Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sugar? Yes Please...

Rate this book
Edian. Dia akur atas segala kehendak orang tuanya walaupun jiwanya terseksa. Dia umpama patung bernyawa, yang punya hati namun tak mampu menyatakan tidak. Dia cuba mencintai Haikal walau dirinya kosong tanpa secalit perasaan.

Hingga Nel muncul. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri.

“Apa kata saya ponteng hari ni?” - Nel

“Nanti kena buang kerja…” - Edian

“Kena buang kerja tak apa. Jangan sampai kena buang daripada hati awak…” - Nel

Nel manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.

“Saya tak patut dekati awak. Meninggalkan luka di hati lelaki sebaik awak…” - Edian

“Silap tu, Cik El. Saya yang dekati awak. Gamaknya, kejahatan itu masih ada dalam hati saya sebab tu Tuhan tak benarkan saya miliki gadis sebaik awak.” - Nel

Ya. Itu kenyataan. Pandangan mata kasar hanya nampak yang terzahir. Yang disembunyi, tiada siapa tahu. Nel, punya sejarah tersendiri; yang dia tahu, akan menjadi senjata dan menghunus padanya satu hari nanti.

“Ini kali terakhir awak adalah Cik El pada saya. Antara kita, tak ada lagi Nel dan El. Maafkan saya… bukan niat mahu rosakkan saat-saat akhir…” - Nel

“Sementara saya masih dekat sini, boleh saya minta sesuatu?” - Edian

“Saya risau apa yang awak minta tu, tak dapat saya berikan…” - Nel

“Anggap ajelah saya minta hadiah kahwin daripada lelaki yang satu-satunya berjaya tembus ke dalam hati saya…” - Edian

Permintaan Edian nampak ringan. Menunaikan… Cukup berat. Dia mencintai Edian bukan dengan syarat wanita itu menjadi miliknya. Cukuplah Edian bahagia. Kerana keadaan begitu mendesak dan yakin; ini yang telah takdir aturkan, Nel tekad untuk nikahi Zahlia hanya kerana janji yang Edian akan bahagia dengan Haikal. Mereka akan ke jinjang pelamin pada hari yang sama. Sayang, pengantinnya berbeza.

Bahagia itu ada pada hati yang reda. Tapi, memang sifat manusia. Menasihati itu mudah selama tidak terhantuk dahi sendiri. Bagaimana harus mereka telan kepahitan hari ini, demi manisnya hari esok; Sugar? menjadi jawapannya.

627 pages, Paperback

First published May 1, 2019

39 people are currently reading
667 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,034 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
268 (54%)
4 stars
146 (29%)
3 stars
65 (13%)
2 stars
10 (2%)
1 star
6 (1%)
Displaying 1 - 30 of 97 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
December 20, 2019
Saya masih ada 7-8 buah naskah author dalam simpanan yg belum dibuka pun plastiknya. Saya membeli tapi belum cukup kuat untuk membacanya. Secara rawak je ambil buku untuk pembacaan dari rak2 buku. Terkena pula naskah RM. Tekad teruskan membaca novel terpilih. Buat pertama kalinya dlm sejarah saya dengan RM, saya beri bintang yg begitu rendah. Saya hargai karya author sebab bukannya penulisan dia tidak bagus atau tidak memberi manfaat langsung, ada juga..malah banyak namun adakah itu sahaja cara penyelesaiaannya?

Saya suka cara RM yg mengetengahkan tentang menjaga aib seseorang. Menutup kesilapan manusia demi membentuk mereka menjadi yg lebih baik. Juga tentang ketaatan dan sabar. Itu saya setuju. Tapi sejauh manakah harus kelakuan begitu diberi kebebasan sehingga diri terjerat?

Jika semua kesilapan itu menggunakan cara dan niat yang sama, apa fungsi pegawai polis, peguam dan hakim and so on dlm dunia ni? Untuk Nel, saya boleh terima kerana ketika itu dia masih muda (17 tahun). Dia menerima hukuman, sedar kekhilafan diri, bermuhasabah dan cuba sedaya upaya memperbaiki diri.

Tapi dua malaun tu? Dalam novel mmglah akhirnya sedar diri. But Im a practical person. Walaupun mmg manusia sedar dari kekhilafan mereka, segelintir tetap maju dan teruskan niat asal, agar memiliki apa yg dikejar tanpa menghiraukan natijah yg ditanggung orang yg dizalimi. Walaupun rasa guity itu wujud tapi ia diletakkan di tangga yg paling belakang kerana mereka fikir sampai bila manusia akan terus rasa terluka. Bukankah akhirnya mereka akan terima takdir mereka dan mula bahagia? Jangan lupa adakalanya ia juga membibitkan dendam dan kebencian dalam diam tanpa sengaja.

Tak lupa juga bapa Dian yg macam lalang dan buta hati. Dian dan Nel juga jenis yg berkorban apa saja demi kebahagian mereka yg disayangi. Jika sudah sampai tahap begitu rela berkorban, bukankah itu bermakna manusia diletakkan di tangga pertama? Kerana syurga mereka terletaknya di situ.

Talk about taat, sabar dan menutup aib, jodoh dan takdir? Dimana usaha kedua2nya diakhir cerita untuk menyelesaikan masalah yg semakin merumitkan? Menyerah sahaja. Terus berlembut dan tidak tegas dlm perungkapan. Mengambil jalan singkat membuat keputusan kerana tidak melihat jalan keluar, juga tewas dgn dugaan tidak henti2 mengunjung hubungan mereka. Berkorban lagi demi membentukkan muslimah dan muslimat sejati. Fisabilillah? Laughable, tidak kena dengan caranya. Hanya menerima.
Im not saying that is wrong but what Im trying to say is that they did not exhaust all course of actions before quitting.

Where is the istikharah? Where is the Hajat bagi permudahkan urusan? Where is the Tahajjud bagi memberi ketenangan, kelapangan dan cahaya meniti jalan yg gelap (bantuan)? Where is Allah swt in their decision making? Im not that religious masih banyak yg perlu diberbaiki. Tapi where stories involving all these qualities especially jika ceritanya membabitkan penghijrahan seseorang, I expected them to make a wiser decision. Just saying dah jodoh mereka, cara begitu selesailah segala perkara.. sedangkan ijab dan kabul masih belum dilangkaui, is so wrong on so many level. Tak perlu nak tulis panjang lebar tentang sholat mereka tapi sekurang2nya tulislah keadaan mereka bermunajat meminta pertolongan dari-Nya sebelum membuat keputusan seperti ini.

There are certain story where I can say dah jodoh siapa kita nak pertikaikan, there are certain stories too where I cant accept it the way it is. Ia bergantung pada watak2 tersebut. And this story is not it. Saya tak tahu bagaimana nak tulis isi hati saya dengan tepat tentang naskah ini. Maaf jika ada yg tersinggung especially author.
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
April 6, 2019
Sugar? Yes please..... Alahai sesuai dengan tajuknya cerita ni sangatlaaaaa manisssssnyaaa. Rasa nak senyum sampai telinga dengan pick up line dua orang ni.Rasa xleh move on dengan EL n NEL ni 😁.Inilah gaya RM yang buat saya ketagih dengan naskhahnya. Kalau The Reason hari tu agak lari sedikit gayanya tapi yang ni saya jamin memang gaya RM yang buat pembaca macam saya ketagih nak baca2 ayat2 RM yang memang terasa dijiwa.membuai perasaan.

RM sendiri cakap novelnya yang ni santai sahaja dan manis bergula maka saya baca pun dengan expectation yang konfliknya tak berat. Dan ya konfliknya tak berat tapi ujian demi ujian yang EL n NEL terima memang menguji iman mereka. Tapi dengan kesabaran mereka akhirnya kemanisan yang mereka dapat. Ujian itu pahit dan iman itulah pemanisnya.

Macam biasa hero n heroin RM mestilah seorang yang tabah dan dapat rasa chemistry diorang yang kuat. Ada kisah pahitnya yang membentuk diri NEL siapa dirinya hari ini. Ya Allah wujud ke manusia yang sesabar setabah seredha NEL ni?? Awalnya geram jugak takkanlah dia taknak berjuang langsung untuk dapatkan EL ni. Rupanya keyakinannya pada aturan Allah melebihi segalanya.

EL pulak patuh sungguh dengan aturan ibu bapanya.macam biasa heroin RM sanggup berkorban apa sahaja asalkan orang yang disayangi bahagia. Kita pulak rasa geram bila EL ambik keputusan untuk kembali pada Haikal semula.2 kali kot.ish ish ish..

Btw nama dorang ni cantik sungguh.. Nik Emeriz Lufias dan Edian Lufya 😍
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
March 14, 2020
Aku tak sangka 2020 ni masih ada lagi cliché conflict such as tangkap khalwat. Too lame!

Aku takkan review panjang lebar. Tapi...

Tolonglah... Sekali lagi, aku tahu RM suka cipta watak-watak yg main emosi... tarik tali... rumit... berkorban... menyesal... berdendam apa bagai...

Tapiii, cukuplah dulu #HURT yg lelah nak mampuih aku nk habiskan, dan sekarang...

RM ulang lagi dalam 'Sugar?'!

Okeyyyy, nk dibandingkan #Hurt dgn Sugar?, memang laa Sugar? lebih sdp dan manis, kan... (Manis sbb Nel pastinya)

Tapi tolonglah...

Watak El... Watak Nel... Slow laa. I mean, watak mereka ni... entahlah. Dua-dua jenis patuh, taat...

Okey! El nk taat pd mak ayah dia sampai sanggup jd patung bernyawa tu, aku mcm... okeylah, aku boleh terima lagi even sometimes aku rasa dia ni bodoh sbb menurut tak bertempat. Tapi tak salah pun apa yg dia buat tu, betul laa kan... kena taat pd mak ayah.

Tapi, sampai bab kat org tua Haikal pun dia cuma reti turut jer segala pilihan yg ditentukan... MACAM TAKDE MULUT, TAK RETI NAK BANTAH...

Jujur aku ckp, dari persepsi aku... perempuan mcm Edian ni bodoh. Sorry, ayat kasar. Tapi memang tu perkataan yg tepat. Aku tak mampu dah nk pilih perkataan baik-baik dah kalau sepanjang aku baca buku ni byk sakit hati dari perasaan suka.

Bukan ckp Edian ajelah, kebykkan watak-watak dlm buku ni perangai tak tegas, kaki turut. Sampai aku fikir, 'oh, buku ni khas utk kumpulkan perangai-perangai lemah mcm ni ke?'

Edian... Mak Edian... Nel... Haikal... Sama jer perangai.

Mak Edian tu... serupalah mcm Edian. Aku malaslah nk ulang berkali-kali perkataan bodoh tu, tapi faham-faham sendirilah. Masa scene mummy Haikal dtg rmh nk ckp pasal wedding tu, dah terang lagi bersuluh anak sendiri kena control dpn mata tapi boleh buat diam, kunci mulut. Mcm takde mulut nak bertegas bg pihak anak yg memang dah sedia mcm patung tu. Reda dan terima aje anak sendiri dilayan mcm tu. Aku mcm... 'What? Seriously? Anak kau tu... Kau besarkan memang utk jd patung jer ke?'

Pasal ayah Edian tu... Aku malas cakaplah. Baca, dan rasai sendiri sakit hati tu.

Pasal Nel. Hohoho, sikap soft spoken tu bagus. Memang bagus sangat, siapa jer tak suka lelaki mcm ni, kan? Dan aku pun still boleh beri novel ni 4* pun sbb sikap Nel yg soft spoken ni laa, menyejukkan hati. Tapi itulah... Mcm aku ckp kat atas tadi, buku ni khas utk kumpul semua watak-watak 'tak tegas vs. kaki control'. Nel ni dlm kategori tak tegas laa kot.

Bkn tak tegas sangat laa... Tapi dia kan soft spoken, so kadang-kadang rasa jugak sakit hati dgn perangai langsung tak reti nk marah dia. Dah terang-terang Zahlia tu duk menggedik dgn kau dari awal-awal lagi, kau dah reject tapi still perempuan tu duk terhegeh-hegeh kacau, dah tu kau tak reti nk marah lagi ke? Oh, nak kena tunggu mlm kena perangkap tu baru reti naik suara? Reti nak marah? Oh tolonglah... Tolonglah, malas sambung dah aku. Malas. Nanti tertulis perkataan b*doh sekali lagi.

Ikutkan... Memang sakit hati sangat baca buku yg watak-wataknya mcm ni. Org lain mungkin akan rate 2* dah, tapi aku... Aku ni kiranya jenis pemurah dah bagi bintang-bintang tu. Jarang sangat aku bagi 3*, apatah lagi 2* atau 1*.

4* pun aku boleh tulis review nada marah mcm ni, agaknya kalau novel tu layak dpt 1* jer dari aku,  memang aku tak review dah. Takut mcm-mcm jenis perkataan yg keluar nanti, hahaha.

Apa-apa pun, 4* bukan sbb mulut manis Nel jer. Tapi aku ambil kira juga dari segi olahan semua tu. RM olahan dia memang bagus, watak-watak dia aje meletihkan. Itu aje.

Lagi pun, nasib part ending best. Ending baru betul-betul rasa manis. Yg sebelum-sebelum tu semuanya pahit!


(Ops, konon tak nak review panjang-panjang, tapi terpanjang jgk sikit takpe, kan? Hehehe)
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
March 21, 2020
Sukarnya nak jumpa bahagia. Halangan datang dari segenap penjuru. Banyak liku yang perlu ditempuh sebelum jumpa jalan keluar. Agak melelahkan juga nak habiskan buku ni.

Tapi maaf, kemanisan Nel tak mampu lawan aura lelaki pelindung Han 🤭🤭.
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
June 29, 2025
Bahagia akan hadir bila hati redha…

Ingatkan manis-manis je cerita ni rupanya terselit pain juga..

Memang melting dengan watak nel yang manis🥰🥰.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
June 30, 2019
Ini buku ketiga dari Rehan Makhtar yang ika dah baca. Kalau tgk reviu pembaca lain. Ramai yang suka dgn SYP ni. Main reason kenapa ika pilih utk baca buku ni dulu dari buku yang lain sbb tgk ramai yg sukakannya. As for me, ika rasa karya yg 'penuh emosi' mcm ni terlalu berat utk ika. Mungkin sbb ika rasa ika perlukan sesuatu yg straight forward. Mood waktu ni nak baca benda yang santai la geng. Hm

Tapi tapi..

Ika sukakan watak hero yang Rehan Makhtar create iaitu Nel. Watak yang bersahaja. Tenang. Manis. No wonder ramai sukakan watak NEL ni. Once dia cakap. Ayat dia bukan ayat kosong. Ada saja terselit nasihat dan yang paling penting dia sentiasa terbuka dan bersangka baik. Pandai la dia pujuk hati Dian. And ika suka nama penuh Nel. Unik.

Dian pulak. Ika tumpang simpati bila dia hidup dgn parents yang 100% kawal semua benda dari dia kecil sampai besar. Sampaikan nak kahwin pun aturan keluarga. Nasib baik Dian jumpa dgn Nel. So dia mula rasa dlm pahitnya kehidupan yg dia alami tu, ada manis sebenarnya. Yang dtg dari mamat jiwang tu. Hehe.

Dalam ni kita boleh tgk perangai manusia yang selfish, hipokrit, tamak haloba, no brain. Yg tu negatif. Kalau positif. Taat perintah keluarga, dan yang lain pepandai la korang identify haha.

Penuh dgn konflik ya SYP. Dan tak tahu la ini perasaan yg mcm mana. Rasa bila setiap kali selak muka surat. Rasa mcm 'Eh banyaknya ayat sampai 4-5 perenggan mcmtu'. Haha. Tapi takda la kata mcm whole book ni sarat. Terselit juga manisnya perangai Nel & Dian. Banyak ayat pickupline asal ada peluang.

In short. SYP sebuah naskah yang ika yakin ada pengikutnya tersendiri. Untuk ika, ika rasa ika tak la fav sangat and tak la mcm kata tak suka sangat. Half half gituw!

Em, what else? Effort penulis ika salute mcm biasa sbb menulis bukannya senang. Em in short lagi, Objection masih mendapat tempat pertama dlm hati Ika ni. Haha. Weh boleh move on tak dari Objection? 😂
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
July 13, 2019
Ada kemanisan dalam setiap kepahitan.

Sugar. Novel ke 2 yang aku baca bulan julai ni. Antara banyak2 novel RM, aku rasa yang ni banyak perkara-perkara sweet yang RM tonjolkan. Tak seperti her previous novel. Banyak bermain dengan air mata & emosi. Walaupon sama, masih mengekalkan drama yang berat.. Tapi novel ini ada kemanisannya seperti tajuk.

Entahla. Aku terlalu suka dengan watak NEL aka NIk Emeriz Lufias. Bagi aku dia banyak tonjolkan sikap kematangan seorang lelaki. Yang meletakkan kewarasan akal melebihi emosi. Walaupon terluka..walaupon tersiksa. Dia masih mampu bersikap tenang dengan orang sekeliling. Wujudkan lelaki seperti ini dizaman sekarang?

El aka Edian Lufiya. Bagi aku dia seorang anak yang sangat2 patuh pada orang tuanya. Sanggup ketepikan perasaan demi kebahagiaan ibu ayahnya. Aku rasa kalau aku sendiri, aku akan memberontak. Ibu ayahnya melalukan El ibarat sebuah boneka yang hanya mengikut rentak. Tanpa memikirkan hati dan perasaan satu-satunya anak mereka. Daripada kecil hinggalah dewasa. Semua keputusan terletak pada ibu ayahnya.

Haikah dan Zahlia. Pelengkap kepada cerita ini. Bagi aku dorang ni pentingkan diri sendiri. Pentingkan kebahagian mereka tanpa memikirkan orang lain. Huh. Langau sungguh. Tapi akhirnya, hanya dengan kata-kata daripada Nel dan Dian yang menyebabkan mereka sedar akan kesilapan mereka.

So far aku suka dengan novel2 RM... Walaupon ramai yang cakp novel RM ni berat2 semuanya. Tapi dek olahan daripada RM ni aku tak rasa semua tu. I want more n more.

Rasanya aku ada sebuah lagi novel RM under karyaseni yang belum dibaca, Suami tak Ku hadap. Dah ade tapi belum berkesempatan untuk baca. 😅

Looking forward for her new novel.

So far, novel objection masih ditangga pertama. Dan aku rasa sugar ni ditangga ke2 😉
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,027 reviews377 followers
May 12, 2020
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

I wish someone had told me yang cerita ni sedih. Nasib baik tak dehydrated sebab baca time bulan puasa.

Entah kenapa, N sangat terkesan dengan cerita ni. Seolah-olah N dapat rasa and faham kesunyian El, dan ketulusan Nel. And I feel that this is a good read di bulan puasa kerana ia sedikit sebanyak mengajar N tentang sabar dan takdir.

Seperti N pernah katakan dalam satu review dulu, kalau N tak jatuh cinta tergolek dengan hero Rehan Makhtar, ia adalah satu fenomena yang ajaib. N juga suka dengan watak Haji Nik.

Payah betul hubungan El dan Nel. Ada jer yang menghalang. For that reason, N rasa banyak betul watak yang N tak puas hati dalam novel ni. Nak mencarut lebih-lebih pun tak boleh sebab puasa. So sakit hati diam-diam saja lar.

Semestinya highly recommended!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
June 10, 2019
38 - 2019

NOVEL : Sugar?
PENULIS : Rehan Makhtar

Biasanya membaca nukilan RM, emosi pastinya tidak dapat dikawal. Namun, tidak untuk novel Sugar ini. Dari awal pembacaan hati tercuit dengan penceritaan antara Nel dan El/Dian. Bertepatan dengan judulnya sendiri, kedua-dua watak memang manis terutama si jejaka yang manis mulutnya usah dikata.

Untuk novel ini, watak gadis 'lurus' atau 'mengikut telunjuk orang tua' dijadikan sebagai penggerak cerita. Biasanya, untuk watak seperti ini, saya memang kurang gemar kerana memaparkan kelemahan heroin itu sendiri. Tapi... RM berjaya mewujudkan watak ini dengan cara beliau sendiri. Dan... saya terhibur dengan watak Dian. Dalam sepi hatinya, ada pelangi buat Nel. Untuk si hero, saya kira watak Nel antara watak hero yang bakal dipuja pembaca wanita. Sikap merendah dirinya itu memang mampu membuai jiwa. Tapi, bagi saya, watak Haji Nik sebenarnya lebih menarik hati. Bertuah siapa yang dapat mentua seperti Haji Nik. Haha...

Tahniah buat Rehan Makhtar! Novel 'bersemut' ini memang wajib dibaca oleh penggemar genre cinta. Oh ya, baca novel ini bolehlah belajar pickupline untuk mengorat. 😂😂😂
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
December 9, 2021
[BOOK 207]

Sugar? Yes Please. by Rehan Makhtar.
.

Bahagia itu akan hinggap pada hati-hati yang reda.
.

Sape yang cakap, buku ni santai je, memang tipu la. hahahha...Aku baca buku ni, literally dari first page sampai last page, aku nangis sambil senyum. Tangisan dalam ketawa gitu.
.

Tapi tak dinafikan, buku ni memang manis. Aku rasa aku dah lama tak baca karya RM. Macam biasa, ada beberapa lagi buku RM dalam koleksi yang masih tak berusik. Tak tahu la nak tunggu zaman bila baru nak baca. Sebelum ni, aku baca beberapa buku RM yang self-published. So, bila kali ni baca yang diterbitkan oleh KS, rasa lain sikit. Mungkin lebih manis. Mungkin sebab Nel? hahah
.

Kisahnya, Nel yang bekerja di sebuah cafe, menjadi saksi apabila Dian aka EL menitiskan air mata apabila cincin tunangnya dilucutkan oleh Haikal, tunangnya. Masa ni la, Nel bagi percuma kek, dan EL hanya menelan tanpa menikmati.
.

Sejak itu, Nel selalu perhatikan El. Dan Nel bertekad mendekati El, dan mereka mula selesa berkawan.
.

Nel yang manis, sukakan benda manis. El pulak sukakan coffee, dan kisah hidupnya sendiri menyedihkan. Bersama Nel, El bebas tersenyum dan gelak selepas sekian lama diasuh menjadi boneka oleh keluarganya dan Haikal.
.

Dan kerana nasihat Nel la, El kembali menjadi tunangan Haikal.
.

Buku ni buat aku stress jugak. Semua watak dalam ni, kalau tak kaki control, dorang ni jadi lembik je. Okaylah. watak El ni baik. Dia sejak kecil, sentiasa ikut apa yang orang tuanya nak. Sampai tak boleh nak menolak. Nel ni pun baik. Ah pendek kata, semuanya baik la.
.

Aku stress bila dugaan tak habis-habis duk mendekati dorang. Bila dorang dah bahagia, ada lagi dugaan datang. Penatlah. Nasib baik happy ending.
.

Oh ya, aku sukakan ketegasan Nel. Dalam tegas, dia masih berlembut. hurm. aku dah jatuh cinta pada Nel ke eh?
.

By the way, aku suka sweet moment Nel dan El. Weh, panggilan Cik El dan En Nel pun dah buat aku senyum. Dorang bercinta, tak tahu nama betul masing-masing pun. Lepas tu, makan aiskrim. Jalan-jalan naik LRT dengan Nel sebagai shield. OMG. hahahaa.
.

Aku bahagia bila dorang bahagia because they deserved the happiness.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
April 16, 2019
dalam pahit tu ada manisnya.
cinta mereka itu manis tapi banyak betul halangan dan rintangan sebelum nak jumpa penamat.
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
July 24, 2021
Pertama sekali, review ini terbahagi kepada dua bahagian....yang atas terlebih gramatis dan dibawa adalah perasaan aku yang sebenar-benarnya... Maka, review ni panjang berjela nak mampus lah juga🤧

🦋

Part 1

𝑺𝒖𝒈𝒂𝒓
"𝑌𝑒𝑠, 𝑝𝑙𝑒𝑎𝑠𝑒..."
4🌟

Hadirnya dia dalam hidupku sepahit hempedu seperti manisnya gula. Bait bicaranya penuh isi seperti bayu yang mampu mencairkan hati penuh dingin dan beku. Sempurna sekali cukup menggambarkan dirinya persis putera kayangan yang menyambut si puteri yang telah lama tenggelam dalam kelamnya menyelusuri perjalanan. Tenang dan mendamaikan namun ada rahsia disebaliknya sehingga terbentuknya dirinya yang kini.
𝑵𝒊𝒌 𝑬𝒎𝒆𝒓𝒊𝒛 𝑳𝒖𝒇𝒊𝒂𝒔

Seraut wajah gadis terbentuk elok penuh jelita namun tiada senyuman menghiasi bibir tipis itu. Mata terbias menanggung derita yang tidak terkira. Sakitnya dirasai bertahun-tahun lamanya tidak ubah seperti boneka. Patuh dan akur segalanya atas kehendak ibu bapanya yang tercinta biarpun diri terseksa. Mengenali seorang jejaka membuatkan dirinya sedar bahawa ada nilai tersirat yang meniti dalam setiap keadaan yang kau lalui.
𝑬𝒅𝒊𝒂𝒏 𝑳𝒖𝒇𝒕𝒊𝒚𝒂

"𝑲𝒆𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒕𝒊-𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒓𝒆𝒅𝒂."

Pertemuan mereka cukup ringkas namun menghasilkan bibit cinta pada atma. Namun hakikatnya untuk mencapai sesuatu tidaklah mudah kerana ada liku penuh onak duri yang harus dilalui. Sekiranya benar ditakdirkan bersama, sejauh mana pun dikau berada pasti akan kembali.

𝐒𝐮𝐠𝐚𝐫? 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐭𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐡𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐢𝐝𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐍𝐞𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚𝐧. 𝐄𝐦𝐞𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐟𝐢𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐟𝐭𝐢𝐲𝐚. 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲 𝐜𝐨𝐮𝐩𝐥𝐞 𝐲𝐞𝐭 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐡𝐚𝐝 𝐛𝐞𝐞𝐧 𝐭𝐡𝐫𝐨𝐮𝐠𝐡 𝐭𝐨𝐮𝐠𝐡 𝐫𝐨𝐚𝐝 𝐟𝐨𝐫 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬.

Cukuplah aku katakan kisah yang beremosi sehingga boleh menitiskan air mata pada babak-babak tertentu. Awalnya kau perlu menelan kepahitan dan payau coretan mereka yang tidak ubah seperti layar filem sehingga kau akhirnya merasa kemanisan dan indahnya sebuah kebahagiaan.

🦋

Part 2

Pada aku, sejujurnya baca kisah ini banyak sungguh makian yang aku hamburkan. Setiap watak tidak kiralah sama ada Dian, Nel, Haikal, Zahlia, Elina, Esmail dan siapa lagi ya entahlah aku lupa dah.

Aku huraikan satu-persatu. Untuk Dian, ya ampun betapa bodohnya tidak enggak dibuat-buat dan ditapis lagi. Aku faham yang dia anak patuh gila pada ibu bapa sampai diri tak ubah macam manikin boleh sana sini ikut je ambil yang disuruh. Bagai lembu dicucuk hidung. Kahwin dengan Haikal, akur. Tunang sampai Haikal putus sampai dua kali, akur. Nasib yang ketiga buat aku lega kalau tak ada lagi kena maki.

Esmail tu Ya Allah, aku tak boleh dia punya ego melangit gila nak mampus. Aku faham dia bapa sebagai ketua keluarga. Tapi kau buat anak kau tak ubah seperti barang main pas sana-sini wei. Kalau aku ulas lagi memang berbakul-bakul makian aku tadahkan. Yang sakit hati kerja dia tahu menuduh secara melulu tanpa usul periksa, astagfirullahaladzim. Semua alasan untuk mereka bukan demi Edian. Tapi kata ini semua demi kebaikan Edian, anak kita. Kepala tengkorak dia begitu, kau jumpa Nel pun tak lagi sudah ditabur pelbagai ayat buat insan itu. Sampai dia tahu rahsia hitam Nel, hampir lagi dia buat bahana nak putuskan pertunangan. Penat gila hadap si Esmail ni.

Elina tu sebijik macam Edian. Bini anak, huh sama serupa. Ikut je. Sampailah si Datin apa tu mak Haikal datang bincang pasal hal kahwin padahal Edian diam je tetap kau mengiyakan. Haihh, kata nak support tolong anak kau tu. Habistu, kau pun sama mengangguk apa cerita dah ni wei...🤡

Zahlia dan Haikal. Baguslah dua insan ini lagi bertuah. Sama-sama gila bayang. Orang tak sudi namun masih lagi mengharap. Si Haikal pun jenis patuh. Sangatlah patuh seperti Edian ikut je perancangan mak bapak . Jenis menurut je. Memang gandingan yang mantap tapi kalau dedua macam ni kan, apa pula yang jadi. Zahlia, huh? Tu lagilah, penat nak ulas tapi aku still maafkan dia. Kira sampai kena tangkap khalwat, entahlah ada lagi ke dunia moden baik benda ni tapi biarlah. Sekurang-kurangnya aku masih boleh terima walaupun aku ada maki dia bodoh juga time baca.

Nel pula. Aku rasa dialah penyebab untuk aku terus membaca. Setiap kata-katanya penuh isi. Cuma, dia terlalu lembut lah. Sampai aku pun geram, tenang memanjang. Sama juga seperti Haji Nik tapi still aku lagi tabik ayah Nel. Aku suka keluarga mereka ni. Inilah sebab utama mengapa masih aku gigih nak habiskan bacaan sehingga aku tag banyak gila hanya kerana Nel. Ya, bukan Edian apatah lagi Esmail. Mereka banyak sangat kena bodoh dengan aku tapi rasa berdosa juga sebab asyik kutuk dia orang time baca...sampai lelah aku nak habiskan naskah ni...

Apapun, aku enjoy lagi even banyak gila bodoh aku ungkapkan sewaktu membaca. Aku ambil masa hampir sebulan nak habiskan bukan sebab apa, tapi terjebak lakorn dan anime sampai terpaksa DNF...sehingga mood tu hadir semula aku ambil masa 3 hari semula untuk menjumpai penamat. Waktu tu separuh pun belum, nampak tak betapa kesabaran aku diuji begitu tinggi nak jumpa perkataan "TAMAT" je...😌

Kira aku enjoy lagi semua buku yang aku baca... Even sebelum beli aku dah baca review kak Haq dan ya benar aku setuju sebab banyak sangat perkataan bodoh aku bagi dan seangkatan dengannya sewaktu baca... Malahan, sebijik juga jenis pemurah bab bintang-bintang ni...(+_+)

Apapun, aku still emosi bercelaru sewaktu membaca masa babak masa lalu Nel dan perpisahan antara Nel & Dian yang pertama kat Melaka. Serius, aku nangis. Pelik kan? Aku stress dengan mereka tapi still aku rasa kesian. Kesian asal susah sangat nak capai bahagia tapi alhamdulillah akhirnya ada juga. Kahwin pun juga. Kalau bitter sampai habis memang kena lambung wei buku ni tapi setakat ni aku tak pernah baling novel. Sayang tau, paling tak pun tab tagging tu aku campak.

Anyway, itu sahaja daripada seketul Tihani. Sekian yang sudi baca hingga ke akhirnya. :-)
Profile Image for Jannahniknur.
18 reviews6 followers
April 13, 2019
Seperti biasa,naskhah RM pada kali ini juga mampu membuatkan emosi pembaca turun naik dengan kisah Nel & El. Dari awal lagi,pembaca sudah dihidangkan dgn kisah hidup El yg umpama manikin. Terpaksa mengikut kata org tuanya tanpa sebarang bantahan. Bagi org tua El, kekayaan itulah yg akan menjamin kebahagiaan tanpa menyedari mereka telah melayan anak mereka sepeti patung hidup. Sehinggalah kehadiran Nel yg membuatkan sekeping hati beku El mencair.

Nel manis,semanis ayat2nya yg sentiasa bersulam nasihat dan hikmah. Sehingga mampu membuatkan mereka yg membenci jatuh suka. Mampu membuatkan El jatuh cinta. Kata2 dan nasihatnya sentiasa menusuk hati. Dari awal lagi,sy boleh rasakan Nel bukanlah org yg biasa2. Dan ternyata...

Dan bila dugaan besar menyapa Nel & El disaat hari bahagia menjelang, kekuatan hati mereka untuk redha itu sangat meruntun jiwa. Dugaan seperti Haikal & Zahlia itu bukanlah yg biasa2. Tapi mereka tetap percaya bahawa kebahagiaan itu akan muncul bila hati kita ikhlas dan redha.

Sejujurnya,karya ini bukanlah yg biasa2. Setiap bait ayatnya mengandungi kata2 nasihat untuk pembaca teladani. Recommended untuk semua👍🏻👍🏻
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
August 27, 2023
My thoughts?

1. Ok aku sangat stress baca buku ni ye. Dia macam susah betoll nak bercinta. Banyak betul halangan. Until the very last minute pun still ada halangan astaghfirullah.

2. Nel. Nik Emeriz Lufias. Orangnya sehijau sawah padi. Terlalu hijau sampai stress pulak aku 😂 Semua benda dia redha. Paling tak boleh brain dia redha terima si Zahlia tu. This is too much for me 😂

3. El. Edian Lufya. Aku kesian betul dengan Dian. Entah berapa kali back to square one. Sambung balik dengan si Haikal. Putus sambung putus sambung adoii 😂

4. Dalam banyak2 buku penulis yang aku pernah baca setakat ni, I think this one my least favourite kut? I like the storyline cuma aku tak suka male dan female lead dia terlebih redha 😂

Personal rating:
🌟🌟🌟.5/5
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 15, 2019
sugar - gula. manis rasanya, kan? begitu juga dengan novel karya puan penulis hebat Rehan.Makhtar ini. kalau boleh yang membacanya, janganlah ada rasa nak lompat baca, nak tinggalkan waima sepatah perkataan. manisnya, sangat mencukupkan rasa hati.

olahannya tenang. setenang tasik biru, cuma kita tak ketahuan gelodak yang ada di bawahnya. itulah yang ada antara el dan nel. mereka bukan pasangan bercinta yang lengkap dengan luahan kata-kata, cukup dengan pandangan mata yang punya sama erti dan rasa hati yang masing-masing tahu bergerak seiring.

el - edian lufya. anak yang sangat mendengar kata. terlalu sangat. apa saja diatur oleh orang tuanya termasuklah dalam soal jodoh. hingga pembaca dapat rasakan setiap gerakannya bagaikan patung bernyawa. sejuk, beku, kelam...

nel yang mengubahnya. nel yang menghangatkan rasa hatinya dan nel juga yang mampu membuat dia terus patuh dengan ibu bapanya, walaupun dia terpaksa remukkan hatinya berkali-kali.

bukan dia saja merasa perkara itu. nel - nik emeriz lufias. setenang mana pun dia, gugur juga air mata lelaki bila terpaksa berkorban demi el. dan menitis lagi air mata bila aib yang dilakukan sehingga melibatkan orang tuanya tersingkap.

hebat fitnah, hebat dugaan, hingga mampu merentap segala bahagia yang direncana.

kopi itu memang pahit, itulah sebabnya ada gula.
dugaan memang rasa beratnya, peleganya cuma iman dalam dada...

haikal dan zahlia - bagaimana dengan agenda cinta yang mereka pakatkan?

el dan nel - cinta tanpa kata, bolehkah terkait cantik setelah banyak kali tersimpul benangnya?
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
January 16, 2022
Oh Nel, sungguh manis you. Terbuai² je bila baca. Kata² mu terngiang² di telinga.
Profile Image for Annur.
13 reviews
May 1, 2019
I'm in love with both hero & herion. 😍
Seperti Dian, saya juga jatuh suka bila menyebut sebaris nama Nel yang sebenarnya.

Sejujurnya dalam banyak-banyak novel yang saya baca, 'SUGAR? YES PLEASE..' ini adalah novel pertama yang saya baca, saya langsung tak ada perasaan benci, geram atau sakit hati pada semua watak. Ya, semua watak dalam novel ini tak tertinggal walau seorang pun. Disebabkan kata-kata, cara dan tindakan Nel dan Dian, buat saya terima semua watak dengan baik. Mereka juga mengajar walaubagaimana pun ibubapa kita, kita mesti hormat dan tak ambil tindakan terburu-buru.

Tahniah kepada kak Rehan Makhtar dan terima kasih kerana hasilkan karya yang sangat positif, banyak nasihat dan pengajaran. Harap kak Rehan Makhtar dapat hasilkan lagi karya seperti ini.

p/s : Saya masih tak boleh 'move on' lagi dari novel ini, bertambah-tambah lagi bila asyik terdengar lagu Siti Nordiana, Hatiku Milikmu pasti saya akan teringat Nel dan Dian. 😘❤❤❤❤❤
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
August 24, 2021
Tak dinafikan setiap karya RM ada kelebihan dan pengajaran yang boleh diambil. Namun untuk kali ini aku kurang gemar dengan karakter Nel & El terutamanya El. Tak dinafikan sebagai seorang anak menjadi satu kewajipan untuk taat kpd kedua ibu bapa dan untuk berhadapan dgn ibu bapa bukanlah satu perkara yang mudah.

Sepanjang pembacaan, semakin banyak konflik yang dihadapi, aku mengharapkan El untuk semakin berani & tegas dlm menyatakan pendirian dia bukan hanya dengan menyerah. Jujurnya, karakter El membuatkan aku sangat lelah untuk menghabiskan cerita ini ditambahkan pula dengan 2 watak penyibuk yang tersangatlah mencabar kesabaran aku.

Peleraian konflik bagi aku bukanlah sesuatu yang 'surprise' dan boleh nampak ia akan berlaku, sebab itu aku ingin melihat bagaimana Nel & El jadi lebih tegas dengan pendirian mereka rather than berserah. Betul, akan ade berita baik untuk orang-orang yang sabar tapi usaha juga perlu.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
November 21, 2022
Saya rasa yang manis tu bila Nel dan El. Bicara antara kedua watak ini sangat lembut dan berhemah disertakan dengan pickup line meleleh. Tapi tak lama. Manis tu sekejap je. Tapi boleh rasa banyak kali. Banyak ujian yang perlu dihadapi sebelum mereka betul2 boleh bersatu.

Yang pahit tu macam dah sebati dalam diri Dian. Hidupnya sudah diatur dan disusun. Dian hanya menurut. Dia sangat sayangkan ibubapanya. Walau hidupnya begitu sehingga lah Dian bertemu dengan Nel.

Nel yang sekarang adalah hasil daripada kesilapan masa lalu. Banyak mengajar Dian tentang hidup. Keyakinannya pada Tuhan sangat tinggi. Nel yang penyabar dan mudah menerima apa sahaja walaupun pahit untuk ditelan.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
December 3, 2020
Buku RM kali ni bagi aku penuh emosi. Ada part sedih n rasa nak nangis. Ada part yg sweet especially pickup line hero n heroin. RM membawa pembaca menyelami dunia El dan Nel yg banyak pasang surutnya. Pelbagai dugaan dan ujian mereka hadapi sebelum nak jumpa perkataan TAMAT. Apapun banyak pengajaran yg RM terapkan dalam SYP ni. Sabar dan sentiasa positif serta yakin dengan ketentuan Allah, insyaallah akan ada manisnya yang akan menanti. Sabar itu indah.
Profile Image for Eiline.
42 reviews
July 30, 2024
Sugar? Yes please...

Bila baca kan :

➡️ ↘️ ➡️ ↗️ ➡️ ➡️ ↘️ ➡️ ➡️ ↗️ ➡️ ➡️ ↗️

Susah sangat nak baca utk 100 pages pertama. Tak de semangat nak baca mungkin. Tapi tak jumpa apa yg best..

Pages 100 - 240. ok lah...

Pages 241 - 360. Like literally 100 pages utk kisah dlm 1 hari. Ada throwback, ada POV semua characters

Page 400 keatas. Ok saja

Cerita ni.. boleh predict apa akan jadi.. sakit je hati ni bila main campak² hati org.

Kalau nak cerita yang kelakar. This is not for you. Cerita ni memang sedih, buat darah mendidih, dan boleh predict jalan cerita. Kalau jadi drama, maybe akan fames. Viral sbb perangai haikal tu.

Lastly, LURVE GILA kat Nik Haji & Hajah
✨️❤️✨️❤️✨️❤️✨️❤️✨️❤️
Kuat gila drama. Dah pencen tu, boleh lah try audition mana² drama 😭🫶🏼🫶🏼🫶🏼
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
August 1, 2021

"Kita pilih diri kita masing-masing bukan sebab kita wajib saling memiliki, kan?..."

Sebagai pembaca yang sering kali terjatuh cinta dengan watak sampingan ni, haruslah aku beli Sugar? Yes please... selepas membaca Checkmate. Dalam Checkmate, Nel dikenali sebagai seorang sahabat yang tahu sejarah silam dan sentiasa ada disamping Han. Menyedari hakikat yang kedua-dua watak ini pernah bersama disebalik tirai besi, sekali lagi, penulis telah menggarap kisah Nel dan Edian dengan membawa tema penerimaan diri, peluang kedua dan kekeluargaan.

Kali ini, tiada lagi love -hate relationship kerana sememangnya aku menyukai kisah Nel dan Edian dari awal sehingga akhir. Walaupun, masih kekal dengan persoalan dan konflik yang mirip Checkmate, tetapi garapan cerita yang matang, perkembangan perwatakan yang konsisten dan mesej utama yang jelas telah membuatkan Sugar? Yes Please...ini mendapat tempat dihati aku.

Binaan dan perkembangan perwatakan yang konsisten bagi seorang Nel telah menambat hati aku. Nel menjadikan sejarah silamnya sebagai pendukung utama untuk berusaha menerima dan perbaiki diri, berusaha tenang, lebih optimis, lebih banyak mendengar tetapi sesekali berhujah tepat kerana prinsipnya tersendiri.

Berbeza dengan Edian yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarganya tetapi tanpa sedar, mereka telah menidakkan & menafikan pilihan Edian dalam banyak perkara. Edian kelihatan berusaha untuk mentaati sehingga ternampak tidak mempunyai prinsip sendiri. Dan setiap kali membaca scene-scene Edian cuba menyuarakan sesuatu, dan ditolak mentah-mentah oleh keluarga sendiri dek ego, kepentingan dunia, buat aku jadi tak senang, terkilan dan marah.

Secari peribadi, aku menyukai Sugar? Yes, Please...walaupun ada review yang menyatakan, timeline agak slow tetapi pada aku ia senada dengan jalan ceritanya. Ia tidak terlalu kompleks dan draggy seperti Checkmate, tetapi cukup untuk buat aku berasa puas. Bonding antara Nel dan keluarganya antara scene-scene yang membuatkan aku terhibur dan berasa senang. "No matter how far we come, our parents are always in us." Dan aku sangat meraikan mesej utama yang dibawa oleh penulis tentang seorang yang berusaha untuk tidak mensia-siakan peluang kedua dan menggunakanya sebaik mungkin.

"Second chances are not given to make things right. But are given to prove that we could be better even after we fall.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
April 16, 2019
Sesuai sangat tajuk novel ni dengan isinya. Manisnya, ya Allah, macam mandi dengan air gula. Hai lar NEL...manis mulut kau kan. Dah disajikan manis sangat, RM bagi skit pahit, dah cukup rasa pahit, RM kasi balik manisnya. Kemain lagi RM mainkan hati dan emosi I dalam novel ni. Haha. I dah ingatkan ending tu pahit hempedu dah, rupa-rupanya RM bagi balik manis candy. Terbaik!
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
April 20, 2019
Ya bergula sungguh buku RM yang ni 👍🏻
Profile Image for Anthophile 🪴.
378 reviews7 followers
December 22, 2022
Andai bicara itu manis, dia bahagia. Andai bicara itu pahit, dia juga akan reda. Tapi tulah, Nel manis sgt dan dalam kemanisan ada kepahitan hidup. Mana yg akan menang? Keluarga atau cinta? Hidup ni lain yg kita rancang lain yg kita dapat.
___________________
Dian tak suka manis, tapi Nel seorang barista bermuka seperti bunga yg memberi madu, manis, mulut manis muka manis suka bagi benda2 manisan pd Edian, utk memaniskan kepahitan hidup Edian lah ofc (he’s a gentleman 😌👌) Edian pun dh berjangkit mulut manis sebab Nel

Nel ni kuat mengusik, suka menyakat orang, tp bukan menyakat tak bertempat cuma setiap ayat dia mengundang rasa comfort and manis. Nel ni sweet sangat sampai nak tolong mencintai dan masuk hati Dian, haha.

Sehingga berparut memperjuangkan wanita tercinta, ujian terberat lelaki ialah wanita, ujian terberat El ialah Dian. Nel lelaki baik, dia buat Dian tidak terasa keseorangan dalam dunia ni
___________________
Haha, plot dia even mcm dh boleh agak tapi disebabkan terlalu manis dari awal, curious lah juga mcm mana kaq Rehan nak bagi pain tu, so tetap lah membaca 💪🏻

This books is sad and geram, menguji tahap kesabaran betul. Don’t be a pity-mess please. For me lah, pengorbanan yg mereka buat tu tak diperlukan pun, perjuangkan shj lah please.

Haikal and Zahlia should be together, sesuai sgt dua org tu. Okay dah cerita ni, tapi jadi turn off di hujung bila masing2 buat drama korban itu ini. No need to, nevertheless Nel is a good husband material man.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
December 7, 2022
Took me quite some time to finish reading due to my packed schedule but I am so glad I finally did!

This is the second book I read from RM. Judging from the title alone, I thought this would be light and fluffy BUT that's where I was wrong. I did not read the synopsis and that's all on me.

Both MCs go through endless challenges and hurdles, my heart aches for them. Achieving happiness was almost impossible for them but I am glad they made it through.

Minor English grammatical errors (as there weren't a lot of English phrases used) but I still wish the proof-readers and editors could've done a better job at spotting them.

Kudos to RM for this wonderful piece!
Profile Image for Ctriko.
280 reviews6 followers
October 10, 2025
Pertemuan En Nel (Nik Emeriz Lufias) seorang barista dan Cik El (Edian Lufya) pelanggan yang selalu minum kopi di kedai Cafe Roma bermulanya perkenalan antara mereka. Kehidupan Cik El umpama patung bernyawa terpaksa menurut segala kehendak mama dan ayahnya.

Walaupun kisah diorang ni agak sedih dengan ujian bertalu-talu dari awal hingga akhir cerita, tapi aku tetap mengharap bahagia jadi milik mereka. Syukur, aku tersangatlah gumbira dengan akhiran kisah ni yang memberi bahagia pada dua watak utama yang aku rasa mereka memang berhak diberi peluang untuk merasai bahagia.

Bahagia ini ada pada hati-hati yang redha dalam apa saja keadaannya dan sentiasa berdoa moga hati redha menerima segala ketentuan.
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
May 27, 2020
Nel dan El.

Nel yang penyabar, gentlemen, positive, sweet dan tak perfect.

El yang dlm dunianya yg sudah biasa dgn kesedihan dan very obliging dengan permintaan parents sehinggalah ... (kena la baca ya 😬)

Points to remember:

1. Bahagia hanya akan hadir dalam hati2 yg reda.

2. Berita gembira akan datang kepada hamba Allah yang sabar.

3. Nak berubah tak susah tapi nak istiqamah utk terus jadi baik, itu susah.

4. Kalau kita positif, lambat laun kita boleh ubah org di sekeliling kita utk jadi positif juga.

Lastly, hmmm, saya suka bangat. Banyak kata2 nasihat yang deep dan menyentuh perasaan. Tahniah puan penulis, saya suka 👍👍👍
Profile Image for Fiqa Najwa.
67 reviews
September 18, 2022
Dah la bye semua 😭 buku ni terlalu pain untuk saya yang hati sangat tisu. Dia kalau buku sedih je masih okay lagi tapi amboiiii pain setiap watak (dalam average 4/5 watak) bagi tu bila gabung rasa sesak jiwa raga ni ye. Buku ni ya Allah sangat membuktikan diri sendiri ni tak sesuai dengan cerita pain 🤣 tapi what do you expect huh? Kak RM kot kalau pain yg ada dalam buku dia ni Allahu mmg saya undur diri laaaa
Profile Image for Tatatata.
67 reviews
June 23, 2024
Menangis tak berlagu. Bahu terhinjut- hinjut. Hingus meleleh. Dengan pekena lagu 'Kau dipaksa aku terpaksa', uish memang layan habis.

Permulaan agak slow. Normallah tu. And then bila dah start masuk gear 2... aku tersungkur di kaki Rehan Makhtar hahaha

Best tapi tak akan ulang. Sedih sangat. Atau mungkin aku je yang terlebih emosi.
Displaying 1 - 30 of 97 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.