Jump to ratings and reviews
Rate this book

25 Kes: Himpunan Kes yang Tak Terlupakan

Rate this book
Hospital adalah sebuah gelanggang yang sukar diduga. Pelbagai kerenah, ragam, juga warna manusia saling bergelumang dan mencelorengkan.

Bergelar petugas kesihatan umpama melihat ke dalam cermin kehidupan. Menjadi pemerhati yang tajam, juga sesekali terheret sama ke kancah yang menikam.

25 kes daripada 25 penulis ini merakam pengalaman itu.

Sejumlah pertembungan yang kemas pada ingatan seperti retak sekeping cermin. Sentiasa ada setiap kali mereka merenung ke dalamnya. Ironi. Konflik. Motivasi. Inspirasi. Debar. Panik. Hiba. Tawa. Iktibar. Dera. Semua adjektif dan superlatif yang menitis dan mencomotkan lantai hospital.

Ini adalah kehidupan (juga kematian) yang perlu ditangani para penulisnya.

That one case - yang tak terlupakan.

252 pages, Paperback

Published April 1, 2019

3 people are currently reading
18 people want to read

About the author

Fahd Razy

58 books120 followers
Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005.

Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama.

Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (63%)
4 stars
12 (29%)
3 stars
3 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
April 28, 2019
Kisah-kisah dang pengalaman benar yang dilalui oleh 25 orang petugas di hospital, doktor, dietitian dan ahli farmasi.

Pengalaman yang tidak dapat mereka lupakan dan sebahagiannya ada ibrah yang perlu diinsafi.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
October 19, 2019
41 - 2019

BUKU : 25 KES
PENULIS : SEPERTI TERTERA 😂

Asalnya beli sebab saya suka dengan cover buku ni. Itu je. Sekali lepas baca mengalir air mata. Ya ALLAH, berat ye kisah-kisah yang terpaksa pakar perubatan kita depani. Dituduh pembunuh, kena cuci najis, diherdik pesakit. Aduh, kita yang membaca pun terasa sakit, macam manalah mereka yang berhadapan dengan situasi yang betul?

Buat ahli perubatan, terima kasih atas pengorbanan anda. Moga anda semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus memberi kebahagiaan buat orang lain!
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
April 10, 2019
I couldn't say no to this book since the first time I set my eyes on it. It was at the top of my must buy list at KLIBF but...

I had to read this book bit by bit.
Similar to taking medicine.
In order not to overdose.

A book written by 25 medical team members from doctors to nurses and medical attendants.
Recalling their most memorable patient.

Melancholic and heart wrenching stories.

The very first story by Dr Adibah Abdullah had shaken me. The story of how a doctor need to convey the bad news to the parents.

There and then I know that I can't read this book at a sitting. And had to say no to this particular book for my bedtime reading if I want to sleep calmly.

All 25 stories are well written but if I had to choose, my favourite would be the story written by Dr Syamirullah Rahim on how a mother sacrificed her own life for her baby.

How do doctors work in such emotional turmoil is still a wonder to me.
May Allah bless all the good doctors.
Amiin.
Profile Image for Nur Fathinah.
129 reviews6 followers
July 13, 2020
Buku ni istimewa sebab setiap penulis hanya boleh tulis satu sahaja kisah yg memberi kesan kepada mereka.

Semua cerita ada pengajaran yg boleh di ambil oleh pembaca. Sebagai pelajar perubatan, saya suka baca tulisan begini sebab dapat tambah ilmu dari pengalaman org lain.

Orang awam pun sangat sesuai baca buku ni sebab selepas satu cerita, akan di selitkan info medik. Boleh tambah ilmu yang betul tentang perubatan. Tanpa kita sedar, kita terangguk sendiri kerana mengiyakan fakta yang baru kita tahu. Seronok sangat !

Saya pun baru tahu yang doktor gigi juga buat pembedahan seperti betulkan tulang muka yang patah. Sangat menarik.

Semoga penerbit dapat mengetengahkan lagi penulis selain doktor perubatan. Kisah medical assistant (MA), staf nurse, pharmacist dan lain². Kerana lain profesion, lain sudut pandangnya.
Profile Image for Hafiz Izzudin.
4 reviews
June 27, 2020
Dari dulu lagi saya tertanya, apa nama kertas yang ada huruf besar hinggalah yang lebih kecil saiz hurufnya yang tertampal pada dinding dalam ruang bilik kesihatan tu? Apa kegunaan dia? Selalu join history taking session dengan doktor ketika saya terlibat dalam satu kemalangan dulu dan tiap kali tu juga saya selalu nampak kertas tu. Bila saya jumpa buku ni di kedai buku, saya terus beli sebab saya tertarik dengan design cover book dia. Dari situlah saya mula membaca buku ini and guess what? I have been through many years to find out what name of paper is and finally I have found it. Carta Snellen 😍. Ianya digunakan untuk menguji ketajaman mata pesakit. Wow! Its great. Love you Katapilarbooks 💕
Profile Image for Norzat N. .
3 reviews
April 11, 2019
Kompilasi kes hospital yang tidak dapat dilupakan oleh para petugas hospital. Suatu cubaan yang baik oleh para penulis yang memberi sumbangan kisah masing-masing. Pembaca diingatkan betapa berharganya kesihatan tubuh dan bagaimana untuk menghargai tugas seorang petugas di hospital. Sungguh menarik dan agak meruntun jiwa apabila mengetahui kisah dari perspektif perawat hospital. Mereka juga manusia biasa yang pernah membuat kesilapan. Walaupun sudah berusaha sehabis mungkin, namun perlu juga akur kepada ketentuan Ilahi.

Suatu bacaan yang recommended untuk segenap masyarakat! Tambahan info medik di pengakhiran setiap kisah juga amat dialu-alukan. Semoga lebih banyak buku sebegini dapat diterbitkan sebagai peringatan kepada semua untuk menghargai 'sihat sebelum sakit'
Profile Image for H S. A.
115 reviews
November 18, 2020
29/2020📚
25 Kes : Himpunan Kes Yang Tak Terlupakan
Penyelenggara : Dr Fahd Razy
(Penulis : Seperti dalam senarai)

Setelah dilanda musim ‘Reader’s Block’ yang kerap berlaku kepada saya kebelakangan ini, saya memilih naskhah ini untuk memulakan semula ritma membaca saya.
25 gaya tulisan dan penceritaan, setiap satunya dengan isi kandungan berbeza dan membuka mata mengenai skop tugas dan realiti yang dihadapi petugas kesihatan, dari yang bertugas sebagai pembantu pegawai perubatan, ahli farmasi, jururawat dan sudah tentah pegawai perubatan. Setiap seorang berkongsi mengenai satu kes yang dirasakan paling mengesankan sepanjang pengalaman mereka berhadapan dengan pesakit.
Selain daripada membaca kisah yang mencetus pelbagai perasaan dari sayu, gembira dan bercampur baur sehingga tidak dapat dijelaskan perasaan itu, diselitkan juga cebisan informasi berkait dengan penyakit dan terma perubatan yang digunakan dalam cerita tersebut.

Penilaian peribadi : 5⭐️/5⭐️
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
February 28, 2022
Novel ini memuatkan 25 kisah serta peristiwa yang sempat dicoretkan oleh para doktor serta petugas kesihatan di sebalik kesibukan mengendalikan pesakit ditemani bau-bau ubatan di hospital.

Pelbagai catatan yang terukir di setiap helaian novel ini digarap penuh penghayatan serta membangkitkan perasaan suka, duka, pilu, keterujaan dan sebagainya serta menonjolkan pelbagai sisi ragam manusia yang hadir ke rumah sakit.

Menariknya novel ini, pda setiap helaian akhir satu kisah, dimuatkan pula penerangan yang ringkas dan padat tetapi mudah difahami untuk setiap penyakit / nota perubatan yang berkaitan dengan cerita. Juga nota-nota kaki yang amat membantu dalam menerangkan terma-terma yang sukar difahami.
Profile Image for Shahidra.
33 reviews4 followers
February 1, 2022
Jika rasa kerjaya kita sukar, cuba baca buku ini . Ternyata cabaran yang dihadapi tidaklah sebesar yang dialami oleh petugas perubatan. Dalam 1001 cabaran, mereka terus bertahan demi tanggungjawab. Terpahat dalam memori kisah yang satu itu, yang tidak boleh mereka lupakan. Kisah yang terus mengukuhkan tekad dan menyuburkan kemanusiaan dalam diri. Semoga kisah-kisah itu turut menjentik rasa dan menjadikan kita lebih menghargai segalanya...kehidupan, mereka yang di sekeliling, masa dan apa sahaja.
Profile Image for Salwahida Mohd Mohaiyidin.
14 reviews
November 1, 2019
A great book indeed! Kudos to all the writers. Banyak info info perubatan yang boleh didapati. Setiap satunye diterangkan dengan jelas. Ada pengajaran disebalik setiap kes😉
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.