Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hak Asasi Manusia dan Persoalan Budaya

Rate this book
Wacana Hak Asasi Manusia seyogia berakar dan terbangun sebagaimana hak-hak asasi tadi harus dipertahan dan diamalkan. Suatu kesegaran apabila Hak Asasi ini masuk dalam ranah imaginasi moral dan terungkap dalam bahasa pemikiran dan nilai kita. Buku kupasan Muthanna Saari adalah suatu sumbangan berharga, dalam konteks di mana kita sering mendapati keraguan tentang hak asasi ini atas alasan kita memiliki gagasan hak asasi yang lebih baik dari apa yang sedia ada. Soalnya bukan siapa yang memiliki konsep hak asasi itu yang baik dan sahih dari yang lain; melainkan bagaimana kita ada keberanian dan kesanggupan moral dan nurani untuk melawan segala bentuk ketidakmanusiaan, betapapun ia dibuat atas nama yang muluk dan sakral. Moga usaha Muthanna berkembang dan mencakupi banyak perkara hak asasi yang lain. Ini tidak bisa ditangguhkan lagi.

Dr Azhar Ibrahim (Universiti Nasional Singapura - NUS)

Hak asasi manusia, walaupun sesuatu yang asasi untuk hidup kita, namun masih dicabar oleh perbezaan polemik kefahaman, yang adakalanya tidak memanfaatkan seorang aktivis yang cuba mempertahankan hak asasi untuk semua. Buku ini cuba mengupas konsep hak asasi dengan lebih mendalam untuk memastikan adakah itu merupakan perbedaan pendapat atau kurang kefahaman ataupun kedaifan yang disengajakan mengikut pola politik? Tahniah Muthanna Saari kerana berani berdepan dengan sentimen yang kononnya hak asasi adalah jajahan barat dan tidak boleh dipakai di negara lain. Selama kita mahu bersembunyi di belakang keselesaan ‘relativisme’, selagi itulah Malaysia akan terjebak dalam posisi ‘defensif’ untuk cuba memberi penjelasan yang berbaur alasan. Demi meneruskan tabiat, polisi dan perundangan membangun hak asasi sejagat yang patut wujud untuk setiap insan, kita berharap buku ini dapat membawa pencerahan radikal demi Malaysia baru yang dinanti-nantikan.

Jerald Joseph (Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia - SUHAKAM)

164 pages, Paperback

First published April 1, 2019

2 people are currently reading
4 people want to read

About the author

Muthanna Saari

3 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
2 (66%)
3 stars
1 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Mai Radhiallah.
84 reviews12 followers
February 6, 2021
Buku yang bagus dibaca oleh pemula yang ingin tahu tentang Hak Asasi Manusia dan Persoalan Budaya. Senang faham dan tersusun. Tips saya tentang buku ini; elakkan membaca kata pengantar oleh Anwar Ibrahim agar momentum membaca buku ini lancar. Kerana di kata pengantar ini banyak menggunakan perkataan jargon yang boleh buat anda cepat jemu. Saya terus baca pandang sisi oleh penulis. Akhirnya nanti baru baca kata pengantar. Apapun tahniah kepada penulis untuk buku yang bernas dan segar ini!
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.