This book is written in Malay. It is on the earliest novel in Malay which was written in 1922 by Ahmad Shawal Abdul Hamid. Kajian Karya Terpilih Sasterawan Malaysa Hikayat Pangilma Nikosa dan Kecurian 5 Million RInggit menampilkan kajian karya-karya penting sasterawan Malaysia.
Mejar Syed Othman Syed Omar adalah Pegawai Turus Dua di Jabatan Arah Infantri. Beliau memperolehi Sarjana Persuratan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM pada 1996.
Akhirnya dapat juga berpeluang membaca novel-novel terawal di Malaysia. Hikayat Panglima Nikosa ditulis oleh Ahmad Shawal bin Abdul Hamid pada tahun 1876 dan dicetak di Kuching, Sarawak. Karya ini adalah sezaman dengan karya Abdullah Kadir Muhsyi. Tidak dinafikan, gaya penulisan masih lagi dipengaruhi oleh gaya bahasa tradisional. Walaupun karya ini seakan memerihalkan tentang tokoh perang berdasarkan penggunaan nama gelaran 'panglima', namun karya ini lebih memfokuskan keupayaan seorang tokoh dan ketua masyarakat iaitu Nikosa yang berusaha membangunkan kehidupan dan ekonomi masyarakat yang dipimpinnya. Malahan sebahagian besar isi kandungan novel ini memerihalkan tentang galakan dalam bidang pertanian.
Kecurian 5 Million Ringgit pula telah dikatakan sebagai novel kedua yang diterbitkan di Malaysia iaitu pada tahun 1922 yang telah diterbitkan oleh Majelis Agama Islam Kelantan. Karya ini merupakan saduran selepas dipermelayukan dan merupakan karya paling awal tentang penyiasatan atau detektif di Tanah Melayu. Latar belakang cerita ini ialah di New York. Seakan membawa novel-novel penyiasatan seperti 7 Penyiasat atau Sherlock Holmes. Teruja dan semestinya suspens.
Saya tertarik dengan ulasan dan kajian oleh editor buku ini, Syed Othman Syed Omar tentang sejarah awal karya-karya sastera moden dan perkembangan penulisan di Kelantan. Sebelum ini masyarakat umumnya hanya mengetahui bahawa Hikayat Abdullah sebagai karya sastera moden pertama di Malaysia (1849) dan Hikayat Faridah Hanom sebagai novel pertama di Malaysia (1925). Terima kasih kepada DBP yang berusaha menerbitkan semula khazanah bangsa dan negara kepada generasi baru seperti saya ini.