Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sarang

Rate this book
Sebutan : Sa - rang

Sarang ialah sesuatu yang dibuat atau yang dipilih untuk tempat berteduh atau tempat penjahat (penyamun dll) bersembunyi.

Rania, novelis cinta yang sedang mengalami zaman kesuraman. Manuskrip cinta terbaharunya ditolak editor. Dek tercabar, dia memutuskan untuk menulis manuskrip novel bergenre seram demi mengangkat namanya semula.

Fatah, novelis seram yang sedang berada di puncak. Novel debutnya super bestseller. Hidupnya berubah 180 darjah dari zero ke hero. Dia bersetuju untuk menyiapkan sebuah lagi manuskrip seram dalam waktu terdekat. Tetapi mengalami kebuntuan idea dan mulai khuatir kemungkinan populariti yang sedang dikecapinya hilang.

Khalil, pemilik kedai buku online yang amat berjaya masih belum dapat memenuhi cita-citanya untuk menjadi seorang novelis hebat. Dia cuba menulis beberapa manuskrip, tetapi seperti kata kawannya karya-karyanya itu adalah sampah. Berasa tercabar dia berazam untuk menulis sebuah manuskrip seram lain tetapi terhalang kerana tidak menemui idea yang menarik.

Tiba-tiba, masing-masing menerima sebuah manuskrip seram. Mereka menghantar manuskrip itu ke syarikat penerbitan yang sama. Tiga manuskrip itu lulus untuk penerbitan tetapi berdepan satu masalah besar. Zahir mendapati tiga manuskrip itu sebenarnya adalah sebuah trilogi yang digelar Saga Gelemat.

Rania, Fatah dan Khalil bermati-matian mengaku bahawa trilogi itu adalah karya asli mereka. Tiada siapa yang mahu mengalah lalu jalan tengah diambil yang membuat mereka berenam berkumpul di sebuah rumah agam. Tanpa mereka sedari, pembunuh buas sedang menanti mereka di situ. Dia keluar dari sarang demi melunaskan dendam.

416 pages, Paperback

First published April 1, 2019

1 person is currently reading
25 people want to read

About the author

Fitri Hussin

17 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (37%)
4 stars
18 (51%)
3 stars
2 (5%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
December 3, 2024
3 penulis secara tiba-tiba mendapat manuskrip yang menarik untuk diterbitkan. Selepas dihantar kepada pihak penerbitan didapati manuskrip mereka saling berkait. Seolah-olah satu trilogi. Dan apabila tiada yang mahu mengalah, ketiga-tiga mereka beserta tiga orang editor rumah penerbitan tersebut berkumpul untuk mencari jalan memperbaiki manuskrip tersebut agar boleh diterbitkan di bawah tiga nama yang berbeza. Namun tanpa mereka sedar ada bahaya sudah menanti mereka.

Walaupun tidak ditulis secara penuh, namun manuskrip di dalam naskah ini adalah antara perkara yang menarik minat SH. Rasanya kalau ada yang versi penuh dah boleh jadi novel lain dah ni. Mula-mula SH ingatkan mereka ni semua dapat satu manuskrip yang sama. Rupa-rupanya setiap dari mereka memiliki manuskrip yang berbeza namun saling berkait. SH rasa yang manuskrip tu kalau disiapkan dan dibukukan SH memang nak dapatkan.

SH rasa buku ini patut diletakkan tanda amaran cetus. Kerana ada banyak babak-babak berdarah yang kejam lagi sadis yang berlaku dalam naskah ini. Dan SH rasa kalau yang jenis cepat terbayang mesti terus ngeri membaca babak-babak tersebut.

SH rasa kalau perubahan masa diletakkan tarikh atau sekarang-kurangnya tahun, akan lebih melicinkan pembacaan. Sebab ada beberapa tempat yang SH kena berhenti sekejap dan berfikir ini bila dan di mana. Sebab ada banyak babak imbas kembali di dalam naskah ini.

Walaupun plot twist dia SH dah dapat jangka tetapi jalan cerita yang menarik tak membuatkan SH rasa bosan walaupun dah dapat agak siapa dalang utamanya. Dan ternyata benar sangkaan SH.

Dan SH suka dengan pengakhiran kepada kisah ini. Biasanya penjenayah berjaya dijejaki oleh pihak polis namun ia sedikit berbeza bagi naskah ini. Dan SH memang puas hati dengan pengakhirannya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
September 11, 2019
mind-blowing novel! serius. kalau anda jenis yang cepat terganggu, ada baiknya cari satu masa yang sesuai untuk duduk dan meresap sama dalam babak cerita.

permulaan pengenalan pada tiga orang manusia.
rania - si penulis novel cinta yang mahu beralih arah bilamana mula melalui zaman suram. manuskripnya tidak lagi mampu menarik minat penilai.
fatah - novel sulungnya meletup. tapi dia punya masalah bila teman yang membantu menghasilkan novel pertamanya meninggal. dia terkapai-kapai dalam harapan orang lain yang mahukan novel seterusnya lebih menarik.
khalil - si peniaga kedai buku online. ini contoh manusia yang suka dan hebat membaca tapi tak mampu menulis manuskrip yang baik.

you got mail! haa.... email dari entah siapa masuk dalam peti mail mereka bertiga. manuskrip yang menceritakan kehidupan dunia samseng dan ilmu hitam. jadinya mereka bertiga menghantar manuskrip yang diterima dengan meletakkan nama sendiri - konon yang menulis ke rumah penerbitan. menipu namanya tu!

satu yang pasti bila sampai ke tangan editor, dapat dikenal pasti yang tiga manuskrip itu saling berkaitan. haa... dari situ mereka; rania, fatah dan khalil juga seterusnya editor yang terlibat iaitu azim, zahir dan fasya berkumpul untuk meleraikan kekusutan yang timbul dan bertindak mahu menyusun atur semula manuskrip itu. beb. takkan akak nak cerita panjang, ye tak? korang kena baca sendiri kemelut dan perselisihan yang berlaku.

di sini, akak teringat sesuatu, tuan penulis Fitri Hussin. dulu pernah upkan sedikit kisah gelemat, betul kan? so, rasanya itu yang jadi cerita dalam cerita ini ya? kisah sifat manusia yang pelbagai banyak terselit. yang tamak, yang haloba, yang membongak, yang lembut, simpati.. ehh... berderet. penceritaan kemas. pengulangan yang ada perlu untuk mantapkan pergerakan cerita. cuma sedikit kesilapan bahagian dialog bahasa inggeris. sikit je.

dan. korang jangan main-main bila ada kecenderungan ke penyakit jiwa ni. jumpa pakar. dapatkan nasihat. kalau insan keliling kita ada simptom yang menjurus ke arah penyakit jiwa, adakala mereka sendiri tak sedar, bantu. okey?
Profile Image for Ansya.
113 reviews
June 8, 2019
bismillah.
smlm buat pembacaan hingga tk sedar dh jam 2am! sebab nk tau apakah yg bakal terjadi seterusnya seterusnya dan seterusnya..namun..aku stop pada jam 2.15am..alhamdulilah pada jam 10pm..lebih mlm hari ini..aku tamatkan naskah ini..apa aku nk ckp ya..hmm..ttg naskah ini..bagus ke? hebat ke? Awesome ke? jawapan..nya korg nilai kan sendiri dan bacalah haha! secara jujur..genre yg mcm ni mmg taste aku..tahniah buat penulis! Terus kan perjuangan. sekian wassalam.
*different readers different opinion.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
December 12, 2020
Sebuah kisah pembunuhan yang sangat ohsem.. Penulis berjaya menimbulkan teka teki hingga ke hujung cerita.. Pembunuhnya memang mengejutkan.. Bila kejahatan berjaya menimbulkan dendam, manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja..
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 29, 2019
SARANG atau kata lainnya merujuk kepada tempat persembunyian seseorang atau kumpulan. Novel ini merupakan naskah ke-2 yang aku baca selepas Kabut.

Sarang merupakan gabungan thriller, misteri dan suspen. 3 orang yang berbeza mempunyai matlamat yang sama. Ingin menjadi novelis bestseller. Rania seorang penulis novel cinta, cuba bertukar genre kepada novel seram disebabkan permintaan pasaran. Fatah seorang novelis muda yang popular mendadak bila novel pertamanya meletop dan menjadi bestseller. Khalil seorang penjual buku online tapi sudah lama berminat dan ingin menghasilkan novel sendiri. Namun tidak kesampaian.

Mereka bertiga menerima email yang mengandungi sebuah manuskrip misteri dari penghantar yang tidak dikenali. Segala-galanya bermula kerana manuskrip ini. SAGA GELEMAT.

Bab awal kisah ini santai saja, penulis memperkenalkan watak-watak ini satu persatu. Matlamat dan masalah mereka diceritakan dengan baik, jadi asas setiap watak telah mula dibina dalam minda pembaca.

Bila manuskrip misteri itu mula dipaparkan, bacaan bab demi bab menyebabkan perasaan aku mula berdebar, suspen kerana tiba-tiba dibawa masuk ke dunia lain. Pembaca dibawa menyelami kisah Jak, Pie, Rodi dan Wan. Memang tak boleh nak stop dah la membaca, tapi kena stop juga sebab waktu rehat dah tamat. Itulah siapa suruh baca kat office kan.

Persoalan demi persoalan timbul, makin lama makin menarik dan banyak jawapan yang perlu digali. Jadi cliff hanger dalam kisah ni memang baik dan itu penting untuk mengekalkan momentum pembacaan.

Dari segi jalan cerita, aku rasa penulis telah menyusun dengan kemas. Garapan, bahasa yang digunakan juga baik. Jadi kalau nak tahu apa kaitan kisah dalam manuskrip dengan Fatah, Rania dan Khalil, silalah baca novel ini. Apa yang jadi kepada mereka semua akan terjawab setelah bacaan tamat. Nasihat aku, jangan baca skip-skip ya, nanti korang tak dapat relate dan tak faham. Sebuah naskah yang tak rugi dan pasti tidak mengecewakan anda.
Profile Image for Lydia Mohd Nasir.
32 reviews3 followers
February 28, 2025
3 penulis dan 3 editor dikumpulkan di sebuah rumah banglo bertujuan untuk mengubah satu manuskrip misteri (Rasa nak baca habis manuskrip trilogi tu. Dah boleh jadi satu novel seram berasingan). Di rumah banglo itu, terjadi peristiwa-peristiwa berdarah.

Agak menakutkan bila baca. Menunjukkan bahawa penulis berjaya menulis butiran yang sampai kepada imaginasi pembaca. Ada scene berdarah-darah, ada scene yang ganas dan kejam.

Cerita lancar, plot disusun dengan baik, hampir tiada lompong pada cerita. Penulisan pun best, jenis cerita di dalam cerita. Atau apa sahaja istilahnya saya tak pasti.

Banyak imbas kembali, pembacaan tidak terganggu jika diletak timeline yang elok. Ada juga beberapa scene yang tersalah taip nama watak Azim-Fatah. Pembaca kena betulkan sendiri untuk set the story straight.

Cerita ada vibes movie Split.😂
Profile Image for Nuzul Hafiz.
16 reviews1 follower
July 18, 2019
Selepas Rakus & Kesumat, aku makin serasi dengan gaya penulisan penulis. Cukup rasa. Gabungan unsur mistik dan thriller ditambah pula elemen psikologi. Mantap! Karya yang wajib dimiliki oleh semua peminat novel thriller.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
January 21, 2025
Permulaan cerita memfokuskan kepada pergelutan dunia penulisan dan penerbitan novel. Bagaimana setiap seorang daripada tiga watak utama yang diperkenal di awal cerita bergelut dengan pencarian idea demi ingin kekal dalam dunia penulisan.

Fatah, Rania dan Khalil.

Berbeza situasi.

Fatah bergelut mencari idea dengan deadline ketat, demi menyaingi novel debutnya sendiri yang laku keras.

Rania, bergelut menulis genre berbeza apabila dirasakan genre cinta sukar untuk mengekalkan kedudukannya sebagai novelis. Dia cuba menulis genre seram thriller tapi tidak mudah.

Khalil, penjual buku online baru nak berjinak menulis setelah banyak membaca. Tetapi, idea penulisannya tak ke mana. Disindir, diperli sahaja oleh rakan serumah yang mencuri baca.

Cerita ini berubah rentak menjadi sebuah thriller apabila misteri pertama muncul. Tetapi, watak-wataknya tidak langsung melihat perkara itu sebagai sesuatu yang mistik atau pelik.

Dalam terdesak nak kekal dalam dunia penulisan, sanggup menggunakan manuskrip asing yang muncul secara misteri. Mengakui ia milik mereka tanpa syak wasangka.

Di sinilah kejahilan memerangkap mereka.

Manuskrip yang berbentuk trilogi, terbahagi tiga. Diterima secara misteri oleh setiap seorang daripada mereka yang tak peduli pun punca datangnya manuskrip itu!

Kerana kejahilan tidak bersyak wasangka, mereka terseret ke dalam 'sarang dendam' seorang Kamil.

Dalam Sarang, satu-satunya watak bijak ialah watak Kamil. Pembunuh licik yang melakukan 'homework' bertahun lamanya demi melunas dendam keluarga.

Sangat bijak, tak berjejak!

Malah, watak ini yang paling layak mendapat tempat di dunia penulisan berbanding tiga watak penulis yang dikenalkan di awal cerita.

Kamil mampu mengarang manuskrip terbaik sehingga mampu mewujudkan trilogi!

Perancang siri pembunuhan dan penyembunyian dalam tempoh yang amat lama. Kejayaannya juga mungkin disebabkan kejahilan (kebodohan) watak lain yang dalam hati masing-masing sangat tak 'clean' (hitam dengan kedengkian dan berdaki kebodohan).

Cerita ini boleh dikategorikan sebagai cerit dalam cerita.

Penyusunan plot timbal balik demi menyalur fokus kepada setiap watak dan apa yang berlaku pada watak-watak tersebut.

Teknik imbas kembali dan penceritaan semula digunakan untuk memberi faham kepada pembaca kaitan setiap watak dan punca mereka menjadi mangsa.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
June 21, 2025
Ulasan Buku: Sarang karya Fitri Hussain
⭐⭐⭐⭐⭐

Satu plot yang bijak dan penuh kejutan!

Kisah ini mengisahkan tiga penulis yang menerima manuskrip misteri melalui e-mel — dan mengejutkan, ketiga-tiga karya itu, saling berkait. Tambahan pula:"bayangkan apabila isi manuskrip yang diterima tiba-tiba berkait rapat dengan hidup sendiri... dan akhirnya mencetuskan misi untuk melindungi diri atau mungkin membalas dendam."

Jalan ceritanya memang mantap! Ini yang kita mahukan dalam sebuah thriller psikologi — teka-teki yang buat kita tak senang duduk sampai ke helaian terakhir.

Yang paling bermain di fikiran: Kamil ni wujud ke tak sebenarnya?
Aku jenuh memikir. Sebab penulis pandai betul main tarik tali — masa kita rasa “dia ada”, tiba-tiba tak ada. Bila dah pasrah “tak ada”, eh muncul balik! Pergh, permainan psikologi 80% dalam buku ini betul-betul buat otak kita ligat bekerja.

📌 Antara yang menarik:

Konflik dalaman watak yang mendalam

Misteri kewujudan Kamil dan bilik rahsia

Siapa sebenarnya yang membunuh siapa?


Satu cadangan: harap Buku Prima dapat reprint dengan rekaan kulit baharu yang lebih segar, sebab cerita kali ini memang layak diangkat semula untuk generasi baharu pembaca!

#Sarang #FitriHussain #BukuThriller #BukuPsikologi #Misteri #UlasanBuku #BukuPrima
Profile Image for Hani~.
140 reviews1 follower
September 19, 2025
Best!!! Gabungan misteri, jenayah, psikologi.

Pada peringkat awal, pembaca diperkenalkan dengan watak-watak utama. Tiga penulis yang mengalami dilema masing-masing dalam dunia penulisan. Masa ni pace cerita agak sederhana.

Tapi sebaik sahaja setiap penulis terima manuskrip daripada pengirim misteri, segala teka-teki dan misteri pun bermula. Ditambah dengan watak tiga orang editor.

Ketika mereka berenam berkumpul di sebuah villa untuk penyelarasan manuskrip, seorang demi seorang terbunuh. Cara pembunuhan kejam, motif tak diketahui.

Penulis pandai buat kita sentiasa tertanya-tanya sepanjang cerita. Itu yang buat pembacaan tak bosan. Malah di bab terakhir pun masih ada kejutan.

Paling saya suka adalah konsep cerita di dalam cerita. Memang dah lama cari.

Cuma ada beberapa perkara yang sedikit mengganggu. Antaranya watak sampingan yang kadang-kadang mengelirukan, kesilapan/tertukar nama watak di beberapa tempat, babak flashback yang err.. juga mengelirukan. Dan juga ada gambaran babak dan penggunaan perkataan yang vulgar —berulang kali. Saya jijik. Maaf 🙏🏻 Jika bukan kerana faktor ni, saya takkan teragak-agak beri 5 bintang sebab idea cerita ni menarik.
Profile Image for _nadiasw303.
57 reviews1 follower
September 3, 2025
Ku sangkakan dia, tapi bukan dia. Rupanya betul lah dia.
Gitu lah buku ni punya plot twist🤯

Kisahnya berkisar pada tiga dunia penulis yang berbeza ; 𝐑𝐚𝐧𝐢𝐚, novelis cinta yang ingin lari daripada zon selesa; 𝐅𝐚𝐭𝐚𝐡, penulis seram popular; dan 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐥, pemilik kedai buku online yang berimpian mahu jadi novelis besar. Mereka bertiga secara misteri menerima sebuah manuskrip daripada pengirim yang tidak dikenali.

Manuskrip itu kemudian dihantar ke penerbitan sama, dibaca oleh tiga editor ; 𝐅𝐚𝐬𝐲𝐚, 𝐀𝐳𝐢𝐦 & 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫.
Namun, bila masing-masing berkeras mempertahankan bahawa manuskrip itu adalah idea mereka, pihak penerbit mengarahkan semua berkumpul di sebuah rumah untuk “membaiki” karya tersebut.

Di situlah segalanya bermula.
Rumah yang kononnya jadi lokasi perbincangan, bertukar menjadi jerat. Satu demi satu rahsia silam terbongkar. Satu demi satu nyawa melayang. Ditambah pula dengan apakah sebenarnya hubungan Rania dan Kamil. Dan persoalan paling besar -siapakah dalang yang menarik benang di sebalik semua kematian ini?

Penulis benar-benar pandai mengadun watak. Perkembangan karakter buat saya sentiasa meneka-neka: siapa boleh dipercayai, siapakah menyimpan rahsia? Manuskrip misteri itu pula bagaikan cerita dalam cerita -mengandungi kisah pembunuhan yang terlalu realistik… seolah-olah ada kaitan dengan realiti.

Sepanjang bacaan, saya terasa seperti menonton filem thriller omputih -sekumpulan individu terkepung dalam sebuah rumah, diburu satu persatu.
Namun, misteri sebenar hanya tersingkap di penghujung. Ending-nya? Memang mindblowing.
Siapa suka vibes misteri gitu, mesti suka baca buku ni. Sis termenung jap nak hadam waktu habis baca🫠

Sarang bukan sekadar kisah misteri. Ia adalah cerita tentang topeng yang manusia pakai, sisi gelap yang disembunyikan, dan bagaimana trauma serta rahsia silam boleh melahirkan sesuatu yang menakutkan.

Kalau anda gemarkan thriller penuh kejutan, psikologi watak yang rumit, dan naskhah yang buat anda tertanya-tanya hingga ke helaian terakhir -Sarang adalah bacaan yang wajib anda cuba.

4.5/5⭐️
Profile Image for Vida Ariff.
112 reviews
March 17, 2025
3 novelis masing-masing menerima manuskrip misteri, dan memutuskan untuk menghantar ke penerbit kerana terdesak. Fatah terdesak kerana memerlukan novel yang lebih hebat berbanding novel sulungnya. Khalil pula mahu memenuhi impiannya, manakala Rania memerlukan novel genre baru untuk keluar daripada kesuraman novel cintanya.

Tanpa disangka, manuskrip mereka bertiga saling berkait, dan menimbulkan kesangsian di pihak editor kerana mustahil mereka bertiga boleh menghasilkan manuskrip yang kebetulan sama watak-wataknya dengan lenggok bahasa serupa.

3 penulis dan 3 editor akhirnya memutuskan untuk berkampung di sebuah banglo bagi mencari kata sepakat terhadap manuskrip ini. Di sinilah tragedi mula menimpa, seorang demi seorang hilang dan ditemui tidak bernyawa. Mereka mula saling mencurigai siapakah menjadi pembunuh di kalangan mereka.
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
January 24, 2025
Penulis berjaya memecahkan batasan realiti dan andaian sepanjang perjalanan cerita. Bila kau rasa kau dah faham cerita, dia soal balik jika apa yang kau faham itu, realiti atau bukan. Walaupun sedikit stress baca sebab dah setengah buku, tapi masih tak jumpa pucuk dan pangkal cerita, tapi tak rasa nak berhenti, sebab nak tahu apa yang jadi seterusnya.

Agak banyak watak sehinggakan kena selak belakang balik untuk pastikan, tu watak yang betul.

Secara keseluruhannya, cerita yang ditulis amat baik. Tertarik untuk baca buku penulis yang lain.
Profile Image for Mohammad Aizat Mohammad Hanafi.
98 reviews
July 8, 2022
Ambil masa juga nak memahami keseluruhan cerita ini, tetapi bila dah baca hampir 80% buku ni baru dapat tangkap siapakah dalang sebenarnya.

Cuma pengakhiran tidak diolah secara terangan oleh penulis.
99 reviews2 followers
Read
November 10, 2022
Note utk aku sahaja
3.8 🌟

Cerita ok,tapi agak caca marba,lg satu mcm.. uittt..takkan semua anak yang nak dibalas dendam tu novelis atau editor..dapat agak dari mula siapa kamil.munkin sbb aku pun mental..hahaha.. overall aku suka baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.