Jump to ratings and reviews
Rate this book

Buku Pink 2.0: Lagi Cerita-cerita Ibu Mengandung

Rate this book
Kehamilan bukan semata-mata menjadi (bakal) ibu, bahkan ia hadir dengan pelbagai harapan, tugas dan tanggungjawab lain. Ia proses alami yang amat besar nilai manusiawinya. Lantaran itu, gelaran ‘ibu’ dan segala keistimewaannya hanya dikalungkan ke leher dan bahu seorang wanita.

Perjalanan dari mula hamil, kelahiran, seterusnya menyusu dan mendidik anak, sekalipun indah, tidak terlepas daripada ujian dan komplikasi. Kadangkala mendorong para wanita terpilih ini ke sudut yang terdesak, sehingga ada pihak yang semberono mengambil kesempatan atas ruang ini. Di media sosial terlalu banyak ‘kumpulan’ yang cuba memberi maklumat dan nasihat yang menyeleweng bahkan membahayakan, demi mengaut keuntungan.

Lantaran itu naskhah ini lahir, demi memperbetul dan memahamkan masyarakat awam tentang buku pink dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ia sejumlah catatan pengalaman, cerita, dan catatan para petugas kesihatan menangani kehamilan dan kelahiran. Suspens, lucu, sedih, gembira, informatif. Ya, kehamilan tidak semestinya berwarna pink, bukan?

Selamat menjadi (bakal) ibu atau bapa. Ini naskhah wajib untuk anda!

238 pages, Paperback

Published April 1, 2019

2 people are currently reading
23 people want to read

About the author

Nur Hanisah

4 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (56%)
4 stars
16 (43%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
June 21, 2021
Buku Pink 2.0

Lanjutan daripada Buku Pink yang pertama. Kali ini lebih ramai penulis dan lebih banyak kisah dikongsikan. Bukan sekadar anekdot tetapi ada fakta dan ilmu yang diselitkan. Ok juga buku begini. Ia boleh jadi panduan awal buat ibu hamil.

Kadang ibu yang pertama kali hamil pasti banyak yang belum tahu. Banyakkan membaca boleh membantu ibu menghadapi kehamilan dan kelahiran yang lebih baik insya-Allah.

Saya suka bila ada yang nasihatkan tentang penjagaan ibadah, aurat dan seumpamanya bagi ibu yang mengandung. Ia satu bahagian penting yang ada orang ambil ringan. Sedih bila lihat senario ini berlaku.

Oh ya, ada juga penerangan tentang buku pink yang ibu-ibu hamil dapat ketika mendaftar di klinik kesihatan atau hospital. Barulah saya tahu details sebahagian info dalam buku ni. Anak dah 6 baru tahu.

Selamat membaca.

Profile Image for Eiju adnan.
63 reviews
May 29, 2019
Love this book more, more information on the pregnancy compared to the first book.
Profile Image for Nur Fathinah.
129 reviews6 followers
October 5, 2020
Puas hati dapat baca buku ni. Banyak jugak mitos tentang sakit puan terjawab.

Perlu ke pakai stokin waktu berpantang nanti takut angin masuk ? Huuu rupanya itu cuma mitos. Kalau takut sangat darah beku, pakai compressing socks, boleh beli dekat farmasi.

Wajib di baca oleh semua. Anak dara, ibu muda, suami, ibu mertua, haha semualah kena baca. Supaya tahu ilmu yang betul² sahaja.

Banyak ilmu yang di kongsi dalam ni saya catat dalam buku nota. Berbaloi untuk dibaca.

Katapilar kena terbitkan siri buku pink ni setiap tahun. Masyarakat perlu terus diberikan ilmu yang sahih. Terima kasih Katapilarbooks !
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
April 28, 2019
Aku lagi suka buku yang ini berbanding buku pertamanya. Kalau dalam buku pertama tu lebih banyak cerita pengalaman, dalam buku kedua ni lebih banyak info dan penerangan yang lebih detail. Siap terangkan satu persatu halaman penting dalam buku pink tu lagi. Kalaulah buku ni keluar sebelum aku beranak, kan bagus! Tak payah nak Google apa maksud yang nurse or doktor cakap tiap kali habis checkup.

Highly recommended to moms-to-be (already a mom pun boleh baca, untuk ilmu!).
Profile Image for Nurul Syahirah Mohd Nazri.
82 reviews4 followers
May 30, 2021
Gaya penyampaian yang santai dan mudah untuk difahami. Sesuai dgn tajuknya, buku pink amat penting terutama kepada mereka yang mengandung dan bersalin bagi membantu proses pre-natal. Diselitkan juga nasihat untuk mereka yang mengikut pantang larang yang kadang-kadang boleh membahayakan ibu dan anaknya.
Profile Image for Fiqa Kharshah.
7 reviews
December 30, 2019
Buku yang patut dibaca oleh masyarakat, terutama sekali makcik-makcik bawang. Banyak informasi untuk bakal ibubapa dan juga cerita-cerita yang menghiburkan.
37 reviews
July 18, 2022
Dah ada koleksi pertama, saya dapatkan koleksi kedua. Buku Pink 2.0 pun banyak dapat ilmu-ilmu baharu.

Tak rugi dapatkan.
Bapa-bapa pun boleh baca. 💕
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
February 7, 2023
Bacaan yang sangat berinfomartif kepada semua golongan.. Ada beberapa topik yang disentuh menarik perhatian Sha..
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 22, 2024
Buku Pink 2.0: Lagi Cerita-Cerita Ibu Mengandung memberikan panduan lengkap tentang kesihatan ibu hamil, dengan pelbagai bentuk ilmu yang penting untuk bakal ibu. Dalam buku ini, pembaca akan diperkenalkan kepada Buku Rekod Kesihatan Ibu dan cara mengisinya, termasuk istilah penting seperti THA (Tarikh Haid Akhir) dan TAL (Tarikh Anggaran Lahir).

Penulis juga membincangkan interaksi antara petugas kesihatan dan pesakit dengan cara yang menyentuh, menunjukkan pelbagai situasi lucu dan mengharukan yang sering dialami ibu-ibu semasa mengandung. Nasihat dan pengajaran juga dipaparkan, seperti kepentingan pengambilan asid folik untuk mencegah kecacatan.

Tambahan lagi, buku ini menyertakan catatan dari doktor jemputan yang memberikan maklumat berguna tentang risiko dan komplikasi semasa kehamilan. Isu semasa seperti peranan doula dan perspektif doktor lelaki dalam bidang obstetrik juga dibincangkan oleh pakar.

Buku ini dilengkapi dengan glosari istilah perubatan untuk memudahkan pemahaman dan menangani mitos-mitos yang sering wujud dalam masyarakat mengenai kehamilan. Kehadiran Buku Pink membantu ibu-ibu menjadi lebih cakna mengenai kesihatan diri dan bayi mereka.

Buku ini adalah sumber yang sangat bermanfaat dan wajib dimiliki oleh setiap ibu yang ingin memastikan kehamilan mereka berjalan lancar.
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
April 20, 2020
Buku ini adalah sekuel kepada Buku Pink. Lagi info dan pecahan mitos dirangkumkan dalam buku ini.

Saya berbangga kerana dapat memperkenalkan keberadaan Buku Pink ini kepada seorang doktor. Saya juga syorkan buku ini buat ibu dan bakal ibu yang mahukan pengalaman mengandung dan bersalin mereka menjadi lebih bermakna.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat Buku Pink siri yang pertama lebih menarik dan terkesan di hati.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.