Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia

Rate this book
Pasca Malaysia Baharu menyaksikan isu semasa berkaitan dengan ekonomi negara begitu pesat disebarkan di media sosial atau media utama. Pihak pembangkang dan kerajaan begitu berlumba lumba mencambahkan propanganda versi mereka untuk tatapan marhaen.

Anak panah fitnah isu ekonomi yang dilepaskan busur propaganda begitu laju dan bertebaran sehingga membuatkan rakyat seperti kita tidak lagi tahu mengenali mana benar dan salah. Justeru, tiga orang penulis yang mempunyai latar belakang dalam bidang kewangan dan ekonomi saling berganding bahu menyiapkan koleksi koleksi artikel yang bertujuan memberikan pencerahan agung agar kita tidak lagi ditipu oleh politikus itu!

Paperback

First published March 1, 2019

4 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (27%)
4 stars
34 (55%)
3 stars
7 (11%)
2 stars
1 (1%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
August 9, 2020
Aku yang memang jahil dalam bab2 ekonomi dan kewangan perlu baca banyak kali pada setiap bab untuk faham apa yang ingin disampaikan.

Aku sebagai penyokong PAS memang turut sama ikut mengutuk GST tetapi rupa2nya hanya keburukan GST yang digembar-gemburkan sedangkan sisi2 kebaikan GST langsung disenyapkan. Masalah GST ialah semua orang kena, tak kira kaya atau miskin. Kelebihannya ialah pendatang haram dan kapitalis2 yang suka lari dari cukai pun tak dapat lari dari GST sebab dah diselitkan kepada hampir semua perkara. Cuma itulah... orang malaysia yang miskin pun kena, memang tidak dapat dielakkan. Kesimpulannya GST ada pro dan kontra. Begitu juga SST. (Nak tau kena baca buku ni)

Satu lagi bila bab BR1M, duit "suapan" kononnya kata pembangkang (sebelum PRU14). Tidak dinafikan boleh jadi duit suapan kepada rakyat untuk kekal menyokong kerajaan (cuma tak berjaya, bak kata Arwahyarham Tuan Guru Nik Abd Aziz " Dia bagi apa kita ambil, tapi kita tetap undi PAS"). Banyak kelebihan BR1M dikongsikan penulis dalam menjana ekonomi negara. Tapi itulah, sama kes dengan GST, keburukan digembar-gemburkan, kebaikan disepikan.

Satu info menarik aku baru tahu ialah bila gaji minimum terlampau rendah (had gaji minima 1500 yang diminta masih tak dapat direalisasikan sebab nak jaga poket kapitalis yang suka bayar gaji murah gila2 pada buruh asing yang kerja bagai nak mati macam anjing). Rakyat yang bergaji bawah 1000 contohnya, ada isteri surirumah, anak kecil 2 orang, akan berjimat gila2 masa berbelanja jadi banyak duit disimpan untuk masa depan sakit demam. Jadi kuasa beli pun kurang > bisnes tak banyak untung sebab mamat ni beli sikit je> bisnes terpaksa buang pekerja sebab tak banyak untung > bisnes murahkan harga barang untuk orang beli banyak > untung pun jadi kecil > bisnes bayar cukai pun tak banyak atau liat nak bayar sebab tarak untung > kerajaan kurang pendapatan > bisnes bankrap/muflis > kerajaan hilang pendapatan > kerajaan kurangkan perkhidmatan pada rakyat sebab duit tak banyak > Negara pun rugi berpunca daripada seorang lelaki (yang ada ramai juga sepertinya) tidak mampu berbelanja banyak.

Jadi solusi masalah di atas ialah pemberian wang ihsan kepada rakyat supaya rancak berbelanja > kompeni manyak untung > kompeni jadi lagi besar > tambah peluang pekerjaan > bayar cukai cantik > kerajaan pun untung dapat hasil cukai > cukai manfaat untuk rakyat balik > rakyat pun untung dapat nikmati hasil cukai dari infrastruktur negara > semua untung. (Kecuali kerajaan tu korup huhu)

Betulkan jika pemahaman aku di atas tu salah, tapi itulah sedikit sebanyak yang aku sedikit belajar dan sedikit faham dari perguruan selama 2 hari dengan buku ni.

p/s: jika ada buku yang boleh lawan balik hujah buku ni ok jugak sebab bagi aku yang jahil ekonomi, kena kelentong pun mana aku tau. Tapi aku percaya penulis2 ni takde apa2 niat jahat pun untuk pembaca, selain memberi sedikit ilmu "ekonomi untuk si Jahil" seperti aku.

Terima kasih penulis, untuk buku seterusnya, kurangkan jargon, pening den haha.

p/s2: pening sangat baca lebih baik aku sedekah duit aku untuk akhirat, pasti Allah balas kalau tak di dunia mesti di akhirat, daripada harap dividen dunia hahaha
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
April 28, 2019
Bagus juga perkongsian di media sosial dibukukan seperti beberapa artikel dalam buku ini.

Yang pastinya buku ini menguatkan hujah bahawa PH banyak menggunakan alasan 'hutang negara' walhal mekanisme hutang individu dengan hutang negara jauh berbeza. Tak tahulah kalau ada rakyat Malaysia yang masih percaya pada alasan hutang negara yang selalu digunakan kerajaan hari ini yang merupakan pembangkang suatu ketika dahulu.

Tapi masih curious juga kalau ada hujah balas bagi buku ini. Sebab bagi pembaca yang ikuti perkembangan The Patriots, kita sedia maklum kecenderungan ideologi penerbit ini.

Apa-apa pun, tahniah para penulis kerana berjaya menulis perihal ekonomi secara santai dan dekat di hati rakyat. Jujur aku akui, ada juga penerangan yang aku tak faham sebab aku bukan mahir sangat dalam bidang ini. Huhu.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
May 27, 2024
Bahasa ekonomi yang mudah untuk di fahami.

Aku rasa patut buku berteraskan ekonomi macam buku ini di buat tiap-tiap seperti buku Dunia tanpa Tembok. ✌️🏼
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
February 13, 2020
Lari Dari Minat sejarah seketika, buku ni Aku dapat tahu banyak pasal ekonomi Dan sebagainya Dan terus terang Aku ambil masa Yang lama kerana ulang-ulang baca untuk faham betul-betul. Tengok cover buku Saja dah boleh tahu muka seorang ahli politik Dan buku ini juga bagi sindiran terhadap kerajaan sekarang Yang tak habis nak persalahkan kerajaan dahulu. Apa pun berbaloi untuk dibaca untuk Kita tahu kenapa Harga barang naik, kenapa itu turun Dan bermacam lagi.
Profile Image for 'Atira Natasya.
6 reviews12 followers
September 4, 2021
Buku ini lebih melibatkan menyebelahi satu pihak sahaja di mana perbincangan yang dilakukan tidak secara pro & cons. You should name this book: "Jangan selewengkan ekonomi Malaysia, ikhlas daripada pihak A."

Harap penulis atau individu yang mahir dalam bidang ini bersikap lebih terbuka dalam membincangkan isu (terumatanya isu berkaitan negara) dengan penerangan yang lebih matang. "Tidak kiralah anda kerajaan atau pembangkang, hujah anda perlulah
berlandaskan fakta yang tepat bukannya sekadar menggunakan emosi semata-mata."

Walau bagaimanapun, well done kepada penulis. Walaupun penulis tidak mempunyai latar belakang berpendidikan ekonomi, penerangan yang diberikan mudah dan ringkas untuk difahami.
Profile Image for Anas.
142 reviews4 followers
January 31, 2021
2.5bintang - banyak yang saya belajar tentang ekonomi dari buku ni terutamanya pengurusan hutang kerajaan.

Sepatutnya 4 bintang tapi sebab ada beberapa artikel yang gaya penulisan tidak berapa professional dan lebih bermain emosi (MRT Terlalu Besar Untuk Malaysia, Melayu ialah Kaum Malas-Bastard* Tak Bayar Cukai).

MRT Terlalu Besar Untuk Malaysia- penulis dengan angkuhnya mempersoalkan penilaian konsultan luar dengan mengatakan geologi antara negara tidak sama. Kita menulis dan membaca buku untuk berkongsi ilmu dan belajar, bukan mahu berlagak pandai.
Profile Image for Mazliza.
73 reviews5 followers
February 19, 2020
Tak pasti sama ada buku ini adalah himpunan tulisan-tukisan di media sosial. Saya pantang melihat bahasa rojak digunakan dalam buku. Jelas buku ini tidak disemak dan disunting dengan teliti. Patriots Publication tak mampu upah penyunting agaknya.
Profile Image for Rashidi.
5 reviews5 followers
May 13, 2019
Para penulis menggunakan penjelasan yang mudah difahami oleh mereka yang tidak terlibat dalam dunia bisnes dan ekonomi.

Kurangnya penggunaan teknikal membuatkan kandungan buku ini mudah difahami.
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
April 22, 2019
Bagaimana seseorang yang tak belajar ekonomi secara formal ingin belajar tentangnya? Melalui isu. Isu-isu yang diangkat di dalam buku ini begitu dekat dengan rakyat Malaysia seperti isu hutang negara, isu tabung haji, isu pengangkutan awam dan sebagainya.

Ia diolah dengan bahasa mudah, fakta dan nombor; sasaran buku ini adalah untuk memperkenal dan mempercelik rakyat marhaen tentang ekonomi sebenar, bukan persepsi semata. Mungkin bagi mereka yang ada ilmu tentang ekonomi, buku ini hanyalah merupakan asas sahaja. Aku juga mengharapkan mungkin ada buku yang boleh 'counter' hujah buku ini, sekiranya buku ini ada juga menyeleweng fakta seperti didakwa sesetengah pihak.
Profile Image for Anis Noh.
56 reviews1 follower
September 29, 2020
Untuk mereka yang baru berjinak dengan ekonomi dan ingin mengetahui keadaan ekonomi Malaysia dari kaca mata economist dan rakyat Malaysia, buku ini membuka satu ruang untuk kita memahami apa yang sedang terjadi pada ekonomi negara kita. Penggunaan bahasa yang mudah dan penerangan yang padat, kita sekurangnya dapat the gist of Malaysia economy post GE14.

Aku rasa buku ni patut ada siri seperti Dunia Tanpa Tembok. Ekonomi kita ada turun dan naiknya, isunya sentiasa berubah dan mengembang dan lebih banyak lagi untuk pemula seperti saya, mengetahui tentang ekonomi Malaysia.
1 review9 followers
March 18, 2020
Syabas kepada panel penulis yang menghasilkan buku ni. Penulis berjaya menyampaikan isu ekonomi yang agak sukar difahami dalam bahasa yang mudah terutamanya kepada golongan seperti saya yang bukan berlatarbelakangkan bidang ekonomi dan kewangan.

Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang berminat untuk mengambil tahu keadaan ekonomi semasa terutamanya di Malaysia.

Harapannya agar sekuel buku ini akan diterbitkan lagi pada masa akan datang dengan topik yang lebih menarik.
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
October 29, 2019
Bila baca buku ni.. Aku rasan nk marah kpd LGE.... Kerana menipu rakyat Malaysia... Sudah tiba masanya rakyat Malaysia dicerdikkan bukan dibodohkan oleh ahli politik
11 reviews
August 8, 2021
4.5
Bacaan yang baik untuk mengetahui sebab kenapa sesuatu keputusan tu perlu dibuat based om economics perspective
3 reviews
July 26, 2021
Buku yang sesuai untuk memahami keadaan ekonomi di Malaysia. Walaupun buku ini bias terhadap kerajaan BN yang lama tetapi kritikan diselitkan dengan fakta dan data yg lengkap. Teringin hendak melihat ‘counter’ kepada buku ini dari perspektif lain.
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
December 12, 2020
Kupasan & penulisan yang menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. secara peribadi, ada yang aku setuju, ada yang tidak. tahniah kepada para penulis yang telah membuat kajian dan analisis bagi setiap 'hot topic'' yang sering dimainkan oleh sebahagian ahli politik. moga ada siri seterusnya dalam topik ini.

Semoga buku ini dapat menjadi pemangkin buat para pembaca termasuklah aku sendiri untuk menambah lagi ilmu dalam bidang ini.

Sekiranya ada penulis lain yang ingin membuat hujah balas kepada buku ini, itu merupakan satu tindakan yang sangat baik dan dapat menyuburkan budaya perbincangan ilmiah yang tidak berasaskan emosi dan ketaksuban semata-mata.
Profile Image for Emm Jay.
1 review41 followers
September 11, 2020
Lebih kepada persepsi penulis terhadap kerajaan PH untuk menyokong kelemahan kerajaan kleptokrat.

Macam dengar arul kanda terangkan pasal 1mdb.

Sesuai untuk pembaca yang obses dengan sesuatu pihak sahaja.

Pemilihan cover buku melambangkan niat penulis/editor sangat cynical pada orang tertentu dan tidak nampak professional.
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
January 12, 2020
Sepanjang membaca buku ini, berkali-kali saya beritahu suami yang saya harapkan ada buku lain yang membalas hujah dalam buku ini beserta fakta juga. I wish.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.