Di inspirasikan dari kisah benar kematian seorang gadis di sebuah asrama lewat 70an dulu. Kematian dan roh gadis itu menghantui setiap penghuni asrama itu. Cuba membalas dendam dengan rasukan iblis. Sehingga satu hari seorang ustaz memasung iblis yang menyerupai gadis ini di satu tempat di asrama tersebut.
Pesan ustaz itu...
Jangan sesekali diseru MAYA kembali.
Tahun demi tahun asrama itu tidak lagi dihantui sehinggalah satu hari seorang pelajar membebaskan iblis yang dipasung itu. Asrama itu kembali dihantui. Satu demi satu tragedi berlaku. Tidur malam mereka tidak lagi lena. Ketakutan menjalar di setiap nadi.
puan penulis tidak terlalu mencuba yang ekstrem. kisah mungkin biasa didengar tapi kalau olahannya mampu mempengaruhi pembacaan, kiranya sudah cukup bagus. nak kata sangat menakutkan, mungkin tidak tapi masih ada elemen seram dan saspen yang membuat pembaca untuk terus selak helaian demi helaian.
haida dipinggir. bukan sebab dibenci tapi entah kenapa pelatih lain tidak ada yang sanggup merapati dirinya kecuali airin. haida sering terdengar sesuatu. sesuatu yang memanggil supaya membantu menyelamatkan.
maya muncul. setelah dia dibunuh kerana perasaan cemburu, dia kembali. kembali mengganggu, tapi dia berjaya dikunci. cuma ada yang menyeru, dan melepaskan. gangguan bermula. dendam marak menyala...
cuma, apa pun manusia memang perlu berhati-hati. bukan dengan mereka perlu kita tunduk dan sandarkan pergantungan. pada Allah jua tempat manusia mengadu dan berlindung.