Birat! seawal edisi zinenya yang pertama sehingga ke edisi buku bumper ni memang tidak pernah mengecewakan. Untuk edisi bumper ini ada tambahan beberapa komik yang baru dan ada yang diwarnakan. Sememangnya idea yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan sangat superb.
Sebuah kompilasi zine-zine oleh ahm ahmad, sesuatu yang agak jarang dibuat oleh kebanyakkan publisher tapi ini adalah sesuatu yang sangat menarik yang boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Beli dekat website esentral je senang tak yah susah-susah.
Buku ni agak unik dari buku-buku yang biasa kita jumpa tapi kandungan dia fresh & santai.Bagi nina, buku ni sesuai sangat untuk bacaan santai, lagi-lagi kalau tengah stress👍
Resensi buku: Birat Penulis: Ahm Ahmad Terbitan: Kata-Pilar Tahun terbitan: April 2019 Ketebalan buku: 174 muka surat Harga: RM25.00
Buku ini milik anak saya, Adam Faris. Disebabkan kami baru balik dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), kepenatan... jadi saya pilih buku yang paling santai untuk dibaca sebelum tidur.
Buku ini tidak memerlukan saya berfikir terlalu berat. Ia memuatkan koleksi komik karya Ahm Ahmad, yang mengundang tawa, penuh dengan sindiran dan menjentik hati.
Sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti membaca buku, saya sangat sarankan naskah ini. Ia naskah yang 'simple tapi menarik'.
Untuk bacaan santai, bersahaja dan boleh juga saya kategorikan sebagai 'penghapus stres'. Buku ini berwarna-warni dan sesuai dibaca oleh semua peringkat usia.
Ahm Ahmad juga merupakan pelukis ilustrasi bagi buku Cakar Ayam Seorang Doktor. Siapa yang dah pernah baca siri Cakar Ayam Seorang Doktor, mesti dah biasa dengan nama Ahm Ahmad.
Saya telah selesai membaca Birat, anda bila lagi?
Selamat malam!
Nota kaki: Birat bermaksud berbekas akibat dirotan.
Buku ni adalah himpunan komik. Bukan setakat komik untuk dibaca melawak atau mengisi masa tetapi komik ini punya mesej yang tersendiri.
Ada sindiran sinis kepada sikap & cara fikir kita rakyat Malaysia. Ada teguran yang ingin penulis sampaikan. Antaranya seperti berlebihannya kita dengan gadget.
Dan ada yang memang sekadar lawak dan saya tak boleh berhenti gelak sebab ia kenyataan yang kita lalui atau lakukan dalam kehidupan seharian. Contohnya lawak penulis pasal gaji. 😂
Ok kalau nampak kawan stress-stress, boleh hadiah kan buku ni ya. Baca sikit-sikit. Saya baca masa tengah penat-penat PBAKL. Terus tak jadi moody.
Buku ini saya dapat hadiah daripada Kata-Pilar. Saja bagitau 😆
Sayang sekali ingin habiskan membaca buku ini. Jadi saya terhadkan setiap kali baca hanya boleh baca 20 muka surat sahaja. Haha risau nanti tak boleh baca dah.
Kelakar, saya terhibur sepanjang membaca setiap satu zine dalam ni. Banyak perlian yang membirat 😂
Tetapi mungkin lawak ini hanya boleh dirasakan lawak oleh sesetengah orang. Kerana lawak ini perlu berfikir sedikit. Mungkin, sebab adik beradik saya yang lain semua merasakan zine ini tidak kelakar 😅.
Terbaik Ahm Ahmad, saya peminat zine anda ! Puas hati dapat memiliki buku ini. Saya menantikan buku zine yang seterusnya.
Dah baca birat since komik zine lagi.aku kategorikan birat ni sebagai lawak genius. Lawaknya berdekah tapi dalam masa sama bagi mesej yang membirat. Best!