Jump to ratings and reviews
Rate this book

Chaos Dia Memburu!

Rate this book
ZAPP! Dia bebas mengoyak apa sahaja di sekelilingnya. Walau selaju mana aku melibas pisau, kuku tajamnya lebih pantas menjamah tubuh ini. Pedih, perutku tersiat. Aku sempat lihat ususku berguguran. Genggaman tanganku pada pisau sudah tidak kuat. Ia jatuh ke lantai. Dan tawa sudah tiada. Berganti ngauman cukup memekakkan.

Satu persatu mayat ditemui dalam keadaan ngeri. Fathul, polis penyiasat kes ini diselubungi mimpi ngeri. Dia bingung, adakah ia petunjuk atau ancaman? Abid muncul bersama kerambit warisan mahu memburu pemangsa yang sedang menggila. Penglibatan Shiela pula menimbulkan seribu tanda tanya. Mereka mahu menamatkan segalanya. Namun, berakhirkah misteri kegelapan ini?

294 pages, Paperback

First published March 1, 2019

3 people are currently reading
13 people want to read

About the author

Lokman Hakim

63 books123 followers
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.

His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.

His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.

An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (15%)
4 stars
5 (25%)
3 stars
9 (45%)
2 stars
1 (5%)
1 star
2 (10%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
April 13, 2019
Seronok pegang buku ini kerana hasilnya yang cantik dan berkualiti. Designnya menarik dan sesuai untuk pembaca muda. Layout di dalamnya agak kreatif, terutamanya dari segi pemilihan tajuk untuk setiap permulaan bab. Saya suka kerana tajuk bab hanyalah sepatah perkataan, menambahkan rasa teruja buat pembaca untuk mengetahui apa yang bakal diceritakan.

Tahniah kepada pasukan yang mengendalikan terbitan novel ini. Dengar cerita editornya juga sangat prihatin, banyak memberi semangat dan selalu mengambil berat hendak meningkatkan mutu penulisan Lokman. Ini adalah sesuatu yang sememangnya diidamkan oleh para penulis, dan saya doakan semoga perhubungan mereka kekal lancar hendaknya :)

Okay, berbalik kepada kandungan buku ini, secara peribadi, saya membacanya dengan laju dan tanpa perasaan. Abang Pat pernah berkata bahawa penulisan novel ada 3 peringkat - popcorn, konflik / emosi, dan simbolisme. Novel ini saya kategorikan dalam peringkat pertama, kerana watak tidak dihuraikan secara mendalam. Ia lebih kepada aksi melawan Chaos dan serangan ngeri oleh entiti itu, tetapi bagi saya ia tidaklah menakutkan atau meloyakan. Sesuai untuk dibaca bagi menghilangkan stres. Macam gaya Fixi pun ada, tetapi lebih sesuai untuk pembaca muda.

Lokman ada berkongsi bahawa pihak penerbit lebih sukakan novel ini berbentuk ringan dan banyak dialog. Mungkin sebab itu ceritanya terasa straightforward dan tidak begitu terperinci. Saya lebih suka kalau Lokman bermain dengan ayat-ayat sedap yang boleh membuai perasaan pembaca, kerana dia berbakat menzahirkan sesuatu, seperti unsur kegelapan atau kemurungan dengan berkesan. Tapi saya hormati pilihannya yang mahu menerbitkan novel dalam pelbagai genre, dan saya kira cubaan Lokman untuk terjun ke bidang penulisan untuk pembaca muda adalah sesuatu yang patut diberi galakan.

Dialog untuk watak-watak utama seperti Abid dan Fathul boleh diperbaiki, kerana adakalanya mereka bercakap seperti budak-budak. Abid juga tidak begitu meyakinkan sebagai seorang hero, kenapa dia boleh tersengih waktu babak-babak genting ? Sheila lebih hidup perwatakannya kerana Lokman menyediakan banyak ruang untuk pembaca melihat sisi kehidupannya. Dan saya suka dengan pengakhiran novel ini, Lokman memberi hint bahawa ia boleh disambung apabila memperkenalkan watak Arkhim. Novel ini juga sesuai dibuat komik, sebab lukisan pada covernya sangat cantik (eh tapi kenapa ada gambar kucing ya?). Tahniah Lokman dengan kelahiran novel baru ini, dan semoga kekal dengan momentum untuk terus menulis sampai bila-bila.

P/S = Jangan lupa belanja minum kawan yang tolong potong semua bookmark awak tu hahahaha!
Profile Image for Nee (っ´▽`)っ.
68 reviews
July 3, 2021
Jalan cerita menarik tapi lebih menarik kalau bnyak dialog. Bagi saya agak bosan sbb penceritaan dia lebih kepada pov seseorg. Terlalu banyak berdialog kepada diri sendiri. Kurang intraksi dgn org. Jadi ngantuk bila baca.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
August 30, 2019
Chaos yang terlepas tanpa sengaja oleh seorang budak mula membuat kekacauan.. Makanannya ketakutan manusia.. Lagi manusia takut lagi makhluk tu suka.. Hanya Abid sahaja dapat menghalang.. Namun bukan mudah ada nyawa perlu diselamatkan terlebih dahulu.. Siapa Sheila dan apa kaitannya dengan Chaos.. Bantuan dari Maria dan Fathul juga banyak membantu.. Namun tak mudah..
54 reviews
December 20, 2019
Lokman hakim...bahasa power tapi cerita cam kurang sikit da nak habis baru best..
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
April 10, 2020
Mengisahkan tentang ancaman ketakutan di Lembah Klang. Ia berlaku disebabkan pembebasan Chaos dari kurungan oleh seorang budak perempuan. Dan Abid memerlukan bantuan Fathul untuk mengurung kembali entiti tersebut.

Watak paling menarik bagi aku adalah Abid. Senjata kerambit tu cukup menarik digunakan dalam pertarungan. Terasa jiwa Kemelayuan gitu. Rasa macam tak puas, nak tahu je lebih dalam fasal diri Abid. Banyak misteri yang tersimpan. Lebih-lebih lagi bila si moyang memunculkan diri.

Nak pesan juga, bila baca novel ni pastikan korang gambarkan setiap scene macam filem. Kalau tak korang akan pelik. Lebih-lebih lagi bila ada scene yang sepatutnya tamat dekat situ rupa-rupanya ada lagi penceritaan dia dekat tempat lain.

Banyak scene diceritakan melalui sudut pandangan setiap watak. Mungkin ada yang berulang namun tidak terlalu detail dan mampu difahami. Penamatnya juga seolah-olah memberitahu bahawa semua ini hanya pembuka selera buat Abid dan jalan hidup dia baru sahaja bermula.
1 review
March 14, 2022
Kalau baca sinopsis, nampak menarik, sebab tu saya beli. Tapi bila baca, agak keliru dengan jalan cerita sebab tidak diceritakan lebih detail. Pada pendapat saya peribadi, saya lebih suka novel yang ada banyak dialog. Novel ni sikit dialog-nya yang membuatkan saya baca tanpa perasaan dan membosankan. Kadang baca 2-3 kalau baru faham apa yang terjadi sebenarnya. But actually jalan cerita memang menarik dengan kehadiran makhluk misteri tu, cuma as I said, setiap kali ia cerita kan tentang makhluk tu serang seseorang/sesuatu, saya sbenarnya tak faham apa yang terjadi.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
June 22, 2020
Rasanya inilah buku Lokman yang senang faham dan straight to the point.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.