Pernah tak terkadang, kau rasa ujian hidup yang kau lalui terlalu berat, hingga sampai satu tahap, kau rasa tersangat pedih, sedih, resah, gelisah, terseksa, gundah-gulana, sehingga kau berkali-kali nak bunuh diri. Pernah tak?
Hatta, terkadang kita pernah salahkan Allah, benci Allah dan menganggap Allah kejam, kerana beri kita ujian yang bagi kita, ianya tidak lagi mampu untuk kita hadapi.
Wahai kawanku yang pernah berputus-asa dengan musibah yang melandamu, yang berputus-asa kerana depresi, yang berputus-asa dengan agama, berputus-asa dengan taubat, putus-asa dalam perubahan, rasa lemah dalam dakwah tarbiah, berputus-asa dalam mencari rezeki, berputus-asa dengan doa, berputus-asa dalam mencari ilmu, dan berputus-asa dengan usaha mencari jodoh, dan sebagainya...
Aku hadiahkan surat ini buatmu.
Agar kau tahu, agar kau faham, sebenarnya, tuhan tidaklah kejam seperti yang kau sangkakan.
Agar kau tahu, segala masalah yang kau lalui itu, ada jalan keluar.
Kerana itu, aku hadiahkan surat ini buatmu, SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS ASA.
Ada typo disana sini tapi tak apalah..Kita utamakan dan fokuskan pada pengisian yang ada dalam buku ni..Penulisan buku ni santai dan sampai ke hati pembaca..Bagaikan membaca surat-surat nasihat daripada seorang abang kepada adiknya..Boleh dijadikan buku self healing..
Ditakdirkan aku menemui buku ini sewaktu aku tercari-cari arah hidup sepanjang virus Covid-19 muncul. Hati aku terpujuk bilamana penulis menjelaskan perihal rezeki, ilmu dan ujian hidup. Ada banyak hadith yang aku baru dapat tahu dan kebanyakan perkongsian buku ini sangat menambahkan rasa dekatnya kita terhadap kerahmatan Ilahi. Biarpun berjuta maksiat (dosa) yang kita lakukan, Dia sentiasa ada untuk kita.
Aku terkesan dengan topik rezeki, yang mana, penulis mengajak aku untuk bermuhasabah diri. Kita bekerja untuk menjadi kaya atau bekerja untuk bertaqwa kepada Allah? Di saat kita peroleh rezeki, ke manakah kita infaqkan rezeki kita? Beli barang untuk kepuasan hati? Atau berkongsi rezeki bersama kawan? Atau sekadar simpan untuk mencapai target kekayaan?
Sungguh aku katakan, buku ini sangat membuka mata kalbu. Terima kasih, penulis.
Aku tak tahu nak explain mcm mana pasal buku ni, so far dia ada 3 version yang hampir sama , iaitu surat untuk orang yang putus cinta dan surat cinta untuk pendosa. Sejujurnya , bila kau baca buku ni , ko akan rasa akan ada orang yang menasihati kau seperti abang yang bagi nasihat pada adik dengan pelbagai petikan dari ayat-ayat al quran yang jelas menunjukkan betapa sayangnya allah pada kita saat kita berputus asa. Tiada yang lebih baik selain dari pertolongan dari allah swt . Ternyata banyak petikan dalam al quran yang menunjukkan betapa sayangnya DIA pada kita.Selaku hamba banyak yang perlu kita fahami dan pelajari, Jangan sesekali mengalah, dan percaya la di sebalik setiap pertolongan , adanya dia bersama kita...
Kalau zoom dekat cover buku, laki tu tengah kelar tangan dia. It's a book about hope, reliance on God, stories from prophets & some Qur'anic verses. A lil bit about depression, but not too much (kalau nak baca pasal Islamic & scientific view on this matter, boleh try cari yg psikiatri tulis).
If you like books yg sempoi, buku macam cakap2 dgn member, bolehla try baca buku Ustaz. It's actually a good book.
The last topic in this book is about perkahwinan, and a quote from it " sepanjang tempoh menunggu, jagalah diri kau. Selain cari duit, kau cari Allah. Sebab bukan duit yg bagi kau bahagia lpas kawin nanti. Ramai je org kaya, tapi cerai berai. "
alhamdulillah maybe Allah SWT temukan saya dengan buku ni sebab Dia nak saya tahu Dia masih beri peluang untuk saya bertaubat dan kembali kepadaNya. banyak ilmu yang bermanfaat dalam ni, especially bab putus asa dalam ilmu tu sangat memberi kesan kepada saya as a student yang akan menduduki SPM 2026 tahun hadapan (saya minta semoga yang baca review saya untuk doakan saya berjaya menjawab soalan SPM, terima kasih). terima kasih juga kepada ustaz adnin yang menulis novel ni dengan bahasa yang lebih santai untuk pembaca. May Allah bless you always. assalamualaikum!
Sejenis buku motivasi yang santai. Santai-santai pun kalau masanya cantik boleh menangis dibuatnya. Baca masa sedang beriktikaf di masjid, huh, bengkak juga mata dibuatnya.
Rekomen kepada mereka yang rasa nak putus asa dalam soal jodoh, rezeki, menuntut ilmu, dakwah. Buku ni insyaAllah dapat memberi gambaran tentang jalan pulang, jalan yang seeloknya, sebaiknya.
Kerana buku ni ditulis dengan kasih sayang. Nak sesuatu yang tak judge diri anda? Beli lah buku ini. 😉
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha penyayang.
Alhamdulillah! Pada saya putus asa adalah satu perkara yang besar sebab ia boleh bawa pada putusnya rasa pada kehidupan dan lgi teruk boleh bawa pada sangka buruk pda Allah.
Buku ni memujuk, dekat dengan jiwa sebab kita lalui fasa putus asa. Highly Recommended!