Inspektor Jun Kai memang tegas. Rakan sekerja sendiri pun diberi pengajaran, apatah lagi orang luar. Tak hairanlah dalam menegakkan keadilan, ramai yang jadi tak puas hati, lebih-lebih lagi apabila anak lelakinya yang selalu membuat masalah selalu diberi pengecualian.
Conchita, seorang cross-dresser yang menjadi kegilaan, muncul sewaktu Jun Kai berada di ambang kematian. Bersama tiga lagi rakan mak nyah, mereka temui erti persahabatan dalam senang dan susah.
Tapi semulia mana pun seorang bapuk, mesti ada yang benci. Penemuan mayat bapuk mati dibunuh dalam gulungan karpet mahal menggemparkan IPD tempat Jun Kai berpuluh tahun mencari rezeki.
Buku ini jika dibaca sekali imbas seperti menyokong aktiviti LGBT.. tetapi tidak..dan baru aku tahu ada term cross-dresser dalam dunia transgender ni..mereka ini lelaki yang straight tetapi suka berpakaian cantik..mereka buka gay..mereka ada isteri dan anak-anak.. malah tidak berminat mengadakan hubungan sesama lelaki..lelaki cross dresser ini minat sekali dengan pakaian cantik, make up, kasut handbag dan barang kemas..bila difikir memang pelik..tapi mereka wujud..bila dah habis baca buku ini aku tak tahu siapa yang pentingkan diri sebenarnya..adakah si bapak yang tekad nak menjadi bapuk kerana itu adalah nalurinya sejak azali atau si anak-anak yang membenci bapak pada saat mereka tahu bapaknya bukan lagi seorang anggota polis yang sasa, bapa yang baik serta penyayang.. rasa malu dan jijik lebih besar berbanding rasa kasih sayang dan jasa bapanya sebelum ini membesarkan mereka..permulaan cerita tentang kisah bapuk yang mati dibunuh..kemudian setiap mukasurat bercerita tentang kehidupan bapuk itu dari mula hingga akhir..bab akhir baru tahu siapa pembunuhnya.. memang dramatik..plot twist tak banyak sangat dan cerita agak straight forward..
Why I'm interested in this book at the first place The latest penned by none other than Fazrin Jamal. Bought a copy from Kuala Lumpur International Book Fair 2019.
What do I think of this book... now that I've done reading it It's a new way of solving the whodunnit, I'm bewildered in the first couple of chapters but end up impressed. Each chapter brings new question to each of the characters' alibi, like I'm literally try to connect the dots in my head.
+ 1. Lejen Press already has a new format for each of their newly-published books? If it's for sustainable-friendly movement, hey, I'm all for it. 2. The dude on the cover. He's ravishing! 3. Motivational excerpts at the end of some of the chapters.
- 1. I'd prefer the know how Conchita's friends moving on with their life after the aftermath, rather than Jun Kai's family. Maybe I'm more partial to her friends since they're her biggest support system throughout the story.
Get this 1. If you're a fan of Conchita Wurst (this one's a no brainer) 2. If you're a fan of the tv series, Law and Order. 3. If you love a whodunnit mystery elaborated in a different perspective.
Last last aku tak sangka betul dialah pembunuhnya. Baca buku ni penuh dengan rasa sakit hati, simpati, gembira dan berdebar debar. Antara buku paling best untuk tahun ni. Tahniah Fazrin, you really know what you are doing. Keep writing.
Buku yang aku sangat-sangat nak baca tapi akhirnya hanya dapat baca pada 6 dan 14 haribulan 🤦🏻♀️ Aku sangat suka buku yang menceritakan realiti masyarakat dan membawa biarpun sedikit elemen kepolisan. Maka buku ini satu naskah yang enak untuk aku nikmati ☺️
Naskah ini menggunapakai teknik yang aku idam untuk lihat dalam karya tempatan. Awal-awal dah memberi kejutan. Bagi aku, ceritanya diolah dengan sangat baik, bersandarkan bahasa yang baik, plot yang linear, agak boleh dijangka. Namun cukup menarik dan masih sempat membuatkan aku tertanya-tanya.
Cerita yang menyentuh perasaan. Sepanjang membaca, aku amat berharap agar naskah ni akan sampai ke khalayak yang lebih luas. Bacalah, isinya sangat penting.
Aku juga suka bila ada beberapa watak dari Mens Rea yang disebut di dalam naskah ni. Brings back memories 😌 Akhir sekali, tahniah penulis. Karya ini memenuhi citarasa aku. Terima kasih 😊
Reviu buku BAPUK: Bukankah Aku Peneman untuk Kau? Penulis: Fazrin Jamal
Kalau kau perasan tajuk buku ini adalah akronim untuk perkataan bapuk itu sendiri, nais idea dari penulis aku kirakan. Kalau kau pernah baca karya penulis sebelum ini, kau akan terbiasa merasa didera perasaan saat membaca bait bait ganas dan kasar dalam buku ini, ayatnya tajam menikam tapi jujur. Penggunaan perkataan asal tanpa menggunakan imbuhan menampakkan ketegasan dalam penulisan ini.
Buku ini berkisar tentang Jun Kai, seorang cross dresser yang straight, punya 3 orang anak dan isteri yang setia. Yang lainnya tentang watak Jun Kai, dia adalah anggota polis yang tulus jiwanya dalam menjalankan tugas, ada kisah menarik tentang Ehsan aka Acho yang Jun Kai bantu untuk lari dari hidup durjana dan mencorak masa depannya sendiri.
Ada satu turning point dalam hidup Jun Kai,yang buatkan dia menjadi Conchita, sampai hidup Junkai terumbang ambing hanya kerana dia mahu jadi dirinya sendiri, tapi Eileen si isteri tetap setia pada Jun Kai, melebihi kasihnya pada anak anaknya.
Setahun Conchita menjadi cross dresser, macam macam yang berlaku, ada manis, sedih dan pahit kelat, ada kejutan dan plot twist yang tak terjangka dek fikiran yang mahu cepat tahu pengakhiran cerita ini. Buku ini ada babak yang agak extreme so bare in mind, baca dan teruskan saja biar hati kau dihentak hentak dengan sindiran, sarcarm nakal tentang kebenaran kita sebagai manusia biasa yang menjadi watak harian dalam hidup Conchita dan kawan-kawan baiknya. Ada juga diselitkan tentang kisah benar pengalaman transgender yang melibatkan kes mahkamah yang kita tak pernah tahu sebelum ini.
Aku puas hati baca buku ni, antara buku paling best yang berkait dengan isu tajuk buku ini, buku ini dekat dengan kebenaran, jauh dari sokongan keluarga, tapi inilah realiti.
Sehari aku baca habis buku ni. Kisah bapuk bahasa mudah pondan. Kisah suka suka jun kai. Sapa sangka dari polis yg gagah jun kai boleh bertukar menjadi conchita. Suka duka bila anak2 membenci. Bagi aku pengakhiran conchita sangt tragis. Bagi aku “bapuk mengajar kita supaya jgn menilai org hanya dari luaran.. #PBAKL19 bru ni aku baca..punya lama simpan.. terbaikkkk
Aku bagi 4⭐️ sebab Fazrin Jamal ni penulis fav aku . Aku harap dia buat comeback . Buku ni akhirnya aku katam setelah tertunda lama haha . Baca stop baca stop . Finally habis jugak . Apa pun cerita ni tak banyak thriller sangat tapi dia more to emotions .