Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan pencinta sejati. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi.
“Ara kehilangan memori empat tahun ini.”
Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan.
Namun…
Benarkah ada kemalangan yang berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui mimpi-mimpi menakutkan? Kenapa aku seringkali mendengar suara-suara aneh? Dan juga, kenapa aku selalu nampak dia berlumuran dengan darah?
“Aku nak kau mati.” - Dia
“Darah dibayar dengan darah. Nyawa dibayar dengan nyawa.” - Gibran
Semakin aku cari kebenaran, semakin aku buntu. Apatah lagi, bila hati mula berdetak aneh. Melihat lelaki itu sahaja, sudah mampu membuatkan aku senyum sendiri.
“How do you feel?” “Macam orang kena kahwin paksa.” “Then, you will fall for me.” “Huh?” “Dalam drama kahwin paksa, hero-heroin selalu ended up jatuh cinta dan live happily ever after, kan?”
Mampukah kami betul-betul live happily ever after, bila aku dikelilingi rahsia demi rahsia? Pembohongan demi pembohongan? Kata Gibran, demi melindungiku. Tetapi, daripada siapa? Apa yang sudah berlaku dalam empat tahun ini? Dan kenapa pula, ada tangan yang mahu mencabut nyawaku?
nnouncement before review: N nak jual buku ni for RM15 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
I love a good romance thriller dan setakat ni N suka semua romance thriller by Sara Aisha, but Memori Inara is my least favourite because N tak rasa ia se-exciting novel romance thriller Sara Aisha yang lain. Karakter Inara pun N macam suka-tak suka, kesian-tak kesian sebab terlalu melulu lepas tu termalu sendiri.
The one major plus point dalam novel ni is Gibran.
Hero dalam novel Sara Aisha tiada seorang pun yang tak awesome, and that includes Gibran. Gibran maybe tak se-awesome Arjuna Kaede, atau pun se-bad ass Ryu. In fact, I would say he is just a simple, quiet family man. To small extend, I would say he is just a liiiiiiiiiiittle bit boring.
Not that there's anything wrong with that because I would marry Gibran in a heartbeat.
Dari Salju Kyoto, Aku Lelakimu dan terkini, Memori Inara — Semuanya best. Tp di hati aku setakat ni, Salju Kyoto plg terbaik👍
Bg aku percubaan pertama cik penulis menghasilkan novel genre mystery-thriller sangat menjd.
Mula2 baca aku dah stres😂. Stres betul dgn watak Inara yg terlalu byk persoalan tentang memorinya yg dah hilang. Setiap kali baca kat babak2 Inara menjerit marahkan org2 sekelilingnya, setiap kali itulah aku rasa nk jerit sekali, "eh boleh tak jgn jerit2 sangat? Bincang elok2 boleh, kan?" Stres aku membayangkan dia yg duk jerit dkt dpn muka Gibran tu. Gibran tu... penyabar betul, kan?
Ya, Gibran memang seorg suami yg penyabar yg sangat tenang menghadapi sikap Ara yg kdg2 terlalu ikutkan emosi. Tp, sabar2 Gibran pun...
Akhirnya ada juga babak2 yg buatkan Gibran naik gila! Babak Gibran heret batang besi untuk pukul someone yg cuba apa-apakan Ara memang gila! Aku pun mcm Ara, rasa terkedu sangat bila Gibran naik gila sampai macam tu sekali.
"Kau nak bunuh isteri aku? Kau nak bunuh isteri aku? Aku takkan biarkan. Aku takkan biarkan!!!" — Gibran
Okey! Gibran versi yg ni memang menyeramkan sangat!
Bak kata Inara;
'Dia memang betul-betul sanggup buat apa sahaja demi aku. Dalam kamus Gibran, sekali aku terluka, seratus kali dia akan lukakan orang yang melukai aku!'
Tentang watak2 antagonis dlm cerita ni, sungguhlah... Mereka semua tu psiko! Sweetie tu memang gila! Memang padanlah dgn apa yg Ara dah buat pada dia, sbb selagi dia hidup, selagi itu Ara takkan bahagia. Cuma apa yg Ara dah buat tu agak memeranjatkan aku, aku tak sangka sampai ke thp itu Ara sanggup buat demi melindungi Gibran, suami tercinta.
Bak kata Gibran;
"Dia bukan buat Ayudia Inara give up, sebaliknya dia... Dah kejutkan naga yang selama ini lena."
Overall, memang best. Rahsia demi rahsia terbongkar, akhirnya mereka sama2 berjuang utk mencari bahagia. Dan betul lah...
'Painful truths are better than comforting lies.'
5⭐ utk Memori Inara. Tahniah kpd cik penulis Sara Aisha.
'Telling lies to protect someone you love, only destroys them in the end.'
'Abang nampak apa yang akhirnya jadi pada Ara. You broke down. And that... broke me.' - Gibran Lutfi
Hati seorang Gibran, penuh dengan cinta terhadap isterinya, Ayudia Inara. Tapi cinta tu membuatkan diri dia kadang lelah. Mana nak jaga hati Inara & mana nak betulkan apa yang dilakukan dulu. Rahsia yang ingin dipertahan terungkap satu demi satu atas desakan situasi & rasa ingin melindungi Inara. Yup, dia memang seorang suami yang sweet, protective & tenang. Tapi dalam hatinya tersimpan kedukaan yang tiada siapa mengerti.
Ayudia Inara. Memorinya selama 4 tahun hilang sekelip mata. Membuatkan dia tak kenal suami sendiri. Dia cuma ingat dia ada seorang tunang. Kemalangan yang berlaku terhadap dirinya semuanya disebabkan Sweetie Rozie. Seorang perempuan yang ingin menyerupai diri seorang Inara sampai meragut nyawa yang tak bersalah.
For me, menjadi seorang Inara sangat menakutkan. Hidupnya diganggu oleh orang yang dia sendiri tak kenal. Memang tak aman giler. Betullah org cakap, kita ni kalau minat seseorang tu biar berpada-pada. Hormat sikit privasi orang lain. Dan saya boleh ambil pengajaran kat sini bahawa hidup ini perlu bersederhana. Tak perlu nak share sangat perkara yang kita buat di media sosial 24/7. Tak semua orang suka kita. Tak semua orang suka dengan kebahagian hidup kita. Cemburu orang lain pasti ada. Mungkin niat kita baik untuk orang inspire kita, jadi lebih baik daripada kita tapi kita tak tau hati orang.
Sama juga macam baca novel mister romantik penulis yang lain, ada action dan buat kita tak boleh letak bila dah baca sampai tamat. Tapi untuk novel MI bagi saya macam tak puas pulak. Walaupun dah 702 muka surat dah, saya rasa mcm tak cukup lagi kisah Gib dgn Ara. I don't know why. Semua persoalan yang membelenggu Inara terjawab dengan baik dah cuma I yang rasa tak leh move on. Tolong buat cameo Gib & Ara dalam next novel cik SA boleh tak? 😂
Ibarat menonton filem omputih, starting yg agak meleret sedikit dgn segala argument antara ara, gib dan si ibu...tapiii, bila dah masuk bab thriller, perasaan cemas, teruja dan thrill tu spt menonton di pawagam.
Novel - novel yang dihasilkan oleh akak Sara Aisha sangat2 best.Dari buku pertama penulis yang aku baca iaitu Salju Kyoto sehinggalah buku Memori Inara.Semuanya tak pernah mengecewakan aku lagi.
Buku kali ini bergenre mystery - thriller dan juga romance. Sepanjang pembacaan,aku rasa macam sedang menonton english movie.Selagi tak tahu kebenarannya,selagi tulah aku rasa macam tak tenang hidup.
Awal - awal pembacaan aku dah rasa geram dengan watak Inara ni.Kenapalah dia susah sangat nak percaya cakap Gibran dengan mak dia.Dengan sikap kurang ajar dia dengan Gibran tu memang buat aku rasa nak tampar je dia ni.Macam mana lah Gibran boleh tahan dengan perangai Inara ni?Memang sayang sgt dia ni dengan Inara.Bak kata Gibran " The mind can forget.But the heart never will ".
Tapi aku suka dengan watak Inara.Walaupun dia masih ragu - ragu dengan Gibran.Tapi sekurangnya dia cuba juga untuk terima Gibran dan lupakan Muz.Aku juga suka bilamana Inara tidak mudah berputus asa.Walaupun Gibran dan emak dia tak nak beritahu tentang kisah silam dia,tapi dia cuba untuk mencari tahu sendiri dengan bantuan Priya.
Untuk watak Gibran pula kan,haih mana nak cari laki macam ni?Seorang suami yang penyabar dan sanggup buat apa saja demi isteri tersayang.Walaupun kematian keluarga dia disebabkan kehadiran Ara,tapi sedikit pun dia tak letak kesalahan tu pada diri Ara.Bila part dia ambil batang besi untuk pukul lelaki yang menyentuh Ara tu memang aku terkejut.Satu sisi gibran yang tak pernah ditunjukkan lagi..Dia hampir membunuh tapi mujurlah disedarkan oleh Ara..
Aku rasa lega bilamana Gibran memutuskan untuk memberitahu segalanya kepada Ara.Sejujurnya aku tak berapa setuju dengan cara Gibran melindungi Ara dengan membuat pembohongan begitu.Bak kata Ara " telling lies to protect someone you love only destroys them in the end ".Lebih baik lukakan dengan kebenaran berbanding tenangkan dengan penipuan kerana pada akhirnya mereka tetap berjuang bersama - sama.
Last but not least,tahniah untuk akak Sara Aisha kerana telah hasilkan novel lain daripada yang lain.
Saya sejujurnya tak minat genre action/romance thriller tapi karya SA saya memang follow. Kali ni kisah Inara yang kehilangan memorinya sekaligus melupakan tempoh hidupnya yang hitam dek kemunculan stalker - fan yang bertukar menjadi antifan.
MI ni taklah mendebarkan emosi sepertimana novel AL kerana ianya lebih kepada Inara yang terperangkap dalam memori 4 tahunnya yang hilang dan watak Sweety muncul dalam memorinya sedikit demi sedikit.Maknanya kisah itu sudah berlalu dan Inara mengutip sedikit demi sedikit cebisan memorinya.Berbanding AL kita tertanya-tanya apa langkah seterusnya yang akan diambil oleh psikopat tu. Macam penulis tekankan ianya lebih kepada nak tonjolkan kesan kepada mangsa stalker.Bagaimana kehidupan Inara yang berada dipuncak berubah sekelip mata.
Tapi tetap ada action yang mendebarkan pada plot akhirnya. Muncul watak yang tidak disangka-sangka yang masih tidak selesai urusannya dengan Inara n Gibran.Dan siapa Gibran sebenarnya.Nak tau kena baca la.hehe
Masih naskah yang hebat bukan kisah kosong.Dan saya menantikan karya SA yang seterusnya!
Novel yang membuatkan pembaca tertanya-tanya, saspens dan ingin tahu kesudahan yg terjadi..Siapa yg tak kenal dgn Sara Aisha, queen of thriller..Mmg dapatlah perasaan thrill tu..Sepanjang penceritaan sgt mendebarkan tetapi ianya menjadi sedikit drop di akhir ceritanya..Ada point yg buatkan sy sebagai pembaca agak turn off dgn watak yg ada..
Kenapalah lama saya peram buku ni.. best sangat2. Plot twist memang tak dijangka. Penuh dengan misteri dan debar2 juga nak habis hingga ke muka surat yang terakhir. Idea penulis yang jarang diketengahkan. Cyberbully bukan sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata.
Kasih dan cinta seorang suami yang akan lakukan apa sahaja untuk isteri. Begitu sayang sekali Gibran Lufti pada Ayudia Inara.
Inara seorang isteri yang hilang ingatan.. tapi ingatan yang hilang hanyalah 4 tahun yang lalu.. sampai suami sendiri pun dia tak kenal. Nasib lah En Suami Gibran sangat penyabar melayan kerenah isteri.
"The mind can forget. But the heart naver will. Itu cinta Ara untuk abang. " Alololo sweet sangat ayat Gibran ni.
Sebuah kelainan cerita yang dibawa oleh Cik Sara. Cerita misteri romantik. Bukan thriller seperti novel-novel sebelum ini. Topik yang dibawa oleh Cik Sara kali ni juga lebih dekat dengan kita. Perkara yang kita sudah sedia tahu cuma tak berapa ambil peduli iaitu “unhealthy social media stalking”.
Satu demi satu kisah memori Inara terbongkar, semuanya berkait rapat dengan social media stalking. Di awal cerita, aku asyik berfikir siapakah si perempuan berbaju merah. Pace bacaan aku meningkat kerana satu soalan itu. Bila kisah itu dah selesai, aku jadi pelik jugak sebab ada lagi 200 pages untuk dibaca. Apa lagi yang penulis nak cerita ni? Rupanya, plot twist bukan satu ye. Ada 3 plot twist. Bertubi-tubi Cik Sara bagi plot twist kali ni.
Jalan cerita dikembangkan dengan teratur walaupun permulaan cerita agak meleret sedikit dengan perselisihan faham antara Ara, Gibran dan ibu Ara. Aku tak suka dengan sikap Ara pada mulanya, cuma aku cuba berada dalam situasi Ara dan benarlah katanya, Ara mahu mencari satu penutup untuk kisah hilang ingatannya itu. Maka, aku setuju juga dengan tindakannya.
Banyak pengajaran dalam novel ini terutama mengenai media sosial. Kita tidak perlu terlalu expose pada media sosial. Don’t tell or share everything on social media. Don’t ever share your location especially your home/office address or di mana saja korang berada. Bagi aku, boleh nak share sesuatu tapi biarlah berpada-pada. Tak nak akhirnya memakan diri sendiri. Seram sebenarnya baca kisah Inara ni. On the other side, kita sebagai peminat, janganlah terlalu taksub dengan idola sehingga kita nak buat setiap apa yang dia buat. Jadilah diri sendiri. Jadikan dia inspirasi tapi jangan sesekali tiru dia sehingga boleh buatkan dia rasa terancam.
Overall, I liked the story. Buatkan aku lebih sedar bahayanya social media jika kita tak mengawal penggunaannya. Jangan biarkan media sosial mengawal anda. Peringatan berguna daripada Cik Sara kali ni.
p/s: Done for Ayudia Inara dan Gibran Lutfi. Apa lagi agaknya nama bakal watak-watak novel Cik Sara selepas ini? Semua nama watak best tau 😍
p/s: Kalau novel Cik Sara, sila baca bahagian Trivia juga ye. Wajib baca agar kita tahu apa yang Cik Sara fokus untuk novel kali ni dan segala info semua kat situ 😍👍🏻
Ara? Eh kebetulan pulak. Sebelum ni pun watak nama Ara jugak.
Inara sedar daripada tidur yang panjang. Tambahan lagi, dia hilang ingatan utk 4 tahun yang lalu. Jadinya dia macam stuck dekat tahun 2014, hari sebelum dia bakal berkahwin dengan Muzaffar. So, bila dia sedar2 dia dah ada suami, Gibran Lutfi.
Banyak pembohongan daripada ibu dan Gib. Inara ni, rasa ingin tahu nya sangat kuat. Selagi dia tak dapat jawapan selagi tu dia takkan puas. Sebab tu Gib cakap Inara too stubborn. Macam2 perkara yang menjadi tanda tanya. So dia nak sangat2 ingat memori 4 tahun yg hilang tu.
Bila dah sikit2 kebenaran tersingkap, semua kejadian tu berpunca dari Ara. Sebab tu, tak henti2 Ara menangis, menjerit dan meratap. Ye, sepanjang pembacaan, ini yang jadi pada Ara.
Untuk Gib pulak, sangat protective. Dia sanggup buat apa saja, asalkan jangan sakiti Ara. Tak sangka Gib tu genius. A researcher. A lecturer. A family man. A true lover. Ada masa dia sweet dan suka mengusik Ara. Ada masa dia tahan marah dan sabar dengan Ara. Ada masa dia sangat cemburu.
Isu kali ini ialah berkaitan social media. Di mana kita jadikan ianya medium untuk berkongsi segala-galanya. Ada bahayanya bila ianya sendiri berlaku pada Ara di mana ada seseorang meminatinya dlm diam dan lama kelamaan menjadi seorang stalker.
Penulis juga ada ketengahkan perkara berkaitan otak. Iaitu memori yang boleh dipadam. Selective amnesia. Menarik jugak untuk dibaca.
p/s Ada beberapa movie atau drama yang berkaitan dengan lost memory dan stalker ni. Paling latest yang saya tonton ialah Find Me in Your Memory.
Apa yang aku boleh cakap : Mcm biasalah, author (Sara Aisha) memang selalunya buku dia menampakkan ada research yang dibuat sebelum sesuatu buku dihasilkan, so aku mmg suka👍👍
Actually, buku ni hmm bagi aku mcm ada something yang kurang sikit. Part awal-awal agak draggy sikit lepas tu hujung-hujung tu fast-paced sangat. Part hujung tu macam susah aku nak hadam sebab terlampau banyak yg terjadi and tak berhenti-henti ya. Mungkin sbb otak aku slow sikit kot hahah so aku cam rasa aku ulang baca banyak kali hujung2 tu untuk aku hadam. Yang agak draggy tu aku rasa sebab watak Gibran yang terlalu berahsia. Aku geram pun ada, macam boleh feeling perasaan Inara yang nak tahu sangat apa yang terjadi kat dia. Jadinya, part ni mcm keep going back n forth, tu yang jd slow awal-awal tu. Tp, overall cerita ni still ok for me.
Btw, Sara Aisha punya buku memang aku suka ya baca part trivia, rujukan dan segmen ilmu dia. Biasanya dulu-dulu, sampai je tamat, aku dah tak hirau sangat bahagian belakang2 buku tu semua. Tp skrg aku suka baca part2 mcm ni lagi2 dalam buku Sara Aisha 🤭#emptycanvashida
1. Dah memang ditulis oleh penulis favourite aku, of course lah aku suka cerita ni. Storyline dan plots sangat best, fefeeling movie vibes macam kau tengah tengok Netflix. Teringat kes2 dalam Law & Order dan CSI. Teringat kat movie The Vow pun ya.
2. Sebab aku selalu tengok CSI dan Law & Order aku tahu stalking ni masalah serius belah luar sana. Worst sebab polis tak boleh buat apa selagi stalker tu tak bertindak ganas. Memang ada yang sampai depression dan bunuh diri.
3. Kalau aku jadi Inara rasanya dah gila kot. Bangun tiba2 tak ingat recent memory, scary tetibe ada suami 😫 bertunang dengan orang lain sedar2 suami orang lain. Aku paling suka bila Inara jumpa balik bff dia Priya dan play detective sebab suami dan ibu dia langsung not helping.
4. As for the male lead, yeah Gibran ni baik tapi bagi aku dia overprotective dan selfish in some way. Sepatutnya dia kena bagi Inara yang decide benda yang melibatkan otak dia.
Aku tak puas hati betul awal2 tu dia decide nak rahsiakan semua drp Inara. Stress aku. Pastu ending pulak dapat tahu dia yang decide nak tutt. Hmm
5. Unpopular opinion, kalau aku mungkin dah tinggalkan Gibran dan mulakan hidup baru. Yelah otak pun dah x ingat, kau la punya pasal 😆
Macam dapat reset life la kan, why should I hang on to the past? tapi tulah aku tahu ramai suka Gibran kan. Sweet, setia, penyabar, protective, sanggup berkorban. etc etc
6. Overall buku ni memang best. Dari satu chapter ke satu chapter penulis pandai buat kau semakin curious nak tahu. Buku ni fast paced, aku baca habis dalam sehari. Jadi tolonglah baca 😁
Entah kenapalah masa-masa Ramadhan ni lah tangan gatal pilih novel yang bermain dengan emosi. Lepas satu, satu. Tapi, itulah. Kalau dah minatkan....
Berbalik pada novel Memori Inara. Novel ini dibeli masa PBAKL. Tapi dijadikan barang tontonan kerana kesibukan dan kini telah pun habis dibaca. Jadinya, bagi saya novel ini memang luar dari kebiasaan novel Melayu lebih-lebih lagi ditulis oleh seorang penulis perempuan. Ya saya tahu Sara Aisha dan genre cinta/aksi/saspen dan seangkatan dengannya memang tidak boleh lari. Untuk karya ini, SA berjaya lagi dengan hasil tangan beliau.
Berkisar mengenai Ara yang hilang ingatan. Tiba-tiba terpaksa duduk serumah dengan Gibran, lelaki yang dia tidak kenali juga merupakan suaminya. Dia jadi resah sendiri. Kata ibu, dia lelaki yang baik. Tapi, baginya Muzaffar lelaki yang terbaik buat dirinya. Keadaan bertambah buruk bila dia dihantui perempuan ber'dress' merah dalam mimpinya. Sudahlah dia hilang ingatan, dihantui pula dengan mimpi-mimpi ngeri. Inara terus resah. Dia semakin bingung pabila tiba-tiba watak Sweetie, Isabel dan Rosman mula menjengah. Sudahnya, apakah yang patut dia lakukan?
Totalnya, novel Memori Inara merupakan sebuah karya yang wajib dibaca oleh peminat yang menggemari genre cinta/aksi/thriller. Plot penceritaan yang tersusun, bahasa yang mudah difahami menjadikan novel setebal 702 halaman ini terasa tipis sahaja. Tahniah buat Sara Aisha!
seperti biasa buku Sara Aisha mesti ada kelainan dari biasa. memang mantap tapi part belakang memang unexpected betul 👍. susah nak hadam dengan perangai orang psycho dalam novel ni.
Saya sukakan kisah misteri thriller crime macam tu. Tapi, untuk 3⭐ sebab saya kurang gemar adegan2 romantis Inara & Gibran. Rasa nak skip cepat2, tak nak baca. Sebab mindset dah letak, citer ni bukan kisah2 sebegitu. Baru perasan pada cover, ada tulis 'Misteri Romantik'. 🤦 Sorry ye, penulis. Walaupun sebelum ni, saya tahu (saya baca) SA ada je buat kisah2 cinta romantik tapi maybe saya dah kurang minat nak baca kisah romantik2 dalam novel even benda tu benda halal bila wataknya adalah suami isteri tapi let us say, bila novel diangkat jadi drama/filem that kind of scenes jadi realiti dan yang pegang watak pulak bukan suami isteri in real life dan hanya lakonan semata-mata, saya tak boleh terima.
Inara & Gibran, haishh rasa macam 'bersemut' sangat. Apa yang trigger untuk saya baca MI ni pun sebab pasal 'hilang ingatan' Inara. Apa yang menyebabkan dia hilang ingatan. Pasal perempuan gila kat media sosial? Pasal penulis yang buat kajian dulu untuk hasilkan sesebuah novel, it's 👍.
Sebab tu berpada-pada la kalau nak share apa-apa di laman sosial. Nak-nak kalau benda penting yang boleh bagi petunjuk pada orang-orang yang fikirannya tak berapa waras/normal, it could be dangerous for us.
Desperate people take desperate measures. Kerana itulah Gibran terpaksa mengambil jln drastik dgn membuatkan ingatan Inara hilang agar Inara dpt bangun dan melupakan segala memori buruk yg berlaku terhadap Inara sepanjang 4 thn kebelakangan itu.
Namun Inara tetap Inara. Kerana degil dan perasaan curiga yg mkn membuak2 membuatkan dia berusaha menyiasat apa yg telah berlaku kepadanya dan siapa perempuan berbaju merah yg sering hadir di dlm lena dan jaganya itu.
Kerana penyiasatan Inara itulah, saya teruja dan sering membuat andaian itu dan ini. Ohhh rupanya byk betul rahsia dan twist plot di sana sini. Selagi tak habis pembacaan selagi itulah kita tak senang duduk. Sbb itulah karya Sara saya tak pernah miss membacanya tak kisah la sama ada cepat atau lambat, beli tu tetap beli😍.
Permulaan, jalan cerita ini sedikit lambat. Ditambahkan pula dgn sikap Inara yg bg saya sedikit over. Tetapi lama kelamaan barulah boleh saya terima sikap Inara yg suka marah, meninggi suara dan kdg kala bersikap kurang ajar. Rasanya kalau saya sendiri pon mungkin akan stress dgn terlalu byk rahsia yg disimpan oleh ibu dan suami sendiri.
Tapi sikap Gibran yg plg saya suka ialah sikapnya yg terlalu cinta sehingga dia sanggup melindungi isteri dgn nyawanya sendiri dan reaksi Gibran bila tahu Inara luka atau sakit, oh sangatlah omeegee😱.
Apapun tahniah sgt2 pd Sara Aisha kerana berjaya membawa kisah yg berlainan dr semua buku2 yg pernah dihasilkan. Yg pasti, saya sgt suka dgn karya2 anda👍
Amnesia ni penyakit yang ditakuti oleh semua. Aku pernah nampak orang yang mengalami amnesia dan ia bukan mudah, kena banyak bersabar. Melihat Gibran yang gigih walau pun dia mempunyai cerita sedih sendiri memang menyayat hati.
Kalau orang tanya aku sekarang, jenis novel macam mana yang aku cari untuk escapism, untuk belajar perkara baru, untuk merasai dan memahami sesuatu yang aku tak pernah rasa, aku akan jawab, aku pilih untuk baca novel seperti,
Memori Inara!
Sejujurnya, aku suka semua tentang Memori Inara. Dari awal pembacaan lagi penulis sudah memasakkan perasaan ingin tahu yang berterusan dengan mencipta watak Inara yang agak agresif berdepan dengan keadaan semasa, membuatkan aku lagi sukar untuk menghentikan bacaan.
Apabila aku meneruskan pembacaan sehingga akhir, apa yang aku dapat simpulkan ialah, pilihan penulis untuk mengtengahkan 'post traumatic amnesia' dan 'social media stalker' sebagai konflik utama adalah sesuatu yang genius, bukan sahaja memberi info baru tentang dua perkara tersebut kepada pembaca, tetapi mampu merancakkanlagi perjalanan cerita. Apa yang menjadi concern aku ialah, adakah aku akan merasai apa yang Inara & Gibran rasa?
Jawapannya, Ya!
Fuh. Inara yang keliru! Mencari ingatan yang hilang. Inara yang ketakutan, dikejar seorang yang pada mulanya menjadi fan tetapi berubah menjadi anti-fan, kemudian menjadi stalker! Menyeramkan! Gibran yang terdesak! Ingin mengembalikan Inara kedalam hidupnya. " Telling lies to protect someone you love, only destroys them in the end."
Pada aku, ceritanya sedikit berat, tetapi yang membuatkan cerita ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada aku adalah dari segi perincian dan penyampaian penulis, perkembangan watak Inara dan juga plot-twist. Aku dapat merasai sentuhan emosi yang disisipkan oleh penulis. Ada banyak scene yang membawa aku untuk memahami apa yang berlaku oleh Inara dan Gibran, dan setiap satunya mengajar aku untuk faham, bahawa setiap keputusan yang berlaku pasti ada sebabnya. Bab yang paling memberi kesan kepada aku adalah bab apabila Gibran dan Inara buat pendedahan disebalik apa yang berlaku. Aku tak boleh tahan, macam aku pulak yang duduk di tempat Inara dan Gibran. Being deeply loved by someone gives you strength while loving someone deeply gives you courage?
So overall, aku boleh cakap Memori Inara ini sempurna dan matang! Tahniah kepada penulis! Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti.
Membaca novel Dheo's by Anjell semalam membuatkan saya sedikit kemurungan sebab style pemikiran heroinnya diluar nurul, so harini saya try baca Memori Inara pulak. Cerita dua ni ada persamaan sikit : dua2 heroin hilang ingatan so ngamla baca back-to-back. Thankfully, this one tak membuatkan saya derita macam Dheo's
Memori Inara ni fokusnya pada si Inara and memori dia. Ada sikit2 pasal social media and the effects. Pasal romance pun sikit2.
What I liked:
1) Penulisan Sara Aisha. Dapat rasa emosi watak2 yang dia tulis, bukan sekadar di-describe tanpa rasa. Jalan cerita pun fast-paced, so tak cepat bosan membacanya.
2) Heroin. Awal2 tu perangai si Inara ni agak annoying la, kurang ajar tak bertempat tapi lama2 okay gak. Sel otak dia pun berhubung elok, takdanya bodo tak bertempat macam kebanyakan heroin dalam novel Melayu kat luar sana.
3) The romance. Simple je, tak terlampau berjela dengan scene2 takda faedah sampai novel jadi tak ada isi.
4) The Bff, Priya. Yang paling ada common sense dalam cerita ni kot. Kalau takda Priya ni memang sampai kesudah si Inara tak tau petkara sebenar kot sebab keluarga dia tak habis2 menipu dia.
What I disliked: (bukan masalah novel, tapi just personal preference saya je ya)
1) Perangai heroin yang takda adab dalam bab-bab awal. Faham la dia tak sihat, tapi tu la takkan sebab tu nak djadikan lesen untuk kurang ajar especially dengan ibu sendiri?
2) Rahsia. Hero dengan ibu heroin sibuk nak sembunyikan perkara sebenar. Konon for her own good tapi bila her memories start kembali balik, still gak nak berahsia, bikin kalut keadaan je. Tak nampak keperluan untuk berahsia di situ, bukan dunia akan auto kiamat pun kalau heroin tau perkara sebenar!
3) Unsur Sci-Fi. Takda masalah sebenarnya nak ada unsur sci-fi pun tapi sci-fi is not my kind of thing, especially bila takda angin takda ribut tetiba je ada unsur ni dalam novel yang saya baca. Macam tak kena pada tempatnya for me. Tengah serius baca, rasa nak tergelak kot bila sampai part sci-fi, auto everything feels like a joke to me. Tapi tula, just personal opinion.
4) Plot Twist. Kinda bosan for me.
5) Rushed ending. Entah macam lawak je tetiba watak jahat minta maaf walhal the entire book dia dah jahat. Bipolar pulak ke?
All in all it's not a bad book tapi totally not my cup of tea. Thriller bukanlah my kind of genre tapi sekali sekala baca bolehla to kill time.
Dah lama cari buku ini, alhamdulillah ada rezeki dapat.
# Setiap dari kita sudah punya rezeki masing2, dan rezeki tak pernah salah alamat.
# Bahagia itu datang dari dalam diri kita sendiri.. Jika dengan diri sendiri pun ko tak boleh bahagia, apa ko ingat jika ko tiru orang sebijik2, ko akan bahagia..
# Payah jika kita anggap kita yang betul, tapi satu dunia salah. Mana yang mudah, ko nak ubah pendapat satu dunia atau ko ubah pendapat ko.. "Saya salah awak betul"..
# Berhenti lah menyalahkan diri sendiri, sy mangsa.. Sampai bila, kita hidup buat masa sekarang, kita bukan hidup pada masa silam, Yap payah nak buat, tapi sampai bila nak menangis nak putus asa.. Percaya lah allah hantar "hadiah" pada hambanya ikut kemampuan hamba yg dia sayang..
# Percaya pada Qada & Qadar hmm semua kita tahu, tapi bila dah terjadi sesuatu yang kita tak suka kita kadang2 kita tak sedar menyalahkan Sang Pencipta Yang Maha Bijaksana.. Cakap senang tapi nak buat susah.. Aku sebagai hamba apa saja yang Tuan aku bagi aku terima.. Allah amat baik & amat sayang hambaNYA, segala2 yang terjadi ada hikmah.. Pernah dengar ayat "Mungkin apa yang ko suka sebenarnya bukan terbaik untuk ko, begitu jugak sebaliknya..
Yap, sepanjang membaca naskah kali ini, saya kesian pada Sweetie, pada Inara, pada Rosman, pada Gibran hmm.. Walaubagaimanapun, terima kasih allah sebab bagi ilham pada cik penulis yang cantik manis ini, banyak pengajaran dan diharapkan boleh mendidik pembaca2 macam saya. Moh kita berubah kearah yang lebih baik..
** Maaf jika apa yang saya katakan tak ikut selera anda, maaf penulis jika apa saya tulis melukai perasaan anda, saya salah awak betul, maafkan saya **
Dah nama pun genre misteri-romance, memang misterinya betul-betul buat aku meremang bulu roma. Dahlah aku baca buku ni pukul 2,3 pagi, rasa seram pulak. Part romance pulak, hahaha, memang bersemut. .
Ayudia Inara dan Gibran Lutfi. .
Inara terjaga daripada tidur dan dikhabarkan bahawa dia telah bersuami. Dan lelaki itu, bukanlah Muzaffar, kekasihnya selama 10 tahun, sebaliknya Gibran, a stranger yang dia memang takde memori langsung. .
Dikatakan yang Inara telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan koma beberapa bulan. Kemudian, bila dah sedar, memorinya asyik on and off. Kejap ingat, kejap tak. .
Apa sebenarnya kejadian yang menimpa Inara yang cuba dirahsiakan oleh ibu dan suaminya? Mana hilangnya Inara yang sentiasa ceria dan sukakan pakaian berwarna, dan telah digantikan dengan Inara yang hidupnya suram dan kelam? Mana kawannya, Priya yang sentiasa bersamanya? Dan apakah rahsia yang disembunyikan oleh Gibran? .
Aku suka sebab ideanya fresh. Dan isinya tidak kosong. Kalini, SA bercerita tentang cyberbully dan effectnya kepada mangsa. Stalker yang ditonjolkan pulak, memang menyeramkan. .
Dan of course, aku suka watak Gibran. He's a gentleman. Watak hero SA memang semuanya husband material. Dan part Gibran cuba melindungi Inara, memang menggerunkan. Rasa macam Gibran bertukar jadi monster. Inara pulak, ada part yang berani. Awalnya, wataknya buat aku rasa annoyed sebab dia suka menjerit, marah-marah. Tak boleh ke bertenang dulu. hahaha. Nasib baik Gibran penyabar orangnya.
Okay novel ni tk cliche sumpah! Ad dah lama habis baca buku ni tapi Ad still ingat how the jalan cerita.
Just imagined, korang tertidur dalam jangka masa yg lama. Tiba- tiba buka je mata, ada one guy mengaku yg dia suami korang? Wait what?! terkejut kan? Ha itu apa yg dirasa oleh Ara sekarang.
Gibran Lufti lelaki yg mengaku sebagai suami Ara, but memang betul pon tu suami Ara. Gibran maigad! memang husband material para readers😩 Sangat penyabar, penyayang, pandai, romantic. Arghh banyak😍
Tapi apa yg jadi sebenarnya? Kenapa Ara tak ingat langsung dia dh kahwin? Apa jadi dengan Ara? Siapa Gibran? ermmm banyak tanda soal tau while baca ni.
Tbvh Ad baca ni muka dok berkerut and banyak ternganga🤣 sebab memang mystery for me! BESTTTT
Sorry Sara Aisha. I like your writing style a lot, as i've read AL & INAM, and they turned out really good. But I don't know, maybe my expectation is too high, so when it's not up to my standard, i feel a little bit disappointed.
Once you feel ANNOYED with the main characters, then that's it! Some readers might agree with me, some might not, personal preference though.
I still have 2 books of yours in my reading list, let's hope they can bring back the spark. To the author, if you happen to read these, no offense, it's just my honest review, and i hope you can take it as a motivation to create as many as masterpieces in the future. Xoxo.