Jika ditanya tentang bahagia, Suri rasa dialah wanita paling bahagia. Punya suami yang mencintainya sepenuh hati, punya mentua yang sangat mengasihi. Tapi, kekurangannya sebagai wanita seringkali membuatkan hatinya menangis dalam diam.
Dia diuji ketika leka mengulit cinta yang sudah lama ditunggu, Haikal mula dilupakan. Haikal berjanji akan terus mengasihi, tapi Haikal jugalah yang mula berpaling pergi. Hatinya luka bila kekurangan dan khilafnya mula dibentang Haikal. Ya, memang dia tidak sempurna sebagai isteri.
“Suri ralit curahkan kasih sayang kepada dia sehingga Suri lupa yang abang ni suami Suri, abang pun perlukan perhatian Suri. Tapi Suri abaikan keperluan abang. Khilaf abang Suri nampak, khilaf Suri bagaimana pula?” – HAIKAL
“Dalam ramai-ramai wanita dalam dunia, mengapa harus dia?”- SURI
Dugaan datang lagi, tatkala dia baru menerima hakikat yang dia sudah kehilangan Haikal. Hadirnya ‘dia’ terpaksa Suri rahsiakan. Dalam pelarian demi melindungi ‘dia’, Suri bertemu semula dengan lelaki yang pernah membantunya.
“Setiap kali saya jumpa awak, mesti awak dalam kesusahan dan perlukan pertolongan. Saya rasa, saya ni dah ditakdirkan bakal jadi penyelamat awak untuk seumur hiduplah.” - FALAH
Rahsia yang disimpan akhirnya diketahui Haikal tanpa sengaja. Haikal datang menuntut hak, menuntut untuk menjalankan tanggungjawab.
“Habis tu, Suri nak hidup sebagai janda dan besarkan anak kita tu? Tak malu ke dengan pandangan orang nanti? Pandangan orang kepada Suri, abang tahu yang Suri tak akan peduli. Tapi, pandangan orang pada anak kita tu nanti, Suri sanggup nak tanggung?”- HAIKAL
Suri lelah. Haikal mendesak tidak susah-sudah. Falah pula datang menuntut janji yang sudah dipateri.
“Habis tu, kenapa Suri seolah-olah tidak suka bila berjumpa saya? Bukankah itu benci namanya? Panggilan saya tidak pernah Suri jawab, mesej saya, sepatah pun tidak Suri balas. Suri marahkan saya ke?”- FALAH
Suri bingung. Di sana Haikal di sini, Falah Haruskah dia menjadi seorang ibu yang mementingkan diri seperti mana yang dituduh Haikal, atau memilih untuk mencari bahagianya sendiri?
Paling sakit adalah pengkhianatan oleh darah daging sendiri dan juga org yg tersayang.
Intan dan haikal....dua dua menyakitkan hati. Mungkin tiada rezeki menimang anak adalah sebab keegooan haikal....tak ada sifat ke bapaan. Anak yatim piatu, darah daging sendiri pun nak dibuat musuh.
Intan....sgt kurang ajar.
Pengakhirannya....walau happy ending suri dapat lelaki yg jauh lebih baik, tapi sedikit terkilan dgn pasangan intan dan haikal yg masih berbahagia atas pengkhianatan. Kalaulah penulis kejam skit, beri balasan yg setimpal pd keduanya,...alangkah bagusnya
Berbelah bagi nak bagi 4 atau 3... So this is my keputusan... 3.5/5. 😍😍
Its complicated.. X suka dengan langau dan ex nya..rasa nak bagi penampar son goku biar dua2 koma.
Si heroin tu pun baik sangat..haihla..kalau la dia punya tangan laju, kan bagus kalau bagi penampar sulung pada si langau x sedar diri itu..
To be honest..we know that the writer boleh buat sweet kencing manis kan semacam buku bahagia yg tertangguh, tp novel ni lebih kepada mcamana si heroin teruskan hidup dia...sweet X banyak seperti yg diharapkan..😅😅😅😅 (i is x puas hati...😆😆)
Hero, kejung,ku ingat dia mmg beku, tapi bila jumpa si suri, dia jadi tauge....hahahaaaa...terkejut jugak bila tgk di berubah begitu which i like..😍😍😍
Nsb baik langau dia yg itu aje, yg lain boleh ditepis dgn jari..
org selalu kata halah..halah..halah..
Meh nk tukar.. Falah..Falah....Falah...😂😂😂
"saya rindu suri"😂😂😂💨💨💨💨
Good job writer...😘😘😘
One more question.. Andai tiada dia tu merujuk pada intan or luqman?
haikal, ego bila dia tak mahu menerima pendapat isteri sendiri. dia ego bila kesilapan yang dilakukan, dihala salah pada isterinya.
intan, ego bila terlalu yakin yang dia mampu mencari bakal suami yang sepadan dengannya. ego bila dia terlalu yakin yang dia mampu melahirkan.
suri, walaupun dia mangsa tapi dia tetap ada ego bila jangkakan yang dia mampu menjaga luqman seorang diri tanpa meminta bantuan haikal menguruskan rumah tangga.
bila ego manusia mula menidakkan takdir, masing-masing mula menyalahkan antara satu sama lain.
haikal dan suri, pasangan suami isteri yang tidak pantas dikurniakan cahaya mata. modal itulah yang dijentik oleh masyarakat keliling yang lupa anak itu adalah rezeki.
intan pula, walaupun dia tahu salah bila bayang haikal mula bergayut dalam hatinya tapi dia masih tetap mahu perjuangkan haikal sebagai pasangan cintanya.
aduhai...
topik yang berat sebenar yang dibawa oleh puan penulis Rissa Ahdiya. mana mampu dijangka suami kakak yang digilai oleh adik. perasaan sayang si kakak diuji sama ada lebih sayang pada suami atau pada adik.
hakikatnya, Allah yang memegang segalanya. manusia adakalanya alpa, khilaf. apa yang dikata tak semestinya mampu dikota...
jodoh. Andai Tiada Dia, mungkin tidak akan tahu ada yang lebih baik untuk dirinya...
watak Suri ni memang kuat tempuh setiap dugaan dalam hidup dia lagi-lagi lepas rumah tangga hancur angkara orang ketiga yg mana adik sendiri menjadi penyebabnya. cuma kurang suka watak heroin yg terlalu baik, buat apa nak kesian dengan orang macam si Intan tu.
menyampah betul dengan si Intan!
Falah ni bak kata tunang tak jadi dia macam kayu tapi bila jumpa Suri boleh pula jadi ulat bulu. suka dengan Falah ni cumanya macam tak puas hati sebab moment Falah dan Suri tak banyak sangat.
Andai Tiada Dia ni merupakan novel kedua dari Rissa Ahdiya yang aku baca. Kali ni aku kira, jalan penceritaan yang dibawa oleh penulis sangat kena dengan citarasa aku. Beberapa bab awal yang kubaca, menghadirkan rasa tenang dan gembira dengan keharmonian rumahtangga Suri dan Haikal.
Perasaan yang hadir itu sekejap cuma, apabila penulis mula menarik sedikit demi sedikit ketenangan dengan mula mengetengahkan konflik demi konflik yang sangat padat dan berat. Bermula dengan keputusan yang salah, campur tangan orang ketiga, kehendak diri dan berakhir dengan pengkhianatan.
Pengkhianatan yang terjadi, atas kekhilafan dua hati. Suri tidak menyedari niat baiknya telah membuka ruang kepada seseorang yang tak disangka-sangka untuk mengkhianatinya. Haikal pula hanya kerana merasakan perhatiannya tidak dipenuhi, membiarkan diri hanyut dengan cinta keduanya.
Menarik tentang novel ini ialah, aku dapat memahami banyak karakter yang 'berwarna-warni' dengan jelas. Aku jatuh hati dengan watak Suri yang di simbolikkan sebagai seorang wanita yang mempunyai prinsip, teguh dengan kemahuan demi kebahagiaan diri. Aku suka dengan bonding keluarga Falah, kebanyakkan scene yang mampu membuatkan aku terhibur.
Kekuatan cerita ini ada pada mesej tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis yang berkisarkan tentang rumahtangga, kenapa islam anjurkan batas-batas antara lelaki dan wanita, mengangkat isu suami yang berasa malu untuk menjalani pemeriksaan kesuburan, dan gaslighting dalam hubungan. Ia sebuah cerita yang digarap dengan penuh kematangan dan boleh dijadikan tauladan.
Tahniah penulis kerana menghasilkan jalan cerita yang mampu mendidik. Semoga terus menghasilkan cerita yang membawa pengajaran.
Cerita yang bagus sebenarnya. Jalan cerita pon bagus. Cuma ku tak suka dgn watak langau dan ex husb. Sbb perangai diaorang yg menyakitkan hati sampai ku rasa nak campak2 je buku ni. Jd ku amik keputusan utk langkau ms yg menyakitkan hati tu.
Kalau langau tu bukan darah daging mungkin saya ok. Tapi yg pasti penulis seorang penulis yg bagus sbb berjaya menaikkan darah saya terhadap watak2 yg ditampilkan.
Sekarang ni, kalau novel Rissa Ahdiya tak baca blurb terus sambar je. Masa beli novel ni belum tahap nak kumpul novel RA pun tapi cover dia tu ku suka sgt so terus ku beli especially bila nampak Popular buat sale hehe. Time tu actually duit yg ada bukan utk beli novel so ku kira it's totally worth it sebab memang best sgt.
I just love everything about this book. Dari cover, ke jalan cerita, gaya bahasa, watak dan ending cerita ni. Perfect 😍👍
"Sayang lagikah akak pada Intan lepas apa yang Intan dah buat pada akak?" .
"Sayang akak tak pernah berubah, Intan. Apa pun yang terjadi, Intan tetap adik yang paling akak sayang. Sebab sayanglah akak lepaskan Haikal kepada Intan. Sebab sayang akak pada Intan lebih besar dari sayang akak pada Haikal." .
Bila masuk part dialog tu, aku kira penutup kisah yang melukakan ini. Part aku boleh nangis lega, melepaskan segala beban emosi. .
Ya. Ni kisah yang berat. Mendera emosi. Kisah kecurangan sang suami. Yang menjadi langaunya, tidak lain tidak bukan, adiknya sendiri. Aku sebenarnya dah ada banyak buku Rissa Ahdiya dalam koleksi. Tapi sampai sekarang, tak berani nak baca. hahaha..sebab takut terluka macam ni la. .
Mula-mula baca buku ni, aku hampir tertipu dengan kebaikan Haikal. Haikal digambarkan sebagai suami yang baik. 7 tahun berkahwin, tanpa zuriat, Haikal tetap menyayangi Suri sebaik mungkin. Tapi, Haikal ada egonya. Dia tak nak buat rawatan kesuburan, tak nak bayi tabung uji katanya. Dan Suri mulalah makan hati. .
Dan kehadiran Intan, adik Suri yang menumpang di rumah mereka, akhirnya menjerumuskan kepada kecurangan. Betullah kata orang tua, tidak manis adik ipar perempuan menumpang rumah si kakak dan suaminya. Ni la jadinya. Intan jatuh cinta kepada Haikal. Bila munculnya Lukman, anak saudara Haikal yang dijaga oleh Suri, Haikal kian terabai. Masa ni, Intan memainkan peranan dan mereka semakin hanyut. Masa ni, aku bengang ngan Haikal. Dah tahu, Suri penat, takde masa nak layan kau, kau pergilah tolong Suri jaga Lukman tu. Nak je aku jerit kat Haikal ni, memang patutlah kau takde anak. Sebab tahu kau sejenis lepas tangan kat isteri je. .
Dan bila kecurangan Haikal dan Intan terbongkar, Suri mengundur diri. Bila dah cerai, baru tahu yang dia mengandung. Masa ni la, munculnya Falah yang sentiasa wujud bila suri dalam kesusahan. Falah yang kejung dengan perempuan, boleh jadi manis dengan Suri. hahahah. Aku baca part Falah cakap, "Saya rindu Suri" pun, aku dah bahagia. hahaha .
Prmulaan cerita yg akan slow kadang rasa nk brhnti baca tp oleh kerana aku peminat penulis buku ni aku gagahkn juga baca .
first sekali aku kurang suka jalan crita . sbb bleh pula adik sdri suka dgn abg ipar . wujud ke manusia mcm ni . and adik sndiri pula boleh2 suruh akak kandung sdri jauh kn dri dari suami . abg ipar pula tak masuk dek akal . gara2 kurang layanan dri isteri .
Haikal - Lelaki Ego Suri - Sorg wanita yg tabah Intan - prangai entah dri mana dtg nya Falah - kau memang One And Only .
Malas nk mengulas banyak2 . buku pun dh hbis baca . bnyk sangat jalan crita yg aku kurang paham dan brpusing2 sampai aku trpaksa belik balik muka surat depan sbb nk pahamkn jalan crita .
To RISSA AHDIYA . Congratulation For This Book .
Seadanya Aku tetap brmain dalam Fikiran aku . sbb ending dia best . 😂
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baca buku no bust saya berfikir. Betui. Pentingnya Jaga batasan antara adik ilar dan abang ipar. Intan yg menumpang rmh Suri terjatuh suka dgn haikal suami Suri. Akhirnya Suri dicersikan kerana tembelang haikal Dan intan pecah. Suri berjumpa dgn falah yg sudi merawat Luka dihati suri
Sudah 7 tahun usia perkahwinan antara Suri dan Haikal. Suri adalah seorang guru manakala Haikal bekerja sebagai Auditor. Di kalangan rakan sekerja Suri dan saudara mara Suri, kesemuanya asyik bertanya bila mereka berdua akan menimang cahaya mata. Setiap kali 'kawan baik' Suri lambat keluar, Suri akan melakukan ujian. Namun kecewa yang kerap kali diterimanya. Haikal sudah lali dengan perangai Suri. Bagi Haikal tunggu sahaja, belum ada rezeki. Tapi bagi Suri, dia akan usaha sebaiknya. Cadangan mak mertuanya, Pn Faridah sudah diusulkan kepada Haikal. Tapi Haikal tidak setuju untuk mendapatkan anak melalui kaedah IVF. Dia rasa ego lelakinya tercabar.
Setelah tamat Master, Intan memohon pekerjaan sebagai pensyarah di salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Intan berjaya. Dikhabarkan kepada Suri. Tanpa fikir panjang, Suri mempelawa Intan tinggal di rumahnya. Pada awalnya, Intan menolak ajakan itu tapi setelah didesak, akhirnya Intan setuju. Hjh Halilah dan Pn Faridah tidak setuju. Persetujuan daripada Haikal membuatkan Suri berasa bahagia. Punyalah dia teman jika Haikal outstation. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Terasa dirinya disisihkan oleh Suri. Luqman anak kepada abangnya, Hisham. Hisham bersama-sama dengan isterinya dan dua lagi anaknya mati kemalangan. Cuma Luqman yang terselamat walaupun tercampak keluar dari kereta.
Intan berasa cemburu dengan layanan yang dicurahakan oleh Haikal terhadap kakaknya. Tiap-tiap hari dia disajikan dengan kemesraan mereka berdua. Terdetik di dalam hati Intan untuk memiliki lelaki seperti Haikal. Hari demi hari dia tidak dapat menolak dan menyingkirkan perasaan sayangnya pada Haikal. Sanggup dia mengambil tugas Suri melayan Haikal di meja makan dan urusan lain berkaitan Haikal. Suri lebih mementingkan Luqman. Dia kepenatan menguruskan Luqman dan urusan rumah, membuatkan Haikal berasa sunyi. Intan memulakan misi menawan hati Haikal yang sunyi dek tidak dilayan oleh Suri. Tanpa sedar, Haikal mula jatuh cinta dengan Intan. Intan seronok kerana cinta dan sayangnya berbalas.
Hampir setahun hubungan mereka dirahsiakan, akhirnya ditangkap berkhalwat. Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan. Dia memfailkan cerai. Setelah seminggu bercerai, Suri disahkan mengandung 7minggu. Suri memohon penukaran ke Rompin. Di sana dia berkenalan dengan anak pengetua, Falah. Lelaki berusia 31 tahun yang memiliki bengkel kereta sendiri. Falah yang pada asalnya tunangan kepada Yasmin anak Hj Hud. Hj Hud yang melamar Falah. Pertunangan mereka yang hampir setahun diputuskan oleh Yasmin.
Falah meluahkan rasa hatinya pada Suri yang ketika ini sedang hamil 5 bulan. Pertemuan tanpa sengaja di antara Haikal dan kawannya Rafiq ketika di Universiti Malaya membawa Haikal bertemu dengan Suri. Haikal ingin memujuk Suri. Dia ingin rujuk semula setelah mendapat tahu bahawa Suri sedang hamilkan anaknya. Anak yang ditunggu-tunggu sejak 7 tahun. Suri menolak permintaan Haikal. Intan pula yang datang bertemu dengan Suri di sekolah. Mengugut supaya Suri tidak kembali kepada Haikal. Tidak lama setelah itu, Suri didatangi oleh Haikal bersama-sama dengan bekas ibu mertuanya, Pn Faridah. Memujuknya untuk menerima Haikal demi anak dalam kandungannya. Suri dengan tegas menjelaskan bahawa dia tidak akan bersatu semula dengan Haikal. Pada hari yang sama, Suri pengsan dan anak yang akan menjengah dunia sebulan kemudian meninggal di dalam kandungannya kerana lemas. Tekanan darah Suri tinggi menyebabkan anaknya tidak dapat diselamatkan.
Majlis Haikal dan Intan diuruskan sendiri oleh Intan. Acara akad nikah akan berlangsung dalam masa 3 minggu setelah Suri melahirkan anaknya. Suri berpantang di kampungnya. Namun belum habis pantang, dia meminta izin untuk pulang ke Rompin. Hampir 6 bulan usia perkahwinan Intan dan Haikal tapi masih belum ada tanda² yang Intan akan beranak. Pedas kata Pn Faridah terhadap Intan dan anaknya, Haikal. Setelah berkahwin terserlah sikap garang Intan. Intan yang suka melawan cakap Pn Faridah. Haikal reda kerana ini pilihannya. Intan bersikap defensive kerana semua orang menyalahkan dirinya penyebab rumah tangga kakaknya hancur. Ditambah dengan layan Pn Faridah dan sikap kakak sulungnya, Erma membuatkan Intan tidak mampu diam sahaja.
Sedih Haikal bila mereka berdua dapat tahu bahawa yang Suri telah berkahwin. Ralat hatinya bila melihat anak saudaranya, Luqman lebih rapat dan selesa bersama Falah berbanding diriya. Kejadian Intan dimasukkan ke hospital kerana fibroid telah menyatukan kembali hubungan Suri dan Intan. Haikal melihat Suri semakin berseri kerana sedang mengandungkan anak Falah. Haikal sudah reda yang dia kini memegang status adik ipar kepada Suri. Haikal melepaskan egonya dan bersetuju untuk mendapatkan khidmat rawatan moden dalam usaha dirinya dan Intan untuk memiliki anak sendiri.
Suka jalan cerita novel ini. Banyak pengajaran yg boleh di ambil. Kisah Suri yg di khianati oleh adik dan suami sendiri, suka watak Suri yg lembut tapi ada ketegasan. Tiga watak ibu mertua yg sangat saya suka, boleh jadi mulut laser bila kena waktu nya dan bila memberi nasihat menusuk ke hati, especially watak Cikgu Misrah ada kalanya sangat lucu suka bertikam lidah dng anak nya si Falah... Tahniah Cik penulis 👏🏻👏🏻👏🏻
'Andai Tiada Dia' mengisahkan tentang realiti kehidupan dalam dunia perkahwinan. Dalam bahagia pasti terbitnya duka. Dalam terluka pasti juga munculnya penawar. Apa yang saya boleh katakan, buku ini banyak memberi pengajaran dan nasihat secara halus kepada pembaca. Gaya penulisan yang indah dan mudah difahami juga turut membantu menyampaikan mesej² pengajaran dari teladan. Jangan dinilai dari 'cover page', walaupuk tiada kena mengena tetapi kisah di dalam buku ini yang paling penting. Berselirat dengan hubungan kekeluargaan, sesama saudara-mara, suami dan isteri, juga tentang ujian² yang menimpa diri tatkala diuji. . Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, betul? Kalau tak ada angin pun, bergoyang juga pokok tu kalau² ada tupai ke monyet ke bergayut kat situ, kan? 🤣 . Saya amat tersentuh dengan pewatakan Suri. Dalam dilema dugaan dan ujian paling berat dalam hidupnya, masih lagi dia bertahan. Kuat sekali imannya. Setelah satu, satu lagi muncul, dan lagi, dan lagi! Tidak putus2 dugaan buatnya. Namun, Suri menjadi contoh terbaik untuk wanita² diluar sana, bahawa untuk menjadi wanita yang kuat, kita perlukan pengorbanan dan kepercayaan pada takdir Tuhan. Saya bagi tabik spring pada Suri. Bukan semua wanita mampu bertahan jika diposisinya. . Buku ini juga tidaklah terlalu fokus pada Suri sahaja, malah kita juga dapat lihat perspektif watak² lain yang menjadikan buku ini sangat menarik dan lebih memahami watak karakter² tersebut. Jahat atau baik, kita dapat rasa berada ditempat mereka, bagaimana orang yang berniat buruk berfikir dan bagaimana orang yang berhati baik memilih jalan untuk berkorban. Ada sebab kenapa ikhtilat itu perlu dijaga walaupun sesama saudara mara sendiri. Kalau perlu menjaga aurat, jagalah dengan baik. Kawal dan jaga tingkah laku, hormati orang yang lebih tua dan belajarlah untuk tidak mengeluarkan kata² yang buruk. Sungguh, orang yang memilih untuk mengalah walau tidak bersalah sekalipun, lebih baik hatinya dan akan lebih tenang dirinya. Percayalah, orang yamg baik akan dibalas dengan perkara baik². Begitu juga dengan sebaliknya. . Tak lain tak bukan, 5⭐ saya bagi untuk novel ni. Sangat rekomen untuk pembaca² novel tidak kira usia muda atau berumur, kisah dalam novel ini wajar dijadikan teladan. Highly recommend!!
Buku pertama 2020. Alhamdulillah dapat curi ruang masa yang ada untuk habiskan naskhah ATD. Novel kedua tulisan penulis yang mommy baca. Rissa Ahdiya dah masuk list favourite mommy la. Yeay 😁 Beratnya dugaan yg suri terpaksa tempuh. 7 tahun menunggu kehadiran cahaya mata membuatkan suri rasa tertekan. Perkahwinannya bersama haikal akhirnya hancur di tengah jalan bila adik sendiri membuat onar. Rasa meluat pada intan dan haikal tuhan aje tau. Ada jugak manusia macam ni. Tapi mujur suri jumpa falah. N serius mommy nak menitik air mata bila baca bab suri maafkan intan kat hospital. Mulianya hati suri ni. Kalau mommy agaknya, sampai matilah mommy xkan maafkan si intan tu! Mommy tak kedekut. Mommy bagi 5 bintang utk ATD!
Novel yang telah diadaptasi ke drama. Punya la tak sabar nak tunggu ending drama, aku kejar baca novel ni. Tapi jalan cerita agak berbeza. Tak copy 100% la daripada novel. Banyak yang dah diubah .
Benar, hubungan suami isteri diuji bila mereka tiada anak. Asalnya hubungan mereka baik2 aja. Tapi ada mulut2 yang takde insurans sibuk jaga tepi kain orang. Ingat anak tu boleh order ke. Harini nak, esok dapat. Setiap manusia berbeza ujian mereka .
Silap Suri membuka ruang untuk Haikal dan adiknya, Intan berkasih. Mungkin dalam hati Suri, mustahil suami dan adiknya boleh jatuh cinta. Ditambah Suri kurang masa untuk Haikal ketika mula menjaga Luqman, anak kepada arwah abang Haikal. Haikal rasa terabai. Dan disitula bermulanya Intan mengambil peranan Suri untuk Haikal. Syaitan tak kenal mangsanya. Siapa terleka pasti terbuai dengan hasutannya .
Demi kebaikan semua, Suri undur diri. Merawat hati yang terluka dengan sikap suami dan adiknya. Dia mengambil keputusan pergi mengajar di Rompin. Dan disitulah detik perkenalan dengan jejaka bernama Falah, seorang tauke bengkel di kampungnya .
Agak2, Suri akan menyambut kasih Falah atau teruskan kehidupan sebagai seorang janda. Dan agaknya bagaimana pengakhiran kepada 2 insan yang paling disayangi Suri? .
Novel yang sarat dengan isu kekeluargaan dan pengkhianatan .
Jujur aku cakap, jalan cerita novel AIT sangat2 berbeza dengan dramanya. So aku tak tahula pengakhiran drama bakal sama dengan novel atau tidak. Maka kita tunggulaa episod terakhirnya yaa .
Dikehidupan nyata saya tidak suka dengan watak suri, suri lalai dan ceroboh. Dan suri lah awal dari konflik. Suri terlalu mengurusi rumah tangga kakak iparnya ingin sekali memiliki anak boleh asalkan jangan lupa diri, lupa suami. Jelas sekali suaminya cemburu dg tingkah nya itu. Dia marah pada suri. Tapi suri tidak mengindahkan apa yg suaminya perintahkan. Dan ketika adik kakak ini konflik suri malah memilih tidak menenangkan suami malah memilih lukman. Memang iya lukman titipan oleh kakak nya haikal namun jika suami melarang lebih baik meninggalkan dari pada merusak rumah tangga yang utuh. Kepercayaan diri haikal tidak ada, dia merasa lemah dihinakan karena tidak berketurunan, namun dalam masalh ini tambah masalah lagi masuk lah adiknya si intan si pengganggu rumah tangga orang. Intan watak nya tak baik sangat. Dan si suri lemah, letoy, dan penangis tapi keras kepala. Kata dia je yg berlaku, coba dari awal awal dengar dan taati suami dan tetap jaga suami dan orang tua suri juga bikin kacau, kenapa musti taro anaknya si intan di rm suri. Suri yg dalam arti kata bodo* mengganggap orang sama seperti dirinya yang baik. Padahal sedarah pun belum tentu baik. Pembelajaran yg berharga, jadi istri menaatti suami, jadi suami harus setia. Walaupun kisah akhirnya happy ending, jangan pernah masukan siapapun dalam rumah tangga kita. Dan jangan pernah jadi pembangkang serta keras kepala.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kalau tidak kerana dramanya, tidak kutahu wujudnya novel ini.
Baca novel ni tenang-tenang saja memandangkan dramanya lebih heavy... sarat dengan emosi. Tapi itu tidak menafikan yang novelnya juga bagus.
Apa yang aku suka tentang novel ini, gaya penulisannya. Hal yang sepatutnya buat aku turn off dan DNF setiap kali baca novel genre romance tapi telah dinafikan oleh penulisnya. Dia tulis sedap, buat aku hanyut menelusuri setiap watak dari awal hingga akhir. Dan jangan terkejut, aku baca tanpa skip walaupun aku dah tahu jalan cerita sampai akhir. Terima kasih wahai penulis yang menulis novel ini. Sedap tulisan awak.
This is 1 of the best romance genre yang aku baca tahun ini. Cuma kalau boleh lebihkan sweet moment antara Falah dan Suri tu mesti lagi best...hiks~ tak puaslah sikit sangat. Kita ni peminat Falah yang tersakiti dengan ending drama, tapi bila baca novel, Falahnya cuma dapat 50% saja dari drama.
First time baca karya Rissa. Best, walaupun buku ni cuma menceritakan pasal hubungan suami isteri yang di porak perandakan oleh adik sendiri. Bila baca tu rasa macam smooth flow je, rasa macam nak habiskan cepat2 sebab nak tau apa jadi. Nak tau sejauh mana kebodohan Intan & Haikal tu. Nak part2 sweet bergula, cuma part Falah je. Suka watak Falah tu, cool, selamba, santai, sabar, baik, sweet dalam diam. Tapi watak Suri tu memang watak perempuan yang sangat lar bertabah. Kalau sis lar, dah lama makan penampar dah Intan dengan Haikal tu. Silap2 sekali pakej maki hamun berbakul2. Ini lar buku pertama yang sis baca, cerita pasal adik sendiri rampas abang ipar. Nauzubillah...
Bagus olahan cerita ni. Watak Intan tu mcm saya nak tempeleng muka dia. Tak mahu beritahu lebih2. Nak tahu, bacalah. Tapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan cara dan gaya penulis. Patutnya cerita macam ni yg kita adaptasikan ke drama👍
Tak tahu nak terang macam mana. I would recommend this book to anyone who wants stresses and pressures. Best tapi penat jugak lah membaca sebab plot dia, ya Allah ya tuhan ku.