Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kontra Yang Menyatukan

Rate this book
Puting beliung yang melanda Nebraska bukan sahaja telah memusnahkan ladang Darrel Hayes, tetapi telah membuatkan hidup Azalea Huda tunggang-langgang. Di celah deretan tanaman ladang yang dapat diselamatkan itu, Azalea berkenalan dengan Darrel, si peladang gagah. Namun, di antara Darrel dan Azalea, tiada langsung persamaan.

Azalea seorang Melayu Islam.
Darrel seorang Yahudi beragama Judaism.
Azalea tidak pernah bercinta.
Darrel seorang kasanova.
Azalea tidak suka mengambil hak orang lain.
Darrel pula menjadikan mencuri sebagai pekerjaan keduanya.

Manisnya mulut si peladang bermain kata membuatkan Azalea sanggup mengenepikan sisi gelap si pencuri licik. Dia tahu perbezaan mereka yang terlalu ketara akan menjadi penghalang, namun yang kontra itulah menjadi tarikan.

“Kau tahu tak, Azalea ialah sejenis bunga yang beracun? Madu dari bunga Azalea dipanggil ‘mad honey’. Aku nak panggil kau apa ni? ‘Honey’, boleh?” -- Darrel Hayes

“Kawan-kawan panggil Leia. Macam Princess Leia dalam Star Wars.” -- Azalea Huda.

Ketika hubungan mereka semakin mesra, Darrel menerima tugasan mencuri satu artifak dari muzium di Istanbul. Artifak itu dipercayai mampu menguatkan lagi kepercayaan Darrel terhadap agama nenek moyangnya. Leia pulang ke Malaysia dengan harapan yang berkecai kerana gagal menghalang Darrel. Mereka terpisah dan Darrel hilang dari radar.

Kemunculan Darrel kali kedua seperti puting beliung yang membolak-balikkan perasaan Leia. Darrel mahu Leia kembali kepadanya. Tapi Leia sudah memakai cincin pertunangan Amin Zafri. Namun bagi Darrel, tidak ada bezanya mencuri barang muzium dengan mencuri hati seorang wanita dari tunangannya.

“Eh! Kau ni siapa? Tiba-tiba datang nak rampas tunang orang.” -- Amin Zafri

“Kalau orang ketiga itu perempuan, kita gelar dia perampas. Tapi kalau orang ketiga itu lelaki, kita kata dia seorang pencuri profesional.” -- Darrel Hayes

Semudah itukah Zafri melepaskan Leia, setelah lima tahun dia cuba memiliki gadis itu?

Benarkah mencuri secebis hati milik gadis yang sudah ada tuannya lebih mudah dari mencuri artifak dari muzium?

Apa yang terkandung di dalam artifak itu, sehinggakan Darrel sanggup mengenepikan Leia?

Di sebalik semua kontra yang wujud di antara mereka, bolehkah Darrel dan Leia akhirnya bersatu?

545 pages, Paperback

First published April 1, 2019

9 people are currently reading
91 people want to read

About the author

Maya Iris

12 books80 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
53 (38%)
4 stars
61 (44%)
3 stars
17 (12%)
2 stars
6 (4%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
April 9, 2019
hmm... walau diri melangkah pergi, cinta utuh di sini...

dr. ehsan, zaim, tuah dan hadid. ini adalah barisan watak hero dari novel terdahulu puan penulis Maya Iris. mereka muncul, dalam masa yang tepat dan dalam babak yang diperlukan di dalam Kontra Yang Menyatukan. tapi tetap tidak dapat membunuh fokus pada darrel hayes walaupun agak teruk darrel di'belasah' oleh keempat watak tadi. kemunculan mereka sebagai pemanis kisah...

puan penulis membawa pembaca kenal pada bangsa yahudi. ada sesetengah orang pukul rata, kata yahudi ini semuanya jahat. itu perlunya baca dan teliti. kalau malas baca buku ilmiah yang penuh fakta, korang boleh baca novel ini. walaupun ringkas tapi mampu buat pembaca faham tentang bangsa yang satu ni. apa pegangan mereka, apa yang buruk dan baik tentang mereka.

watak darrel hayes. di sini, kontra yang utama pembaca boleh perhatikan. bagaimana sifat dia sebelum memeluk agama Islam dan bagaimana rentak sifat dia bertukar bila memeluk agama Islam. mendekati azalea huda pada mula hanya kerana mahu tahu apa yang ada di sebalik hijab leia. teruk kan dia?

rentetan kisah perkenalan darrel dengan leia yang juga sahabat adiknya debbie di ladang jagung kepunyaan darrel, percakaran mereka, debbie yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan salman dan kemudian leia kembali ke malaysia. oppss.. lupa. darrel ialah seorang pencuri profesional tapi kenapa seperti leia lebih cekap mencuri hati darrel?

mencuri. berdosa. curi hati? apa pula hukumnya? takkan nak jadi seperti zafri yang penuh dengan perasaan syak wasangka sebab sangka hati leia pada darrel? setelah berkahwin dengan leia, dia masih bersikap baran. setelah puas mendera emosi, kemuncaknya tangan kaki pun naik sekali!
apa pun dalam kehidupan ini, impian sememangnya milik manusia tapi takdir itu Allah yang tentukan. manusia boleh sentiasa memasang azam dan angan, juga perlu berusaha. tapi, rezeki sudah tertulis. perlu redha dan ikhlas menerima segalanya. beb, cinta pun begitu.

darrel hayes, korang bayangkan sendiri kekacakan dia. tapi walau kacak macam mana sekali pun, azalea huda tetap dengan pendiriannya. yang menyatukan? KONTRA. Kontra Yang Menyatukan, okey?
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
April 12, 2023
TW - Gaslighting/ Domestic Abuse

The first book I read from the author, and as usual I put no expectation on the outcome but this book is surprisingly nice!

Come to think of it, the issues raised are quite heavy, but the are still a lot of new things and information shared throughout the story.

From slow burn to action to rom-com to violence - at some parts, I felt like I entered a whole new book because plot just keeps going 📈📉📈📉📈📉

Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
August 29, 2019
Ini adalah novel ke 2 yang aku baca daripada penulis Maya Iris. Selepas baca Dominan Itu Dia.. Aku tertunggu next novel MI under karyaseni. Dan finally... Tadaaaa KYM keluar masa PBAKL19.

Tapi aku lambat beli sebabnyaaaaa, bajet kurang. Seperti DID, penulis masih menjadikan novelnya sebagai salah satu platform untuk pembacanya menambah ilmu2 pengetahuan. DID, penulis ketengahkan isu pedo sindiket perdagangan manusia. Dan KYM ini penulis telah ketengah tentang agama Judaism.

Kisah antara Leia yang mengikuti kawannya Debbie ke ladang jagung milik keluarga Debbie. Di siti dia bertemu dengab Darrel Hayes, abg Debbie yang merupakan seorang pencuri profesional.

Darrel Hayes merupakan lelaki kasanova. Dia memiliki rupa paras yang menawan dan itu dia jadikan senjata untuk memikat mana2 perempuan. Dengan cara itu juga dia cuba memikat Leia. Sayangnya Leia memegang teguh pada agama Islamnya.

Pertemuan antara Leia dan Darrel sering mencetuskan perbalahan. Ada saja perkara yang mereka gaduhkan. Mereka berpisah saat Leia perlu pulang ke tanah air setelah tamat pengajiannya.

Darrel ada misi di Istanbul. Dia perlu mencuri satu artifak di sebuah muzium. Tapi misinya gagal apabila pembantunya belot. Darrel akhirnya mengambil keputusan ke Malaysia dan mendalami ilmu agama Islam.

Leia telah mengikat pertunangan dengan Amin Zafri saat dia bertemu dengan Leia dia Malaysia. Dan apabila Zafri tau Darrel berada di Malaysia, dia mengambil keputusan cepat2 untuk bernikah dengan Leia. Malangnya rumahtangga mereka tidak kukuh.

Bagi aku, aku enjoy bila baca novel ni. Serba sedikit aku tahu tentang budaya2 penganut Judaism ni. Apa yang mereka boleh lakukan.. Apa yang tidak. Seperti agama Islam mereka juga ada garis panduan sebagai Judaism.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
May 31, 2019
Kontra Yang Menyatukan berkisarkan ttg percintaan di anta Darrel yg berbangsa yahudi judaism dgn Azalea yg berbangsa melayu islam. Sikap biadap Darrel terhadap Azalea menyebabkan Azalea lari dr ladang milik Darrel. Namun di pertengahan jalan, ribut melanda dan Darrel telah menyelamatkan nyawa Azalea.

Berikutan dari peristiwa itu, hubungan di antara Darrel dan Azalea kian baik. Darrel yg keliru dgn perasaannya telah menolak lamaran Azalea. Lantas mereka terpisah dgn haluan hidup msg2. Byk halangan utk mereka hidup bersama. Tetapi yg pasti, kerana Azalea, Darrel cuba menyelami dan memeluk agama islam.

Namun sayangnya Darrel terlambat melamar Azalea disaat Azalea telah dijodohkan dgn Zafri. Pada saat ini kita boleh merasai bagaimana Darrel cuba utk hidup tanpa Azalea. Thumbs up kepada keluarga angkat Darrel yg tidak pernah meninggalkannya. Mereka sentiasa memberi semangat dan dorongan agar Darrel tidak kembali ke agama asalnya kembali.

Kadang kala sikap seseorang tidak menggambarkan bangsanya. Begitu juga dgn Zafri yg bersifat spt binatang kerana sikap cemburu buta. Dan ya, sikap Zafri sgt memalukan. Lebih2 lagi apabila berhadapan dgn Darrel yg tentunya berasal dr bangsa yahudi yg kononnya sebuah bangsa yg sgt kejam.

Apa yg pasti, walau apa pun agama seseorang itu, agamanya dan tuhannya tidak pernah menyuruh utk berbuat kejahatan. Oh ya, saya sgt kagum dgn sikap Azalea yg sgt menjaga agama dan maruah dirinya. Sampaikan pemakanan juga dijaga dgn baik sekali.

Untuk itu, tahniah penulis kerana anda berjaya menghasilkan satu karya yg sarat dgn ilmu pengetahuan. Saya tidak pernah lg membaca karya pencintaan yg membabitkan melayu islam dan yahudi judaism. Suatu kisah yg bg saya lain dr yg lain. Dan tentunya saya rasa teruja utk tahu ttg artifak yg dicuri oleh Darrel. Apa rahsia disebalik artifak tersebut sehingga menjadi rebutan.

Terima kasih juga kpd penulis kerana anda berjaya menyampaikan ilmu secara tidak langsung. Dan juga tidak lupa lokasi2 yg diceritakan sgt menarik. Sehingga saya terfikir bila agaknya ya boleh menjejakkan kaki ke lokasi2 tersebut🤔
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
June 3, 2019
31 - 2019

NOVEL : Kontra Yang Menyatukan
PENULIS : Maya Iris

Saya beli sebab covernya nampak cantik. Boleh gitu? Sebenarnya, lebih tertarik dengan sedutan di belakang novel. Kisah berlainan agama. Ya, jarang-jarang kebanyakan penulis membawa tema seperti ini barangkali kerana melibatkan sensitiviti agama. Tapi, jika penulis berjaya mengolah jalan cerita, saya kira keindahan Islam itu pasti akan terlihat.

Untuk novel ini, penulis saya kira berjaya membawa tema ini dengan baik. Ada kelainan yang tersendiri bila berkait dengan perjalanan cerita. Tidak ada yang membosankan melainkan banyak informasi yang menarik tanpa sedar penulis telah selitkan dalam novel ini. Tahniah buat Maya Iris!
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
November 27, 2019
Penceritaan kisah cinta berlainan agama yang berlatarbelakangkan di satu kawasan di Amerika Syarikat. Maya Iris menggarap Kontra Yang Menyatukan dengan baik dan bahasa yang digunakan juga sangat baik. Perwatakan jengkel jejaka Yahudi bernama Darrel dilihat telah melengkapi kontra berlainan karakter gadis dari Malaysia yang bernama Lea. Sebuah kisah yang tak rugi untuk dibaca. Tahniah kepada novelis!
Profile Image for NKM.
9 reviews
April 12, 2019
Kontra Yang Menyatukan. Tajuknya buat saya terfikir, cerita ni tentang apa? Kalau tersilap bahan bacaan, mahu merana nanti. Saya sangat tidak sukakan cerita anak orang kaya kahwin dengan orang miskin hina dina lalu berkesudahan bahagia hingga kiamat setelah kena caci nista dengan keluarga yang akhirnya menerima qadak dan qadar setelah berlaku insiden yang membuatkan semua orang insaf. Bosan!

Makanya takut untuk memulakan pembacaan.

Tapi… Sikit demi sikit penulis membuatkan saya rasa lega. Nafas pun mampu ditarik dengan tenang. Penceritaan tentang Azalea dengan Darrel tidak melelahkan cumanya saya sangat tertarik dengan watak-watak crossover sehinggakan selepas itu saya mencari buku-buku watak tersebut dan terjebak dengan Paradoks dan akan mencari Fugitif pula.

Azalea, tahniah sebab menjaga agama awak. Ayam pun awak sembelih sendiri kan walaupun dibantu oleh Darrel yang sangat menjengkelkan demi makanan yang halal. Dan tak dapat dilupakan kisah puting beliung itu. Tak tahu kenapa, terasa sangat hidup situasi tu. Terbayang-bayang sehingga turut sama lelah. Sangat takut, itu bahasa yang tepat.

Darrel, lepas kahwin nanti terjawablah apa yang tersembunyi di sebalik tudung seorang perempuan Muslim tu ya. Hihihi. Lucu setiap kali Darrey tertanya-tanya apa yang ada si sebalik tudung.

Kak Maya, terima kasih. Bayangan akak untuk artifak di muzium tu hampir-hampir membuatkan saya rasa nak booking tiket flight dan terus ke Turki sana. Terpesona dengan jalan cerita KYM.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
November 16, 2020
Rasa ruginya aku sebab biarkan buku ni menyepi atas rak buku lebih setahun. Beli masa May 2019, tapi Nov 2020 baru terhegeh-hegeh nak baca. 😶

Kenapa aku cakap rugi?

Aku tak sangka rupanya bila baca buku ni, ia punya feeling tu ala-ala tengah tengok movie omputeh. Paling aku suka kat setiap scene ladang jagung tu lah. Even dalam movie pun, aku paling suka kalau filem tu paparkan babak ladang yg terbentang luas dan tanaman-tanaman kat ladang tu nampak kekuningan, sebab nampak cantik dan mendamaikan mata sangat. Jadi bila aku baca buku ni, memang bayangan aku ala-ala movie yg aku tengok tu lah.

Dan pastinya apa yg paling aku suka sekali dgn KYM ini adalah ia punya jalan cerita dan watak-watak utamanya — Darrel-Leia.

Arghh Darrel, lelaki itu sangat bermulut manis.

Tak hairanlah hati Leia selalu goyah dengan setiap renungan Darrel dan panggilan 'sayang' yg selalu keluar dari mulut Darrel tu. Si Darrel tu memang pandai menggoda. Dalam masa yg sama, sikap Darrel yg nakal dan miang tu kadang-kadang memang layak pun makan penampar daripada Leia.🤣 Kuat sangat menggatal. Mula-mula kenal dengan Leia pun dia dah cari pasal.

Storyline KYM pula dari awal sampai habis memang best dan sangat berbeza dgn buku-buku lain. Nak cakap macam mana eh... hmm, sama macam apa aku katakan kat atas tadi, ia punya jalan cerita syok macam layan movie, haaa gitu. Itulah yg buat aku rasa enjoy sangat-sangat dan tak rasa bosan langsung.

TAPI...

TAPI...

TAPI...

Walaupun aku suka dgn every scenes Darrel-Leia dlm buku ni, dan suka pada jalan ceritanya, ada satu minor konflik dlm KYM yg aku tak boleh terima dan tak suka langsung!

Tak. Suka. Sangat. 😤

Aku tak suka kat part Leia silap buat pilihan tu. Dan apa yg terjadi pada nasib Leia selepas dia buat pilihan tu, lagilah aku tak suka!

Aku rasa kecewa dgn watak Leia pada masa ni, sebabnya aku sangkakan Leia ni sejenis yg tak lemah, sejenis yg kuat, tegas, melawan, dan tak mudah ditindas. Tapi bila Leia pun sama jgk jd macam tipikal perempuan lemah yg biar dirinya terperangkap dlm perkahwinan yg toksik, memang aku geram. Aku sakit hati. Dan ada satu dialog Leia ni paling aku rasa sakit hati dan menyampah bila baca...

"Apa aku boleh buat? Dia suami. Di sini, suami dianggap raja. Syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami."

Oh my God...

Jujurnya, aku memang tak suka dgn konflik isteri lemah didera suami dayus. Serius, tak suka. Tapi mujurlah...

Mujurlah part konflik menyakitkan hati tu sekejap saja. Sebab jalan ceritanya bergerak laju, tak perlu meleret-leret mengarut entah apa. Baguslah, aku pun tak suka baca buku yg plotnya meleret takde hala tuju. Tapi tidak untuk buku ni, sebabnya plot cerita semua dah tersusun elok. Dari perkenalan Darrel-Leia di ladang Nebraska, misi jenayah Darrel di Istanbul, konflik yg menimpa hubungan Darrel-Leia di Malaysia, dan berbalik semula pd situasi berbahaya di US. Semuanya tak berserabut dan tak berselerak, penulis bijak menyusun plot dgn kemas sekali.

Overall, kisah Darrel-Leia ni sangat unik dan jauh dari cliché. Paling aku lega, part konflik yg buat aku sakit hati dgn Leia tu mujurlah sekejap saja. Mujur sangat-sangat hubungan Leia dgn lelaki tak guna tu tak bertahan lama. Dan selepas tu, Leia berbalik semula pada karakternya yg tetap pendirian dan tegas. Dia tak lagi biarkan keputusan hidup dia ditentukan oleh orang lain.

Dan ada satu dialog Darrel ni tau... aku suka sangat, sebab dia bidas semula kata-kata Leia yg seakan mengungkit dosa lama dia.

"Kau juga yang kata Allah akan ampunkan dosa aku bila aku peluk Islam. Ternyata, Allah lebih pengampun daripada kau."

Hahaha, setepek Leia kena masa tu.🤣

Oh, aku perasan ramai watak utama dari buku-buku Maya Iris yang lain muncul dlm KYM untuk bantai Darrel🤣. Malang betul Darrel asyik kena belasah😂. Tapi dalam ramai-ramai tu, aku cuma kenal Hadid jer, hehe.

Wait, aku baru perasan. Aku tertinggal satu lagi point yg aku suka tentang KYM ni. Aku suka tau isu perbezaan agama yg penulis sentuh dlm buku ni. Aku rasa inilah pertama kalinya aku baca buku yg heronya seorang Yahudi, dan beragama Judaism. Sedikit sebanyak aku dapat ilmu baru tentang agama Judaism yg penulis selitkan dlm KYM ni.

Arghhh sebenarnya aku dah beli Andai Prejudis Itu, nanti-nanti review API pula yg bakal menyusul yer. Maybe hujung bulan ni or next month.😉
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
January 8, 2022
(BUKU 3 | 2022) 4.5/5 ⭐️
Novel yang ada intipati yang bagus. Bagus sebab ada selit sejarah, fahaman dan perbezaan Yahudi dan Islam. Sebab hero seorang Yahudi. Saya enjoy ya baca cerita ni sebab suka baca tentang sejarah2 yang saya sendiri tak ingat atau tak tahu langsung. Cuma yang kurangnya saya kurang rasa chemistry antara hero dan heroin.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,529 reviews1 follower
June 11, 2019
Pegang dan baca je, terus tak boleh berhenti.. Perangai si Darrel Hayes yang nakal dan menggugat jiwa tu berjaya memikat.. 🤭🤭
Tak pernah tak menarik karya penulis ini.. Jadi lebih menarik bila ada cross-over oleh Nur Sayang dan Dr. Ehsan.. Suka pula tengok watak2 ini muncul walau sekejap.. Walaupun kontra namun akhirnya mereka saling melengkapkan.. Tak sangka hanya kerana keturunan, habis porak peranda hidup si Darrel ini.. Memang plot twist betul..
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
October 12, 2022
'Waktu yang memisahkan bukan milik kita'

First of all, can we talk about how beautiful Azalea Huda is? Dia sangat ii tegas dalam bab agama.
Buku ni mmg best sangat ! Recommended utk korang yang nak baca pasal kisah cinta yang berlainan agama.

Watak Darrel Hayes yang sangat bad boy. ARGHH mmg melengkapi cerita ni. Masa baca pun asyik tersenyum je dengan cerita ni. Plot twist and jalan cerita dia memang chefkiss ! Kita bagi 5 bintang terus 🤩
Insyaallah lepasni nak baca lagi karya maya iris.
Profile Image for Intan Safirah.
21 reviews2 followers
April 17, 2019
Naskhah yang tidak mengecewakan selepas Dominan Itu Dia. Risau jugak kalau KYM tak dapat saingi DID. Tapi selepas habiskan pembacaan, saya kini tak tahu nak pilih yang mana. Dua2 karya Maya Iris yang hebat! Dengan KYM, terasa lebih lega, terasa lebih 'selamat' untuk hanyut dalam pembentukan watak kerana isu perbezaan agama yang diketengahkan. (Memandangkan DID isu pemerdagangan manusia dan pedofilia).
Yang menarik dalam KYM:
- Dalam naskhah ini saya pelajari beza Yahudi dan Judaism. Sama seperti bezanya Melayu dan Islam itu sendiri.
- Suka gambaran di ladang milik Darrel. Rasa macam bercuti secara percuma dekat sana. Seronoknya kalau dapat minum lemonade sambil tengok Princess Leia sembelih ayam!
- Maya Iris tak takut untuk meletakkan kelemahan-kelemahan pada watak utamanya. Malah, langsung tak mencacatkan pesona mereka. Leia dan Darrel sama-sama ada kekurangan tapi masih tak melimitkan keistimewaan mereka di dalam naskhah ini. Meskipun watak cross over yang muncul semuanya lebih tampak hebat, tapi Darrel tetap memikat dengan ketulusannya.

Syabas penulis. Teruskanlah menulis sesuatu yang ada temanya, yang memberi pembaca ilmu berguna dan menginspirasikan orang lain untuk kebaikan.
Profile Image for Doctor reads.
132 reviews
January 20, 2021
It was a refreshing read and very informative, I appreciate the pace set for Leia and Darrel to fall for each other, and the concept brought by Maya regarding Islamophobia and different religions is interesting, esp he touches regarding Judaism which rarely written elsewhere. At some part, I found the debate could be biased as I would like more explanation rather than just stating that one religion more is complete than another. Otherwise, it was a good read than usual, I like on how Darrel did not convert just for the sake of his affection for Leia. The only issue I found lacking is that the unnecessary twist of a love triangle, I found it to be ridiculous to not break an engagement just because you already accept the other man proposal, marriage is for a lifetime, for a rational lead character this rather be putting off.

4 ⭐
Profile Image for Keyinareads.
11 reviews2 followers
March 15, 2022
4/5⭐

Novel yang memang menarik. Bagi saya novel ni agak slow pada mulanya dan tertaya bila lah si hero dan heroin ni akan bersama. Part paling sedih bila Leia dengan Darrel jumpa balik tapi apakan daya, Leia dengan orang lain pulak 😭😭 last last tau nyesalll haaa🙄

Konflik yang tak berat, hanya perbezaan agama yang menghalang mereka. Kagum dengan gaya penulisan penulis, penuh dengan ilmu yang kita pon tak pernah tahu sebelum ini iaitu tentang Judaism. Banyak ilmu yang kita dapat daripada cerita ni.

Yang pasti saya tertarik dengan hero walaupun nakal >.<
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
April 11, 2019
Kisah antara Darrel dan Azalea, lain dari buku Maya Iris yang lain, novel ni agak light sedikit. Smooth saja bila baca. Antara Darrel, seorang Yahudi dan Azalea seorang Muslim, novel ni banyak beri saya pengetahuan. Ada scene romantik sikit2 and paling comel bila si perempuan yang melamar si lelaki.

Good job Maya Iris. Such a beautiful story. ❤
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
March 24, 2022
3.3/5 ⭐

this book is great but just... the ending is not my type..

darrel is a sweetheart, even a bit non-gentleman. sanggup redah puting beliung untuk perempuan yang dia tak kenal (even that's her lil sis's bestie). they met a day ago lol.

lea. she's cute (a bit uptight tapi still aku suka) aku cuma tak setuju bila dia ajak darrel kahwin and masuk islam untuk dia. macam??? cause you kno. someone shouldn't masuk islam for somebody. what if cinta tu berubah? faham kan maksud aku.

aku bersyukur darrel masuk islam sebabkan diri sendiri (maybe ada sikit for lea tapi mostly sebab pegangan dia sendiri tak kukuh dengan agama dia)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Iman.
12 reviews
April 19, 2019
Huhh.. Berat novel ni, otak berjalan je bila membacanya, tu yg saya ambil masa 3 hari utk menghabisnya, otak saya memang kena kerja keras, novel yg sarat dengan ilmu, 1st time saya baca kisah Yahudi iaitu keturunan bbrp orang rasul dan mereka juga macam kita yg tk lari dr melakukan dosa. Bila membaca kisah ini, kita terbayang kekejaman Yahudi Israel yg membunuh orang Islam Palestin dan merampas tanah mereka.

Azalea Huda (Leia) , gadis melayu Malaysia yg belajar di America Syarikat, dia berkawan rapat dengan Deborah Hayes (Debbie) gadis kacukan Yahudi dan Amerika.. Hubungan mereka sangat rapat sehinggakan Debbie mengajak Leia bercuti di ladang jagung milik keluarganya yg telah dibarisi oleh abangnya, perjalanan ke Nebraska tidak mengambil masa yg lama dan Debbie berhenti di kedai bagi membeli bahan2 masakan yg halal untuk Leia, disana mereka terjumpa abang Debbie iaitu Darrel Hayes yg sedang berfoya2 dgn seorang gadis dalam keadaan yg intim, ini menyebabkan Debbie merasa segan dengan Leia tambahan lagi semasa dia memperkenalkan Darrel, secara terang2an Darrel dilihat mengoda Leia walaupun dia mengertahui gadis itu Islam. Sikap Darrel yg terang2an melawan perintah agama.
Semasa sampai di rumah ladang, Leia teruja melihat keindahannya tetapi dia pendamkan kerana melihat keletihan Debbie, pada malam itu Leia takleh tidur dan Debbie pula sibuk dengan telefonnya, Debbie menyuruh Leia ke bilik bawah tanah kerana disitu ada banyak buku yg boleh dibaca Leia, Leia pd mulanya takut terserempak dengan Darrel tetapi Debbie memberi jaminan yg abangnya tidak akan pulang, semasa berada di situ, dia terdengar suara bercakap2 dan ketika dia cuba keluar dr bilik itu, dia terserempak dengan Darrel bersama gadis yg berfoya2 dgn Darrel tadi, gadis itu berlagak sinis dgn Leia tambah2an bila Darrel memperkenalkan Leia sbg Princess Leia kepadanya, Darrel menyuruh Leia menunggu sekejap sementara dia menghantar Joan itu ke bilik tidurnya, selepas kembali, Darrel cuba mengoda dan melakukan perkara yg tidak senonoh kepada Leia dan dia ditampar oleh gadis itu, Leia sangat marah dan dia telah mengemas pakaiannya dan ingin pulang ke kampus malam itu juga tetapi Debbie berjaya memujuknya.
Keesokkannya, melihat rupa Darrel semasa sarapan menyebabkan marahnya kembali dan dia ingin balik ke kolej pg tu juga, terjadi pertengkaran antara Debbie dan Darrel dan Debbie marah kerana abangnya menganggu Leia, Darrel tidak membenarkan mrk keluar dari situ kerana diramalkan akan berlaku puting berliung, tetapi Leia ingkar dan cuba melarikan diri dan Darrel tercedera ketika cuba menyelamatkan gadis itu. Apa yg berlaku seterusnya membuatkan kita lebih tertanya2 adakah Leia akan tergoda dgn Darrel yg selalu mengodanya dan mengajaknya tidur bersama dan apakah pandangan Leia bila mengertahui pekerjaan sementara Darrel yg terang2an melanggar suruhan agama. Darrel pula tidak puas hati selagi tidak dapat memiliki Leia, Leia telah memberi hint jika hendak mendapatkannya, mrk kena berkahwin dan Darrel tidak mahu tambahan lg dia kena memeluk Islam, ini memaksa Leia yg kecewa dgn sikap Darrel yg mula ada di hatinya itu menerima Zafri rakan senegara yg gigih mengejarnya.
Leia kecewa kerana tidak dapat mengubah Darrel seperti yg diminta Debbie
Leia kecewa bila Darrel lebih memilih misi membahaya dari mendengar nasihatnya.
Profile Image for Tuan.
23 reviews
January 27, 2020
"Waktu Yang Memisahkan Bukan Milik Kita.."

Antara Azalea Huda dan Darrel Hayes, mereka sungguh berbeza. Keduanya, langsung tak ada persamaan. Vice versa. Kontra. Mereka berbeza, baik dari segi pendapat, pegangan dan juga agama. Namun siapa sangka, Kontra Yang Menyatukan mereka. Pertemuan pertama yang tak seindah mana. Mata Azalea Huda dijamu dengan perkara yang tidak sepatutnya. Pipi Darrel Hayes pula dilayangkan dengan tamparan kesedaran. Tragis bukan?? Tapi nak buat macam mana, pertembungan antara dua budaya, begitulah jadinya. Namun pertemuan antara Darrel Hayes dan Azalea Huda bukan sekadar untuk saling mengenali, tapi ia nya adalah untuk saling melengkapi.

Lepas #DominanItuDia, kite continue perjalanan mengikuti Kak Maya Iris dengan #KontraYangMenyatukan. Apa yang kite suka dengan hasil karya kakak seorang ini adalah ia nya penuh dengan Ilmu dan Pengetahuan. I like you style very much Kak. Tahu tak bila you all baca karya Kak Maya, you all will gain something. It's offer more than just a fantasy. Ye, imaginasi itu menyeronokkan tapi.. ilmu dan pengetahuan percuma yang dikarang dalam bentuk yang santai dan mudah difahami siapa aje yang sudi nak bagi?? Ada la a fews. Yang lain?? More to syok sendiri. Jangan salah faham pula ye, kite okey saja dengan that kinds of penulisan cuma for me la kan, it just my two cents tau. Nak terima, silakan. Nak tolak juga, dialu-alukan.
.
For me, kite berpegang pada konsep : "Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat". Apa saja boleh jadi sumber pahala, even dalam bidang penulisan. Jadi, tak salah bukan dalam pada kita seronok "menukang" sesebuah karya tu kita selitkan la unsur-unsur positif atau nilai-nilai murni so that pembaca will learn something bila baca karya kita. Trust me, by doing that, both of us sebenarnya akan learn and gain something. Penulis dan Pembaca. Bak kata Imam Ali Bin Abi Thalib AS : "Setiap penulis akan mati, hanya tulisanya yang akan abadi, maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat nanti."
.
Alamak!! Terbebel panjang pula. Okey back to #KYM semula ye. Well, what can I said Kak Maya. Worth to read!! Perjalanan seorang Darrel Hayes untuk mencari Keyakinan dan Kepercayaan dirinya terhadap agama. Perjuangan seorang Azalea Huda dalam menyampaikan Dakwah dan Kebenaran. Gagal sekali, tak bermakna gagal untuk selamanya. Sesuatu itu berlaku sesuai dengan ketetapan dariNya. Tidak terlewat dan tidak juga terawal walau sekadar sesaat. Segalanya akan terjadi. In the right time, right place, right moment and of course, right person.

#BooksReviewByH2dA2dN2dI
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
July 8, 2021
AZALEA HUDA, DARREL HAYES, DEBBIE, ZAFRI, KAUFMAN, FISHER, SALMAN, CALEB, MALTIDA, ALEX, NINA, ZAIM, UST. ZUL, CIKGU SALMAH.

Pelajar Malaysia bangsa Melayu, Azalea Huda. Peladang & pencuri profesional bangsa Yahudi, Darrel Hayes. Mereka bertemu apabila Leia bercuti di kampung Debbie di Nebrakas, United States. Darrel seorang lelaki kasanova dan bekerja dengan Kaufman. Mencuri artifak muzium. Debbie ingin berkahwin dengan Salman, namun kerana abangnya, Darrel. Dia tidak berani menyuarakan hasrat. Salman beragama Islam & demi mereliasasikan hasratnya, dia membawa Leia bertujuan mengubah pandangan Darrel terhadap Islam dan menarik Darrel daripada terus terjebak dengan Kaufman.

Leia tahu Darrel lelaki kasanova yang telah tidur dengan ramai wanita. Ketika di rumah Darrel, hari pertama sahaja Darrel sudah berani untuk menyentuhnya. Darrel perasan & perhati bahawa Leia susah untuk dimiliki. Dari saat itu, terdetik untuk dia mendekati Leia. Wujud perbualan berkaitan agama Judaism & Islam antara Darrel & Leia. Leia semampu yang boleh menjelaskan dengan baik kepada Darrel. Disebalik kebaikan yang Kaufman tawarkan kepada Darrel sejak dia remaja adalah bersebab. Fisher yang dianggap jahat oleh Darrel, sebenarnya cuba untuk menjaga Darrel & Debbie atas dasar kasihnya kepada ibu mereka, Elizabeth.

Ketika Darrel mengetahui yang Debbie menukar agama kepada Islam. Darrel mengamuk tapi Leia menjadi pendamainya. Darrel akur dengan keputusan Debbie. Debbie & Salman selamat dinikahkan. Hubungan Darrel & Salman baik. Misi mencuri artifak di Muzeum Topkapi, Istanbul adalah titik permulaan Darrel berubah. Perjumpaan dengan Dr Ehsan dan hantaran klip bacaan Quran surah Taha melalui mesej oleh Leia telah menyedarkan Darrel.

Melalui Zaim, Darrel kenal akan Ust. Zul & Cikgu Salmah. Darrel memeluk Islam dan belajar agama dengan mereka. Setelah 9 bulan berlalu, Darrel bertemu semula dengan Leia tanpa segaja di Muzeum. Ketika ini, Leia telah bertunang dengan Zafri. Darrel kecewa sangat apabila segala usahanya untuk memiliki Leia tidak berjaya. Perkahwinan Leia & Zafri adalah perkara buruk untuk Leia. Leia didera oleh Zafri gara² cemburu tak tentu pasal. Darrel tahu perkara ini melalui Nina, rakan sekolej Leia di US. Leia membuat keputusan untuk bercerai kerana semakin hari semakin sakit Zafri mendera fizikal Leia. Ni part paling best, lepas idah, Leia sekali lagi melamar Darrel☺️

Kontra antara Leia & Darrel. Melayu Islam & Yahudi Judaism.

Ada babak di balai polis, ASP HADI (Dominan Itu Dia). Zaim yang menjadi pelindung Dr Ehsan ketika di Istanbul adalah Pak Su Hadi.
Profile Image for azie.librocubicularist.
46 reviews4 followers
May 2, 2023
review from ig: @azie.librocubicularist
.
✨Kontra Yang Menyatukan by Maya Iris.
Kisah cinta antara gadis Muslim dan lelaki Yahudi.
…….............................................
👨🏻‍🌾Darrel Hayes 'Darrel'
"Aku orang jahat yang tak akan ada peluang untuk berubah".

Darrel seorang jejaka Yahudi merupakan pemilik ladang di Nebraska. Ramai orang menganggap Darrel cuma jejaka kacak, kaya dan kasanova tetapi Darrel meyimpan satu rahsia. Dia mempunyai pekerjaan kedua sebagai pencuri artifak muzium.

Darrel's character is the typical rich and handsome male lead. On the first night he met Leia, he asked her to sleep with him as he was intrigued and yet to sleep with a Muslim girl. Sifat kurang ajar Darrel sejak malam itu menjadi titik kebencian Leia terhadap Darrel. Namun bagi Darrel, sikap Leia yang lain daripada gadis-gadis lain yang pernah dia kenal sebelum ini membuatkan dia jatuh cinta. Bermacam-maca cara yang dia buat supaya Leia tertarik pada dia. Darrel juga seorang lelaki yang ego dan keras kepala. Dia tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu.

His character finally getting better and redeemed after his conversion to Islam.
…….............................................
🧕🏻Azalea Huda 'Leia'
"Aku orang yang kau rindukan, dan orang yang akan kau rindukan".

Leia seorang gadis Muslim dari Malaysia yang bersahabat baik dengan adik Darrel, Debbie. Leia was instantly attracted to Darrel from their first meeting. However, what they encountered in Darrel's reading room later that night was a nightmare for Leia. Since then, her bad impression of Darrel has gotten worse and hasn't improved despite him saving her during the tornado. 

Karakter Leia sangat-sangat berbeza dengan Darrel. Darrel described her as someone who is honest, naive and innocent. Tapi yang bagus dengan sifat jujur Leia ni bila dia tak malu untuk mengaku yang dia cintakan Darrel. She even proposed to him first (twice). The only stupid thing that she did was to marry Amin, even though she knew Amin had an anger issue. Her marriage with Amin was not all sunshine and rainbows. It was not until her friend Nina and Darrel's advice that she started to stand on her own and back out of her abusive marriage.

#mayairis #kontrayangmenyatukan
Profile Image for Aishreadss.
9 reviews10 followers
July 27, 2022
Kontra Yang Menyatukan by Maya Iris

First impression baca sinopsis, aish rasa novel ni macam berat je. Yelah, bab agama kan? Islam dan Yahudi.

Oh oh, I DO JUDGE A BOOK BY ITS SYNOPSIS!

Azalea Huda merupakan seorang gadis melayu Islam yang berperwatakan jujur. Dia bercuti di ladang jagung milik keluarga kawan baiknya di Nebraska.

Darell Hayes, seorang peladang gagah. Berbangsa Yahudi dan beragama Judaism. Dia juga merupakan seorang pencuri BARANG ARTIFAK. Seorang pencuri professional tau!

Apa jadi bila seorang gadis yang tak pernah bercinta bertemu dengan seorang kasanova agaknya eh? Berlainan bangsa dan agama pula tu!

Si nakal tapi innocent Darrel Hayes teringin sangat nak tahu APA YANG ADA DISEBALIK TUDUNG Azalea Huda aka Lea.

Azalea Huda pula secara tak sengaja mempunyai tanggungjawab untuk MENGUBAH pandangan Darrel Hayes terhadap Islam.

Apa yang MENARIK SANGAT?

Kak Maya Iris membawa kita untuk kenal SIAPA itu bangsa Yahudi. Apa agama dan kitab mereka. Secara tak langsung, MENGUBAH persepsi kita bahawa tidak semua Yahudi itu jahat. Malahan ada bangsa Yahudi yang memeluk Islam.

Pernah dengar anti Yahudi tak dalam kalangan yang bukan beragama Islam? Aish pun baru tau!

Kalau ada isu Yahudi, mestilah ada isu Islam. Nampak tak yang KYM ni bukan novel beshe beshe? Sebuah novel yang PADAT DENGAN ISI! Bukan cinta semata mata.

Isu yang berat, tapi kak Maya Iris berjaya buat KYM jadi sebuah novel yang SANGAT SERONOK, tak terasa langsung dia punya BERAT. Kecuali berat badan sendiri 🥲

"Ternyata Allah lebih pengampun daripada kau" - Darrel Hayes

Hello? Aish nak Darrel Hayes ikat tepi satu. Macehh!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
April 25, 2023
[BOOK 40]

Kontra Yang Menyatukan by Maya Iris.
.

Aku lebih sukakan buku Andai Prejudis Itu. Tapi buku ni pun, tidak kurang hebatnya.
.

Azalea ni berkawan baik dengan Debbie. So, masa cuti sem, Azalea ikut la Debbie balik ke rumahnya di ladang Nebraska. Dan di ladang tu la, dia jumpa dengan abang Debbie, Darrel Hayes.
.

Darrel ni berbangsa yahudi, playboy dan juga pencuri professional, selain daripada pengusaha ladang.
.

Dan di ladang tu, Darrel ni cuba nak buat tak senonoh kat Azalea ni. Sebab katanya dia curious tentang perempuan Muslim. hurm. Sejak tu, memang la dorang ni asyik gaduh-gaduh manja.
.

Sehinggakan bila Darrel ajak Azalea kahwin, sayangnya dah terlambat. Azalea bakal berkahwin dengan Zafri.
.

Jujurnya, cerita ni best. Cuma, aku sedikit turn off part Azalea kena dera dengan suaminya, dan dia jadi tipikal Malay wife yang diam, tak nak buat report apa. haih. Disebabkan Azalea ni an overseas graduate, aku expect dia lebih berani bertindak. So, itulah kot yang sedikit mencacatkan cerita ni.
.

Otherwise, suka dengan watak Darrel ni. Dia la yang selalu duk protect Azalea ni.
.

Seronok baca buku Maya Iris ni. Buku ni buatkan aku rasa pandai. Hahaha..ye la, sebab baca buku yang menambahkan ilmu pengetahuan aku tentang bangsa Yahudi ni.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Berbuai dipetang hari sambil menikmati hembusan angin sepoi sepoi bahasa. Indah kan? Haaa begitulah rasanya membaca naskah yang satu ini.

Dari awal sampai ke hujung cerita tak ada yang tak menarik untuk diteroka.
Semua watak ada kekuatan masing masing.
Kelebihan Puan Penulis yang satu ni adalah beliau memang pandai cipta watak yang senang melekat di hati pembaca. Saya suka bila masuk bahagian penerangan, perbandingan dua budaya agama yang berbeza dalam cerita ini. Seperti membaca buku sejarah yang santai.
Bahagian dialog yang sedikit mencuit hati tu memang selalu akan ada. Elok tengah serius, tiba tiba nak ketawa.
Profile Image for Faizal Zahid.
10 reviews43 followers
December 29, 2019
Satu cerita yang saya tak expect datang daripada cerita cinta. Ini karya pertama dan mungkin menjadi pintu ke karya-karya Maya Iris yang seterusnya. Apa yang membuatkan saya tarik buku ini keluar daripada rak di kedai buku ialah rasa ingin tahu berdasarkan sinopsis belakang. Bagaimana seorang perempuan Melayu-Islam boleh bersatu dengan seorang lelaki Yahudi-Yahudi. Dan watak Darrel sebagai seorang pencuri artifak berkenaan agama Yahudi juga membuatkan rasa ingin tahu ini membuak-buak. Walaupun ada part yang rasa geli sikit kat tengah-tengah tu tapi tetap suka dengan karya ni. Terbaik!
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
February 15, 2022
Suka dengan maklumat yang penulis masukkan dalam karya beliau. Tentang agama judaism, bangsa yahudi, hagia sophia dan macam macam lagi. I love how the author potrayed the main character as a woman yang berpendirian tegas. This book banyak masukkan elemen yang bagi saya bermanfaat seperti persamaan dan perbezaan agama, kisah orang yang memeluk islam dan juga domestic violence. Overall memang best sangat novel ni ❤️
8 reviews
May 9, 2019
Allah menyatukan kerana di situ ada kebaikan.
I did review this novel at my fb wall.
Well...tambah garam sikit lagi confirm cukup perisa untuk di dramakan.
Best betul cerita ni..banyak saya belajar tentang yahudi.
Kita semua sama sahaja di sisi yang maha esa.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 16, 2019
Sebenarnya susah jugak aku nak habiskan novel ni sebab part yang awal2 tu agak bosan sikit. Tapi bertabahlah baca sampai habis. Part yg Leia grad n then balik Malaysia tu dah start best dan aku boleh hadam part yang seterusnya. 👍👍👍👍
Profile Image for thehumanizens.
13 reviews
June 26, 2020
Alhamdulilah sehari je aku dah boleh habiskan novel yang setebal 545 m/s ..

Review aku : Kisah kontra antara agama yang akhirnya membawa kepada sebuah pengakhiran yang boleh dikatakan aku suka.

Lagi-lagi watak dia tak adalah annoying benor. Aku suka je.

Profile Image for Dara Oh.
23 reviews2 followers
August 20, 2019
Highly recomended!!!!

Best sangat novel ni.. lain dari yg lain
Thumbs up utk pnulis..
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.