Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aeldra

Rate this book
Ai. Lyn.

Aeldra panggil aku Ai. Afeef panggil aku Lyn. Sebetulnya, nama aku Ailyn. Umur dah 29 tahun tapi belum menikah. Afeef tu dah jadi boyfriend aku selama 11 tahun. Tapi... Belum mahu ajak aku kahwin. Entah apa kurangnya aku... Hesy!

Aku ni...
Rupa paras √
Awet muda √
Bussiness sendiri √
Rumah √
Mak ayah √ Dua-dua masih hidup lagi.

Aeldra mengurat aku tapi aku malas layan. Hei, aku Ailyn... seorang pencinta yang setia. Aku jaga cinta dan hati aku ni untuk boyfriend aku tu.

"Dia arkitek, dah tentu dia tak ada masalah duit nak kahwin dengan Ai. Tapi kenapa ddah 11 tahun couple Ai dengan dia masih tak kahwin-kahwin? Ai patut curiga"

Ini ayat Aeldra. budak hingusan ni sengaja nak racun fikiran aku. Sebab Aeldra, rasa curiga aku tiba-tiba tumbuh terhadap Afeef. Hmmm... Aeldra tu, senyum pun nampak gusi, gigi bulky... Namun bila lama-lama dengan dia ternyata menghabiskan masa berbual dengan Aeldra sangat menyenangkan.

"Tapi kan... Macam cute pula tengok dia senyum nampak gusi tu. Buat muka dia rare dan exotic! Rasa macam tak jemu tengok muka dia..."

"Bibir dia, Sab seksinya!..."

Aku tepuk dahi sendiri. Boleh rosak pemikiran suci bila dapat kawan-kawan yang suka pandang orang macam scanner! Ada saja topik hangat yang akan keluar kalau nampak lelaki depan mata. Sebab itulah ilmu selepas kahwin aku agak banyak, dapat daripada Sab dan Min, bestfriend aku. Mentang-mentang dah kahwin. Isy!

Mula-mula aku malas nak endah kata-kata Aeldra tapi selepas satu peristiwa yang berlaku depan mata antara Afeef dan perempuan lain, aku rasa dunia menjadi gelap.

Aku sayangkan Afeef.

Perlu ke aku maafkan Afeef dan terima dia semula?

"Ailyn, lelaki gentleman itu wujud tak kira usia... Not all men mature at the same rate."

Aeldra, jangan serabutkan aku!

436 pages, Paperback

First published March 1, 2019

1 person is currently reading
108 people want to read

About the author

Rose Harissa

35 books220 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
77 (53%)
4 stars
51 (35%)
3 stars
13 (9%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
April 10, 2019
1. Ni buku Kak Rose, berlabel "Chick Lit" dan kerana label tersebut "novel chick lit " dijadikan topik perbualan hangat di dalam group. Rupanya selama ini saya ada definasi yang salah . Bila ada label sebegitu yg saya fikirkan oh mungkin macam kisah Proposal Cinta Selamanya versi PTS. Tetapi tidak mengapa tak menganggu pun.

2. Satu kisah dua takdir... macam mana tu?? haruslah penasaran kan. Kena sabar okay jangan aci main lompat je nanti tak dapat apa-apa. Permulaan kisah santai-santai je tapi tak bermakna ia kosong tanpa arah tuju. Saya rasa macam penulis keluar taring pulak kali ni terkesima jugalah dibuatnya.

3. Saya mengaku saya lebih menyukai takdir 2, kalau takdir satu dah rasa mcm baca buku Mat Gorn pulak. Haha kebetulan otak saya juga masih belum move on dengan FANTASTIK .
Takdir dua menjadikan kisah ini luar biasa, dan mungkin kerana itu buku ni di letakkan dibawah kategori POD. Iya saya rasa agak murung seketika, apa yang Aeldra alami tu sangat meruntun hati. Manusia jijik mcm itu ada je di mana-mana.

Extra Credit kepada penulis kerana berani sentuh isu "Pedofilia", mungkin saya terlepas pandang, mungkin juga saya tak ambil peduli, tapi hal ini bukan perkara yang wajar di ambil mudah. Siapa sahaja boleh jadi mangsa dan pemangsa. Kasihannya saya tak kuat nak baca kes-kes macam ini, tapi apa yang ditulis di dalam novel ini sedikit-sebanyak membantu saya untuk lebih "alert"
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 20, 2019
Dua pengakhiran yg berbeza bermula chapter 15.

Saya percaya jika ia berakhir dengan yg pertama, ramai pembaca akan kecewa. Keluarga Afeef menjadi penyebabnya selepas kejadian yg tak diduga. Tentang kanun akta tu beri in layman term lah. Saya bukan belajar law dan vitamin M terlebih nak fahamkan betul part ni. Dan ceritanya tergantung tanpa pengakhiran yg memuaskan. That man didnt deserve Ai. Apa benda kisah dlm kelambu dan di luar kelambu dan expectations diceritakan pada sahabatnya. Alahai..buat malu je. And 11 tahun didnt mean anything to him ke lepas all his expectations dibentangkan? Then yg terkejar2kan si Ai lagi tu buat apa? Wife material?

Ending yg kedua lebih memuaskan. Happy ending. Usaha tangga kejayaan. Wuah tak sangka si Aeldra ni. Tapi ada kisah sedih dari masa lampau Aeldra. Dan saya tak sangka juga usia semuda Aeldra, dia tersangatlah matang. Saya suka keluarga Ai dan orang2 sekeliling Aeldra. Very supportive to these two.

Sama seperti Rin Ahmad dan juga beberapa author yg lain, Rose Harissa juga punya kekuatan tersendiri dalam menggarapkan watak2 dan plot bagi setiap naskahnya.

Beberapa issue diketengahkan bagi mengukuhkan lagi jalan ceritanya.
Pergaulan bebas dan berlagak suci.
Bisexuality as their choice of sexual orientation.
Incest.

Daripada jarang2 kita dengar dah menjadi satu trend pula sekarang ni dengan tersebarnya berita2 dari media massa. Bukan tak pernah ada, tapi dengan tersebarnya berita begini, saya berharaplah, orang2 akan lebih berwaspada dan jadikan ia sebagai ikhtibar.

Kerana sebab2 ni, yg biasa boleh menjadi issue luar biasa. Bagaimana system negara melindungi the Victim?

Ini apa yg saya look out for most of the time. Kelainanan dalam bercerita. Issue semasa yg tak makan dik zaman. Penyakit2 yg berbeza dan issue pergaulan dalam masyarakat kita. Tidak lupa juga bagaimana mereka tangani issue begini. Walaupun kurang pencerahan tapi ia just nice untuk melengkapkan jalan cerita. Bagi saya worth giving this book a shot.
Profile Image for fifichii.
9 reviews7 followers
March 18, 2024
1 Euwwww Stars

*Review ni ada spoilers tau*

What I liked:

1) The author's writing style, easy to follow walaupun ada seketul dua perkataan yang I had to Google.
2) The plot, kinda new for me when it comes to Malay novels (half of it je la, separuh lagi feels a bit too much, semua masalah rumahtangga / seks author nak masukkan huh)

What I hated:

The characters.
1) Heroine - Selalu dihina-hina oleh boyfriend yang berbalut red flags tapi 11 tahun tetap sabar. Adakah beliau buta dan pekak?
2) Heroine and her friends - Nonstop bercakap pasal seks, pasal bedroom stuff. Lepastu meliur tengok si L, imagining lewd things about him and all. (I was like, what the? Konon-konon lelaki pun macamtu gak perangai so women can do it too. No hun, your circle yang a bit screwed up! I'm 29 too, and no, me and friends takdanya non stop bercakap pasal seks macam orang gila seks je. As for guys, tu lah gunanya menjaga mata. Kalau for education purpose, boleh lah nak kata it's a harus thing, tapi kalau dah constantly discuss pasal sexual stuff with inuendos left and right tanpa keperluan, tu dah jatuh haram. Ah mintak dijauhkan la dari circle macam ni.)
3) The Bf - red flags kiri kanan, 100% laki tak guna
4) The Hero - first 'date' dengan si heroine, guess what he did? Mengajak si heroine menskodeng orang yang tengah buat oral sex in a car. So cute, totally you're what you attract, heroine macamtu, totally deserving of such a hero as well
5) Heroine's Friend, Fai - Musuh dalam selimut, sengaja nak menjebak si heroine menjadi mangsa si bf, sedikit rendah IQ, mulut laser nak mengalahkan boyfriend si heroine. Sel otak kurang berhubung sebab mendekati zina kot, so anak-anak, jauhilah zina.
6) Nurul, budak yang ada crush dengan si hero - mulut laser macam takda maruah diri je

All in all, all main characters are very dislikable for me in this novel. And the theme dalam novel ni yang berfokuskan kepada seks membuatkan I feel a bit nauseated sebab it was treated as something light when the characters are all Muslim, macam halal haram tu boleh tolak tepi gitu je. Yes, the author did try with a bit of pengajaran here and there, but pengajaran tu 1%, yang bercakap pasal seks life tu 99% huhu

And oh, macam author letak semua benda pasal seks in this book, labelling the book as a chic lit tapi heavier on mature stuff in my opinion. Sex stuff / relationship issues included:

1) Perhubungan bebas, berdua-duaan kat rumah tanpa pengawasan itu ~biasa~.
2) Zina itu pun ~biasa~
3) Gay pun tak terkecuali
4) Curang apatah lagi
5) Oral Sex in the bedroom / in the car itu biasa
6) Mengimagine genitalia size pun ~biasa~
7) Berbicara pasal body sexy itu pun ~biasa~
8) Pregnancy out of marriage pun no hal
9) Memikirkan laki lain while in a relationship is no problemo too
10) Incest

All in all, jatuh my IQ reading this novel. No, I'm not a prude per se, so I'm not new to talks of sex and all but that doesn't mean that it doesn't disgust me when ianya dibicarakan nonstop dalam semua konteks tak kira situasi. Ya, I know yang benda ni memang berlaku pun in real life but I still I feel sedikit kecewa dengan lifestyles portayed in this book yang mengetengahkan permasalahan melibatkan sex but in a way that says that yes, Muslims do it too and guess what? No big deal. It's the brushing off of hukum hakam unless it suits the character's beliefs that annoys me. Berdua-duaan dengan bukan mahram, stay serumah, discussing zina etc tak da mention langsung pasal halal haram. Tapi bila part oral seks, eh siap ada link from mufti. Why? Sebab the caharacters tak da rasa apa-apa time buat yang haram so they couldn't care less, tapi yang makruh tu kena ada backup hukum sebab diorang feel like it's a sweet thing between husband and wife so it's very important for them.

Ah I'm a bit melalut here but I'm too lazy to fix my wordings or reorganize my thoughts so I'm just gonna sign off and figure out how to get rid of the novel.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
April 12, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM25. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Rasanya review yang panjang sudah tidak diperlukan kerana pendapat N tidak jauh berbeza dengan reviewers yang lain.

Credit must be given where it is due. Ini kali pertama N baca novel yang mempunyai dua ending. Personally, as someone yang tak perlu happy ending to feel satisfied, I like both endings kerana kedua-dua ending tersebut mempunyai feel yang berbeza.

It didn't take me long to finish the story because it was that good! Don't be thrown off by the 'chick lit' genre kerana ia bukanlah satu benda yang asing dalam dunia novel Melayu. It just basically means that cerita ini dari POV atau perspektik karakter perempuan who is the main character and focus of the story. So if you expect cerita ini dari perspektik Aeldra, you won't get any of that here.

Highly recommended!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 14, 2019
[BOOK 145]

Aeldra by Rose Harissa
.

Best!!!
.

Okaylah. Macam yang semua tahu, buku ni ada 2 ending.
.

Permulaan cerita, aku suka bila RH visualkan detik pertemuan antara L dan Ai. Cerita macam mana matangnya seorang L Dalam memikat hati Ai. Love those both characters la. Dorang memang complement each other walaupun dorang berbeza latar belakang, pelajaran dan usia.
.

Ending 1: weh, aku nangis baca part ni. Kenapa? Kenapa kejam sangat takdir cuba memisahkan mereka?
.

Ending 2: huihh..lagi dahsyat. Dia punya twist tu, bukan Ai je yang terperanjat, aku pun. Tapi happy ending la untuk mereka.
.

Apa yang aku suka dalam buku ni ialah bagaimana kita sentiasa ada dengan orang yang kita sayang pada masa susah dan senang. How we support and accept each other's flaws and interests.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
July 23, 2019
Akhirnya sampai seru habiskan buku yang tiba-tiba berjaya buat Bonets penuh dengan notifications 🙊

Full review: 23/07/2019

Baik, ‘lambat panas’ -- mungkin ini aku je yang rasa kerana awalnya teringat Serasi Di Hati. Jadi aku macam terganggu, tertanya-tanya ke mana arah tuju cerita ni, gituuu.

1. Aeldra (L), yang biasa-biasa tapi bukan hero Rose Harissa (RH) kalau ia tidak dideskripsi luar biasa, kan? Cuma kali ini dengan flaw yang ada buat L nampak mahal dan dengan tu lebih mudah hati jatuh kasih 😝 (baca: kasihan).

2. Aku suka bila isu pedofilia & GSA dikupas dengan cukup bersahaja. Mungkin berpadanan dengan hasrat hati Kak RH yang mahukan kisah santai, tapi ya dalam pada itu tetap tidak dibiarkan kosong. Dan, untuk itu aku tambah 1 bintang. Yayyy

3. Seperti biasa penulis akan berkias -- bila sudah suka halalkan hubungan. Bukannya dikelek anak dara orang ke hulu hilir.

4. Bonding -- friendship & family yang mengujakan baik dari pihak Ai mahupun L. Seronok baca kalau ada positive vibe seperti ni walau ada masa part Sab & Min tu kussss semangat haha.

5. Sekali lagi, konsep POD dengan beri dua ending yang berbeza. Jujur, kalau ianya tamat di Takdir 1; rasanya notifications penulis pula yang penuh haha.

Dan ya kerana ini naskhah yang berani (bak sesi M dengan teman -- Kak RH bagai ‘balas dendam’ kali ni), pada hematku, ia tak sesuai untuk tontonan umum. Silalah menapis bila perlu.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
June 20, 2023
❗❗ FOR MATURE READERS ONLY ❗❗

Trope: Age gap romance (Older FL, younger ML)

Not here to talk about the plot because uhm -

Yeah. Let's just not.

But the thought of having my very own L is just...



I think I wouldn't mind being with someone like him. He's literally everything a woman needs?! Straight forward, goal-oriented, hardworking, cool sense of fashion, and caring - oh good lord... I think I wanna stay daydreaming about him forever 💦

Profile Image for Mslvoe.
2,073 reviews200 followers
March 7, 2022
Ada 2 plot ending

First ending - alaaa sedih. Takdir memisahkan mereka. Why ending-nya menyakitkan hati?

Second ending - happy ending after bad nightmare terbongkar. Geli pulak bila bayangkan 🙈
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 9, 2019
lom hader review.. masih dalam tempoh bertenang. taaanjaaatt gegirl kali ni. tu la... pepandai interpretasi "chick lit"... sekali ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. tak tau lah ada relevan ke hidak peribahasa ni... sis masih dalam keadaan terkejut. 🙈🤭😅
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
April 5, 2019
Sebenarnya tengah layan novel Sugar? Tetiba sampai novel ni.Curious macamana satu cerita 2 takdir punya konsep maka terbeleklah belakang dahulu..ok so kira tak aci sikitla sebab baca ending dulu baru start kat depan.haha..sebab novel ni nipis je maka terkhatam yang ni dulu 😂

Kisahnya santai sahaja sebenarnya Ailyn dan Aeldra yang muda 9tahun. Tapi sebab Ailyn ni awet muda n L pula matang dari usianya maka menampakkan mereka pasangan yang serasi. Suka dengan jerit perih diorang mengembangkan bisnes masing2.

Honestly cerita 2 takdir ni bukanlah kegemaran saya tapi sebab saya suka dengan takdir 2 maka saya pejamkan mata sahaja lah untuk takdir 1.hehe..kalau ikutkan takdir 1 kurang lagi * nak bagi.hehe..
Ok boleh sambung baca Sugar? 😆
Profile Image for Intan Safirah.
21 reviews2 followers
April 26, 2019
Sebuah karya yang nipis, tapi 'tebal' isunya bagi saya. Tapi cara olahan santainya buat anda tak sedar anda begitu cepat boleh menghabiskan bacaan. Saya lebih tertarik kepada jalan kisah hidup Aeldra berbanding Ailyn. Maka wajarlah tajuk buku ini dinamakan sempena Aeldra meskipun POV1 ialah dari sudut penceritaan Ailyn.

Aeldra... Begitu istimewa. Jarang ditemukan tapi orang sepertinya wujud dalam masyarakat. Jika difahami kisah hidup Aeldra, begitu perit, tapi penulis membentuk wataknya begitu dominan, begitu positif Aeldra bangkit dengan pertolongan insan yang membimbing. Betapa saya berharap buku ini berjaya menyampaikan kepada umum bahawa masa lampau yang keji boleh dinyahkan dari hidup andai kita mahu. Jangan jadikan ia asbab untuk kita terus jatuh.

Dan di dalam novel ini juga ada percikan-percikan 'pelan ekonomi' penulis yang mengagumkan. Saya suka bagaimana penulis letak semangat berniaga pada wataknya. Terasa sangat real dan adakalanya watak Ailyn yang memberi dorongan kepada Aeldra itu, saya tergambar itulah Rose Harissa yang sebenar. Tahniah buat penulis.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
April 4, 2019
20

NOVEL : Aeldra
PENULIS : Rose Harissa

Adakah dek kerana penangan Misteri Dilaila membuatkan penerbit Karyaseni cuba mencipta kelainan dengan terbitnya naskhah POD ini? Sesuatu yang saya kira sangat bagus untuk dunia novel Melayu. Saya sokong usaha sebegini. Barulah puas membaca. Gitukan.

Berbalik pada kisah Ai dan L. Berbeza usia 9 tahun tidak menjadikan mereka kekok untuk mengenal cinta. L, walaupun baru 20 tahun, tapi kematangannya berjaya menambat hati Ai. Tapi, sayang... Ai sudah dimiliki Afeef. Namun, kata L, baru boyfriend. Macam-macam boleh jadi. Sehinggalah, dengan mata sendiri Ai menyaksikan kecurangan Afeef... Dan, di sinilah permulaan takdir.

TAKDIR 1
Singkat sahaja. Namun, penamatnya cukup buatkan hati ini hujan. Haha... Rose Harissa berjaya bermain dengan emosi. Bukan salah L. Tapi, dia terpaksa demi Ai.

TAKDIR 2
Lebih panjang berbanding Takdir 1. Di sini, plot twist demi plot twist berjaya dihasilkan penulis. Memang dah macam tengok Misteri Dilaila gayanya. 😂😂😂

Kesimpulannya, novel AELDRA ini merupakan sebuah karya 'berani' dan 'dewasa' daripada penulis. Banyak tips rumah tangga dikongsi dalam novel ini. Rugilah siapa yang tak beli. Hahaha...Tahniah Rose Harissa untuk novel ini!

p/s : Dan impian untuk melihat novel Nur 2 ditulis RH menjadi kenyataan. Yeay! Tibe.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
April 24, 2019
kalaulah buku ni berakhir di takdir pertama, mesti pembaca akan frust gila. Tapi bila baca takdir kedua, ya Allah lagi banyak tragisnya. Kesiannya kat Aeldra. serius tak sangka. hampir je buku ni diletakkan kat tepi sebab terkejut. Ngeri weh. Kiranya plot kak rose berjayalah buat pembaca terkesima kan?

sampai sekarang... saya masih terfikir-fikir dengan nasib aeldra. Tabahnya dia dan mujurlah ailyn sangat positif dan karakter dia menarik. Yalah,kalau tak menarik tak adanya aeldra tu sukakan ailyn dan serius ajak kahwin.

Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
October 5, 2025
Bacaan matang, TW, paedophile, genetic sexual attraction.

I suka apa yang penulis cuba sampaikan cuma ada beberapa scenes yang buatkan I tak berapa selesa. Ada 2 takdir. Dedua I suka tapi paling suka takdir 1 hahaha (i love angst btw).

ps - kenapa tak suka orang senyum nampak gusi? Bagi I orang senyum nampak gusi sangat attractive hahah. Takpun cuba tengok ✨Lee Jun Young✨ :D
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
April 4, 2019
Sebuah karya 'Chick Lit'
.
..... haaaa jangan terpedaya (seperti kakwan) dengan perkataan 'chick lit' ini ya... hikhikhik
.
Pada kakwan buku ini masuk kategori bacaan dewasa dah! Menekuni naskhah Che Rose kali ini, ada sesetengah part, kakwan sendiri tersipu malu... (acah-acah muda remaja)
.
Tapi apa-apapun... karya Che Rose tak pernah menghampakan kakwan.
.
Dan, kakwan lebih suka Takdir II. (senyum lebar)
.
.
Ok.
.
Full stop.
.
.
.
.
~Kak Wan
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
February 22, 2023
Boleh tahan banyak isu dalam buku nipis karya Rose Harissa. Bahasa yang lebih "dewasa" , tak berlapik mengingatkan aku dengan novel English. Tak sesuai untuk pembaca bawah umur.

Aeldra menceritakan kisah Ailyn yang 'bebas' bercinta dengan Afeef selama 11 tahun sebelum bertemu dengan Aeldra yang jauh lebih muda.

description

Kawan-kawan Ai; Sab, Min & Fai memang banyak bergosip berkenaan lelaki kerana dua daripadanya sudah berkahwin. Banyak berkongsi isu rumah tangga, isu dalam selimut. Aku terfikir, mmmh macam ni ke bila lelaki 'scan' perempuan dengan mata seksual mereka?

Setiap kali Afeef muncul, tekanan darah aku naik dengan setiap komen yang keluar dari mulut dia.

description



"Bagi aku, menikah ni umpama jerat lepas tu lupa. Bila ada hal buruk berlaku, kita sendiri jatuh dalam jurang jerat tu."

"Kenapa lelaki mesti lepaskan kebebasan yang ada semata-mata untuk terikat secara sah dengan perempuan kalau akhirnya hidup huru-hara"

Aku enjoy baca buku ni sebab bahasa santai, dialog yang best dan aku juga sukakan dinamik Aeldra dan Ailyn walaupun berbeza umur. Nampak kat sini mereka sekufu dari segi pemikiran, umur sudah tak jadi isu.

"Sebab saya tak tahu nak buat apa lagi bila sedar saya sukakan Ai. Saya dah dalam fasa apa yang mesti saya buat selain daripada nak nikahi dia..." - Aeldra

Isu lain termasuklah LGBT, GSA, SA, berzina, selingkuh dan sebagainya.

Macam nak tulis lagi tapi tu je lah kot nanti aku update lagi HAHAHA

Update:

Tak dapat disangkal lagi, apa yg diperhatikan oleh lelaki pada wanita adalah tubuh badan. Aku tak gemar bila Aeldra bernafsu/bermimpi mengenai tubuh Ai dan tanpa segan silu bagitau Ai. Afeef pula anggap Ai objek, simbol seks.

Aeldra memang cukup pakej bf/suami. Dia rajin, pandai buat kerja rumah (tanpa disuruh), pandai bergaul, berfikiran matang, cheeky and boleh bawak scrambler!!!!!!!
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
April 23, 2019
Kisah yg diutarakan dlm Aeldra kali ini lebih santai berbanding Raid namun hasil yg dipersembahkan dgn 2 ending yg berbeza sgt ohsem.

Utk kisah 1, saya menyukai jln cerita yg disampaikan. Cuma pengakhirannya.. Ohhhh kenapa mesti begitu????? Ku terkaku sekejap dan tetiba rs tidak puas hati dgn nasib L.

Tetapi bila membaca kisah 2, haha mmg tidak kering gusi bila part L dtg meminang Ailyn sendirian. Aduhh betapa polos dan jujurnya L bila diinterview oleh keluarga Ailyn. Sebak juga terasa semasa mereka sembahyang berjemaah dan L menangis teresak2 kerana diberi peluang utk merasai berjemaah bersama. Juga diselitkan takdir L dgn pedofilia. Bagaimana traumanya L dlm menghadapi situasi tersebut.

Kalau ditanya tentang kisah mana yg saya suka, ofkos saya memilih kisah 2 kerana kisah tersebut mempunyai pelbagai rasa dan rencahnya complete. Cuma kalau diperdalami sedikit lg pengakhiran utk kedua2 kisah, pasti ianya akan menjadi lebih terkesan.

Overall, utk Aeldra..writter berjaya memukau kami para pembaca dgn karya anda. Jalan cerita, plot dan olahan superb. Dan YES, saya benar2 menyukainya.
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
August 26, 2019
Kus semangat baca ending Takdir 1. Nasib baik berjaya pujuk hati dengan ending seterusnya seindah warna pelangi.

Kali ini I pejam matakan saja. Sebab I suka L & Ai. Best.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
May 17, 2019
Ini karya kedua RH yang aku baca selepas cerpen Ali Alauddin dalam kompilasi Sempurnakan Cinta. Kalau ikutkan saya merupakan peminat baru karya RH. Disebabkan karya ini POD dan diberitahu ada 2 takdir yang berbeza, rasa nak baca tu membuak-buak. Samalah macam rasa nak tgok Misteri Dilaila yang ada dua ending tu, tapi sayangnya ending 1 dia dah buat aku tak suka filem tu. So, aku tak ambil peduli dah ending ke-2 dia macam mana. 😂

Berbalik kepada Aledra, ini adalah sebuah karya yang berani dengan keterbukaan penulis menceritakan kisah seorang lelaki bernama Aledra dari sudut pandang perempuan. Mula-mula baca tu rasa terkejut jugaklah. Sempoi dan tak berlapiknya Sab & Min 'bedah siasat' Aledra melalui pandangan mata. Dahlah Ai suci murni lagi. 😂(Samalah dengan orang yg baca ni, tak kahwin lagi) Tapi kelakar giler kot diorang 4 sekawan ni. Lagi sorang kawan baik Ai ialah Fai. Aku tak suka sangat dia sbb dari awal lagi aku dah syak dia ni mesti sesuatu & sampai ke takdir ke - 2 baru tau dan tekaan aku tak salah.

Aku ingat tajuk dia Aledra, mesti berPOV kan dia, tapi sudut penceritaan Ai pula yang disentuh oleh penulis. Dekat bahagian terakhir setiap takdir baru penulis cerita dari sudut Aledra. Tapi okey je bagi aku. Untuk Takdir 1,aku tak rasa itu penamat yang aku nak. 😭 Banyak persoalan yg tak terungkap dan aku tak capai kepuasan dlm bacaan. Actually, tak mau Aledra end up gituuuu Ai. Pedih oittt

Aku lebih suka takdir 2. Jalan ceritanya membuatkan korang rasa sayang nak stop bila baca. Semua rahsia terungkai di situ. Aku suka giler keluarga Ai yg sporting dan Aledra yang berani mati. Dia straight forward giler. Dia akan terus terang apa yang dia rasa tanpa berkias pun. Starting perkenalan dia dgn Aledra dekat kedai komputer lagi. Rasa nak tepuk dahi sendiri bila dia duk mengorat Ai dan dia seorang yg pandai menambat hati orang untuk suka kat dia. Tapi di sebalik kesempoian dia tu, ada peristiwa hitam yang dahsyat dlm hidup dia. Aku ingin dia tu spesis langau biasa dlm cerita cinta hero dan heroin rupa-rupanya... (sila baca sendiri kalau nak tau siapa)

Ku tabik dengan kak RH sebab mengetengahkan isu Genetic Sexual Attraction (GSA) yang bersumberkan kisah benar. Memang isu berat tapi olahan RH dlam Aledra ni ku yakin tak akan membuatkan korang pening kepala pun. Dan saya suka juga ilmu perniagaan yang diterapkan dlm Aledra, baik dari segi ilmu komputer, ilmu jual burger dan pasaran t-shirt online. Dan banyak lagi ilmu2 baru yg aku tahu bila baca Aledra. Tapi fikiran korang harus terbukalah ya. 😁

Overall, bagi aku kisah Aledra & Ai cukup rencah. Ada part yg buat aku geram, terkekek gelak, geli nak muntah macam Ai, sedih & lovey-dovey 😍 Dan aku pun bersetuju dgn nasihat dlm Aledra yang lelaki ni kalau tak bersungguh nak halalkan perempuan even dah 11 or berpuluh tahun korang berhubungan memang tak matang dan patutnya orang perempuan kena curiga. Baik korang hati2 dengan mamat begini. Annoying sangat aku dgn watak Afeef ni. Nak buktikan cinta dengan buat benda tak halal sebelum nilah. Euwww Jadilah seperti Aledra yang jujur & berani. Ingat bawak cincin je, tapi dia standby sirih junjung Dan duit hantaran terus jumpa keluarga mentua. Hahaha...rare betul! 😁
Profile Image for Nik Natia.
65 reviews3 followers
January 9, 2026
⚠️ Mature
ML - Muda
FL - Tua
Jarak beza umur 9 Tahun
Ada 2 Takdir berbeza
Takdir 1
Setiap keputusan yang kita lakukan membawa kita dalam perjalanan yang berbeza. Sama ada kita menikmati perjalanan itu atau tidak

Takdir 2
One day you will meet someone who will change your life for good. Because the way this person will look at you, is like they have known you for forever. And the way this person will look at you, will tell you that you are worth everything that you want in this world.

Takdir 2 yg terbaik..
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
February 5, 2021
Topik yang taboo berjaya ditulis dengan baik. However, unlikely I will reread it. Rather disturbing for me. Sorry.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
April 17, 2019
Tahniah rose harissa. First time baca novel yang ada 2 ending version. Dah macam movie MISTERI DELAILA plak.
Nampaknya dunia penulisan malaysia dah variasi. Actually, Kedua-dua ending version ada keistimewaan tersendiri. Tapi takdir 2 lebih dramatik dan tabik pada penulis yang berani menyentuh isu pedophile. 5 bintang!
Profile Image for Penchinta Novel.
78 reviews
April 7, 2019
Buku yang punya dua takdir dalam satu naskhah. Rasanya ni pertama kali aku baca buku yang ada dua ending. Yang pastinya kedua-dua takdir, aku puas hati.

Tahniah buat penulis, karya kali ni penulis lebih terbuka dalam isu yang ada berlaku di sekeliling kita. Pedofilia, lgbt. Isu hangat yang ada berlaku.

Kesian pada L. Kesian juga pada Ai. Masing masing punya kisah hitam yang selubungi hidup mereka. Tapi akhirnya bahagia milik mereka yang pasti. Tahniah sekali lagi buat penulis. 😘
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
May 21, 2022
Aeldra, budak muda yang berusia 20 tahun. Pertama kali bersua dengan Ailyn, gadis berumur 29 tahun. Hati sudah terpaut.

Saya pun rasa was-was tau. Macam Ai. Biar betul budak ni suka orang macam Ai. Pangkat kakak pulak tu. Tapi penulis ni pandai nak bagi sedap sikit jalan cerita tu, Ai ni awet muda. Muka muda remaja tak sepadan dengan umur. Manakala L pulak nampak matang lebih dari usia.

Pasal Afeef tu saya taknak cerita. Geli... Liberal... Tak boleh nak terima cara fikir macam Afeef.

Takdir 1 saya rasa macam habis macam tu je. Mesti lah kecewa sebab not happy ending. Takdir 2 pulak lebih mendalam. Rahsia yang L nak sorok sangat tu terbongkar. Ai boleh terima ke? Konon she can handle the truth. Cakap senang la. Bila dah tahu tu meroyan.

Saya suka chemistry Ai dan L. Macam mereka ni dah memang berjodoh. Kerana Ai, L jadi lebih matang. Dan L sanggup buat apa sahaja demi orang tersayang.
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
March 26, 2023
Mostly sama pendapat dengan review2 yang lain. Dua takdir yang berbeza, dua rasa yang berbeza…watak L memang misteri. Best. Suka part Ai dengan L, nampak ada chemistry.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
April 12, 2019
Selesai dgn AeLdRa..bacaan santai ringan! sesuai utk bacaan senggang! ada cuitan nakal dr sisi perempuan ttg seorg lelaki! bkn melucah ya...ia sekadar borak2 ttg karekter seseorg lelaki dgn hanya sekadar memandang susuk mereka!..ttg apa imaginasi perempuan utk lelaki dgn membayangkan apa yg ada n bagaimanakah lelaki itu! n ttg perlunya perempuan tahu apa lelaki mahukan dgn memberikan pendapat dan berkongsi tip2 hubungan bahagia suami isteri!...adehhh...sengih sendiri saja la saya.... lelaki klu tgok perempuan..apa dia fikir n byg! hah gitulah....kiranya ni dr sudut perempuan la..ngehh 🤘

AiLyN... wanita dewasa yg berdikari n punya misi memajukan perniagaan onlinenya dgn lebih besar...tp dia tdk berrezeki dlm berhubungan kasih bila akhirnya berpisah dgn Afeef yg curang selepas 11 tahun bercinta.. tu diaa eh....lama menunggu dgn setia n harapan mahu bersama alih2 tinggal impian! spesis sampah betul laki cam Afeef nih!

AeLdRa...muda remaja yg terpikat pd Ai, mula rasa nk kawin dh..adehh...gelojoh nau tu dik oiiii!..apa pun kalau dah jodoh? sapa bisa nk menghalang! tp dia juga punya kisah hitam yg mengrengsakan! dugaan yg bkn sedikit utk seorang remaja lelaki di usia yg patut dia dilindungi dan lalui hari2 penuh ceria n bahagia! apa nk di kata, rezeki L dpt ibu haruan! mengerikan sungguh! biadap spesis perempuan mcm ibu L nih!

keseluruhan? citer ni bagus pd saya..kisah org kita..kisah yg tk mustahil ada berlaku! L yg tanpa latar belakang jelas menjadi remaja yg 'hilang diri'..kumdian berjaya diselamatkan! Ttg cinta bertahun yg belum tentu setianya! Ttg sahabat yg kita rasa kita rapat dan kenal luar dalam tp masih ada yg mahu dirahsia n berahsia!...Ttg ikatan keluarga yg kuat n terbuka menerima baik dan kurang seseorang!

Saya suka AeLdRa! kedua2 ending juga saya suka dan terima! Tahniah Rose Harissa. satu lg yg baik dr awak!

utk kekawan....klu terkenan suka..blh la pi carik k.....😊😁
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
April 6, 2019
Okeh, sebab karya RH kali ni dilabel chic lit- hal ini dibincangkan secara details dalam group wasap GB. Riuh rendah semalaman group yang dah lama tak meriah dengan noti beratus-ratus. #tagachik. Agagaga

Aylin- Afeef bercinta 11 tahun sejak dari zaman universiti. Aylin ada 3 kawan rapat, diceritakan secara details pada permulaan kisah Aylin-Afeef.

Sebab lama sangat bercinta kot, Aylin yang berdikari memang tak ada curiga langsung pada kekasihnya itu. Tambahan pula kehidupan mereka agak 'bebas' keluar masuk rumah walaupun Aylin claim dia pandai jaga diri. Tapi sebab perangai Afeef yang dah makin kuat membebel dan selalu luahkan perasaan tak puas hati terhadap Aylin menyebabkan Aylin rasa tak selesa. Walaupun Afeef hampir kantoi depan mata Aylin, kerana masih sayang 11 tahun perhubungan mereka itu Aylin mengambil sikap untuk mengalah. (Hailaahhhhhhhh, ada kawan pun bukan boleh harap).

Kesudahannya penantian 11 tahun Aylin memang sia-sia sebab depan mata sendiri dia menyaksikan agenda 'monyet' Afeef dengan skandalnya. Tapi tak boleh blah, Aylin tetap dipersalahkan oleh Afeef. Phuhhhhhh, memang bikin panas hati sungguh watak Afeef ni.

Manakala pertemuan Aylin-Aeldra pula, walaupun hanya kenal sebab Aylin beli komputer tapi Aeldra yang senang dipanggil L tu memang terang-terang menyatakan perasaan suka pada Aylin.

L memang budak 20 tahun yang berani mati menyatakan perasaannya pada wanita umur 29 tahun. Berani dan tegas dengan keinginan untuk memiliki Aylin, apatah lagi selepas kecurangan kekasih Aylin tu terbuka dengan mata L juga.

Kesudahannya, anda pilihlah sendiri mahu:

1. TAKDIR 1 - yang pendek dan padat tapi pasti buat anda tercenung memikir apa penamatnya. KakChik dah berair mata kalau penamatnya di situ. Kasihan L yang sanggup buat apa sahaja untuk Ai.

2. TAKDIR 2 - lebih terperinci diterangkan dan ada isu-isu sensitif untuk bacaan wanita yang waras sahaja (hahahahah). Kadang-kadang nak tersenyum pun rasa malu. Cara RH menghuraikan sesetengah perkara memang buat KakChik meremang bulu roma. Tapi yang KakChik suka karya RH sebab pasti dihasilkan dari kajian beliau sesuatu isu@perkara yang dikongsikan. Jadi di situ kita dapat ilmu, bukan semata baca novel cinta. Dan dalam takdir 2, kisahnya sungguh manis bergula walaupun ada kisah kelam kenangan L sebagai anak lelaki.

Dan KakChik rasa masa yang tepat oleh penerbit untuk menerbitkan POD dalam industri perbukuan di Malaysia sekarang.

#16/30


Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
October 18, 2019
walaupun buku ni nampak nipis tapi banyak isu di dalamnya. overall memang best baca buku ni.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 20, 2021
Aku tersenyum ketika membaca novel ni. Hubungan antara Ai dengan L ni nampak sweet even dorang berbeza umur yg jauh
.

Ailyn, founder untuk Ai-Lead. Satu jenama baju yg digemari anak2 muda sekarang. Berumur 29 tahun. Tp kalau dilihat, dia muda dari usia sebenar. Mungkin sebab dia amalkan petua utk kekal muda yg diberi mamanya atau sebab cara pemakaian dia sendiri
.

Aeldra aka L. Seorang salesman dekat kedai komputer yg Ai kunjungi. Membuat income tambahan dgn berniaga burger waktu malam. Pertemuan pertama menyebabkan L jatuh hati dgn Ai. Namun dia kecewa pabila Ai nyatakan yg dia dah taken oleh Afeef
.

11 tahun melakar cinta. Tp belum menemui noktahnya . Entah dimana silap Ai dengan Afeef. Fai, Sab Dan Min rakan baik Ai. Fai sering memprovok Ai tentang hubungan Ai dgn Afeef. Suruh jadi sepertinya dengan Azim. Yang seperti suami isteri sebelum masanya
.

L nekad menjadikan Ai sebagai suri hatinya. Tambah2 bila dia dan Ai sendiri kantoikan Afeef tengah berasmaradana dengan perempuan lain. L walaupon baru berusia 20 tahun, tp dia matang dr usianya
.

Ada 2 takdir dalam novel ni, tapi aku sukakan takdir yang ke 2. Walaupon pahit untuk menerima 'siapa' L sebenar tapi sekurangnya mereka mampu melakar bahagia berbanding takdir pertama
.

Diakhir takdir ke 2, aku sedikit tergamam dengan kehidupan L. Sangat2 tragis. Disebebkan hal itulah menjadikan L seorang yg sangat misteri. Ditambah elemen psiko menjadikan jalan cerita lg menarik
.

Tahniah buat penulis walau agak lambat. Btw aku tak nak tunggu novel TAO keluar
.
Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.