Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Athena: Manusia Ciptaan

Rate this book
“Adakah saya… masih lagi manusia?”

“Yang membuatkan kita manusia atau tidak, bukanlah keupayaan fizikal kita, Athena.”

“Habis tu apa?”

“Kemanusiaan”

Projek Athena adalah satu projek penyelidikan khas negara Erudayn bertujuan untuk mengkaji kualiti daya hidup dan keabadian manusia.

Namun bila Athena perlu diserahkan kepada pihak tentera untuk dilatih sebagai senjata ketenteraan, dia lari dan menyembunyikan diri.

Bagi memburu Athena, satu “senjata” khas dikeluarkan dari simpanan negara untuk menjejakinya.

Sepanjang pelarian, Athena menyaksikan realiti dunia dan sisi kemanusiaan yang tak pernah dilihatnya sebelum ini.

Apabila keselamatan Erudayn terancam, Athena menyedari dia perlu membuat keputusan yang amat berat baginya.

Bolehkah penciptaan manusia mendatangkan kebaikan berbanding kemudaratan?

394 pages, Paperback

First published March 1, 2019

9 people are currently reading
71 people want to read

About the author

Syeraho

7 books68 followers
Penulis novel trilogi Projek Athena.

Editor fiksyen dan pereka letak buku. Suka berkongsi tips-tips penulisan di Youtube dalam channel Syeraho.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (23%)
4 stars
57 (52%)
3 stars
21 (19%)
2 stars
2 (1%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books260 followers
May 11, 2019
To be exact, 2.7 stars. The author is a dear friend of mine, but as usual, I'll be precise and break it down into separate novel elements. Special untuk 2019, my review will all be more precise and more analytical, with suggestions on how it probably can be better. Bear in mind, this review is based on my current knowledge, instincts, some of them opinions and facts.

*Maaf siap-siap sebab campur BM BI dalam review ni.*

IDEA
Novel ini mengisahkan seorang manusia ciptaan yang 'dicipta' menggunakan kaedah 'DNA splicing'. Jadi, ada satu organisasi ni mengambil kaedah DNA splicing dan mencipta manusia dengan kombinasi amino acids (with specific body functions) that make up the DNA. Menyebabkan terhasillah manusia yang ada ciri2 baru mengikut kombinasi DNA yang baru. So depa 'potong' sikit kat RNA strand(?) kat binatang untuk amik this specific ability dan di-combine dengan yang manusia. In this case, self-regeneration, atau senang cerita, boleh pulih diri sendiri daripada kecederaan.

Phew. Ini fahaman daripada orang yang tak belajar in depth pasal genetic tapi adalah basic knowledge pasal DNA sikit. I know it's inaccurate tapi bolehlah gagah XD.

Jadi novel ini mengisahkan tentang 'Apa jadi kalau manusia ciptaan itu terhasil?' It plays with the 'cause and effect' element.

Saya suka idea genetik ni sejak pertama kali belajar. I know it's possible, but it's unethical. Saya suka penulis guna idea ini dalam novel dan menggunakan settings di masa depan. Congrats!


WATAK
Apa yang ketara dalam Projek Athena adalah kelemahan dalam: 1) pengolahan watak dan 2) perkembangan watak. Daripada pengolahan pun dah ada kelemahan, jadi benda ni akan dibawa sampai ke perkembangan watak yang 'tak sampai'. Because the base pun tak kukuh.

Saya difahamkan bahawa Athena merupakan seorang manusia. Tapi, ini kontra dengan apa yang disampaikan oleh penulis. Instead of jadikan Athena seorang manusia yang baru sahaja sedar dan nak fahami nilai kemanusiaan dalam dirinya, penulis tulis seolah-olah Athena adalah robot yang baru discover sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan dalam dirinya. Tak tahulah penulis salah faham ke, ataupun tak letak general rule in mind ke apa. Throughout the novel, disebabkan benda ni tak settle, it gets really messy until the end.

Watak Athena berkembang disebabkan apakah info yang disumbat dalam mindanya. Athena betul-betul macam robot sebab setiap reaction dia adalah daripada info & mesej kebaikan daripada Dr Aria. Well, not just Athena. Both protagonis (watak baik) dan antagonis (watak jahat) ada characterization yang tak disampaikan dengan baik. Ini menyebabkan amatlah susah saya, sebagai pembaca (I see other readers have this problem too) untuk rasa connect dengan watak.

Here's the thing. Sekiranya dari awal lagi penulis telah menyekat pembaca untuk rasa connected dengan watak, what else can we rely on to continue reading? Plot? Bagaimana kalau plot pun sama tak fleshed out? I'll touch on that later. But first:-

1) Backstories tak dikembangkan sangat. Ini berlaku kepada semua watak. Akibatnya? Reactions setiap watak tak meyakinkan pembaca.
2) Ketiadaan unsur emosi dalam kesemua watak. Jadi bila ada scenes yang suppose to make readers feel, readers jadi kena paksa diri depa untuk feel. Bila ditarik unsur emosi dalam cerita apa pun, dia punya effect sangat besar hingga menyebabkan setiap apa yang berlaku pada watak, there's nothing to care for. "Dia mati? Eh, aku kena rasa sedih kan? Okay-okay, mood sedih. Eh susahnya lah nak sedih." See? You don't wanna force readers to feel when it should be you to convey that emotions.

Antara effect bila tiada unsur emosi adalah, pembaca akan selak novel laju2 ja just to know how this all ends. So all the reading experience will feel like sebuah movie yang bergerak laju sahaja. Tengok jam, eh dah habis?

3) Ketiadaan motif yang kukuh. Bila motif tak ada atau tak kukuh, then it doesn't matter what happens to him or to what the character does to move the story. This also makes every actions doesn't add up to who he is as a person, as well as his past experience. This also makes the character not believable. The actions too.

Cadangan 1: Penulis boleh create watak Athena as seseorang yang develop seperti anak kecil. Boleh start daripada scene yg Athena baru bangun dan baru tengok wajah Dr Aria (THIS IS MY FAV AND THE BEST SCENE EVER DARIPADA KESELURUHAN BUKU IMHO). Jadikan Athena seperti anak kecil yang baru nak explore deria (memandangkan dia sedar2 dia terus besar, jadi even if disumbat dengan berjuta info pun, innocence masih ada seperti anak kecil, because there's lack of life experience. Jadikan hubungan ibu-anak antara Athena dan Dr Aria. Make them feel connected. Put more physical touch (alang2 Athena mmg selalu masuk bilik Dr Aria kan.). Selepas Athena terjaga tu, bagi rapat sikit hubungan Athena dan Dr Aria through physical touches, wise words, exchange of opinions. Make Athena explores how it feels like to BE A HUMAN, semasa di lab test, di dunia luar, etc. Make her use every senses and observe people (how the air smells, how the heart beats, how nice it feels to be hugged and caressed, how certain events make her think. Don't make her act based on info yang disumbat, but based on experience. So at the same time, readers also experience the same thing.

Cadangan 2: Saya perasan penulis hold some information about the antagonists untuk di-reveal di sequel. However, you're holding too much info huhu. Ini menyebabkan effect yang sangat besar kepada antagonis. There's is motive for every villain tapi samar2. Motif actions pun ada yang based on info jugak.
Masukkan backstories. Penulis tak perlu hentikan cerita dan cerita detailed backstory untuk setiap watak. Boleh sahaja masukkan dalam naratif.


Cadangan 3: Setiap protagonis dan antagonis perlu ada psikologi dan thought process tersendiri dan unik untuk setiap watak. Tak ada orang 100% baik dan 100% jahat. Even if he is 100% evil pun, WHY? Tell us and show us, why. Tell more about the character's principle and believes, pair up dgn past experience dan emotions.


PLOT
Penulis buat kajian dan memang mengikut template Hero's Journey. Applause for that! Penulis tau elemen-elemen apa yang patut ada. Cumanya, jadi kekurangan perencah bila penulis decide untuk tarik elemen emotions + motif + backstories. It makes the story hanya bergerak dan pembaca tak dapat merasai pengalaman sepanjang cerita. Kira, susah nak bersama-sama perjalanan hero/antagonis bila kekurangan 3 elemen penting ni.

Penulis tau, ini.. ini dan ini kena ada, tapi hanya menyentuh kepada surface level sahaja. Researches were done, tapi semua jadi macam, entahlah. On the surface level.

Yang menariknya adalah hala tuju cerita ini jelas! Tak adalah macam berjalan di lorong gelap, gitu.

80% of the plot adalah fight scenes, which is to me, a bit dangerous tambah-tambah2 lagi bila 3 elemen tadi ditarik. Ini juga menyebabkan cerita ni sebenarnya agak ringkas. My problem is, it makes the fights meaningless, sebab the base is not strong. Macam the characters' are instructed to do so. Bila kehilangan makna, itu yang jadi pembaca main selak je muka surat sebab tak ada emosi dan motif. There's nothing that gives more emotional impact, and that makes reader remember about the story other than the fact that there's too many fight scenes yg seems ada point but in reality, not really.

However, I must applaud the writer for the DETAILED RESEARCH about the weapons and combat field.

Cadangan 1: Jadikan watak adalah seorang watak yang aktif dan menggerakkan plot, bukan plot yang menggerakkan dia. Plot dan watak kena balance each other.
Cadangan 2: Kadang-kadang tak perlu 24 jam nak kena detail cara dia elak dan tumbuk, etc. Watch Jenna Moreci's video about fight scenes. It'll help a lot imho :)

SETTINGS
Boleh bagi lagi clear pasal apa yang ada di lab/organisasi, dan di dunia luar pada mata Athena. Biar Athena explore dunia dalam buku, dengan meletakkan details yang spesifik.

Cadangan: Boleh cuba tonton video ShaelinWrites- how to create atmosphere. Mana tau membantu <3


MESEJ
Mesej kemanusiaan jelas, tapi more based on info, not experience. Let all characters feel more. Good try, though! Cuma kena polish sikittt je lagi. Ni boleh rujuk yg 'Watak' tadi.

OVERALL
Saya rekemen buku ni kepada semua peminat sci-fi, cerita aksi yang tembak-tembak dan penuh dengan aksi. Readers yang tak kisah sangat pasal characterization and emotions will love it more! ;)

Thank youuu sebab tambah satu lagi buku sci-fi dalam industri buku Malaysia! Keep it up, syeraho! You're doing good!

ps. alamak panjangnya Ya Allahhhh
Profile Image for Lina Ali.
16 reviews1 follower
June 11, 2023
Projek Athena mengisahkan tentang seorang neo manusia bernama Athena yang ada kebolehan luar biasa. Walaupun Athena seperti separuh robot, ia masih mempunyai emosi dan sifat kemanusiaan yang tinggi.

Bagi saya, buku ini mudah difahami, jalan ceritanya juga menarik dan disusun dengan baik. Buku ini boleh jadi bacaan santai untuk hari minggu korg.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
464 reviews40 followers
January 1, 2024
Athena seorang manusia ciptaan yang dicipta untuk tujuan ketenteraan. Dengan pengubahan DNA yang berlaku dia punya banyak kelebihan berbanding manusia biasa. Dan di kala tujuan utama penciptaannya terbongkar, Dr Aria cuba membebaskan Athena kerana tidak ingin dia menjadi alat peperangan.

Sebuah naskah yang penuh dengan aksi yang mendebarkan. Pertarungan demi pertarungan mengisi penceritaan. Memang rasa seronok membaca babak-babak tersebut. Cuma jika emosi yang cuba disampaikan berjaya digarap dengan lebih baik mesti naskah ini akan jadi lebih menarik. Kematian Dr Aria yang dianggap sosok ibu oleh Athena juga tidak berjaya membawa emosi sedih pada babak itu.

Athena yang baru mengenal dunia mungkin mudah percaya pada Natalya. Tetapi Natalya yang dibesarkan di dunia kejam pembunuh upahan seolah-olah bertukar sifat secara tiba-tiba. Tidak jelas kenapa dia sanggup bertarung nyawa untuk membantu Athena. Perubahan pada Joseph juga SH rasakan secara tiba-tiba. Walhal dari mula dia tidak mempercayai kata-kata Athena.

SH sebenarnya rasa marah juga pada Dr Aria. Kerana dia menyanggupi untuk melakukan sebuah eksperimen yang bagi SH melanggar norma dan moral masyarakat. Menghasilkan manusia yang bukan manusia. Yang sudah tentu mampu menjadi senjata merbahaya walaupun tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak. Athena sendiri mampu menjadi risiko andai dia hilang pedoman hidup.

Banyak persoalan yang tergantung di dalam naskah ini. Mungkinkah akan ada jawapan di buku yang kedua?
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
May 7, 2019
I would like to thank Iman Publication for providing me a physical copy of this book in exchange with a honest review.

Bismillah, baik saya mula ya. Ambil mana yang baik sahaja sebab tak semua apa yg akan sy tulis ni semestinya betul dan sesuai 😋. Tapi ketahuilah Syeraho, I read it with all my heart and you have a very big potential. Ini baru buku first, there are million more to tulis. Im your biggest supporter here.

1. Plot Secara Keseluruhan
- Plot secara keseluruhannya di ceritakan dengan baik dan very straight foward, tapi saya membaca IG Syeraho before coming into this book and a bit dissapoint but not entirely lah sebab the emotion tidak banyak involve, which lead into kelemahan dalam development of character.

- In term of action, jangan cakap lah, memang penulisan Syeraho tertumpu kepada itu. Segala macam jenis raifel and gauntlet keluar, and my imagination was totally woowed by this.

2. Character development
- Selepas ni mungkin Syeraho perlu letakkan lebih perhatian dalam development of character. Saya faham semua ini berlaku terlalu cepat, dan masa Dr Aria nak

- Selepas itu di setiap lembaran Athena diperkenalkan dengan beberapa character. And setiap character malah Athena sendiri pun tiada history dan prinsip yang kuat, semua pengenalan tentang character ini boleh dapat dalam satu paragraph yang mudah. Teehee.

- Saya harap Syeraho boleh elaborate lagi pasal character, tentang background history mereka yang sepatutnya tak perlu elaborate panjang dalam satu paragraph, contoh mudah macam ketika Natalya dan Athena beri tahu tentang diri masing2, maigod semudah itu kah percaya stranger dalam keadaan Athena yang tidak tahu apa pun tentang dunia ini, manatau Natalya sendiri memang nak ambil kesempatan dengan Athena, tak terfikir ka Athena? Haha. Okay overdramatic I know, but itulah yg sy nampak.

Saya recommend try baca buku Flawed by Cecelia Ahern, tentang dystopian world tapi cara dia develop the main character on the first place was slow and simple. Facts by facts, emotion by emotion and in the end 'install' something di minda pembaca, yang pembaca sudah fall in love with the main character - akan smpai keadaan pembaca akan menangis bersama the main character. That kind of emotion - emotion yang ada kaitan dengan pembaca. And I know you have it Syeraho, I've read your IG 😌.

Kalau main game yang story rich pun, not everything had been elaborate tentang character tu on the first place right? Mehehe.

3. Lain-lain (Total Spoiler)

- The lirik lagu part - hahaha, erm necessary tak? Cause I think the best way to put lyrics is on the chapter introduction. For a reader like me this was totally not convenience, terus terimagine mcm tengok film bollywood - skit2 nyanyi, skit2 nyanyi.

But its your book, its your way, I no judge, I know that lyrics maybe means something to the character, but not me - sbb maybe I minat lagu BlackPink (eh, haha, okay gurau). So all the lyrics part i'll just scan it quickly and move on, I dont stop my reading and googled the song, tapi kalau letak di intro of every chapter I think it'll do the part.

- The background setting - Dont get the picture right so I think no comment here.

- I think I've covered enough, nanti ai tambah lagi kalau ada terfikir. And thank you Syeraho for making this book, part after Natalya tu best sikit. Lepas ni mungkin boleh fokus 'character development'.



P/s : please keep writing cause practice make perfect. 😍
Profile Image for Sha Mohamed.
2,518 reviews1 follower
April 2, 2020
Buku yang sangat menarik dan bergerak laju.. Mengisahkan Athena yang dihidupkan di makmal untuk menjadi manusia pertama yang boleh hidup dengan kebolehan yang luar biasa.. Namun tersembunyi agenda jahat disebaliknya.. Bila Dr. Aria mengetahui tujuan sebenar, Athena disuruh melarikan diri namun Dr. Aria terkorban.. Bertemu pula dengan Joseph dan Natalya..
Profile Image for Muharikah Dr Nur Aisyah Zainordin.
Author 14 books146 followers
April 21, 2019


Keseluruhan penulisan adalah begitu baik. Penulis ternyata seorang yang mahir dalam teknik penceritaan plot driven. Turun naik debaran membaca aksi perlawanan berjaya digarap dengan baik.
Boleh saya katakan, 80% tumpuan penulis adalah untuk menggarap scene perlawanan supaya tertampak real dan mendebarkan. 20% lain kepada aspek plot cerita keseluruhannya.
Plot novel ini banyak mengangkat kelebihan watak wanita sehinggakan yang dapat mengalahkannya juga wanita. Yang betul2 watak lelaki yang kuat adalah watak antagonis.
Ada beberapa perkara yang saya kira tidak diberi perhatian yang details oleh penulis.
1. Kehidupan tahun 2095. Saya bayangkan 75 tahun akan datang, senjata yang digunakan seharusnya lebih moden, bukan lagi rifel peluru biasa). Walaupun senjata tidak banyak berlaku evolusi tapi movie seperti avengers dan iron man menjadikan imaginasi kita dahaga akan teknologi masa depan. Begitu juga dengan kenderaan tentera yang lebih tech- flying car- renewable energy. Penulis tidak menggarap suasana kehidupan masyakat zaman 2095 di negara aveyond mahukan mydas yg saya bayangkan jauh lebih tech dan moden.
2. Pembacan sy terganggu dengan begitu banyak lirik lagu yang dikongsikan. Lagu tersebut pula adalah lagu zaman 2018. Adakah 80 tahun lagi kita akan dengar muzik yang sama?
3. Elemen intim antara hubungan dr aria dan athena boleh dibina dengan baik lagi sehingga boleh fahami hubungan antara anak dan ibu. Kehidupan dr aria sendiri tidak diceritakan, adakah dia kerja all out sampai tak nak kahwin ada anak etc.
4. Sebagai penulis karakter driven dan seorang yang visual, saya berusaha untuk relate dengan athena tapi deskripsi tentang athena tidak begitu details melainkan plot yang cerita dia cedera dan mudah regenerasi. Saya nak juga relate dengan Dr Aria tapi tak boleh bayang wajah dia bagaimana. Begitu juga dengan natalya dan jahatnya tuan ezakiel. Deskripsi watak tidak digarap baik oleh penulis seperti mana beliau menggarap watak aksi yang menarik.
5. Karakter Dr Ben juga terhenti agak awal.
6. Saya mencari elemen kejiwaaan dan kehalusan perasaan, satu elemen yang biasa dilihat oleh penulis perempuan. Watak wanita sentiasa disaduri dengan nalurinya yang bukan sekadar lembut, tetapi fragile dan beremosi. Tetapi perkara ini diseal oleh penulis. Adakah memang sengaja dijadikan watak wanita besi dalam siri athena ini sehingga tampak kurang beremosi sebab dia dah ada superpower? Athena ada rasa kemanusian tetapi dia hanya menangis sekali sahaja dan babak itu hanya seayat dua sahaja.
7. Akhir penulisan (ms381)penulis menyebut tentang tuhan, tetapi dari awal persoalan yang digarap adalah tentang kemanusian. Saya hampir menganggap kehidupan zaman itu ramainya adalah atheis kerana percaya kepada teknologi kebendaan. Poin ketuhanan tiba-tiba muncul sedangkan pembaca fiksyen melayu akan berfikir adakah athena dan joseph bertuhankan Allah atau jesus?


Buku ini berpotensi jauh lebih besar dihadapan jika elemen details di dalamnya dapat digarap dengan baik - emosi, setting background, lifestyle, ketuhanan- penulis harus beri perhatian yang lebih akan hal ini kerana beliau dapat garap plot aksi dengan sangat baik sekali.

Saya meminati filem fiksyen scifi di mana wanita merupakan lead characternya. Saya berharap siri novel ini dapat pergi lebih jauh dengan penambaikan yang lebih rapi dan details, terutama yang dapat bawa mesej pencarian diri dan ketuhanan.
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
October 27, 2019
Bagi saya buku ni agak slow di bahagian awal tapi penulis berjaya meningkatkan momentum tu semula dan kekal ke akhirnya.

Athena, manusia ciptaan yang pada asalnya untuk dijadikan senjata tapi Dr. Aria saved her. Tapi macam sekejap sangat moment dengan Dr. Aria tu. Tapi itulah turning pointnya kan? Nak tahu lebih baca lah buku ni.

Gaya penulisan boleh diperbaiki, diperhalusi lagi. Sebab kadang kadang bila baca rasa macam off scene. Im rooting for better plot in the next book. Make it lethal! Haha jk.

Congrats penulis and all the best!
Profile Image for IMAN ISMAIL.
6 reviews1 follower
April 10, 2019
Secara jujurnya, aku sangat suka cara penulis menulis babak perlawanan. Sangat teliti dalam menceritakan setiap pergerakan perlawanan itu. Sebab aku tahu, nak menulis semua tu memang mengambil masa yang lama, lagi-lagi bila kau dah putus asa nak membayangkan apa lagi gerakan yang watak akan lakukan. Bila baca buku ni, memang sangat membantu aku nak menulis plot-plot perlawanan.

Sepanjang membaca, dalam kepala aku dah letak satu mind set, jangan expect apa-apa kemungkinan di bahagian akhir (walaupun aku tahu yang Athena tetap akan menang).
Dan sepanjang aku membaca jugak, dalam kepala aku dok kaitkan dengan filem-filem itu ini yang, bagi aku, sama dengan apa yang penulis tulis. Sebab dah terlalu banyak lambakan filem sedemikian dekat luar sana. Makanya, aku boleh katakan yang penulis adalah seorang penggemar filem-filem sci-fi dan aksi.

Lepas tu, masuk bab awal, dah terus kena tembak dengan terma-terma bio. Aku terkejut jugak sebenarnya (bwahaha) sebab dah lama tinggal bio. Tapi memang tabiklah dengan penulis sebab mampu bawak all the terms at the right time with the right definitions, references, etc. Tapi, kalau penulis dapat bawa semua terma tu dalam keadaan yang lebih santai, mungkin lebih baik. (But still, I do respect her knowledge and how she writes)

Dalam keseluruhan buku, aku memang suka plot yang teratur, perkembangan watak tu sendiri. Semuanya okay sahaja.

Tapi...

Dalam buku ni, bagi aku, terlalu banyak babak perlawanan (satu perlawanan sudah mengambil beberapa muka surat). Ya betul, bagi mewujudkan perasaan debar bila membaca babak aksi, memang itu perlu. Tapi kalau ikut dalam buku ni, aku boleh kata separuh dari cerita ini adalah penulis menerangkan how is the fight goes on. Every single details. Sampaikan aku rasa, apa yang penulis cuba sampaikan sebenarnya. Takkan nak 'terangkan' pasal macam mana perlawanan itu berlaku semata, kan? Mesti ada isi yang sepatutnya penulis bawa.

Lagi, sebab aku dah baca beberapa buku Iman Publication, aku tahu jarak antara perkataan/perenggan itu memang jauh. Memang editing style Iman Publication macam tu. Dan disebabkan itulah, bila aku habis baca buku ni, I was like, "Buku setebal ni terangkan pasal ni je? I was expecting more than this. I need more content other than 'how to be a human' and 'how cruel people out there is'".

Epilog.
Aku hampir termencarut bila epilog dia macam tu tapi bila mengenangkan akan ada sambungan, aku kembali bersabar. (Bwahahaha)

Secara keseluruhan, it is really a good book. Tak terlalu berat. Kalau tak ada scene membunuh, nak kasi kanak-kanak baca pun, bagi aku, okay je.
Good job, kak Syeraho!
Can't wait for the sequel.
May 2, 2019
Buku yang penuh nilai.
Mungkin pada zahirnya, nampak seperti novel yang tidak mempunyai nilai. Hanya dipenuhi dengan aksi-aksi.

Namun, disebalik aksi-aksi tersebut terselit nilai yang mengajarkan kita erti hidup yang sebenar.

Syabas kepada penulis kerana mampu membawa mesej yang begitu bermakna di dalam novel ini.

Saya sedikit terkesan apabila Athena (neo-manusia) sentiasa mencari erti hidup. Sehingga saya bertanya pada diri saya sendiri “Aku ni pernah ke tanya diri aku sendiri tentang ni? Atau aku hidup dengan apa yang telah ditentukan kepada aku?”

Cuma, kalau penulis kurangkan sikit cerita bab perlawanan dan fokus pada perkembangan watak dalam mencari erti hidup mungkin lagi syok. (Hahaha mungkin sebab saya jenis tak suka perlawanan)
Profile Image for Nadiah Razali.
133 reviews57 followers
May 18, 2020
Rating :
4/5

Review:
Buku ini mengisahkan berkisar tentang Athena, seorang neo manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa seperti keupayaan untuk regenerasi, mampu menyerap segala informasi, tangkas untuk berlawan dan mempunyai kepintaran luar biasa.

Athena dicipta sebagai senjata keganasan, namun Athena mempunyai sifat kemanusiaan dan empathy yang tinggi. Athena berasa serba salah ketika hendak membunuh manusia. Ditambah dengan pengaruh Dr Aria, yang sentiasa mengingatkan Athena supaya sentiasa untuk berperikemanusiaan. Athena melarikan diri,

Bagi pembaca yang ingin memulakan bacaan sci-fi, buku ni terbaik untuk anda. Sebab bahasa-bahasa jargon tak ada sangat dalam buku ni. Penulisan buku ni, sangat ringan, tidak banyak flashback,dan mudah untuk di fahami.

Buku ni padat dengan aksi, sebaik sahaja Athena buka mata, terus masuk training. dan dari situ setiaap plot dipenuhi dengan aksi berlawan. Cuma kelemahan buku ini, watak & emotional development agak kurang memuaskan hati saya.

Kesimpulannya, kalau nak cari bacaan santai sci fi, ini buku untuk anda. Saya boleh habiskan buku ini dalam masa beberapa jam sahaja. Short read!
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
March 31, 2020
Projek Athena membawakan kisah yang pada saya adalah sebuah sains fiksyen yang sangat bijak, kalau kita biasa dengan filem2 sains fiksyen barat, pada saya penulisan ini turut berada pada tahap yang sama.

Penulis sangat pintar mewujudkan aksi-aksi berlawan yang detail -- agak terlalu detail dan panjang pada saya. Dan kalau kita biasa dengan video game pada saya aksi-aksi yang diceritakan tidak akan susah untuk otak kita imaginasikan.

Persoalan yang diwujudkan untuk pembaca menjadi tertanya-tanya, namun tidak begitu mengundang perasaan suspen dalam diri saya. Tetapi watak Natalya Hans sebaliknya menarik rasa ingin tahu yang lebih lagi berbanding kepada Athena.

_____

Disebabkan saya sejenis pembaca yang lebih gemarkan kepada mendalami perasaan watak, jadi pada saya Projek Athena kurang daya itu, hence the 4 stars.

But if you love actions then this book is highly recommended. :)
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
February 4, 2021

Buku ini rupanya sebuah novel sains fiksyen. Sekali pandang,ingatkan namanya antenna. Rupanya Athena. Mengingatkan saya kepada Zeus (Tamadun Rom atau Yunani? Sudah lupalah).

"Apa yang membezakan neo manusia dengan manusia biasa?"

"Sifat kemanusiaan, Athena." Terang Dr Aria. Dr yang bertanggungjawab terhadap projek manusia ciptaan. Berpuluh tahun mendedikasikan hidup untuk projek ini, akhirnya Dr Aria kecewa tatkala mengetahui tujuan eksperimen ini adalah untuk menghuru-harakan dunia.

Beliau mati ketika mempertahankan Athena dan Athena terpaksa berjuang untuk hidup dan menegakkan kebenaran. Susah, perit, payah. Namun tuhan hadirkan orang yang berani dan layak membantunya di saat sukar.

***

Sifat kemanusiaan boleh dipupuk melalui didikan, pemerhatian dan tauladan. Maha benarlah adab adalah pelajaran paling utama untuk anak kecil kerana lebih mudah menyerap konsep itu.

Athena hanya watak fiksyen yang dicipta untuk menyedarkan kita. Manusia adalah insan mulia yang boleh memberi manfaat kepada semua orang sekiranya hatinya bersih.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
June 11, 2022
Permulaan yang agak slow, dan kemudian makin menarik, especially after penglibatan Natalya dalam jalan cerita. I’ve enjoyed the reading, dan ternanti-nanti kisah dorang yang seterusnya. Overall ceritanya menarik but seperti reviewer yang sebelum ni cakap, i guess part lirik lagu tu macam terlalu banyak. Most of the time when I saw it, i just skip that part 😅
Profile Image for Kamaludin Settar.
Author 4 books1 follower
October 30, 2020
Pengarapan cerita yang agak baik, namun tumpuan penulis kepada beberapa elemen menyebabkan kisahnya agak klise. Andai kata penulis keluar dari kotak litupan novel thriller biasa, ianya mungkin mampu menjadi novel yang lebih mantap.
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
October 9, 2020
Novel sains fiksyen yang menarik bagi saya. Kali pertama baca buku genre begini. Dekat climax cerita ni ada plot twist.

Sesiapa yang sukakan penceritaan aksi dan lawan-lawan boleh baca buku ni. Berdebar-debar rasanya bila baca.

Banyak juga pengajaran yang boleh kita dapat daripada novel ini. Antaranya ialah masih tak terlambat untuk sesorang menjadi lebih baik. Kita juga tidak memerlukan apa-apa sebab untuk membantu orang lain dan tak sepatutnya kita mengharapkan balasan. Kita juga tak sepatutnya mengikut arahan yang zalim dan membawa kepada kemudaratan.

Tak sabar untuk baca sequel novel ini. Nak tahu apa jadi kepada mereka semua kerana perjalanan mereka masih jauh.

Terima kasih penulis untuk novel ini.
Profile Image for Hasif Rayyan.
Author 13 books120 followers
April 29, 2019
Novel ini memang sarat dengan aksi. Dan aksi menjadi penggerak utama cerita ini.

Pada mulanya aku diberi amaran yang mungkin aku akan kepenatan membaca novel ini. Tapi mungkin sebab ia dah selamat diterbitkan jadi novel bercetak, maka kepenatan itu tidak seperti membaca pada skrin.

Aku tabik dengan ketelitian penulis menceritakan babak aksi, like, Allahu, how do I even write this detailed? Banyak juga kosa kata baru yang aku belajar.

Jalan ceritanya juga amat mudah difahami dan bersifat "linear". Jelas penulisnya boleh menggarap plot dengan kemas. Sesuai terutamanya bagi pembaca yang baru hendak berjinak dalam bacaan fiksyen sains.

Dari segi kritikan, ada dua:

1. Kurang perkembangan watak

Hal ini paling ketara bagi watak Athena. Selain perkembangannya yang terasa agak drastik (tetapi masih terkawal dari segi pacing), boleh kata graf perubahannya terhenti sebaik tiba di pertengahan cerita.

Athena dah jadi seperti manusia. Kemudian plot bertukar fokus kepada Natalya. Bahkan Natalya pula diberikan lebih perkembangan watak.

Ia tidaklah mencacatkan cerita, tetapi cukup buat aku rasa bahawa Athena semacam hilang sedikit peranannya mulai dari sini.

Tetapi asas perkembangan watak masih ada. Cuma perlukan lebih penerokaan secara mendalam.

2. Pembinaan dunia

Cerita berlaku di sekitar bandar pada tahun 2095, tetapi serasa penulis kurang memberi perincian tentang suasana latar tempat begitu. Walaupun asas gambarannya ada, tetapi samar-samar. Bagaimana gaya kehidupan warganya? Teknologi? Amat berharap penulis berikan lebih perhatian untuk aspek ini. Boleh rujuk novel Sri Rahayu untuk contoh rujukan olahan "world-building".

Memandangkan cerita ini masih bersambung, aku percaya buku pertama ini ditaburkan dulu segala klu konspirasi untuk dibongkarkan dalam buku seterusnya. Cuma mungkin perlu seimbangkan babak aksi dan pergerakan plot.

Akhir kata, tahniah kepada Syeraho atas kelahiran novel Projek Athena.

Meskipun dengan kritikan di atas, Projek Athena tetaplah karya pemula yang baik dan kukuh. It is an entertaining read! Looking forward for your next book! 😁
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review2 followers
April 23, 2019
Apa yang saya suka tentang novel ni:

1. Perkembangan watak Natalya dan Joseph sangat menarik dan buat saya rasa ingin membaca lebih tentang dua watak ini (sorrylah Athena). Dialog diantara dua watak ni pun menarik sebab ada part yang kelakar.
2. Saya suka scene action masa watak-watak ni tengah bertarung sebab ia sangat detail dan saya boleh bayangkan betapa menariknya scene perlawanan ni sekiranya Projek Athena ni dijadikan sebagai satu anime (saya lagi suka tengok anime berbanding movie).
3. Mula-mula, saya expect Athena ni akan menjadi satu klon manusia yang tahu semua benda di samping mempunyai skill bertarung yang hebat dan daya fizikal yang melebihi manusia biasa. Sebaliknya, dia pun ada kelemahan, ada sesuatu yang dia tak tahu dan ingin tahu. Dan ada juga tindakan yang kurang bijak yang diambil oleh Athena dalam novel ni.

Apa yang boleh diperbaiki:
1. Perasaan sedih yang dirasai oleh Athena dan dr.Aria boleh diceritakan dengan lebih detail supaya pembaca dapat rasa kesedihan yang dirasai oleh dua watak ni.
2. Latar tempat dan ciri fizikal watak juga boleh diterangkan dengan lebih detail supaya pembaca dapat membayangkan persekitaran dan rupa sebenar watak sekiranya mereka benar-benar wujud di dunia nyata.
Profile Image for Hakimah  Saidi.
50 reviews2 followers
February 22, 2020
Projek Athena : Manusia Ciptaan oleh @syeraho.

Saya beli buku ini sewaktu PBAKL yang lalu; #PBAKL2019 bersama dengan Kotak Iman.

Maaf #ProjekAthena, sebab saya lambat baca awak. Konten awak menarik. Setiap penceritaan awak sangat 'details'. Penambahan info grafik tentang senjata-senjata yang digunakan oleh Athena sangat membantu.

Projek Athena : Manusia Ciptaan merupakan novel sains fiksyen yang menceritakan "seorang" manusia ciptaan iaitu Athena mencari tujuan hidupnya. Dia mempunyai ciri fizikal dan perasaan seperti manusia biasa tetapi dia mempunyai daya penyembuhan yang sangat cepat ala-ala kuasa Claira Bennet (dilakonkan oleh Hayden Panettiere) dalam drama Heroes tu.

Tujuan Athena diciptakan adalah untuk dijadikan senjata rahsia tentera kerajaan. Athena berjaya melarikan diri daripada diperdayakan oleh pihak atasan tetapi tetap diburu dan terpaksa melalui pertarungan demi pertarungan.

Sepanjang Athena diburu, dia menemukan erti kemanusiaan itu melalui orang sekelilingnya.

Sangat menarik dan santai untuk dibaca.

P/s : Tak sabar nak tunggu sambungannya.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
91 reviews
March 24, 2022
MENGAPA KALIAN SEMUA PERLU MEMBACA BUKU INI


sebab dia....... terlalu seronok dengan dia punya plot. Perkembangan watak dia. Dunia Projek Athena ni, mcm kalau tgk Terminator, Alita mcm ada pengaruh tu. Rasa best sebab penggunaan ayat yang senang. Penggunaan font yang memang itulah signature Iman Publication. Dan paling penting. dia dah bagi gambaran Athena ni mcm mana, pistol barreta macam mana. so kagum lah dengan team editor Iman ni. Terima kasih penulis. Kelemahan buku ni mungkin dari segi menulis scene lawan or maybe saya yang susah sikit nak gambarkan masa lawan. ada yang boleh ada yang tak. cuma salute ada 3 bab ke dia punya fighting scene masih berterusan. Tahniah
Profile Image for Harizharz.
20 reviews
March 29, 2022
The story of Athena a neo-human created in a laboratory. Dr. Aria the person in charge of taking care of the Athena. But after Dr. Aria finds out the evil plans of her superiors, she helps Athena to escape.

From here Athena will begin to learn to survive in a world she has just set foot in. Meeting two important people, Natalya and Joseph will help Athena on her journey.

This book is the first sci-fic genre I read and never thought I would like it. What I love about the book is from her writing and the plot of her story. The writing is easy to understand. The development of his character is also interesting and the relationship between the three of them, how can they work together even if they do not know each other in the beginning.

The question of humanity that is often in Athena’s mind about herself is among the parts I like. Often also such questions I feel. Maybe that's what makes me love this Projek Athena book.

Overall I give 3.8⭐⭐⭐
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews61 followers
July 14, 2021
[Sinopsis]

Athena - seorang gadis neo-manusia ciptaan Dr. Aria yang mempunya kelebihan menjadikan dirinya agak kebal kerana mampu pulih dari luka dengan cepat dan bertindak pantas dan refleks yang lebih tinggi dari seorang manusia biasa. Ingin bebas dari cengkaman tuannya atas sebab tertentu.

[Komen sikit]
Penceritaan agak fast-paced jadi baca buku ni macam tengah tengok hollywood action movie

Komponen cerita - agak cliche macam nothing new in terms of dia punya senjata and kelebihan neo-manusia

Plot twist - saya tercari cari wow factor untuk terus baca buku ini tapi tidak ada. Cuma di hujung nya agak menarik sebab plot twist agak unexpected.

Overall; good job penulis!
——————
𝕂𝕖𝕞𝕒𝕟𝕦𝕤𝕚𝕒𝕒𝕟 𝕒𝕕𝕒𝕝𝕒𝕙 𝕤𝕖𝕤𝕦𝕒𝕥𝕦 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕙𝕒𝕣𝕦𝕤 𝕕𝕚𝕡𝕖𝕝𝕒𝕛𝕒𝕣𝕚 𝕤𝕚𝕗𝕒𝕥𝕟𝕪𝕒, 𝕓𝕦𝕜𝕒𝕟𝕟𝕪𝕒 𝕥𝕚𝕓𝕒 𝕥𝕚𝕓𝕒 𝕒𝕕𝕒 - 𝔻𝕣 𝔸𝕣𝕚𝕒
🌟🌟🌟
Profile Image for Eiffelynne.
Author 3 books13 followers
May 22, 2022
Ulasan pendek, buku ini sangat seronok untuk dibaca walaupun pada awalnya agak perlahan kerana penulis ingin pembaca betul-betul fahan dengan setiap watak. Kepada yang enjoy scifi dan action thriller, boleh try baca buku ni. Bahasa ringkas dan mudah untuk difahami.

Ulasan panjang ada di youtube: jemput tengok kayy
#LynneREVIEW | Projek Athena (Manusia Ciptaan) by Syeraho
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
September 27, 2021
Ringkasan resensi:-

Genre: Fiksyen sains
Aras bacaan: Pembaca gred tengah dan ke atas
Kenapa buku ini seronok untuk dibaca:
- Plot yang menarik dan disusun teratur. Hala tuju plot jelas dan tidak bersepah.
- Watak-watak yang menarik dengan latar watak yang membuat pembaca teruja.
- Penceritaan yang straight-to-the-point dan ringkas membuatkan proses bacaan tidak bosan.
- Watak perempuan yang kuat.
- Penceritaan yang mudah untuk difahami dengan nilai moral yang jelas.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
April 3, 2020
-Kemanusiaan, seperti rasa cinta & kasih antara manusia, rasa simpati dan empati, rasa mahu membantu & melindungi.

-Kemanusiaan sesuatu yg harus dipelajari sifatnya, bukanlah dengan tiba2 ia ada.

Athena: spesies manusia kebal yang dicipta. Rasa macam dalam cerita Alita: Battle Angel ❤️❤️

Tasabar nak tggu sambungan yang seterusnya. 💋
Profile Image for Lyza Amran.
19 reviews3 followers
January 21, 2022
Baca novel ni, terbayang gak movie2 Hollywood.
Membina manusia robot tanpa perasaan untuk dijadikan senjata dan memusnahkan manusia dan menakluk dunia.

Ok la. Layan juga baca novel ni. Cuma takda la sangat elemen suprise atau ploy twist.
Profile Image for Suha Abdul.
19 reviews
July 17, 2022
Pertama kali terdetik hati untuk beli Projek Athena bila terbaca sinopsis dia dan terus terbayang Resident Evil. Walaupun aku bukan penggemar sains fiksyen/fantasi, ternyata pengalaman aku menonton RE sedikit sebanyak membantu aku untuk mengikuti plot cerita dalam novel ni. Aku dapat bayangkan secara jelas setiap babak aksi pertarungan (dimana aku selalunya akan skip saja dalam buku-buku yang lain).

Cuma pendapat aku, mungkin scene perjalanan keluar dari markas Ezekiel itu terlalu meleret. Sedikit penat untuk dihadam, tapi memandangkan ini buku yang pertama jadi aku masih boleh terima.

Apa-apa pun, buku ini merupakan permulaan yang baik untuk trilogi Projek Athena!
Profile Image for Azril Noor.
310 reviews5 followers
March 21, 2023
"Adakah saya...masih lagi manusia?"

Pertama kali membaca karya penulisan Syeraho. Buku ini mengingatkan aku pada sebuah filem Netflix, Jung_E. Cuma filem itu tentang android dan buku ini tentang manusia ciptaan. Aku suka dengan babak aksinya, walaupun tidak terlalu detail, tapi padat. Penat juga menjadi Athena ni. Senarai rujukan disediakan di muka belakang, menunjukkan buku ini ditulis dengan penuh informasi, bukan semata fiksyen.
December 27, 2022
Suka betul plot twist pasal si Ezakiel ni. Love the way I can see how the plot worked and vividly imagine each scene especially when Athena and Dr Aria were chased.

Aku suka cara pembawaan dakwah penulis ni. Walaupun mostly watak tiada ciri muslim tapi dapat tengok cara dakwah yang ingin disampaikan tu, santai je. Tak sabar next episode pulak.
Profile Image for Shine Imani.
20 reviews
November 15, 2025
Alhamdulillah, syabas penulis & penerbit. Teruja bila seorang wanita dapat keluarkan novel genre aksi dan sci-fi. Cerita yang menarik & penuh mesej kebaikan.

Looking forward untuk 2 buku seterusnya pula.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.