Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ketika Hati Berfatwa

Rate this book
Hati itu ibarat raja yang bersemayam di dalam jiwa manusia. Singgahsananya dipikul oleh bala tentera yang merupakan anggota tubuh manusia. Apabila raja itu baik, damailah kerajaannya dan jikalau ia rosak, maka hancur punahlah kerajaannya. Tuhan menjadikan hati manusia sebagai wadah terbitnya nur iman. Sehinggakan Dia tidak melihat kecantikan wajahmu, namun yang dilihat hanyalah kesucian hatimu. Daripada penulis buku bestseller, “Daielogy” dan “Terlena Di Salah Syurga”, kali ini Serban Putih di dalam “Ketika Hati Berfatwa” mengajak pembaca untuk mendengar hatinya berbicara seribu bahasa.

Tatkala dilanda dilema hidup yang rumit. Hati itu seakan memberi fatwa atau nasihat bagaimana hendak dilanjutkan dari titik persimpangan itu. Kerana hati itu memberi petunjuk kepada kebaikan dan ia meronta apabila disasar kepada keburukan. Namun, hati seperti manakah yang mampu memberikan fatwa yang sebenar-benarnya? Maka buku inilah yang bakal mengungkap rahsianya.

232 pages, Paperback

First published March 1, 2019

21 people are currently reading
160 people want to read

About the author

Serban Putih

3 books1 follower
Pseudonym for Jiwa & Mustaqim Jiwa

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
78 (58%)
4 stars
40 (30%)
3 stars
10 (7%)
2 stars
2 (1%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
August 14, 2021
Sudah lama nak baca buku karya Serban Putih @ Mustaqim Jiwa ni. Akhirnya berpeluang beli dan baca. Buku ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu pertamanya berkongsi mengenai kisah hebat orang soleh, kemudian perkongsian bait-bait puisi tarbiah, perkongsian perbahasan bab Fatwa Hati yang menghuraikan kepentingan menjaga pakaian hati dan membersihkan jiwa dan bahagian terakhir ialah kajian agama bagi memahami kehidupan. Mesej dan perkongsian yang bermanfaat daripada penulis untuk ingatan kita bersama.
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
January 26, 2021
One of the most remarkable book I've ever read. Buku ni salah satu musabab saye banyak muhasabah diri, perlahan-lahan nak berubah. Moga Allah bantu..Semoga Allah beri ganjaran syurga pada penulis ni :') Buku baru mustaqim Jiwa dah keluar tak sabar nak bace ayat ayat puitis dia... TLYB ❤️❤️❤️
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
March 10, 2020
Ketika Hati Berfatwa dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu kisah hebat orang-orang soleh, puisi tarbiah, pembahasan bab “Fatwa Hati”, dan kajian agama untuk memahami pelbagai tajuk kehidupan dari sudut ilmiyyah.

Aku paling suka bahagian kisah hebat orang-orang soleh dan kajian agama (tulisan ilmu yang bermanfaat). Bahagian puisi juga menarik, ada puisi yang aku faham dan suka. Namun begitu, ada juga puisi yang aku rasakan seperti tidak sesuai dengan ayat yang digunakan. Tapi, aku bukanlah pakar dalam bab puisi. Hihi. Perasaan rasa begitulah 🙈

Gaya penulisan Serban Putih ringkas dan mudah difahami. Paling bagus juga apabila penulis sertakan sekali nota kaki untuk semua hadis/buku that he quoted from.

Kisah-kisah yang dikongsikan oleh penulis mampu mendidik kita untuk meneruskan kehidupan dengan cara lebih baik. Di sini, aku kongsikan beberapa input yang aku perolehi daripada buku ini:
1. Ilmu itu didatangi bukan mendatangi. Nilai sebuah ilmu lebih mahal daripada permata yang dicari. Adab sebetulnya dalam menimba ilmu.
2. Kita wajib membenci dosanya namun bukan pelakunya. Jangan jadi pembantu syaitan, mohonlah agar kita terselamat daripada dosa itu.
3. Agama ini perlu seimbang. Ada kalanya kita beriadah dan kita berhibur sebagai seorang manusia.
4. Apabila diberi ujian, pilihlah untuk menjadi dekat dengan Allah.
5. Agama tidak mengajar kita untuk beribadah sehinggakan membebani dan menyinggung perasaan orang lain.
6. “Bersangka baiklah tetapi jangan sampai menutup mata apabila jelas itu adalah maksiat.”
7. “Seorang mukmin itu tidak jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali”.

Dan banyak lagi... Sesungguhnya buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan. Aku rekomen buku ini kepada mereka yang mahukan pembacaan ringkas namun penuh makna di sebaliknya.

Quote paling aku suka dalam buku ini adalah:
“Ya Allah, janganlah membuat hatiku yang lemah terpaut kepada apa yang bukan milikku.”

Rating: 4/5 🌟

Terima kasih penulis @serbanputih kerana memberi buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku. Semoga anda terus menulis sesuatu yang baik dan bermanfaat buat semua pembaca.

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
February 28, 2021
Lepas terkena penangan Teruntuk Langit Yang Bercanda dari penulis aku buru pula buku ini. Sangat memuaskan hati. Ada 4 bahagian:
1. Kisah orang-orang soleh
2. Puisi Tarbiah
3.Fatwa Hati
4. Kajian agama diterang secara ilmiah
**
Aku tertarik di bahagian Kisah orang-orang soleh dan para sahabat. Banyak boleh belajar antaranya:
💡 Hadis yang buat Abu Hurairah pengsan adanya 3 golongan yang diberi amaran keras iaitu pendakwah, pembaca al quran dan orang kaya yang suka bersedekah.
💡 Seorang pak cik yang tidak hafal surah Al Ikhlas diperli si kecil. Rasa kagum dengan hujah pak cik itu.
💡 Perlunya mengelak dengan toxic people kadang kita hanya fikir nak selamatkan diri kita tapi kita tak sedar sedang menyelamatkam kedua pihak
**
Bab puisi pula, walau nama penanya Serban Putih tapi masih dengar suara puisinya adalah Jiwa dalam bait puisinya. Salah satu aku suka bertajuk  "Tali Tasbih"
**
Ada lagi yang aku terkesan di bahagian Self- Love boleh renungkan untuk sayangi diri kita perkara paling 'sulung' wajib didahului apa sebenarnya? Sebelum praktik tips biasa kita dengar dalam istilah psikologi. Satu lagi bahagian "Seandainya" yang selalu sering manusia lakukan saat mental koyak sesekali diberi peringatan ini amatlah meruntun batin.
**
Aku suka kerna gaya Serban Putih olah penceritaannya santai, padat dan mudah difahami. Pada yang mahukan bacaan ringkas tapi penuh makna dan ilmu secara santai.Bolehlah baca buku ini😉
Profile Image for afiqafy.
5 reviews
April 15, 2019
Bismillah.
This book contains 3 segments which is sirah, poems & advices. I love reading the sirah/short stories part. Some of the poems are great, it goes straight into my heart but some of it feels like a monologue, not a poems. But it still nice. Good thing is author put in the footnote for all the hadiths/ books that he quoted from. Author used simple words which I believe it is easy to understand by youngsters.
And lastly, what I loved the most is;
“Ya Allah janganlah membuat hatiku yang lemah terpaut kepada apa yang bukan milikku”
Thanks serban putih. May you continue to write good reads 😊
Profile Image for Yen | Bookstagram.
5 reviews
February 13, 2021
Ketika Hati Berfatwa

Buku ni dibahagikan pada 4 bahagian iaitu
- kisah hebat orang-orang Soleh
- puisi tarbiah
- fatwa hati
- kajian agama

Diawalnya penulis mengatakan bahawa penulisan ilmu ni hanyalah sebuah nukilan dan petikan daripada kalam ulama. Penulis sebagai orang yang pandai membaca kitab-kitab para ulama mengeluarkan serba sedikit didalam buku ini. Penulis juga sertakan rujukan petikan yang digunakan.

Gaya penulisan Serban Putih atau sekarang lebih dikenali sebagai Mustakim Jiwa ringkas dan mudah difahami.

Ada banyak kisah yang boleh ambil kita jadikan teladan di bahagian kisah hebat orang-orang Soleh dan nilai-nilai dari bab lain juga sangat baik.

instagram.com/yen_bookstagram
Profile Image for Liah Asya.
19 reviews2 followers
September 17, 2021
4.8!

This book entails some stories of during the Prophets along with some poems related to the issue. Overall a very heartwarming read that brings us feels close to him even when we feel like we had strayed away because of duniawi. The message at the end of each stories selected brings up a whole new perspective to the viewing of the matter, which makes it a very enjoyable read also leaves mark of a reminder to the heart. I'd recommend my Muslim friends, or anyone who'd love to view matters in Islamic point of view to have a copy of this book. Can't wait for more writings from the author :)
4 reviews
June 19, 2021
Suka sangat dengan cara penulis ini menulis. Buku ini penuh dengan ilmu dan kesedaran, rasa macam nak tangkap gambar setiap muka surat supaya dapat sentiasa baca. Ni pada pendapat saya lah, saya ada kecewa bila beli buku sebab isinya hanya plain, tak begitu menarik hati saya dan macam perkara tu terlalu umum dan berulang-ulang. Tapi, buku ni banyak perkara yang saya dapat, saya sedar dan walaupun ada perkara umum, dia lebih menerangkan tentang perkara tersebut dan ada umpama, puisi dan cerita yang berbagai - bagai yang menarik. Itu hanya pendapat saya 😁
Profile Image for Arlina Natasya.
3 reviews
October 22, 2025
This book is calming yet deeply touching. Serban Putih writes in simple, beautiful language that’s easy to understand but still full of meaning. Every chapter made me pause and reflect on my heart and my relationship with Allah.

I love how the author mixes stories, poems, and spiritual advice. It keeps the book interesting and heartfelt. This book is a gentle reminder to look within and find peace. A beautiful read for anyone seeking calm and self reflection.
Profile Image for Nusaibah Norizan.
2 reviews
November 15, 2020
Buku yang ringan dan sarat dengan bahasa² yang indah, sederhana dan penuh makna. Sesuai dijadikan bedtime book. Sambil baca, sambil berfikir & muhasabah diri.

It's worth it.

P/s : Sekali baca, kalau tak boleh stop, tanggung sendiri ya ! 😅
4 reviews
July 11, 2021
Buku yang berjaya membawa pembaca muhasabah sejenak tentang kehidupan dan kematian.Gaya penulisan yang tidak terlalu memberatkan kepala amat sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan usia. Muka surat 102, puisi yang indah untuk hati yang dahagakan surga.
Profile Image for Hidayah.
16 reviews1 follower
May 27, 2021
Best! Sangat best untuk orang yang tak pernah baca kisah kisah macam ni. Terima kasih 🙏🏻
Profile Image for Norhana.
25 reviews
January 28, 2021
Buku kedua yang tamat dibaca untuk tahun 2021. Dan buku ke-2 daripada penulis yang aku baca.

Membaca buku ini, buat aku rasa kerdil. Setiap kata2nya menjentik hati, membuka mata, menyedarkan diri. Namun, membuat aku bersemangat untuk menjadi versi aku yang lebih baik daripada yang sebelum ini.

Semoga apa yang aku baca ini dapat dimanfaatkan ilmunya.
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
October 8, 2023
Dalam buku ni terdapat empat bahagian
Bahagian pertama buku ini memuatkan kisah-kisah untuk direnungi. Penulis mengambil kisah yang berlaku pada waktu dulu dan daripada pengalaman beliau sendiri. Ada yang mungkin kita pernah dengar dan ada yang tak pernah. Misalnya kisah si sopak, botak dan buta, kisah menggunakan tongkat, membaca surah Al Ikhlas, mengumpat dengan senyuman, menjaga takbiratul ula dan lain-lain. Semuanya ada ibrah tersendiri.
✏️Allah akan mencabut nyawa kita bersama perkara yang kita cintai. "Jika kalian hendak mati pada hari Jumaat maka perbanyakkanlah ibadah pada hari tersebut"

Bahagian kedua memuatkan puisi-puisi yang memberi kesedaran dan menjentik hati para pembaca. Ada puisi tentang para sahabat Nabi, luahan rindu kepada Pencipta, peringatan untuk renungan dan seumpamanya.
🌹Rindu
Itu adalah ketika
Mendengar ayatNya
Lalu mengalir air mata
Meski hati tidak
Mengerti maknanya~
🌹kesabaran ialah
Hati itu tidak berduka
Dengan apa yang
Sudah ditakdirkan ~

Dalam bahagian seterusnya penulis menghuraikan tentang tema utama buku ini; meminta fatwa daripada hati
Fatwa merupakan nasihat atau jawapan untuk sebuah pertanyaan atau permasalahan.
Penulis memetik penyataan Imam Al Ghazali bahawa terdapat tiga jenis hati iaitu hati yang bersih, hati yang kotor dan hati yang berbolak balik. Kita wajib membersihkan hati kerana hanya hati yang suci dapat memberi fatwa yang menjamin kesejahteraan. Dosa itu sifatnya menggelisahkan jiwa. Maka tinggalkanlah apa yang menggelisahkan hati kita. Al Jabbar; Dia lah yang memperbaik kelemahan hamba-hambaNya yang lemah dan memperbaik hati yang merasa redam di hadapanNya.

Akhir sekali penulis selitkan penulisan beserta kisah sebagai ilmu dan peringatan buat kita semua. Antaranya kisah Adam dan Hawwa, sifat iblis, ilmu untuk menafsir Al Quran, solo travel, self love dan lain-lain.
1 review
August 17, 2021
Saya repeat baca buku ini utk ke dua kalinya, dan masih perasaan yang sama muncul iaitu rasa tk sanggup nak habiskan buku ni sebab kata ii dan kisah ii para nabi dan sahabat dahulu yang diceritakan dalam buku ini sangat memberi kesan yang mendalam bagi saya.
Terima kasih kepada penulis kerana menerbitkan buku ini. Semoga setiap pembaca yang membaca buku ini akan dapat manfaatnya🤍
Profile Image for Rayyan Mohd Zain.
138 reviews3 followers
June 24, 2021
5/5🌟 without hesitate.
Buku yang menegur aib dalam senyap. Buku yang terjumpa and terus jatuh cinta agitchew.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.