Jump to ratings and reviews
Rate this book

​Memoir Datuk Bandar: Bekerja dengan Tiga Kerajaan

Rate this book
Buku yang anda tatap ini - “Memoir Datuk Bandar: Bekerja Dengan Tiga Kerajaan” - merupakan sebuah catatan kerjaya seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang bagus dan boleh dijadikan rujukan penjawat awam dan bakal penjawat awam masa hadapan. Buku ini bukan sahaja mencatatkan pengalaman peribadi Dato’ Roslan Sakiman dalam menabur khidmat di ketiga-tiga Kerajaan - Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan - tetapi juga turut mencatat sedikit sebanyak sejarah serta perkembangan perkhidmatan dan agensi yang pernah penulis berkhidmat. Menerusi buku ini juga, para pembaca dapat memahami peranan seorang PTD dan mengetahui selok belok cabaran yang dihadapi semasa berkhidmat. Majoriti mengetahui bahawa selain menteri, penjawat awam dari skim PTD juga mempunyai pengaruh yang tidak kurang besarnya dalam menentukan kemajuan negara. Di samping itu, Roslan juga telah banyak membuat perubahan dasar yang memberi impak yang tinggi semasa menjadi Datuk Bandar MBPJ dan dasar-dasar tersebut telah dijadikan rujukan oleh PBT lain di Selangor dan seluruh Malaysia. Susulan pelbagai dasar baharu yang diperkenalkan berserta pelaksanaan perancangan yang lebih teratur semasa di bawah pentadbiran beliau, hasil papan iklan MBPJ pada tahun 2013 telah berjaya ditingkatkan daripada RM 700 ribu kepada RM 12 juta setahun. Selain menekankan pembaharuan dan pendekatan Majlis untuk merancakkan ekonomi, Roslan juga telah memperkenalkan program untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di Petaling Jaya seperti Food Bank dan Hardcore Poor Relief

Derek Fernandez (Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya)

187 pages, Paperback

First published April 1, 2019

1 person want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (100%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
February 6, 2024
Pengkisahan beliau dibuat secara kronologi tetapi banyak sisipan dalam bentuk petikan buku, ucapan tokoh mahupun seksyen tertentu dalam akta berkaitan. Mungkin untuk kebanyakan pembaca akan mendapati sisipan tersebut seolah-olah berlebihan di beberapa tempat.

Banyak aspek kehidupan pengarang yang terkait secara peribadi atas dasar kerjaya. Satu coretan yang agak semasa kepada sesiapa yang ingin memahami dunia pee tee dee.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.