Jump to ratings and reviews
Rate this book

Empayar #2

Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Rate this book
Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia.

Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan; sehingga datang mereka yang mendakwa – kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.

491 pages, Paperback

First published March 1, 2019

114 people are currently reading
1355 people want to read

About the author

Teme Abdullah

15 books3,303 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,406 (73%)
4 stars
376 (19%)
3 stars
95 (4%)
2 stars
21 (1%)
1 star
9 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 249 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
May 26, 2021
Saya baca buku ni dengan ekspektasi yang agak rendah, setelah membaca buku pertama. Buku Teme ni biasanya lebih baik jika dibaca tanpa expectation, lupakan terus trailer bukunya (sebab so far lari jauh dengan fokus jalan cerita) dan baca ketika gembira.

Yang indah-indah dulu ya?

1. Tidak disangkal lagi, Teme sangat pandai menulis. Saya suka merujuk buku Teme untuk penulisan yang cantik.
2. Worldbuilding dan ilmu yang tidak disangka-sangka.
3. Alhamdulillah, saya boleh kata buku ini lebih baik daripada buku pertama. Kalau buku pertama, kita tak jumpa sangat klimaks. Tau-tau cerita dah habis. Tak rasalah cerita tu dikarang sepanjang-panjangnya kemudian dipotong di tengah-tengah. Story arc dah lari kalau main gunting ni.
4. Buku kedua siri empayar ni dapat nampaklah juga naik turun cerita.

Cuma kalau untuk fiksyen, saya rasa Teme perlu lihat elemen perkembangan watak, plot, pacing, dan latar tempat. Cerita ini nampak macam berskala besar tapi a few bits here and there sahaja diceritakan. Saya rasa lebih baik pilih beberapa tempat utama dan lebih berfokus.

Kalau ada yang tak nak cerita, tak payah cerita. Jangan celup kaki lepas tu tinggal. Padahal apa yang diceritakan adalah perkara penting dalam buku. Contohnya, di permulaan cerita, bagaimana ayah bachok andika tu meninggal. Apa yang terjadi kat kampung tu sebenarnya? Lubang di tembok madrasah tu kerja siapa? Dibiarkan tergantung sampai ke sudah.

Tentang pacing. Ketika plot tengah rancak, Bachok Andika tengah berlari dengan kawannya, ini bukan masanya untuk masukkan naratif panjang berjela untuk worldbuilding. Ini bukan tempatnya. Adrenalin pembaca tengah laju mengalir dan tak sepatutnya diperlahankan di sini.

Watak. Saya faham putera tu dah tak ada. Tapi saya juga berharap yang saya boleh rasa lebih dekat dengan kawan si putera. Saya juga berharap sudah berhenti watak perempuan lembik dalam cerita empayar, tapi ada lagi rupanya. Selepas puak jahat menceroboh, entah apalah terjadi pada semua watak perempuan ya? Sudahlah isteri 16__ tu watak penting.

Oh ya dan buku ini masih mengamalkan konsep debat sebagai pusat cerita. Semoga buku Kapal Terakhir ni tidak guna konsep debat lagi. Saya teringin juga membaca sebuah novel, dengan plot, worldbuilding (penulis dah cantik buat worldbuilding ni. Cuma ada tempat perletakan worldbuilding yang salah je) dan watak yang saya boleh rasa jiwanya.

Anda akan tersenyum panjang kalau baca buku ini untuk mesej, ilmu dan keindahan bahasanya.
Kalau anda mahu bacaan fiksyen dan suka elemen plot dan watak, mungkin anda kurang kenyang.

Ini cuma pendapat saya sahaja. Terima kasih banyak untuk karya ini. Looking forward untuk karya terbaru Teme.
Profile Image for Fesz Fenz.
2 reviews1 follower
April 4, 2019
Jalan cerita kali ni lebih menarik dan macam buku yang first penyampaian dan tujuan Teme untuk tulis buku ni masih sama. Maksud aku, pasal penunggang agama dan kritikan pada 'perkara' tertentu dan yang lain tu. Bagi aku bila ada kritikan yang begitu, tak perlu untuk sesiapapun terus melenting sebab perkara yang macam tu penting supaya kita tak terus rasa selesa dalam comfort zone. Dan aku suka bila dalam buku ni ada beberapa pengetahuan pasal kesenian, budaya dan kehebatan Tanah Melayu zaman dulu (typical budak sejarah). Tapi kalau kau tak minat sejarah pun pengetahun tu interesting kot untuk kau tahu.

Actually aku tercari-cari watak seseorang dalam buku ni, mungkin dihazafkan sementara untuk dimunculkan balik dalam sambungan buku yang lain? Maybe. So far, jalan cerita nice, ada diselitkan ayat quran dan hadis, tapi bagi aku kalau Teme tambah aksi dan lawan-lawan lagi best kot. And one more thing, lesson dari cerita ni jangan terlalu cepat percaya pada orang. Serius, banyak betul part yang aku rasa macam, uh why kau terlalu cepat percaya orang lain. Haha stres sekejap. Then mohon Teme kembangkan lagi watak Daeng Anding, berminat dengan watak dia.
Profile Image for Elvina Zafril.
710 reviews104 followers
May 7, 2019
4 stars for this book.

I honestly like this one compare to book 1. There's a lot of improvement in this one.

Loved the setting yang tak terhad dalam Madrasah Taming Sari macam buku satu. Kali ni lebih banyak latar tempat baru yang diperkenalkan.

Mesej-mesej berguna yang disampaikan macam biasa mesti ada. Watak pun ada beberapa yang ada nama. Cuma ada lagi yang masih diceritakan tentang watak-watak dalam buku satu dan masih menggunakan nombor. Susah sikit nak ingat, tapi dah boleh dah ingat sikit-sikit. Paling suka watak pelatih 6480 dan A-Kaf 3808.

Bahasa yang mudah difahami dan bila baca hati jadi tenang sebab sekali diselitkan dengan nasihat-nasihat yang berguna. Ada beberapa perkara yang kita sebenarnya dah tahu, tapi kita lupa dan Teme mengingatkan kita semula dengan menulis tentang perkara-perkara tersebut dalam buku ni. Muka surat 360 yang paling saya boleh kaitkan dengan keadaan Melayu kita. Walaupun rasa isinya agak berat, tapi banyak manfaat dan bacaan jadi best.

Plot twist at its best. Mungkin perlukan Empayar 3 untuk mengetahui lebih tentang pengembaraan pelatih 6480 dan A-Kaf 3808. Really looking forward for the next book.

You can get this book at the nearest bookstores or can order online at www.imanshoppe.com
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
June 8, 2022
[Buku 34 | 2022] 5/5⭐️🫶🏻
Habis baca malam semalam, baru berkesempatan nak review.
I’m not trying to be overhyped, but maybe buku ni terlalu masuk dengan jiwa dan citarasa saya. Dalam buku 2, makin banyak isu yang mampu buat emosi saya turun naik ya

Sakit. Pedih. Rasa macam nak marah tapi kena sabar.
Watak Pahlawan 1636 memang sangat menguji kesabaran saya 🤬 Termasuklah Abu Aswad yang penunggang agama tu.. ya Allah rasa macam nak koyak-koyak kertas masa baca tu. Geram!

Bagi saya, salah satu tanda cerita tu bagus, bila start baca memang tak akan boleh letak. Rasa macam terkilan sikit bila baru baca siri ni sekarang. Tahun 2022 😢

Banyak benda juga yang saya baru tahu bila baca cerita ni. Lagi-lagi maksud sebenar, “Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda”. Sebelum ni, saya pun ada terfikir perkara yg sama, which is kenapa seperti terlalu agungkan sultan dengan gelaran seperti itu. Bila dah tahu maksud sebenar, baru saya faham dan tarik balik pandangan saya sebelum ni 😭

Buku 2 ni diakhiri dengan plot twist yang buat saya tak senang duduk ya. Nasib baiklah buku 3 dah sampai rumah sobs sobss.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
December 20, 2019
Perjalanan kisah Empayar 2 dimulai dengan ssedikit penceritaan zaman kanak-kanak Bachok Andika -- yakni merupakan Pelatih 6480 di Madrasah Taming Sari -- bersama dengan keluarga ahli keluarganya yang merupakn orang laut berketurunan Bugis.

Empayar 2 berkesinambungan kisah setelah Pelatih 8492 -- yang juga merupakan putera sebenar -- lari daripada Madrasah Taming Sari, dan konflik kehidupan di dalam madrasah yang mana Pelatih 1636 masih meneruskan penipuan akan kebenaran yang kononnya dia ialah Putera Aradhana Satera yang telah lari daripada istana. Kataksuban mendapatkan kedudukan duaniwi terlalu hidup dalam diri Pelatih 1636, sehinggakan ketika berlakunya serangan daripada pemberontak yang kononnya membawa perjuangan memartabatkan semula Islam di bumi Tanah Melayu, Pelatih 1636 masih ingin mengambil kesempatan untuk mendapatkan kuasa kedudukan sehingga sanggup berlaku khianat.

Serangan penaklukan Madrasah Taming Sari tidak berlaku lama setelah Pelatih 6480 dan A-kaf 3808 berjaya mendapatkan bantuan daripada orang laut -- yang merupakan barisan ketenteraan rahsia kesultanan, yang juga diketuai oleh abang kepada Pelatih 6480, Bachok Anding.

Perjalanan misi menyelamat menuju ke Madrasah Taming Sari telah membuka dan mencerahkan banyak keraguan dan kesangsian yang selama ini Pelatih 6480 simpan terhadap ahli keluarga dan orang laut sendiri, barulah dia sedar yang selama tanggapan yang dia pegang adalah salah sama sekali.

Pada akhirnya kebatilan tetap kalah kepada yang haq. Namun perjuangan dalam mempertahankan agama Allah ini masih akan tetap diteruskan kerana syaitan laknatullah tidak pernah berputus asa menyesatkan anak cucu Adam sehingga datang hari kiamat.

_______

Empayar 2; pada saya perjalanan cerita terasa agak lambat, penceritaan yang masih banyak berkisar tentang perbuatan 'menunggang agama' oleh Pelatih 1636 sepanjang berada di dalam institusi Madrasah Taming Sari. Sehingga ke serangan pencerobohan oleh anggota-anggota gerakan Imam Aswad juga sama, lebih banyak penerangan tentang perbuatan 'menunggang agama' pihak itu yang diceritakan. Namun tidak kurang juga selitan pengajaran dan penerangan akan kesalahan yang dibuat oleh puak-puak seperti Pelatih 1636 dan Iman Aswad ini -- semestinya forte Teme dalam setiap penulisannya.

Pada saya penceritaan pada awal kisah dan pada bab-bab akhir adalah lebih menarik, hubungan adik-beradik di antara Bachok Anding dan Bachok Andika sangat menarik minat saya, dan watak Bachok Anding juga pada saya sangat berkarisma dengan perwatakannya, walaupun watak itu hanya sedikit wujud dalam penghidupan buku ini -- mungkin juga kerana keseluruhan buku ini penulis lebih banya bercerita berbanding membiarkan watak-watak itu yang membawa perjalanan cerita.

Apa-apapun twist and turn yang ada, semestinya akan membawa kita kepada satu perjalanan lagi untuk buku Empayar yang seterusnya.
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
March 31, 2019
Plot twist at its finest! I think this is the best one from Teme so far.

Hebat jugak teguran dalam naskah ni esp dalam page 360 tu. Dekat sangat dengan orang Melayu kita.

Apa apa pun congrats Teme!
Profile Image for Mushair..
21 reviews2 followers
April 6, 2019
Ada potensi. Empayar mengikut pendapat saya mmg ada potensi dari semua segi. Tetapi masih banyak perlu diperbaiki oleh Teme. Gaya penceritaan, dialog, plot, watak, setting dan semuanya. Umum tahu yang Teme tidak biasa menulis fiksyen tetapi saya positif yg empayar mampu matang melalui siri siri akan datang nnti.

It still an enjoyable story untuk an average book. Nice one by teme. Recommended untuk dibaca semasa santai atau sebagai bacaan ringan. Waiting for the next book. :)
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
May 22, 2020
Plot twist yang menyebabkan aku tak sabar tunggu sambungan dlm Empayar 3.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
March 24, 2021
Buku kedua dalam siri Empayar, karya Teme Abdullah. Bergenre post apokalips + dakwah islami. Buku kedua ni lebih best berbanding buku pertama, plotnya lebih rancak dan lebih padat dengan aksi. Seperti buku pertama, kata2 nasihat, dakwah, dan sindiran pada golongan 'penunggang agama' juga masih lagi diselit. Plot twistnya juga ada 'wow factor'. Tak sabar nak tunggu buku ketiga siri ni, entah bila akan terbit...

Buku kali ni menyambung cerita yg tamat dalam buku pertama. Watak utama kali ni bukan lagi Pelatih 8492 (Putera Aradhana Sastra), tapi rakan baiknya iaitu Pelatih 6480 (Bachok Andika). Cerita dimulakan dengan kisah silam Pelatih 6480 sehinggalah kepada peristiwa Madrasah Taming Sari diserang oleh pengikut ajaran sesat pimpinan Abu Aswad. Pelatih 6480 dan sahabat barunya, A-kaf 3808 (Kai) cuba melepaskan diri dari tahanan untuk mendapatkan bantuan dari Orang Laut (yg dianggap sebagai lanun) di bawah pimpinan Daeng Anding iaitu abang kepada Pelatih 6480 sendiri. Tanpa mereka sedari, Pahlawan 1636 yang gila kuasa cuba melakukan sabotaj untuk menggagalkan usaha mereka itu...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
August 25, 2019
Sambungan yang tak menghampakan.. Cuma masih lagi terlalu detail dan sedikit meleret namun tak mengganggu perjalanan cerita.. Sambungan kali ini tak ada cerita pasal putera sebaliknya kawan kepada putera.. Sha suka cara Teme menyampaikan cerita.. Tahu buku ini akan bersambung tapi tetap teruja nak membaca dan puas.. Kesudahannya sedikit mengejutkan dan memberi beribu perasaan yang yak dijangka..
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
December 24, 2022
Sambungan dari buku yang pertama. Pelatih 1636 terus dengan perangai buruknya. Mentang-mentang sang pencabar sudah tidak ada.

Andika anak suku Orang Laut. Menyangkakan keluarganya hidup bergelumang dosa sebagai lanun. Sangkaan buruk terhadap keluarga menyelubungi diri tanpa tahu rahsia tersembunyi.

Madrasah Taming Sari ditawan sekumpulan manusia yang diketuai oleh Abu Aswad. Mereka ingin menggulingkan pemerintahan sultan yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam. Tampil berjubah hingga ramai yang percaya akan dakyah mereka.

Buku yang kedua ni menurut SH lebih laju dari yang pertama. Dan kali ini turut diselitkan dengan aksi-aksi pertempuran dan pertarungan.

Dan permainan minda yang licik turut menambahkan lagi perisa cerita ini. Cukup rencah cukup rasa.

Jalan cerita yang menarik dengan latar belakang yang menarik. Plot twist dia pulak memang mantap. SH suka sangat.

Dan yang SH lagi suka adalah bagaimana Teme menekankan aspek Islam dalam kehidupan. Baik dalam pelajaran, pertahanan diri, bermasyarakat, menjadi pemimpin. Dan tak lupa juga dengan elemen Melayu yang digambarkan dalam series ni. Memang terbaik.
Profile Image for Faarihin Talip.
36 reviews2 followers
April 6, 2019
Kalau ada yang membaca buku di awal bab rasa nak marahkan sesuatu. Saya nasihatkan, teruskan pembacaan anda hingga noktah yang terakhir. Jangan cepat melatah dan jangan cepat menghukum.

Apa yang boleh saya katakan tentang Empayar 2 ini ialah ceritanya secara tidak langsung memang sangat dekat dengan keadaan sekeliling kita.

Suatu kupasan yang sangat menarik berkaitan hadis, Al-Quran dan Islam di dalam buku ini. Saya tertarik dengan cara Daeng Anding menerangkan sesuatu ilmu kepada Andika.

Tetapi plot 'twist' dalam cerita ini yang membuatkan kita sebagai pembaca tak akan sangka-sangka yang jalan ceritanya begitu. Serius, sebagai pembaca, kami perlukan sambungan Empayar ini lagi.

Tahniah Teme! Atas satu idea yang sangat berani. Semoga karya ini 'terpelihara' dari mata-mata yang takutkan bayangnya sendiri.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
December 18, 2020
Sambungan Empayar kali ni semakin menarik. Banyak teguran yang begitu padu mengenai Islam dan masyarakat melayu. Deep jugak.

Tak sabar pula nak tahu apa jadi dekat 8492. Harap dlm Empayar 3 dia buat kemunculan.
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
July 21, 2020
Alahai, teringin nak tahu kisah lanjut tentang watak 8492.
Profile Image for Mimiey Potter.
131 reviews
September 1, 2019
Cerita ni menarik sebenranya cuma rasa macam ada lompong kosong. For example, sistem dalam madrasah tu patut cerita dengan lebih detail. Sistem pemerintahan kesultanan pada masa itu pun kurang pendedahan dan hanya lebih fokus dengan apa yang berlaku dekat madrasah itu sendiri. Mesej yang hendak disampaikan tu memang okay cuma rasa macam ada lompong in terms of world building. Emapayar can be categorized as a fantasy series and we probably get more books from this series but for me the world building is weak. It should be improvised so we can see and imagine the setting of Empayar. Sistem masyarakat pada zaman itu bagaimana mybe macam masyarakat melayu tradisional tapi kurang diperjelas. However, latar belakang Bachok Andika dan keluarga tu agak menarik. Since the prince does'nt make appearence in this one, I assume he will come back at the third book. Overall, it's a good book with nice messages and I do enjoy myself but I have a high expectation but it didn't hit the bar
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books856 followers
June 13, 2020
I preferred Empayar 1 than this book but nevertheless it is a good book. There is more action and a lot of background for a side character from Empayar 1; Pelatih 6480. And of course, friendship is Teme's strongest suit in writing so we have sprinkles of this in the book. He's such a natural with friendships no author can beat this.

But I still feel myself craving for more of the world building, like an unsatisfied thirst that craves for a third book, wink wink hahah.

The cliffhanger at the end was also subtle, gives me horror Malay movie vibes but with lessons.

I miss 8492 though, sigh.
Profile Image for Aza Holmes.
69 reviews5 followers
April 2, 2019
Plot twist at its best!

Betul kata Teme, buku kali ni agak berat. So pembacaan pun jadi a bit slow sebab nak memastikan betul-betul faham jalan cerita buku ni. Like the previous book, this book is full of hadith & Quran verses to suit the situation. Jalan cerita juga disesuaikan dengan keadaan semasa, sama ada kita sedar atau tidak.

Untuk yang baru nak mula membaca, take your time to read and understand because it's more than just a story.
Profile Image for Shaheera Zam.
1 review
April 4, 2019
This is really an excellent book! Not saying this because I’m a fan of his writing but as a student of linguistic and literature. To write a good piece is never an easy work, you know? But kuddos to this young man, he managed to write such amazing works with plenty of moral value. Him criticizing his society for betterment through writing is applaudable. EVERYONE PLEASE READ HIS BOOKS ESPECIALLY EMPAYAR 2 hahahahaha really worth it 😆
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
September 1, 2021
Mesej yang disampaikan dalam novel ini jelas. Usaha dakwah penulis dalam karya ini juga sangat baik. Penulis sememangnya banyak ide yang mahu dikongsi. Ketepikan samada ia original atau tidak kerana khalayak Teme mungkin berbeza dengan peminat genre fantasi/aksi lain. Cerita sebegini masih perlu ditulis sebagai ide baru atau peringatan.

Saya tertarik dengan kisah keluarga Andika dan orang Laut. Babak yang paling wow, bagi saya adalah semasa jong Mendam Berahi muncul. Perasaannya macam Black Pearl keluar di skrin saat krew Jack Sparrow memerlukannya haha.



Sayang, pengakhiran untuk beberapa watak kurang memuaskan hati. Kematian villain terlalu mudah dan rasa tak bermakna. Putera, bapa dua Bachok, watak-watak wanita hilang entah ke mana. Mungkin penulis ada plan untuk menyambung karya ini. Mungkin. Sekiranya benar, bolehlah kiranya penulis menjelaskan perkara-perkara yang lompong tadi.

Cadangan dua sen saya yang lain untuk sequelnya
- Semoga watak-watak wanita tidak hanya wujud menempel. Biarkan mereka bersuara dan tidak bersandar kepada tindakan watak lelaki semata-mata.
- Tambah/perbaiki babak aksi supaya lebih epik gitu.
- Selerakkan wacana dan penerangan latar cerita pada serata bab, bukan hanya satu dua tempat.
- Beri bayangan untuk watak baru. Gambaran yang diberi dalam Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama, seolah-olah batch junior sahaja yang wujud. Kemunculan watak-watak senior pada bab akhir, nampak macam idea last minute.

Maaf, terbanyak pula tulis. Semoga Teme terus maju jaya :)

Ulasan Empayar: Putera Tanpa Nama.

Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
December 25, 2021
Teme Abdullah membawa kita membedah kefahaman kita sendiri tentang Islam. Sejauh mana kukuhnya ilmu kita tentang apa yang kita bawa. Sefaham mana kita dengan ilmu yang ada di dada. Apakah pencarian ilmu kita semakin menemukan kita dengan pengetahuan yang kita dambakan tanpa pemahaman yang jitu. Wujudkah keliru di antara tahu dan berilmu? Apakah pengetahun yang melimpah seseorang itu menjadikan kedudukannya setinggi nabi atau mendedah hina diri dengan tahu tanpa ilmu? Apakah yang dimaknai dengan berilmu?

Melalui watak pealtih 6480, a-kaf 3808 dan 1636, Teme mendedahkan beza di antara orang yang tahu dan orang yang berilmu.

Melalui watak Imam Abu Aswad, Abu Aiman dan Abu Hajar, Teme merungkai erti mukjizat sebenar. Mukjizat, perkataan Arab yang bermaksud, kurniaan Allah kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. (rujukan: Kamus Dewan, Edisi Keempat)

Tetapi, bila Teme Abdullah meletakkan tagline Empayar II sebagai Hikayat Mukjizat Daripada Iblis, ia satu paradoks. Paradoks manusia yang seakan mendapat izin Tuhan dalam memimpin ummah dengan pengetahuan hadis dan ayat al-Quran. Tetapi rupa-rupanya ia hanyalah satu pertentangan. Bukan mukjizat, sebaliknya manipulasi 'tahu' yang bersalut bantuan syaitan. Izin Allah hanyalah ujian. Bukan bermaksud reda akan kejahatan. Yang terlihat benar adakalanya kepalsuan.

Empayar II, sebuah prosaik penceritaan yang paradoks. Sebuah buku yang bila dibaca, mengoreksi pemahaman kita terhadap agama sendiri. Sejauh mana kefahaman kita terhadap makna Islam. Apakah tahu kita itu, tahu yang berilmu? Ilmu yang terzahir melalui perbuatan atas kefahaman yang benar-benar faham. Bukan tahu tapi tak berilmu. Tahu tapi keliru.

Jemput juga tonton ulasan Empayar II dalam bentuk video di saluran Youtube saya, NORSAMILA SAMSUDIN. Boleh cari menggunakan kata kunci 'empayarteme', atau 'empayarII', atau 'temeabdullah'.

Profile Image for Fatin Allen.
117 reviews36 followers
April 21, 2019
Sumpah aku puas hati gila dengan sekuel ni. Bahasa yang mudah, pengajaran yang berhemah, isi yang berat tetapi diserikan dengan tema dystopia ala kesultanan. Kagum dengan cara penulis menyelitkan ilmu dengan gentle di dalam setiap bab terutamanya tentang gelaran sultan yang menggambarkan ketinggian seni bahasa Melayu.

Dari segi watak, penulis berjaya menjulang Pelatih 6480 dan A-kaf 3808 sebagai protagonis namun pada masa yang sama mengekalkan Pelatih 1636 sebagai antagonis yang menjengkelkan semua orang, aku percaya.

Satu persoalan masih kekal... gelaran ataupun nombor pelatih. Apakah motif atau kod di sebaliknya?
Profile Image for Afifah.
97 reviews
August 31, 2021
Aku rasa buku ni seronok. Tambah-tambah lagi ada fakta yang jarang didengar tentang kesenian bahasa membuatkan aku kagum dengan penulis. Buku 2 ni ada penambahbaikan yang aku rasa istimewa. Akhir buku ni pun aku tak sangka, memang aku suka kalau buku yang aku baca ada plot twist. Aku dahagakan Empayar 3.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
November 27, 2022
[9/22]

Buku: Empayar 2
Penulis: Teme Abdullah

Kesinambungan novel Empayar I. Tiada apa yang boleh saya cakapkan. Novel ini cukup semuanya. Cumanya saya rasa agak meleret ceritanya. Overall, sebuah nukilan yang memberi kesan di hati. Tahniah Teme!
5 reviews
April 5, 2019
So many important messages on how to recognize the people who were using religion for their own benefits. Differentiate them and don’t be like them
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 11, 2019
Wow. Sebuah sambungan yang penuh dengan twist. Sedap enak, buat aku tak sabar menunggu sambungannya. Ada 3 lagi khabarnya? Banyak ilmu yang baru aku terima. Teruskan menulis Teme.
22 reviews
November 1, 2019
the author is quite creative, however it is not my kind of story. i just challenged myself to read something of a different genre of my liking. entertaining, light reading.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
March 7, 2023
Buku pertama siri Empayar adalah penyebab saya bermula dengan muka surat pertama Empayar #2 tanpa sebarang ekspektasi. Bermulalah perjalanan yang dijangka akan saya lalui dengan santai. Tapi tak sangka agak cepat penulis mendatangkan konflik. Kita tidak lagi bertenang-tenang dalam Madrasah Taming Sari bila rupanya ada perkara lain yang penulis rancangkan.

Pergerakan cerita semakin menarik, tiada lagi perbahasan yang dileret-leretkan seperti di buku pertama. Watak-watak berkembang dengan sangat baik terutama watak Pahlawan 1636 dan Pelatih 6480.

Formula kebiasaan cerita heroik; watak hero akan lebih mendapat sorotan fokus dan dibina dengan beberapa ciri hero bagi menjadikan dia lebih istimewa berbanding orang lain. Tapi berbeza dengan Siri Empayar, dilihat penulis membina karakter antagonis dengan rapi. Keadaan ini berjaya menjadikan 'kejahatan' antagonis lebih relevan dan agenda jahat lebih kelihatan bermotif dan punya visi. Saya fikir ini adalah sesuatu yang agak 'rare'. Sisi jahat Pahlawan 1636 dipersiapkan sebaiknya oleh Teme dalam buku 1 dan 2, dan saya tak sabar menantikan kelicikan watak antagonis ini mengatur strategi cubaan 'check mate' di papan percaturan terakhir di Empayar 3.

Pada mulanya di bab terakhir, penutupnya tidak saya sangka sebegitu mudah, ringkas dan selamat. Karakter Imam Abu Aswad juga seperti tergopoh-gopoh dibentuk dan dihabisi, sukar saya tanamkan dikepala figura ini yang berjaya menyebarkan pengaruh yang besar secara saraf pada jemaah dan rakyat kesultanan.

Tapi rupa-rupanya saya terlalu memandang rendah Teme.

Seperti di papan catur, satu pergerakan balas Teme menjadikan segala susunan serangan pihak lawan jadi terlerai. Wow! saya memang tidak menjangkakan ini. Terima kasih, kepuasan menghabiskan buku ini (dan terkena plot twist) benar-benar menusuk!
Displaying 1 - 30 of 249 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.