What do you think?

Pemberontak Filem
Sebuah kumpulan esei-esei tentang pandangan Nasir Jani terhadap seni filem. Memahami pemikiran beliau membuatkan kita lebih dekat dengan gelora yang berlaku dalam dunia filem tempatan.
Sering disifatkan sebagai seniman yang melawan dan memiliki ‘kemarahan’, maka dengan buku ini, kita boleh menyematkan gelaran pemberontak filem ke dada beliau.
Sering disifatkan sebagai seniman yang melawan dan memiliki ‘kemarahan’, maka dengan buku ini, kita boleh menyematkan gelaran pemberontak filem ke dada beliau.
374 pages, Paperback
First published March 1, 2019
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
July 8, 2022
Walaupun sekadar pembaca biasa bukan dengan latar filem, saya fikir tulisan dan pengalaman penulis tetap memberi inspirasi; daripada cara kerja dan karakternya yang berprinsip.
Esei-esei penulis juga adalah ajakan supaya kita celik filem. Penulis menamakan Hussein Haniff sebagai pengarah filem yang lebih baik berbanding P. Ramlee, yang kelebihannya adalah storytelling. Kata penulis lagi, pembikin filem terbaik adalah kombinasi keduanya.
Tulisan-tulisan yang menarik. Membuatkan kita lebih menghargai karyawan serta tangan-tangan seni di belakang tabir sesebuah filem atau drama tv.

July 14, 2019
Buku ketiga tulisan Nasir Jani yang aku baca. Kurang power la. Tak mengancam macam buku "Brader, Kita Mesti Terus Hidup" dan "Cetak Rompak Kepala Bapak". Mungkin sebab buku ni anekdot dari penulisan abang nasir dalam akhbar kot, sebab tu tak keras sangat macam buku-buku lain. Kalau "pedas" sangat karang, tak pasal-pasal kena block dengan editor akhbar pulak. Hmm...
March 1, 2022
Buku ni banyak mengajarkan aku tentang terma dan definisi tentang apa itu asas filem dan apa itu high angle shot, low shot, mis en scene dan sebagainya. Dari segi teknikal ia banyak mengajar tentang visual imaginasi seorang pengarah filem. Dalam buku ini juga ada menyentuh tentang cathay keris dan malay film production
Dalam penulisan buku ini, nadanya seperti menjelaskan apa yang berlaku sekitar pengambaraan dan sejarah beliau selama 40 tahun dalam dunia seni. Rebel dan beliau berpisah tiada kerana mempunyai pendirian yang tetap dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai film maker. Sungguh berbaloi membacanya 🔥🔥
salute 🔥🔥🔥🔥🔥🤘

April 24, 2019
Kompilasi tulisan Nasir Jani yang pernah terbit di akhbar Sinar Harian. Menerusi tulisannya, Nasir banyak menceritakan pengalamannya sebagai seorang filmmaker sejak awal tahun 1980-an sehingga kini.
Terdapat beberapa tulisannya yang meraikan persona non grata dalam dunia perfileman Malaysia seperti Hussain Haniff, Dr. Anuar Nor Arai dan Mansor Puteh.
Buku terbaik Nasir Jani setakat ini.
Terdapat beberapa tulisannya yang meraikan persona non grata dalam dunia perfileman Malaysia seperti Hussain Haniff, Dr. Anuar Nor Arai dan Mansor Puteh.
Buku terbaik Nasir Jani setakat ini.
June 25, 2021
4.5 bintang untuk buku Pemberontak Filem. Satu lagi buah tangan dari Nasir Jani menceritakan sejarah perfileman negara, disebalik tabir kerenah orang- orang filem, dan susuk tubuh tokoh yang menjadi pujaannya.
Pendapat aku buku ini penuh ilmiah terutama menceritakan tentang sejarah macam mana suasana perfileman tahun 60an - 90an. Sebagai Gen-Y banyak juga aku baru tahu tentang informasi- informasi tentang Nasir Jani dan suasana filem pada zaman tersebut.
Dengar- dengar cerita akan ada Pemberontak Filem 2 nanti. Ok, aku menunggu dengan penuh sabar.

February 6, 2024
membaca pengalaman seorang tokoh yang melawan ketidak adilan dan korupsi pemerintah dalam industri kreatif sedikit sebanyak membuka minda generasi ini untuk faham kenapa perlu bangkit melawan.
Hidup ini Keras dik!
Hidup ini Keras dik!
Displaying 1 - 6 of 6 reviews