memang mengejutkan..kita yang baca pun tertipu macam mana Firman terkejut🫣😬 cerita before ni banyak pusing2 sampai aku pun pening sebab banyak sangat watak2 yang hadir dan terbunuh...tapi kali ini disebabkan dah baca nyawa..so bila baca Azazil lebih diterima watak yang hadir..
✅️Ada isu agama & penunggang agama dibawa dalam cerita kali ini.
✅️Banyak betul yang main tikam belakang, sangkaan aku meleset betul..😅kena main juga aku..
Aku sepanjang membaca tercari2 mana kaitan dengan kisah yang dibawa pada awal cerita..kita kena sabar wei tunggu sampai nak dekat abis..barulah nampak kenyataan yang sebenar...
✅️Kesian dengan watak2 wanita suci yang tiba2 pregnant dan dituduh pendosa..geram aku kat sini..geram dengan team2 Azazil🤬 sampai yang part nak berperang tu hampir putus asa aku tengok Firman..tak kan ada 3.0 pula kot🤣🤣🤣🤣 mana lah tau dulu anak dah kena culik..kali ni dia kena berperang dengan ahli keluarga terdekat ke🤣🤣🤣🤣 nasib baik ditamatkan juga..tapi taghut terlepas😡 tiba2 teringat cerita sayap berlian...watak ahli sihir terlepas juga..🫣😬
✅️Apa pun aku puas ati, penulisan plot kali ini ada pembahruan..tak pening baca..pandai penulis tipu kami..🤣🤣🤣until next buku🤭
"Apa yang aku belajar? Jangan mudah sangat percaya apa yang orang ajar. Kena semak dulu, betul ke tak. Kalau rasa pelik, tanya orang yang betul-betul faham dan boleh percaya. Lagi satu, jaga mulut—kalau tak, boleh jadi racun. Kesian orang yang tak salah apa-apa, tapi jadi mangsa… mental dan fizikal pun boleh sakit. Nak faham lebih? Baca buku PENAT. Serius, buku tu boleh buka mata. Jangan main-main dengan isu kesihatan mental ni tau!"
Sambungan dari novel 'Nyawa', Eqbal membawa pembaca ke tahun seterusnya selepas penculikan Furqan di akhir novel 'Nyawa' itu. Seperti karya-karyanya sebelum ini, terdapat banyak kematian disebabkan kuasa jahat yang tidak dapat dihalang pada awalnya, sementara sekumpulan mangsa terselamat dan penyiasat kes (yang terlibat secara langsung atau tidak langsung) mencari jawapan demi jawapan terhadap misteri berkaitan setiap kematian tersebut. Plot twist sememangnya ada, dan cara Eqbal 'menghilangkan' dan 'mengadakan' karekter paling dikehendaki sehingga bab-bab akhir novel ini. PUAS HATI!
Permulaan agak meleret. Terganggu sedikit dengan frasa memuntahkan pandangan. Macam mana pandangan mata boleh dimuntahkan.
Tapi, scene pertarungan terakhir seronok. Siapa Azazil sebenarnya agak mengejutkan in a good way. Pertarungan terakhir juga dapat dirasakan debarannya.
Overall, ada nampak penambahbaikan daripada buku nyawa.
Permulaan bacaan rasa seperti lambat sebab seblum baca Azazik saya telah baca Penanggal. Jadi merasakan jalan ceritanya hampir sama. Tetapi setelah masuk di pertengahan cerita pelbagai aksi dan info dapat saya ketahui.