1) Bacaan santai. 2) Saya yakin ini adalah buku "copy paste" status FB Cikgu Fadli. 3) Walaupun saya sudah "berhenti" membeli buku sebegini (catatan status FB yang dibukukan), buku ini saya beri pengecualian. 4) Kerana saya tahu, Cikgu Fadli adalah seorang guru yang sangat berdedikasi memandaikan anak bangsa. Bukan setakat akademik, malahan bantuan kehidupan. 5) Sentuhan beliau mendidik anak-anak kecil sangat rapat dan memberikan kesan positif. Saya sendiri mahukan anak-anak saya punya guru sebegini di sekolah. 6) Semoga Cikgu Fadli akan terus mendidik dengan penuh semangat dan azam yang membara.
Ini adalah kisah yang dikongsi oleh penulis di dinding Facebook beliau tetapi Saya suka baca buku sebegini. Sangat elok dibaca oleh bakal guru sebagai persediaan ke sekolah. Buat yang sudah mengajar juga bagus sebagai refreshment dan ingat kembali tujuan Kita mengajar. Adakala kelelahan dengan tugas pengkeranian membuatkan cikgu kurang cakna hal lain.
Seorang guru itu pengganti ibu bapa setelah anak berada disekolah. Bukan hanya tempat untuk mencurahkan ilmu semata2 malah tempat untuk menumpang kasih sayang dari seorang yg digelar sebagai pendidik.
Setiap penulisan dalam buku ini benar2 menyentuh hati. Menjadi guru untuk murid tahun 1 bukan perkara mudah. Tidak semua anak2 yg datang sekolah mampu berdikari sepenuhnya.
Ada tawa dan ada tangis bila membaca buku ni. Percayalah tak akan rugi duit untuk berbelanja pada buku yg sehebat ini.
Malah tiada kekurangan dalam setiap isi kandungannya.
Insya Allah nak kumpul buku dari penulis hebat ini. Walaupun skop nya hanyalah berkaitan dgn guru tapi sesuai untuk semua kerana kita pernah jadi murid tahun1.
Ps: disebabkan buku ini, aku godek nama sekolah dan nama2 cikgu waktu sekolah rendah dulu. Sampai begitu sekali penangan buku ragam budak sekolah 😁
anekdot guru sekolah rendah tentang ragam pelajarnya. aku mungkin tak berapa nak boleh relate. tapi anak anak aku baca gelak guling weh. so aku pun baca dengan anak anak sampai habis buku. memang mengekek la ketawa
Walaupun buku ini merupakan himpunan cerita pendek mengenai pelajar sekolah namun tetap ada yang menarik dan bacaan menjadi pantas.. Sha jadi tertanya-tanya apa lagi kerenah anak-anak di sekolah..