"Aku faham perasaan yang kau cerita kat aku mula-mula tadi..."
"Rasa macam seakan-akan dilahirkan bodoh daripada orang lain."
"Orang lain boleh score exam. Aku pulak tak boleh score. Dahlah lambat membaca. Huruf-huruf pun aku tertukar-tukar. Gagap pula tu..."
"Bila aku cerita kat orang, orang tak percaya sebab diorang tak lalui. Diorang ingat aku memang malas. Diorang ingat aku reka cerita dan kasi alasan. Padahal Allah saja tahu macam mana aku ‘struggle’ nak jadi sama macam orang lain."
#1 Buku Teme tak pernah mengecewakan. Jalan ceritanya mantap, mudah faham, tidak "try hard" dan mendidik secara halus.
#2 Gabungan watak Oki, Ben, Joe dan Zack memang terjalin baik. Cuma watak Alif seperti kurang menyerlah.
#3 Tanpa sedar, perkembangan setiap watak yang ada memberi pengajaran kepada pembaca. Zack yang keras, tapi waras dan akhirnya muhasabah diri. Joe yang tiada keyakinan diri akhirnya bangkit mencabar kemampuan sebenar. Oki, sahabat yang sangat membantu dan ikhlas. Ben, yakni Teme sendiri, membuktikan kesabaran dan kesungguhan mampu menjadikan yang mustahil akhirnya menjadi kenyataan.
#4 Saya suka dengan pendirian Ben apabila ditanya Zack kenapa beliau tidak menyertai BADAR. Katanya, dia tak mahu mengaitkan diri dengan sebuah organisasi yang menggunakan nama "Islam" kerana bagi dia, apa jua yang baik sudah nyata "islamiknya". Takut kalau dia melakukan silap (peribadi), nama islamik pada organisasinya akan terpalit. Jesteru, memburukkan nama Islam.
#5 Pandangan "Ben" ada asasnya, tetapi saya rasakan masih ada ruang untuk tidak bersetuju dengan pendapat ini.
#6 Oh! Ini cerita dalam asrama. Tidak ada pula hal-hal asmara. Yang saya perasan, buku Jalanan Teme memang tak ada kisah-kisah gelpren-boipren. Sama macam siri komik Misi. Bagus!
#7 Buku ini tebal, tapi font dan spacing nya pun besar. Mesra mata warga emas.
#8 Harap buku akan datang Teme masukkanlah lukisan-lukisan dia yang "ohsem" tu. Sayang kalau hanya kekal di IG. Buat buku "99 kata-kata Teme" pun boleh, asalkan lukisannya masuk.
Great! Great! Great! ✨ Buku ni nampak macam level utk budak2. Tapi sesuai jugak kalau ibu bapa kat luar sana nak baca buku ni so that awak sebagai parents boleh explore perjalanan anak muda, macam mana perasaan anak muda masa di alam persekolahan. Sesuai sgt utk dijadikan motivasi pada anak2 muda yg ingin melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. 💕 Tapi jgn risau, yg tak sekolah asrama pun boleh baca. Highly recommended!!! 😍😍😍
Kisah kehidupan di sekolah menengah berasrama penuh. Watak-watak utamanya para pelajar Tingkatan 5 yang sedang menyiapkan diri untuk SPM.
Ben - pelajar pintar kelas Sains Teknikal, aktif dalam kokurikulum, pandai melukis. Bersungguh-sungguh mencapai cita-citanya mendapatkan gelaran Pengakap Raja.
Zack - orang kuat Badar, pelajar aliran Sains Agama. Rajin berdakwah dan memberikan tazkirah. Sangat tegas
Joe - tangkas bermain bola keranjang, kurang menyerlah dalam pelajaran. Merasakan dirinya memang tidak akan pandai sampai bila-bila.
Oki - pelajar bijak, sangat mengambil berat dengan tugasnya sebagai fasilitator kepada subjek. Banyak mengajar Joe untuk menguasai subjek matematik Tambahan.
Alif - pelajar yang kurang menyerlah. Cukup sekadar lulus SPM. Bermasalah disiplin. Kurang rajin berjemaah solat, menghisap rokok.
Kisahnya? Kena bacalah sendiri. 😃
This entire review has been hidden because of spoilers.
Siri Jalanan ni memang bermanfaat buat pembaca lebih-lebih lagi adik-adik dan anak-anak yang masih bersekolah. Semangat setiakawan antara watak dan kesungguhan protagonis menuntut ilmu boleh dicontohi.
Meskipun terdapat pengulangan daripada buku-buku yang lepas, ia tidaklah membosankan. Saya tertarik dengan bagaimana penulis menulis watak lelaki kecewa dan menangis. Saya rasa ia sangat manusia dan real. Membuat perasaan simpati dan peduli pada watak itu hadir tanpa dipaksa.
Seronok membaca tentang zaman sekolah sebenarnya. Tak memasal teringat memori lama. Terima kasih, penulis.
Bila kau ingatkan ni sambungan utk cerita jalanan yang lain rupanya plot twist ini yang pertama patutnya. Tak pernah mengecewakan, jalan cerita berkisarkan kisah zaman sekolah untuk menghadapi peperiksaan SPM. Ada banyak ayat-ayat quotes yang menarik untuk diapply dalam hidup.
Teringin nak pulang ke zaman SPM di Sekolah Menengah Sains (SBP) Pasir Puteh sebab nak bekerja lebih keras untuk SPM macam watak dalam buku ini. Rasa menyesal teruk bila baca buku ini sebab saya teringat habis zaman main-main dan sambil lewa Tingkatan 4 dan 5. Kalaulah boleh diputar balik masa, akan aku belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Buku ini bagus untuk pelajar sekolah rendah yang nak tahu macam mana kehidupan di sekolah asrama penuh sebagai persediaan mental. Bagus juga untuk ibu bapa untuk memahami psikologi anak-anak yang menghadapi tekanan SPM akibat expectation daripada ibu bapa itu sendiri.
Rindu sekolah SBP dulu. Dengan ikan jacket, dewan makan, larangan solat dalam dorm.
Bacaan ringan yang sarat dengan mesej-mesej penting. I'm not an SBPI student dan tak pernah duduk asrama pun. Bila baca buku ni, baru tahu "ooo, macam ni ke kehidupan student asrama" haha. This book really brings me back to the good old days during my SPM year (2010). Recommended to read and again, good job Teme for producing another jewel to the Jalanan series.
Sebagai alumni SBPI,memang Teme telah berjaya memetik suis memori aku pada zaman sekolah.Dunia pelajar menengah atas yang dipenuhi dengan belajar dan memegang jawatan sana sini berjaya dipotretkan dengan baik oleh beliau.Teme juga bijak menyelitkan elemen dakwah menerusi watak ketua BADAR.Ringkasnya,buku Teme kali ini ringan tetapi bermakna.
Signature Jalanan membawa signature nya yang tersendiri. Sebuah kisah disebalik wujudnya siri-siri jalanan yang ada kini. Kita melihat kembali ke belakang -- kepada waktu yang telah menciptakan apa yang ada pada masa kini.
Meskipun Teme Abdullah berulang kali mengatakan (di laman sosial beliau) yang Signature Jalanan hanyalah sebuah penulisan ringan beliau, tetapi pada kenyataan itu saya tidak bersetuju sama sekali; kerana pada saya Signature Jalan membawa kisah yang sarat dengan pengajaran sebermula dari awal bab sehinggalah kisah ini tamat.
Terlalu banyak yang saya peroleh -- being optimistic, spiritual, friendship, preseverance.
Setiap watak, setiap keadaan yang diwujudnya -- setiap satunya penuh dengan pengajaran yang dapat kita ambil. Dan seperti bagaimana buku-buku dalam siri jalanan sebelum ini, kisah kali ini turut sama begitu dekat dengan diri kita. Boleh saya katakan kita semua pernah berada di dalam fasa ini.
Kudos to Teme Abdullah atas penulisan siri jalanan ini.
Buku ini ringan je.. Tak berat dengan konflik pun.. konflik yang teme sampaikan adalah konflik budak sekolah asrama.. Namun kita yang membaca still boleh relate.. Terutama sekali bila Teme bercerita mengenai Zack yang terlalu keras dalam menyampaikan dakwahnya.. Tak semua orang boleh terima teguran keras yang tanpa sedar lebih menyakitkan.. Santai tapi padat dengan isi.. Kita kena selalu redha dengan apa yang kita buat kerana Allah namun kita juga manusia, ada masanya pasti akan terasa bila diketepikan setelah kita bertungkus lumus.. Buku yang sesuai dibaca semua peringkat umur..
A light reading book, but still an interesting & inspiring story that you should read 👍🏻 i wish i can turn back time & do better during my school’s days 😊
Habis dalam 4 jam. It was that good and fascinating.
Buku ini pulak touched on Teme's high school life as a pelajar tingkatan 5 dalam sekolah asrama yang bakal menduduki SPM.
One of the best high school stories that I've read. Simple plot that touched on the struggles of Ben aka Teme as a Form 5 student serta rakan-rakan seasramanya.
If he could do it despite being a stutterer and dyslexic, who are we to complain that life is too hard for us?
Siapa pulak Ben ni.. oh rupa²nya watak yang sama cuma nama pena Ben Abdullah. Ikky kan nama panggilan masa kecil dan nama sebenar Iskandar.
F suka nama Danial Iskandar. Budak² dyslexia ni if uols observe budak² pandai. Malah gelaran² hafiz kat Malaysia ni mostly budak² dyslexia. Depa pandai menghafal.
F memang kagum dengan budak² dyslexia. Satu lagi depan rupa elok.. omputih kata good looking.
Mengimbau kembali zaman hidup berasrama yang hanya dipenuhi gelak tawa kawan kawan. Bahagia cara kita. Andai boleh diputarkan waktu, mungkin kembali ke waktu itu yang saya mahu.
Aku rasa aku faham kenapa orang muda banyak yang hype dengan penulisan Teme. Aku secara personal pun suka. Idea dan isu yang dibawa oleh Teme sangatlah bernas dan jarang disebut dengan lembut macam ni. Isu dakwah Badar kat sekolah dulu sangat dekat di hati kita. Ada yang dengan sebab itu dia menilai lebih kritis perbaiki kesilapan lalu.
Aku rasa buku ni bagus untuk faham erti agama kita dan hubungan sesama manusia. Memang innocent watak dalam ni tapi kalau asas kukuh inshaAllah tak rebah. Aku harap banyak lagi cikgu yang macam Ayahanda tu, yang kalau boleh ajarkan anak murid untuk kurang menghukum.
Dalam Siri Jalanan kali ni temanya Back to School. Latar tempatnya adalah satu sekolah berasarama penuh (SBP) yang mempunyai 3 aliran berbeza, iaitu sains tulen, sains agama & sains teknikal. Fokus kali ini bertumpu pada struggle seorang pelajar dalam membahagikan masa antara study, aktiviti kokurikulum dan jawatan yang disandang di sekolah. Juga fokus tertumpu pada struggle pelajar lemah untuk menaikkan markah peperiksaan dan dibantu oleh rakan-rakan pelajar cemerlang. Kalau tulis lebih-lebih, jadi spoiler pula heheh.
Watak Ben sangat dekat di hati because I myself is a product of SBP and dari aliran sains teknikal juga. I realised, maknanya bukan lah hanya my school yang pandang rendah pada budak teknikal walau macam mana cemerlang sekali pun pelajar tu. Buku ni jugak membuatkan kita mengimbau kenangan zaman sekolah asrama, especially scenes di asrama. Rasa nak balik semula ke zaman persekolahan tu.
Overall, it's a good read. I only need 2 hours to finish. Nampak tak betapa khusyuknya baca Signature Jalanan sampai tak sedar dah habis baca.
Dalam banyak-banyak siri Jalanan, Signature paling best bagi saya. Best!! Lawak yang Teme tulis fresh. Saya gelak besar bila baca KULTIM si Joe. Kekasih Awal dan Akhir? Belum kira lagi kejadian sebelum nama dia kena panggil untuk bagi kuliah tiga minit tu. Tiba-tiba je sujud, konon tengah buat solat sunat. Adoi, sakit perut gelak.
Signature berkisar tentang ragam pelajar sekolah berasrama penuh. BADAR, prep, aspura (kalau perempuan aspuri), berebut mandi pagi dengan pelajar senior, solat dalam dorm, liat bangun Subuh berjemaah, DM, cerita hantu asrama turun-menurun.. Pendek kata, sesiapa yang pernah masuk sekolah asrama dulu, bila baca Signature, mesti rasa cerita ni sangat dekat di hati korang.
Semua karya teme adalah yang terbaik! Walaupun buku yang diterbitkan ada ceritakan tentang diri dia yang orang selalu kata "alaa,,, cerita pasal diri dia je pon... benda biasa.." Tapi! diakhir daripada kisah hidup yang dia pernah lalui itulah yang menjadi pemangkin semangat dia dan tengoklah, dulu orang tak pandang pon karya Teme ,tapi Sekarang semua orang cari buku-buku Teme, karya karya Teme.So, betullah 'struggle is real'—Sinceraly: SupporterTA ✨
Sebagai seorang anak murid dan kini guru, saya berasa serba salah dengan situasi kelas semasa. Walaupun dari bacaan, tujuan kelas inklusif diwujudkan adalah bagus, namun terdapat kekangan dari pihak yang sangat mementingkan keputusan peperiksaan standard yang terbaik. Tekanan dan kekangan ini bukan mudah untuk diubah. Namun saya percaya, setiap perbezaan di kalangan individu itu penting untuk membina jiwa kemanusiaan yang lebih nampak situasi kehidupan sebenar.
I wish I had this book during my SPM days!! I like how the author highlights the effort and sacrifices made to reach where he is today! Keep inspiring, and thank you soo much for writing , May Allah bless you always and ease what you are going through now 😉💓 #passingonthebooktoaspmstudent #spmstudentwanted
Alhamdulillah. After 4days. Habis jugak baca. Biasanya sehari boleh habis. Macam biasa, buku penulis ni mmg berisi. Pembacaan yg ringan tapi ada pengisian. Just my type. Good job!
Aku tak boleh nak rate buku ni sebab aku baca dalam keadaan tergesa-gesa dan sekali lalu sahaja jadi aku rasa tak adil untuk aku bagi rating.
Macam biasalah kalau karya Teme. Memang padat dengan nasihat dan kisah yang bermanfaat. Aku rasa siapa yang pernah duduk hostel masa sekolah dulu mesti akan rasa nostalgik bila baca buku ni sebab buku ni memang berlatarkan kisah pelajar asrama.
Tapi aku tak boleh nak relate sangat sebab tak pernah duduk hostel. Aku suka tema persahabatan dalam karya Teme ni. Memang kuat dan rapat persahabatan dorang ni. Aku terharu sangat bila baca tentang watak ni sanggup bangun pagi sebelum subuh semata-mata nak ajar kawan dia subjek matematik tambahan. Part ikan ‘longkang’ dan panjat pagar.
Overall, it was a good read cuma aku rasa bila aku ada masa untuk baca betul-betul buku ni barulah aku boleh bagi rating berapa bintang.
Yg ni best, dpt tiupan semangat nak rajin belajar. Kisah² duduk di sekolah asrama. Dan dengan ini, habislah siri jalanan dibaca. Overall, siri jalanan ni mmg best. Hebat Teme Abdullah!
Siri jalanan ini berbeza daripada siri jalanan yang lain. Penulis menceritakan suasana di satu buah sekolah SBP yang mempunyai pelajar yang berbeza latar belakang dan pencapaian.
Sangat sesuai untuk dibaca oleh pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.
Satu buku motivasi yang mengajak kita untuk terus bersikap optimis dan positif dalam apa jua perkara.
Ada dua perkara yang buat saya sentap dalam buku ini. 1. Kita sentiasa menceritakan azab api neraka kepada orang ramai. Tapi, jarang sekali menceritakan keindahan syurga kepada mereka.
Jadi, bagaimana mereka mampu mendekati Islam?
2. Penghargaan manusia.
Sering kali kita membuat sesuatu untuk mendapatkan penghargaan daripada seseorang. Ya, kita layak untuk menafapatkan penghargaan yang setimpal kerana kita telah usaha sebaik mungkin.
Namun, kita akan kecewa sekiranya kita terlalu mengharapkan penghargaan daripada manusia.
Benda ni berlaku pada diri saya sendiri yang sekarang. Terlalu banyak membantu rakan-rakan menyiapkan tugasan. Tapi, tiada ucapan terima kasih. Malah, memberitahu kepada pensyarah bahawa mereka melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa sahaja. Sumpah. Rasa sedih. Tapi, bila baca buku ni.
Okay. Dont cry baby. Allah ada. Kau tak perlukan penghargaan manusia. Cukup. Allah ada untuk kamu :)
Sequel Jalanan yang tak berat tapi masih terselit nasihat-nasihat sosial seperti “abang-abang” Jalanan sebelumnya. I laughed real hard a few times sebab humor kali ni terasa dekat lebih-lebih lagi bila bercerita pasal high school moments dekat SBP. Other SBPs had the same story too, its funny when we had the same experience and memories especially air oren panas lols. #SignatureJalanan ni macam a throwback journey from Pelukis Jalanan. Bila habis baca Signature Jalanan, we recognised the timeline of all the Jalanan sequel very well. After all, it’s still a good book to read even though the storyline is not that heavy. I’d expecting the next sequel to complete the timeline of this series. Ada cebisan yang masih tertinggal. Sambungannya sudah pasti daripada ayat terakhir dalam #SignatureJalanan.
The first thing that came in my mind after finishing this book is,
“Kenapalah zaman aku SPM dulu tak ada buku ceni huhu”
Well done, Teme. Semua kata semangat dalam buku ni kena tepat pada hati, macam biasa. Walaupun dah habis SPM pun, semua kata-kata tu masih boleh diapplikasikan dalam zaman universiti sekarang.
Seronok baca buku ni, mengimbau semula kenangan waktu zaman-zaman sekolah dulu. Suka!
Gaya penulisan pun santai, sesuai sangat buat mereka yang nak mengisi masa lapang, nak dapatkan manfaat dari sebuah buku tapi dalam masa yang sama taknak beratkan kepala dengan pembacaan yang berat.
Dengan ini, saya bagi 5 bintang!! (Kalau ada 10 bintang, saya akan kasi 10 bintang 😉)
Buah tangan terbaru karya Teme ini sangat-sangat berbaloi untuk di miliki. Kelakar sangat bila baca part KULTIM. Hahaha.. Tanpa sedar airmata mengalir saat baca part Tokoh Kokurikulum. Ye, buku Teme sarat dengan segala rasa. Buku Teme juga buku yang sesuai untuk motivasi diri. Betapa Ben gigih berusaha untuk menutup segala kekurangan diri dan melukis menjadi escapism buat dirinya sedangkan dia percaya yang dia boleh melukis bukan kerana bakat tapi lebih kepada latih tubi yang sering di lakukan. Hinggakan dia mahir dan menguasai bidang lukisan.. Tahniah Teme. Terus hasilkan karya terbaik di masa depan. Semoga Teme dalam lindungan dan rahmat Allah dunia akhirat..