Pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru sama lain. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hingga tercetusnya salah faham di antara mereka.
"Kau memang merenglah. Kat Mikro, kau jadi Melur. Kat luar, kau jadi Mental," - Alif Haziq "Kau? Bidadara? Ha. Ha. Ha. Raksasa, iyalah kut!" - Aliya Jasmine
Disebabkan Suraya dan Farizul, si internet-internet tak bertauliah, akhirnya Haziq melamar Aliya.
"Jadi isteri aku, Aliya Jasmine. Let me be your man," - Alif Haziq "Genetik gila sepatutnya dihapuskan. Aku tak nak kembangkan pula!" - Aliya Jasmine
Berkali-kali Haziq melamar, berkali-kali jualah Aliya menolak. Namun apabila satu peristiwa hitam berlaku dan Haziq muncul sebagai pelindung dan penyelamat, Aliya tidak dapat menolak lagi.
Di saat hati disapa bahagia dan mulai menerima satu sama lain, ada pula insan menaruh cemburu. Fitnah dilempar sehingga Haziq mula mempertikaikan segala-galanya tentang mereka. Aliya pula menemui sesuatu milik Haziq yang membuatkan dia mempersoalkan ketelusan perasaan Haziq.
"I'm starting to doubt everything. Kau betul-betul ikhlas dengan aku ataupun tidak?" - Alif Haziq "Aku silap. Kau yang tak layak untuk aku. You don't deserve my heart, my loyalty and my trust," - Aliya Jasmine
Alif Haziq tidak layak untuk Aliya Jasmine. Aliya sudahpun putuskan itu tetapi kenapa hatinya sendiri bagaikan dirobek-robek? Haruskah dia mempercayai ungkapan rindu Haziq walaupun selepas lelaki itu nyatakan kebenciannya? Dan Haziq sendiri... Mampukah dia melepaskan Aliya, si heroinnya?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Final review for 2019.
N rasa I would have like the story better had the characters act their age. Pertengkaran antara Jasmine dan Haziq yang kerap sangat berlaku buat N rasa annoyed. it's fine if both of them are 16 years old. Tapi bila umur dah meningkat but still macam anjing dan kucing setiap kali bertemu, it's not cute or funny anymore.
Bila Haziq dan Jasmine start acting like adult, baru lah N bole serap cerita ini dengan lebih baik. Sebelum itu, baca satu dua chapter, dah kena stop which is why it took me about a week jugak lar untuk habiskan naskah ini.
Serius, selepas novel Aku Ada, aku ternanti-nantikan novel Syu Ariani yang lain. Aku dapat terime gaya penulisan daripada beliau. Setelah genre romance, misteri/paranormal & aksi thriller, Syu Ariani datangkan 'baby' barunya yang bergenre romantik komedi. Bagi aku syu ade kelebihan dalam setiap genre yang dia ketengahkan. Next? Genre apakah pula? Im waiting.😆
Berbalik kepada ASH, aku suka watak Aliya & Haziq. Nampak sangat comel dengan pergaduhan demi pergadunan yang dicetuskan mereka. Dengan perangai masing-masing yang langsung taknak kalah.
Dalam novel ini syu ketengahkan watak heroin, seorang pemilik kafe, Mikro & heronya seorang penulis novel. Jarang- jarang dapat watak hero seorang penulis novel. Kebiasaanya mesti watak heroin sebagai penulis novel. Well adalah kelainannya.
Seperti kata syu sendiri, novel ini jenis santai2 je. And yes. Memang jenis bacaan santai. Takde langau2 jenis hardcore yang menghinggap. Takde CEO. Takde company yang gah. Takde. Totally jenis cerita yang very simple for me.
And i love the friendship between Aliya & Farizul serta Haziq & Suraya. Masing- masing memainkan peranan yang penting sebagai sahabat. Sering menjaga antara satu sama lain. Terutama Farizul yang sangat-sangat menjaga Aliya sebelum kemunculan Haziq.
Ohh, i cant wait for next manuscript from syu. I need more from syu.😆
Afterall, i love Lyssa/Hafiy more from Aku ada.. Can i? Ahaha
Syu lepas geram eh pada novel ni....hahaa....sbb akk baca banyak menunjukkan kata2 syu pasal perspektif org pasal novel😂😂😂..
This story is most likely more realistic to other love novel..lets just say, boleh bayang semua berlaku.. Smooth and pembacaan yg santai..without any deep conflicts.
It still boleh buat akk rasa goosebumps bila terjadinya bab hampir ***** oleh 2 org .... Its impossible to not feel trauma about it...
Aliya tutup trauma dia dgn pakai topeng strong kat muka dia...
Akulah Si Heroin (ASH) is a rom-com with a laid-back plot, for me at least.
From the title alone, I couldn't figure out what this book is going to be about. Me being me, I always try not to read the excerpt because I don't like spoiling myself.
ASH tells about Aliya Jasmine, the FMC is a cafe owner and MMC Alif Haziq who is a novelist. They had a rather unfortunate history back in school days. Fast forward, they had an unexpected encounter once again and it all started from there.
There is not one occurence where Aliya and Alif did not bicker whenever they both meet. After their petty bickering session, Alif would always silently compliment Aliya, saying she's cute, even tough she's angry. Idk about the other readers, but I find it adorable. That always got me giddy. Ish (〃▽〃)
Like I've mentioned, plot is light, so there's nothing too dramatic. 75% of it is the banters and only very few actual progress. Overall, it is a decent read if you don't feel like reading anything heavy.
Bila baca tajuk dah dapat agak yang genre novel ini adalah cinta. Aku tetap beli sebab suka akan penulisan @syuariani sejak baca Anastasia. Dan hasilnya, aku berjaya habiskan pembacaan novel ini dalam masa sehari saja. Nampak tak best novel ni macam mana? 😉
Jalan cerita ringkas maka pembacaan pun santai saja. Kisah pertemuan dan percintaan Alif Haziq dan Aliya Jasmine. Kisah yang menarik kerana disulami dengan bahasa yang ringkas dan lawak. Plot cerita berkembang baik bersama watak-watak yang ada. Cara penyampaian penulis juga best! Aku memang admire gaya penulisan Syu Ariani. Gelak sorang2 baca dialog dan daya imaginasi watak-watak dalam novel ni. Kelakar! 😂 Bak kata penulis, pasangan paling “sengal” dia pernah wujudkan. Hihi. Aku suka gila ending novel ni! Baca ending, terus teringat akan bab prolog novel ni dan terus aku tersenyum 😊 Indahnya rasa. Bahagia 😍
Novel ini buatkan aku tak nak dah sebut perkataan klise. Haha. Bila baca bab penerangan klise dalam novel ni, betul jugak apa yang dikata oleh penulis. Sebenarnya semua genre ada bahagian klise. Bukan hanya pada genre cinta semata. Kita je yang tak sedar. Dan aku dah sedar sekarang. Hihi.
Dengan ini aku menantikan novel seterusnya daripada penulis Syu Ariani. Aku dah baca kisah cinta aksi (Anastasia), kisah mistik supernatural (Aku Ada), dan kisah cinta romantik (Akulah Si Heroin). Apakah genre yang bakal dibawa oleh penulis untuk novel seterusnya? 🤔 Buat peminat Syu Ariani, sama-sama kita nantikan 😊 ___ p/s: swipe left for my favorite quote in this novel. Aku masih dalam mood rajin edit quote. 👇🏻👇🏻👇🏻 instagram.com/siriusiqa
Saya keciwaaaaaaaa sebab kena tunggu 80% jalan cerita untuk part konflik yang dinyatakan dekat sinopsis. Astuuuuuuu SINOPSIS DIA IS THE WHOLE SPOILER OF THIS BOOK. Tapi tu la kelakar la watak dorang tu, boleh menghiburkan saya and kadang kadang ada la part yang bila baca sengih sorang sorang hehehehe. Dorang ni umur 28 tahun tapi gaduh macam 8 tahun sampai dah kawin pon gitu gak and paling la nampak kat watak dua orang ni is their misunderstanding for each other. Bukan nk duduk setable bincang ke apa ke ni terus melulu menuduh itu ini.
Saya banyak skip jugak sebab rasa macam meleret sangat, tapi overall novel ni santai dan ringan untuk dibaca.
Storyline antara Aliya Jasmine and Alif Haziq. Dua orang ni kan, bila jumpa memang gaduh. Macam tom and jerry. Mesti ada benda yang tak puas hati.
Pertama kali berjumpa dah kena tuduh as stalker? Eh? Entah betul ke tak Aliya tu stalker Haziq sedangkan dia memang tak tertarik langsung dengan Haziq. Perasan je eh Haziq ni. Bila Aliya beria menafikan itu bukan dia, timbul persoalan kat Zu siapa orang yang Haziq cakapkan tu? Jadi Aliya Jasmine bukan Aliya J?
Boleh bayangkan tak macam mana Aliya dengan Haziq yang selalu bergaduh ni jadi suami isteri? Boleh terbalik rumah tau. Tapi nak buat macam mana. Bila selalu bergaduh, makin kerap jumpa. Bila si bunga tak suka, makin si kumbang datang tunjuk muka. Tertanya juga Aliya kenapa selalu Haziq datang Mikro. Tak kerja ke? Rasanya Haziq kerja apa?
Novel ni sangat menunjukan phrase 'Jangan benci sangat nanti tersayang'. Lepas dah jadi suami Aliya, bertambah percentage bendera hijau Haziq ya. Cara dia tackle Aliya, menyakat isterinya, tercuit hati kita. Soft spoken sangat. Aliya terjatuh hati ke tu? Sebab Zu dah tergolek tersadung jatuh dengan cara Haziq tu 🤣
Sangat recommend for those yang suka enemies to lovers trope. Jalan cerita yang ringan and buatkan Zu terhibur dengan semua watak dalam novel ni.
Kisah cinta yang sangat mencuit hati. Less than sehari aku berjaya habiskan, susah nak stop sebab terhibur sangat dengan cerita mereka ni. Takde konflik yang berat dan berbelit yang ada cumalah sebuah cerita percintaan, persahabatan dan kekeluargaan yang manis. Lagi-lagi dengan dialog dan monolog yang kelakar, memang tak kering gusi weh. Aku pulak bantai baca novel ni malam buta, nasibla bilik jauh sikit daripada bilik mak, kalau tak kena sound kot duk gelak tak ingat dunia malam-malam buta. . Aku sangat suka chemistry dua watak utama, Aliya dan Haziq. Ya Allah, dorang punya banters punyala cute, eh memang sepadan sangatla! Watak sampingan pun sangatla membantu kisah cinta dua sejoli ni, especially bestfriend Aliya, Farizul and bestfriend Haziq, Suraya yang sentiasa membawa cerita sensasi pasal dua watak ni. Paling tak tahan, disebabkan manusia dua orang nilah Mak Imah tak memasal pergi lamar Aliya, takleh tahan betul mak si Haziq ni. Laju je dia buat kerja. . Watak favourite aku semestinya Aliya Jasmine, si heroin. Walaupun dia sentiasa cari gaduh dengan Haziq dekat luar Mikro, dalam Mikro cun je dia layan Haziq as customer. Lagi pulak, lepas dorang kahwin, aku rasa Aliya ni sangat matang. Tak mudah melatah dan dia juga berusaha untuk kekalkan kedamaian marriage dorang. Dia juga seorang yang selamba, kalau tak, line "indahnya ciptaan tuhan" takkan ada dalam novel ni. . Miss stalker. Melur. Sayang. Kappo-boo! Alif Haziq, hero yang sangat sweet dengan caranya sendiri. Dari nickname yang bermacam sampailah 'hadiah' dia untuk Aliya, semuanya manis leting! Kalau ada sesiapa yang dah baca, bab prolog dengan epilog adalah yang termanis yang Haziq buat untuk Aliya. I kenot. Cuma tulah dia ni cepat pulak melatah haih, nasib baik la Aliya ni strong, kalau tak kena tinggal dah kau ni Haziq. Hehe. . All and all, novel ni best gila namatey. Semestinya jadi comfort novel yang kena ulang baca banyak kali. Tahniah kak @syuariani untuk pasangan sengal yang menghiburkan ni!
Berkisar tentang cinta antara penulis novel dan pemilik kafe. Konon-konon benci, alih-alih bertukar sayang. Sebuah novel yang santai sahaja kisahnya lagi pula bertemakan romantik komedi. Penulis berjaya melakarkan perjalanan cerita ini dengan baik. Tidak langsung berasa bosan beralih dari satu bab ke satu bab.
Sejujurnya, ini kali pertama saya membaca karya Syu Ariani. Dan apa yang boleh saya simpulkan, penulis ini punya identiti sendiri. Ada kelainan tersendiri yang membezakan penulis dengan penulis yang lain. Nampaknya kenalah cari novel penulis yang sebelum ini. TAHNIAH buat Syu Ariani!
Cerita yang santai dan ringkas. Adakah Syu dan Haziq mempunyai persamaan dlm menulis novel? Menginginkan kelainan genre agar pembaca tidak bosan dan memperlihatkan kebolehan menulis bkn dlm 1 genre.
Namun jika diberi pilihan, saya lebih suka Syu menulis genre aksi dan mistik. Mungkin genre sedemikian memperlihatkan plot twist dan menyebabkan saya lebih teruja utk mengetahui apa yg akan berlaku seterusnya.
Overall, saya suka dgn jln cerita yg dihidangkan walaupon kadang kala terasa sedikit jengkel dgn sikap Haziq dan Jamine bila bertemu dan bertengkar🙇♀️
Sebelum baca buku ni, aku agak hesitate. Even before beli lagi, banyak kali aku scroll review kat Goodreads. hahaha...bukan apa, aku ni ada love-hate relationship sikit dengan buku bergenre rom-com ni. Aku susah nak 'masuk'. Kadang-kadang, bukan salah buku, tapi salah aku yang susah nak terhibur dengan lawak yang tak lawak. Tapi disebabkan aku beli buku ni waktu sale dan sebab ni buku Syu Ariani, so, aku beli la jugak. .
Aliya dan Haziq. Dulu, waktu kat universiti, Haziq ada stalker yang menggunakan nama Aliya J. Dan memandangkan Aliya ialah Aliya Jasmine, maka dialah suspek utama. Memang tak sebulu la dorang berdua. Even lepas terbongkar siapa sebenarnya Aliya J pun, dorang tak sehaluan. .
Beberapa tahun berlalu, dorang jumpa semula. Dahla jumpa kat tandas. Aliya tersalah masuk toilet lelaki. Lepas tu, selamba pukul Haziq. Lagi sadis, dia bagi sepakan kat tutttt. .
Baru je, kawannya, Suraya cakap, "hopefully, next pertemuan korang, kat cafe atau taman". hahaha..sekali, Haziq datang kat cafe Aliya. Again, tak sebulu gak, tapi atas dasar Haziq ialah customer, Aliya layan la jugak. Tapi, kalau dah hari-hari Haziq melepak kat cafe Aliya, sakit hati la jugak member tu. .
Sehinggalah, satu tragedi menimpa Aliya. Masa ni, sebenarnya, dalam hati Haziq, dah ada Aliya. Cuma dia tak sedar je, walaupun orang sekeliling semua perasan je. So, Haziq melamar Aliya. .
Bila dah kahwin, dan bahagia, ada lagi salah faham yang hampir menghancurkan rumah tangga mereka. Nasib baik happy ending. .
Ada banyak je adegan gaduh-gaduh manja, bertekak mulut dalam ni. Okaylah, aku boleh la terima. Takde la rasa childish sangat. Otherwise, aku suka penulisan SA. Best dan sampai ke hati.
cw: mentions of sexual assault / harrasement, trauma.
The tale is about Aliya Jasmine, a cafe owner, and her former uni acquaintance, Alif Haziq, a novelist, where they accidentally met again years after graduation. Starting from that point on, Haziq always went to Aliya's cafe, to work on his job, as well as to bicker around with her, up until their 'relationship' were 'misunderstood' by their family, and they're suddenly stuck in a proposal of an arranged marriage. Till then, kejujuran rasa hati began to unveil, and they work to understand each other differences, from their livelihood, as well as the darker trauma that one held. — It's a coffee shop au, with pining, and enemies to lovers trope. Well, also actually, the blurb pretty much spoiled and sums up the entire storyline from the beginning until the end lol.
• Initially, I don't really get what the story was supposed to be after reading the blurb and the prologue. I absolutely thought that it might either be one of two: 1. FL was isekai-ed into a novel 2. This story was about a story from a 'novel', and the female lead was self aware that she's in the story and tried to change her fate (or it might've been an online novel, because I thought that Fariz and Su are the commentators on the 'novel' based on the blurb due to the 'internet' remark). BUT OH BOY HOW COMPLETELY WRONG I WAS. Well, it's quite a regular story, just about one of the main character that is a novelist, and his marriage life. And yeah haha.
• Genuinely really do love the Aliya, the FL. I reaaally love her characteristics through and through. Her calmness and her rational way of thinking was so nice to see, and although her way of thought may be unwarranted, yet she stands corrected any time. Apart from that, it's an admiration overall, although she hard her own personal troubles, her way to cope up, and how she risen up and how nice she is towards others, it's inspiring to see. Absolutely adore her.
• This is one of the story that is quite progressive and touches on a lot of what one might call 'controversial' issues, whether in general, or something that is even more on the serious level, and it's quite refreshing to be incorporated in the story! And at the same time, I'm sure it wasn't intended, but at the same time, some of the questions risen in the story sedikit sebanyak felt like a called out towards people or stories that romanticised those huge 'controversial' issues, and it's a very nice conversation to have in the story.
On top of that, really nice to see the topic on SA / SH being centered on the story. The trauma / aftereffects of the victims was also depicted heavily and accurately. Really appreciate it how wonderfully it was written.
• The author's writing was quite nice actually and I really do love the values and morals, as well as the way how the conversations and the interactions were written, as well as the narrative of worries and personal conflicts the characters held. It was well done to me. But on the other side, I did encountered some issues regarding the writing style itself, and maybe this is more towards how my troubled brain works (it's a me issue), but I really couldn't focus much on most of the storyline due to these issues I found throughout the writing:
1. Too much excess information on the self monologue, including from the side characters; While it realistic and it's nice to have in depth thoughts from the characters from time to time to understand their characterization more, but most of the 'information' or 'extended thoughts' on the story doesnt actually related to the plot much and became a distraction towards the storyline itself.
2. Overload of newly found 'surprising' information were being thrown all together at the final <100 pages; way too many that I wished it was brought up slowy along the story, or at least it was hinted even slightly, then brought up again on more crucial part of the plot. The way all of them were thrown into the storyline all at one time makes me overwhelmed
3. Plot convenient from out of nowhere. The people which was quite irrelevant to the story suddenly became an antagonist? And Aliya J sounding like she's part of the bigger plot but no, but again at the ending?
4. The lengthy explanatory of the 'emotions' and about the dialogue itself on some of the lines were written FIRST before the actual dialogues, it did confuses me. The emotions was good to be told first, but the content of the dialogue being explained and hinted first taken me aback a lot of times while reading.
• The characteristics of the ML / Haziq did confuses most of the time and there are some things makes me just couldn't like him despite how highly understanding and observant he is towards Aliya. I understand that he's pining and hiding his true feelings, but his constant dumb jokes and unseriousness after serious conversations / discussions early onto the story was sooo irritating to me. It's fine to joke, but when someone is serious, sumpah sik lawak pun bila you tiba tiba said something dumb afterwards. It's up to the point at less than 200 pages left that I started to think whether this story was meant to be romcom kah macam ne because I couldn't laugh at all due to the reasons above?
Also, I personally don't quite really get during the very end, why does it took him so long to explain regarding the manuscript, it wasn't just an old day issue, they're living in the same house kot and over a week passed by, and his explanation was short and simple jak. Thus I genuinely doesn't get this exact conflict, it was as if it was intentionally stalled just to make an impactful 'scene', tapi it feels like ianya berpanjangan gilak and the conflicts felt lapuk instead.
• Also in correlation to the characteristics, they're two full grown adult reaching their 30s, but their bickerings was extremely childish that it doesn't make sense for AT LEAST Alyia herself to act that way despite how mature she is on her natural habitat. Like, despite how annoying Haziq was, and the fact that they haven't met one another for YEARS, her overreaction towards him was quite ridiculous to me.
• Nevertheless, despite how annoying Haziq was most of the time, Melur nickname he gave to Alyia somehow always makes ME swoon that it's embarrassing for myself to admit it haha. I think it's thoughtful and cute.
It's way an enjoyable story through and through, but for me, I personally couldn't focus much onto the story itself and it was easily forgettable despite how it's supposedly a light hearted book. Entertaining with good messages nevertheless.
First time baca buku SA dan tidak menghampakan. Jalan cerita simple, gaya penceritaan yang menarik. Cerita tak berat sangat, takda plot2 sakit hati lebih2. Bacaan yang santai. Watak Haziq & Aliya yang outspoken, selamba je, dah kahwin pun cakap aku kau lagi. Takda manis gula lebih2, tapi sekali Haziq start keluar ayat manis, rasa macam 7 lori gula tumpah. Hahaha.
Best! Tapi taktau kenapa rasa tak puas baca dan macam tak cukup. In both positive and negative way.
Okay state in tak best punya perspective dulu. Tak puas, tak cukup in negative way sebab rasa macam ada something left tak lengkap je.
Buttt in a positive way rasa tak cukup and tak puas baca sebab buku ni best, kelakar (afterall memang romcom genre pun). So cam "alaaa dah habisss?!! Tak cukup ni, nak lagi nak lagi." Novel ni pun memang nipis je.
Dari segi watak, I love all the characters. Bagus kak Syu guna watak yg memang penting je so dah meminimakan bilangan watak. Takde watak langau yg tak perlu dalam cite ni. Ada 2-3 org watak sampingan pun bukanlah tahap tah pape je tetiba muncul, still ada connection nya.
Dari segi plot, ni boleh dikira as bacaan santai lah. Romcom kan. Cite pun ringan, smooth je takde plot twist macam novel kak Syu yg lain.
For me, its quite okay la. Masih boleh dibaca lagi. Boleh dilayan perangai anjing dan kucing antara AJ dan AH huhuhu sampaikan aku tertanya-tanya, mereka ni betul ke umur 28 tahun? Sebab aku rasa macam baru lepas SPM aje gaduh-gaduh manja begini 🤣🤣🤣. Tu satu, adalah part yang bagi aku kurang sikit lagi-lagi part konflik AJ. Aik pelik. Kenapa dia marah AH tulis novel tentang kisah mereka? I mean kalau aku lah, aku happy tauu sebab kisah dibukukan/diceritakan lah begitu. Tapi hehehe, penulis punya idea <3 tapi overall aku suka lah juga. Paling tak sangka Aliya J yeeee. Mati-mati aku fikir Farizul maybe dengan Suraya LOL. Aku pun suka friendship mereka 4 dan cafe Mikro. Kalau ada di dunia nyata, aku nak pergi laa omggg. Lol, berangan ><. Okay itu sahaja, terima kasih <3
3.5 star Dah kenapa berturut² baca novel di kala tak ada mood? Jangan jadi macam saya! Ok jom start review.
Bagi saya ASH sebuah kisah santai. Rom-Com bak kata Kak Syu. Makanya saya tak teruja macam waktu saya baca karyanya AKU ADA. Sampai sekarang, saya rasa AA lagi tetap dalam hati😂
Mungkin kerana elemen comedy, maka kak syu sengaja create watak Haziq yang sengal ubi tu. Tapi di kala tak ada mood, mudah saya nak carut "pahal mamat ni tak matang langsung? Si Al pun samaa😤 pasal benda kecik pun nak gaduh." Sorry kak syu🙏😅
3 bintang kerana Kak Syu share pasal dunia penulis (yalah, Haziq tu kan penulis novel), isu ala² toxic relationship. Gituuu😍👍
Entah la Aku x bole suka dgn novel ni.. Pd aku jln crita nye agk bosan Hal kcik diperbesarkan mnjdikan seolah2 jln crita nye xrelavan.. Aku ambik msa utk habiskn novel ni.. Gaya pnulisan pun xbpe best.. Sorry author Its my 2cents of review..
✨Akulah Si Heroin! by Syu Ariani✨ "𝚈𝚘𝚞'𝚛𝚎 𝚖𝚢 𝚑𝚎𝚛𝚘𝚒𝚗𝚎. 𝙾𝚗𝚕𝚢 𝚖𝚒𝚗𝚎." Bila benci si heroin bertukar sayang pada si hero. . Membaca kisah Aliya dan Haziq dalam ASH ni macam tengah tengok drama korea.Yang hero dengan heroin selalu bergaduh tapi lepas tu terus tangkap cintan.
✅Rom-com ✅Bickering couple✅Enemies to lovers ✅Friendship
Aliya dengan Haziq ni setiap kali jumpa mesti berperang mulut. Perli memerli dan mengusik sesama mereka tu benda biasa. Boleh kata daripada mula cerita sampai dah lepas kahwin pun macam tu jugak la perangai diorang ni. Thank God it was not overdone. Sebab sepanjang baca part diorang berlawan cakap tu langsung tak rasa annoyed dan kelakar sangat. Dua-dua tak nak kalah langsung!
Kata Aliya, Alif Haziq ni narcissistic.Tapi memang betul, Haziq ni kuat perasaan dan selalu puji diri sendiri sampai Aliya menyampah. Dalam kuat mengusik Aliya, permikiran Haziq ni sebenarnya matang jugak. Mungkin sebab dia ni penulis,bila ada perbualan serius antara dia dengan Aliya boleh nampak kematangan dia kat situ terutama lepas mereka kahwin. Dia faham yang Aliya masih trauma dengan insiden yang terjadi sebelum ni jadi Haziq sedaya upaya cuba yakinkan Aliya yang dia akan menjaga dan menjadi pelindung isterinya.
Miss Stalker dan Melur antara nama yang Haziq panggil untuk mengusik Aliya. Suka sangat dengan karakter Aliya yang independent dan badass. Aliya tak suka lelaki yang ambil kesempatan pada perempuan dengan alasan cinta. Asal lelaki cuba pegang dia je terus kena belasah,contoh apa yang jadi pada Naim.
Among other things I like about ASH are the friendship between Aliya-Fariz and Haziq-Suraya. For once,I found a pure friendship between different genders that doesn't involve one sided love. Fariz dan Suraya ni boleh dapat anugerah kawan paling supportive untuk hero dengan heroin tau. Kalau tak sebab mulut diorang, hubungan Aliya dengan Haziq tak berubah ke tahap seterusnya.
Pada saya, ASH sesuai untuk siapa-siapa yang tengah cari bacaan santai. Karakter hero-heroin yang sengal confirm buat korang rasa terhibur bila baca.
Oh ye, reaksi Aliya, Haziq dan Suraya rasa bila tahu pasal identiti kekasih Fariz tu bahagian paling best. Walaupun dah boleh agak tapi tetap lawak. Jodoh oh jodoh..
Novel mengisahkan seorang Aliya ‘Melur’ Jasmine yang terjumpa semula dengan musuhnya, Alif Haziq di tandas lelaki yang telah Aliya masuk dengan tidak sengaja itu. Kenapa Aliya bermusuh pada Haziq? Kerana Haziq pernah tuduh diri Aliya sebagai stalker-nya ketika belajar di kolej dahulu padahal bukan Aliya.
Sejak pertemuan mereka, Haziq sering datang ke Mikro, kafe kepunyaan Aliya yang pada mulanya Haziq ingat tidak percaya yang Aliya adalah pemilik kafe tersebut. Mereka sering bertengkar pada apa-apa yang mereka gaduhkan. Peperangan mulut mereka tidak berhenti hinggalah mereka menjadi suami isteri. Tetapi Aliya terfikir mengapa Haziq melamarnya walaupun dirinya tidak cukup sempurna untuk Haziq?
˚ ༘♡ ⋆。˚ ❀
Thoughts 💭:
Buku ni sejak PBAKL tahun lepas lagi, baru sekarang habis baca, HAHAHAHAHA! And rasa worth it baca sekarang 😭 Ni novel pertama penulis Syu Ariani pernah baca so romcom menjadi pemulaan Farah ke dalam dunia penulisan Syu Ariani 🤭
I like this book! Trope enemies to lovers ni memang fave Farah lah. Ada saja Haziq tu usik Aliya and Aliya pula ada je nak menjawab dia 🤣 Dedua masuk air, serius HAHAHAH lawak lah part lipas tu 🤣 Jalan cerita puk tak terlalu meleret, tak terlalu bosan and eeee suka tengok Aliya dengan Haziq 🤭
Siapa sangat kan disebabkan Aliya J, bersatunya si Aliya Jasmine dan Alif Haziq ni 🤭 Dan tiada plot twist yang mengejutkan sangat, sekadar yang pembaca boleh predict je but still readable ☺️ Farizul dan Suraya being the best BFF to Aliya and Haziq 🫶🏻🤍
Aliya is a strong FL and love her for that 🫶🏻 Both FL and ML ada character development yang bagus! Love them so much! 🤍
Overall thoughts, enemies to lovers fans, ini untuk korang! Wholesome and cute story 🫶🏻
Akulah Si Heroin 💕 "Kenapa risaukan watak sampingan sedangkan kita ialah hero dan heroin dalam kisah kita?"✨ 5🌟
Aliya Jasmine, seorang wanita yang tabah dan kuat. Mempunyai seorang ayah dan Ali, abangnya. Dia berdiri di atas kakinya sendiri dan mempunyai prinsip kehidupan. Aliya mempunyai sebuah kafe iaitu Mikro. Alif Haziq, seorang novelis lelaki dan perwatakannya mereng setiap kali jumpa Aliya. Seorang abang dan juga bapa dalam keluarga menjadikan dirinya lebih bertanggungjawab. Mempunyai tiga adik perempuan dan seorang emak.
Sejujurnya, kisah silam mereka cukup sakit dan perkara itu mematangkan mereka untuk maju ke hadapan. Kisah bergenre romantik komedi. Memang akan tersenyum dan gelak semasa baca tapi tu lah ada scene aku yang buat aku sebak.
Pertemuan Aliya dan Haziq yang tak dijangka. Dahulunya mereka bermusuh hanya kerana seorang stalker yang menggunakan gelaran 'Aliya J' dan semenjak itu Haziq gelarkan dirinya Miss Stalker. Lagi mengharukan, bila makin rapat dengan Aliya, dia gelarkan dengan 'Melur'.. Amboiii, sesuka hati dia tukar nama orang ya...😂
Cukup aku katakan naskah ini memang smooth dan lagi² sikap Haziq, I just like it... Suka Haziq sakat Aliya menunjukkan yang dia sayangkan Aliya. 😅
Kesimpulannya, aku suka kisah ni dan persahabatan mereka semua Aliya & Fariz, Suraya & Haziq. Mereka bukan couple tapi sahabat tau..jangan salah faham..🤣hubungan mereka utuh dan erat buatkan aku rasa persahabatan itu indah..Tahniah kak Syu, tunggu karya genre romantik yang seterusnya.. 🙊
I HAVE BEEN IN A READING SLUMP FOREVER! Im so thankful I finish this book.
I have to say this book is for those yang suka Frenemies to lover trope. The relationship is quite realistic sebab they way they still treat each other macam kawan rapat. Is really something different for me.
I choose this book to get me out of my reading slump because is the page is much more less than the usual novel i read before.
The relationship of Haziq and Aliya is very cute I really like it. I could visualise how a frenemies to lover gets closer over time.
Watak Aliya really potray her well as a heroin, cara pendirian dia dalam buku ni boleh nampak. And dari seorang yang sangat ‘heartless’ could be the most manja person overnight once she really accept that she really loves her husband.
I don’t really have much to say for this book sebab I baca then stop then read so to remember properly the plot I cant. But this book is definitely for those yang suka friends to lover or enemy to lover. Something yang santai-santai.
I ada mix feelings pasal novel. First, i love jokes dalam novel ini sebab nampak kelakar and tak dipaksalah gitu which kena dengan character dioranglah. Second, i rasa macam author just nak habiskan cepat je kisah farizul with his lover which... i harap nak tahu personaliti si his lover ini dengan lebih mendalam.. kelakar ke? bosan ke? opposite farizul ke? Third, taktahu kenapa lepas diorang kahwin watak masing-masing makin annoying and hambar je lepastu... maybe sebab aliya kot sebab dia macam push haziq itu terlampau banyak kali sampai aku rasa nak cekik dia jer 😅 haziq? annoying jugalah kalau semua benda nak cemburu kan.. macam hilang akal.
Tapi i suka background haziq and aliya sebab aliya is strong women! 💕
I think hubungan keluarga dalam novel ini pun segar. Aliya with male household and Haziq with female household so ko bayangkanlah watak depa watak cemana hahahaha.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku yang sangat santai! Penceritaan Syu Ariani mmg best walaupun author jarang tulis cerita rom-com. Elemen2 dalam buku ni pun dekat dihati, dgn hidup MC yang ordinary seperti manusia lain. takde kisah ceo megah holdings bagai, jadi mmg santai 😆 suka dgn cara dorang fmc n mmc jumpa semula lepas berdendam zaman2 belajar dulu.
ayat-ayat yang digunakan pun santai. first quarter, pace tu agak slow. tapi bila dah unveil, baru nampak both mc development tu. hero jangan cakap, mmg bendera hijau!
plot yg sangat simple & tenang. sesuai untuk bacaan waktu santai. takde konflik yg berat2, and trope enemies-lovers tu sangat well potrayed here. taktahu kenapa buku ni tak trending macam buku2 writer lain huhu. go buy this book, it’ll be worth yr money
If you need a light read book, this is one of the book that you SHOULD READ! 😍😍
Srs buku ni cute je.Plus, genre rom-com. Bnyk gila scene yg lawak. Diorg berdua ni asyik gaduh je last ii sayang. Cewahhhh. Betullah orang cakap, benci ii pun lama ii sayang. 🙈❤️
bagi yang mencari jalan cerita light light masam masam manis kehidupan enemy to lover trope this one sangat recommended. sehari je dapat habiskan buku ni. cerita smooth tak ada konflik berat pun. ml, fl and watak sampingan lain semua so chrming and supportive. overall i love it!