Jump to ratings and reviews
Rate this book

Misi Solat #2

Misi Solat Lima Waktu #2: Diari Doa Imran

Rate this book
Habislah! Saya ada terbuat sesuatu di sekolah, dan Bob sangat marah pada saya! Tidak kenal Bob? Dialah murid paling samseng di sekolah .... Bukan, di seluruh dunia! Ustaz kata, senjata orang Islam ialah doa. Sebab itu, saya perlu lawan Bob dengan doa (kalau lawan bertumbuk, habislah saya). Masalahnya, saya cuma hafal doa sebelum makan. Aduh, apa yang perlu saya buat?

112 pages, Paperback

First published March 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Nazry Salam

61 books199 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (86%)
4 stars
3 (8%)
3 stars
2 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,555 reviews1 follower
October 29, 2021
Buku yang bagus untuk bacaan semua peringkat umur.. Cuma yang ini versi BI.. masih lagi mudah untuk difahami kerana penggunaan bahasa Inggeris yang mudah dan disertai dengan doodle yang comel serta berwarna warni..
Profile Image for Siti Zafira.
51 reviews5 followers
March 23, 2026
Seusai perjuangan Imran mempelajari ibadat solat dalam siri sebelumnya, kali ini, Imran berusaha untuk mempelajari amalan berdoa.

Ada dua watak yang penting dan berpengaruh di sisi Imran dalam cerita ini iaitu nenek Imran, dan Bob, kawan sekelas Imran.

Apakah agaknya yang menyebabkan Imran bersungguh-sungguh hendak mempelajari amalan berdoa? Bagaimanakah penglibatan nenek Imran dalam jalan cerita ini? Mengapakah Bob, seorang rakan sekelas yang berbadan besar dan digeruni, menyebabkan Imran (dan saya) berasa sebak?

Komik ini tidak sekadar berkongsi doa-doa yang boleh kita amalkan seharian, namun disertakan juga adab-adab sesuatu perkara apabila kita berdoa perkara tertentu. Sebagai contoh, sebaik bangun pagi, apakah yang orang Islam digalakkan untuk melakukannya selain berdoa?

Saya amat mencadangkan komik ini dibaca oleh pembaca cilik terutamanya, selain pembaca dewasa, agar pembaca memahami bahawa doa ialah ibadat berterusan yang dilakukan pada setiap masa serta bukan sekadar permintaan semata-mata.
Profile Image for SS.
547 reviews8 followers
June 7, 2022
First time baca komik yang penuh pengisian. Sebuah komik yang sangat bagus untuk dibaca oleh adik-adik & semua lapisan umur tidak kira tua atau muda. Rekomen! Dalam kita membaca cerita mengenai seorang budak lelaki comel bernama Imran. Kita juga akan turut belajar sama dengan Imran tentang banyak perkara mengenai doa dan banyak lagi perkara.

Saya yang sudah besar ni pun rasa seronok sebab dapat refresh balik banyak benda basic. Benda yang sepatutnya diamalkan dalam daily routine kita tapi mungkin dilupakan atas sebab kita tak amalkan selalu. Sebagai contoh doa-doa harian seperti doa melihat cermin, memakai baju dan lain-lain. Kan bagus jika dapat dijadikan amalan. Pahala pun dapat.

Diselitkan juga dengan kisah-kisah Nabi & adab-adab Confirm adik-adik tak mengantuk baca. Tambahan, comelnya la ilustrasi Imran. Kalau ada adik comel macam Imran ni memang dah picit-picit pipi dia. Tercuit hati ni tengok gelagat dia. ❤️

102 reviews2 followers
August 1, 2025
Bob, rakan sekelas Imran yang berbadan besar dan tidak mempunyai kawan. Semua orang melarikan diri bila bertemu dengannya. Imran juga melarikan diri daripada Bob kerana satu peristiwa semasa pementasan teater.

Nenek Imran mengajar Imran supaya sentiasa berdoa jika menghadapai masalah. Selain itu, neneknya juga mengajarkan pelbagai doa harian yang perlu diamalkan dalam seharian.

Peristiwa dikejar angjing telah mengubah hubungan Imran dan Bob.

Bagus buku ni. Banyak doa harian yang boleh kita ambil dan amalkan.
Profile Image for Sara.
17 reviews
January 21, 2025
"Take advantages of the. best times to make good dua's. After all, humans are weak, helpless and powerless. We have to depend on Allah. We shouldn't be proud and ne shouldn't be embarassed."
"'Live our lives accompanied by the daily duas."
This is what the book taught me , mashaallah... really like this book sm <3
This entire review has been hidden because of spoilers.
33 reviews4 followers
October 4, 2020
Banyak doa yang bermanfaat yang di ajar.
Walaupun simple, tapi ianya pasti menjadi baru untuk sesetengah orang.
moga buku ini membawa manfaat kepada semua orang yang membacanya.Insha Allah
Profile Image for Ladybugterbang.
3 reviews
January 15, 2021
totally love this book. not a typical storyline for me, and the author was able to blend Islamic knowledge in it. the way it was delivered was great for kids too. I read this multiple times, so good
2 reviews
December 31, 2022
Sesuai untuk kanak-kanak. Menghiburkan dalam masa yang sama bermanfaat. Ada koleksi doa-doa harian berserta maksud. Definitely recommended!
Profile Image for N0STALGEEK.
23 reviews
March 8, 2025
Membaca sebagai seorang kakak yang tersangkut dengan siri MS5W ini.

All is good. Buku ini sedikit sebanyak ajar tauhid kepada kanak-kanak.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
June 4, 2023
Saya beli buku ini di pesta buku 2023 untuk diberi kepada anak saudara (as an effort untuk jadikan mereka berminat untuk membaca). Sempat jugak lah habis baca. Info yang disampaikan dalam bentuk mudah difahami dan terdapat juga doa-doa amalan harian yang diselitkan. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun sesuai baca buku ini. Bacaan santai dan penuh manfaat. Recommended!
Displaying 1 - 12 of 12 reviews