Jump to ratings and reviews
Rate this book

MITOLOGI - Sumpah Tun Ledang Shah

Rate this book
"Dari Tegap Bertimpuh Baik Rebah Merempuh"

Tiada siapa menyangka sebuah kitab enam ratus tahun yang diperolehi empat orang arkeologis dari arkib negara mengandungi sebuah kisah epik tentang kasih, maruah dan dendam seorang pahlawan luar biasa yang telah terhapus namanya dari sejarah Melayu.

Lebih menakjubkan ialah apabila tercetus sebuah misteri mengerikan apabila beberapa waris Laksamana Hang Tuah telah didapati dibunuh dalam keadaan yang mengerikan.

Apakah kaitan Hang Tuah dengan pahlawan terbilang itu, dan apakah peranan arkeologis yang diketuai Dr. Hariz Tarmizi dalam merungkai misteri yang lahir dari peristiwa silam yang terlipat dalam halaman halimunan sejarah?

Endie Shazlie, penulis novel bestseller, Penghuni membawa kita ke sebuah pengembaraan penuh epik yang bermula dengan penemuan empayer Melayu dan berakhir dengan dendam yang harus dilunas oleh seorang pendekar tak tertewas.

345 pages, Paperback

Published March 29, 2019

2 people are currently reading
60 people want to read

About the author

Endie Shazlie

2 books25 followers
Endie Shazlie was born on 21st January, 1975 in the state of Melaka in Malaysia. He grew up in the capital city Kuala Lumpur, where he went on to become an auditor in PriceWaterhouseCoopers and several other companies as an accountant and risk manager. He ventured in the media industry in 2009 and hasn't looked back since. His favourite genres are fantasy, mystery and historical fiction. He started writing novels in 2016; with 'Penghuni' being the first novel published in 2017. His latest book is a historical fiction (Mitologi) which was published in April 2020. Current project is the sequel of Penghuni which be published in 2024.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
57 (72%)
4 stars
19 (24%)
3 stars
3 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 47 reviews
Profile Image for ~:The N:~.
850 reviews55 followers
June 20, 2021
Sebenarnya ini percubaan kedua saya mengkhatamkan buku ini. Tahun lepas, saya baca sampai penghujung bab dua sahaja kerana sakit mata (dan hati jua) kerana termasuk blurb, sepanjang pembacaan yang singkat itu sahaja telah menemukan saya dengan sejumlah besar kesalahan tatabahasa. Memandangkan bulan ini ada cabaran #BookendsBerfantasi, saya sambut cabaran untuk tamatkan juga novel ini sambil cuba-cuba meletakkan segala kesalahan tatabahasa (dan ejaan) itu di bintik buta. Sukar untuk saya unseen kesalahan itu tapi ternyata berbaloi.

Sebermula akan sekumpulan ahli sejarah (saya rasa 'arkeologis' dalam blurb di belakang buku bukan istilah yang tepat) memperolehi sebuah kitab purba bernama Hikayat Paduka Raja yang memuatkan kisah Sang Ledhangwadja atau Tun Ledang Shah, seorang pahlawan masyhur dahulu kala yang memiliki kesaktian namun namanya telah dipadam daripada sejarah. Pada masa yang sama penemuan rangka lama yang misteri telah mencetuskan huru-hara apabila ia 'hidup' semula apabila dipuja dan sejumlah orang dibunuh dengan kejam olehnya. Empat sejarawan itu merungkai kisah pahlawan agung itu di samping cuba untuk menghalang daripada berlakunya lebih banyak pembunuhan.

Mitologi: Sumpah Tun Ledang Shah, sebuah novel fiksyen sejarah yang disuntik elemen mistik dan fantasi ini cukup menarik untuk dinikmati. Fakta dan fiksyen diadun dengan baik. Saya terpesona dengan cara penceritaan dan gaya bahasa penulis-- sesuai menurut zamannya. Plotnya mengalir pantas namun teratur. Cetusan elemen saspensnya berjaya mengikat saya untuk terus membaca sehingga noktah terakhir. Penulis cekap memuatkan teknik imbas kembali tanpa mengelirukan pembaca. Babak-babak pertarungan diceritakan dengan mantap. Saya turut tertarik dengan petikan-petikan daripada Hikayat Paduka Raja yang mengiringi setiap permulaan bab dan nota kaki di penghujungnya yang sekali gus mengingatkan saya kembali kepada pelajaran Sejarah yang telah lama ditinggalkan.

Walaupun watak Tun Ledang Shah digambarkan kejam dan tidak berperikemanusiaan, saya tidak dapat membencinya, malah tumpang bersimpati. Tidak dinafikan saya sedikit bersetuju dengan pendirian pahlawan ini tentang konsep derhaka terhadap raja tetapi tentu sahaja tidak bersetuju dengan ilmu hitam yang diamalkannya.

Adapun saya rasa terganggu kerana watak-watak zaman moden dalam novel ini terlalu banyak menggunakan campuran bahasa Inggeris dalam perbualan. Saya tahu memang realitinya ramai yang menggunakan bahasa rojak seperti ini. Namun ini fiksyen bahasa Melayu, maka moleklah kiranya bahasa Melayu dimartabatkan. Sementelah watak empat sejarawan itu juga membuat kajian dan penyelidikan tentang sejarah Melayu, ironinya mereka lebih senang pula berbahasa Inggeris. Agak pilu di situ.



Secara peribadi, karya ini juga mengajar saya yang alah dengan segala makneka kesalahan ejaan dan tatabahasa supaya 'Don't judge a story by its grammar'. Kendatipun begitu, buku masih perlu dihakimi dan dikritik supaya editor dan pembaca pruf lebih prihatin dan tidak buat kerja sambil lewa dalam usaha memurnikan buku-buku yang bakal diterbitkan seterusnya. TOLONGLAH CAKNA akan ejaan, penggunaan kata sendi 'dari' dan 'daripada', penggunaan imbuhan, perbezaan antara kata bantu (baru) dan kata adjektif (baharu), penggunaan kata penguat, penggunaan kata bilangan pada kata nama yang menunjukkan maksud jamak, kata majmuk yang sepatutnya dieja dua perkataan, penggunaan huruf besar dan tanda baca termasuklah tanda sempang pada kata ganda, sistem pernomboran pada nota kaki... *hela nafas*

Ada juga fakta yang tidak diperhatikan dengan baik apabila empat sejarawan itu menggali makam Puteri Chandera Kirana di kawasan sawah (halaman 128). Tangan mereka penuh dengan sisa-sisa tanah gambut yang melekat di celah jari./ Mujur tanah di kawasan sawah padi itu tidak terlalu padat./ Errr... maafkan saya, tapi betulkah tanah gambut terdapat di kawasan sawah padi?

Amat jarang berlaku pada saya yang cerewet ini rasa naik cemuih dengan segala kesalahan tatabahasa dan ejaan tetapi dalam masa yang sama turut menyukai naskhah tersebut. Selalunya perasaan jengkel saya terhadap kecacatan tatabahasa dan ejaan akan mempengaruhi rasa suka saya akan sesebuah buku itu. Ternyata Mitologi memang luar biasa. Tak sabar untuk menguliti sekuel/prekuelnya!

Tidak ragu-ragu untuk saya nyatakan bahawa naskhah epik ini harus dimiliki dan dinikmati. Bak kata Cik Lang, "Cheq suka!"

description

⭐⭐⭐⭐ nan bergemerlapan!
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
July 9, 2019
Lepas habis baca ni, aku memang Google fasal Tun Ledang Shah. Susuk yang digambarkan sangat hebat. Memang ada rupanya kisahnya. Seronok baca novel ni sebab rasa berada di zaman Srivijaya, Kota Singapura, Melaka lepas tu balik semula ke zaman sekarang.

Watak Tun Ledang Shah yang punya perwatakan kuat ni membuatkan aku sebagai pembaca kadang-kadang rasa geram bercampur sedih dengannya. Waktu pertarungannya dengan anak murid beliau sendiri iaitu Hang Tuah, aku dapat rasa betapa beratnya menjadi Tun Ledang Shah ni. Rasa sayu saja babak tu.

Aku Google juga kitab Hikayat Paduka Raja. Manalah tahu kut-kut memang wujud. Tapi tak ada pun.

Kesimpulannya, aku suka naskhah ni. Buat kita jadi kagum dengan sejarah raja-raja Melayu dulu. Cumanya, percampuran bahasa perbualan Inggeris dan Melayu yang melebih-lebih untuk watak-watak moden agak mengganggu sedikit.
34 reviews2 followers
May 14, 2019
Mitologi: Sumpah Tun Ledang Shah merupakan novel genre epik fiksyen sejarah Nusantara pertama yang aku pernah baca. Aku baru habis baca, dan aku nampaknya dah jatuh cinta dengan genre macam ni.

Apa yang paling suka pasal novel ini ialah bagaimana penulis mengadunkan sejarah sebenar dengan fiksyen yang direka olehnya. Sebab itu, aku nasihatkan supaya kalau nak baca novel ini, pastikan korang sekurang-kurangnya persiapkan diri dengan basic sejarah Melaka. Sebabnya...

1) Supaya korang dapat bezakan yang mana satu sejarah sebenar dan mana satu fiksyen rekaan penulis
2) Supaya korang dapat hayati bagaimana bijaknya penulis mengadukan lompong-lompong sejarah serta segala reference dalam sejarah nusantara yang ada dengan olahan kisah fiksyen Tun Ledang Shah.

Aku sangat suka dengan mitos dan kuasa-kuasa sakti yang ada dalam novel ni, sesuatu yang aku rasa kurang ada dalam karya tempatan. Mantera mistik, kuasa ajaib, pedang sakti, kekuatan tahap dewa, hidup beratus tahun, hidup kembali setelah mati antara mitos yang dibawakan.

Kalau boleh dibandingkan, gaya pasukan Dr. Hariz mengkaji Hikayat Paduka Raja seperti dalam filem National Treasure, mistik yang ada umpama filem The Mummy dan pertarungan 1v1 persis bermain game God of War.

Salah satu moment yang membuka mata dalam novel ini ialah bagaimana kita memandang konsep derhaka kepada raja dari satu sisi yang lain. Ada juga kritikan kepada raja yang memerintah, tetapi kritikan itu hanya kepada individu, dalam ton yang masih mahu mengekalkan institusi monarki itu, dan diganti dengan individu lain.

Dari mula sampai habis, novel ni dipenuhi dengan plot twist. Setiap bab pasti akan ada plot twist, dan semakin jauh babnya, semakin menggila plot twistnya!

Aku ada bersembang juga dengan penulis, Endie Shazlie, berbual pasal ending explanation, pasal babak-babak yang terpaksa dibuang, serta sekuelnya! Oh tak sabar untuk sekuel!

Satu kekurangan yg ada dalam novel ni bagi aku, dialog zaman moden yg aku rasa macam terlalu rojak antara BM & BI. Tapi aku fahamlah yang dialog tu nak nampak natural dan ada ramai org yang bercakap tu pada zaman sekarang

Mitologi: Sumpah Tun Ledang Shah, novel sebagus ini, aku bagi 5/5!
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
October 4, 2019
Aku capai buku ni di rak reruai Roman sewaktu PBAKL 2019 kerana tertarik dengan tajuknya, cover buku ni dan dua perkataan pada cover iaitu 'epik' dan 'ledang'. Huhu... Aku memang penggemar novel atau kisah epik. Melihat pada covernya sahaja aku dah tau buku ni tentang kependekaran dan aku memang suka membaca genre aksi lebih-lebih lagi kisah yang berlatarkan dunia kepahlawanan melayu.

Terus terang bagi aku yang karya kedua Endie ni amat mengujakan. Tak sangka pula selepas 'Penghuni', penulis menghadiahkan peminatnya sebuah karya yang level masterpiece. Adunan fakta sejarah dan fiksyen menjadikan 'Mitologi' ni sebuah karya yang sangat rugi untuk rakyat Malaysia tidak membacanya.

Setiap helaian muka surat, setiap babnya, setiap perenggannya menyajikan debaran. Plot cerita dengan garis masa yang berbeza menjadikan buku ini penarik. Setiap bab yang dimulakan dengan cebisan catatan Hikayat Paduka Raja turut membuatkan buku ni menarik. Hakikatnya, walaupun hikayat itu hanya sekadar fiksyen tapi membuatkan pembaca merasakan ianya 'real'.

Aku masih rasa tak puas selepas habis membaca buku ni. Di akhir cerita, penulis memberi hint bahawa 'Mitologi' akan ada sekuelnya. Harap-harap PBAKL 2020 terbitlah.

Terima kasih. Apa lagi. Kasi bikin filem lah!
Profile Image for SORA.
183 reviews7 followers
November 19, 2020
Buku ni yang aku kurang gemarnya apabila baca dialog pencampuran BI dan BM yang dituturkan oleh watak-watak pada zaman moden. Agak mengganggu bila baca bahasa rojak ni. Banyak pulak tu. Bila bacaan dah sampai penghujung buku, macam akan ada sekuel je. Kalau ada, aku tak teragak-agak untuk beli.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
April 4, 2019
4.5 untuk Mitologi.

Layan buku ni sebab setiap halaman memang page turner. Penceritaan yang lebih baik berbanding Penghuni. Gambaran perwatakan Tun Ledang terasa seakan dia memang pernah wujud. Nota kaki dan petikan hikayat yang disertakan memberi kepercayaan kepada pembaca seolah2 Hikayat Paduka Raja memang ada. Ini mengingatkan aku kepada 1515-Faisal Tehrani dan Siri Sunan- Ramli Awang Murshid. Cuma yang membezakan dekonstruk sejarah (atau hsitorical fiction?) antara Mitologi dengan novel2 tersebut adalah ia tidak preachy dan tidak membawa agenda. Mitologi sebuah novel yang memberi pengalaman sejarah yang menyeronokkan, dengan plot yang cemas dan mendebarkan lantas menjadikannya novel yang epik. Satu yang aku perasan juga tulisan Endie ni, ceritanya bersih dan gaya imbas semulanya menambahkan rencah cerita.

Ada beberapa kekurangan tapi ia tidaklah ketara, seperti beberapa typo dan kesilapan tatabahasa. Begitu juga dengan watak2 Dr Hariz serta anak buahnya yang terasa tidak nampak penting kerana penampilan watak mereka sepertinya tidak menyeluruh. Apapun tahniah Endie. Teruskan menulis.
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
April 8, 2019
Seorang penulis yang baik boleh membuatkan pembaca jadi suka dan jatuh simpati kepada watak antagonis. Tidak ramai penulis ada bakat istimewa ini. Endie Shazlie termasuk dalam kategori penulis yang mempunyai kekuatan ini.

Sepanjang masa membaca Mitologi, saya sangat tertarik dengan watak Tun Ledang Shah. Wataknya hidup dan bernyawa. Dia punyai banyak kekuatan, tetapi dia juga ada kelemahan. Dia mungkin seorang yang derhaka, tetapi dia juga ada sebab tersendiri untuk memilih jalan derhaka. Dia memiliki sifat kita semua - kerana dia manusia. Siapa yang layak menjatuhkan hukuman bahawa dia derhaka? Kalau orang yang menjatuhkan hukuman itu sendiri pun lemah dan korup, wajarkah kita mengikut kata-katanya?

Saya kagum dengan fakta-fakta sejarah yang diselitkan tanpa sedikit pun mengganggu jalan cerita. Saya sudah lama tercari-cari konsep novel seperti 1515 oleh Faisal Tehrani. Endie boleh pergi jauh dalam penulisan novel yang unik sebegini. Lebih menarik, penulis memang minat membaca hikayat dan sejarah, jadi minat itu tertumpah dalam tukangannya dan tidak terasa seperti dibuat-buat.

Penulis juga berani menyebut sejarah orang Melayu yang pernah menganut agama Hindu, menyembah berhala, mempercayai dewa-dewi kayangan (sisi gelap ini sebenarnya sedang cuba dipadamkan, buku-buku sekarang terlalu banyak memberi fokus bahawa Melayu=Islam. Ya, orang Melayu malu mengaku bahawa nenek moyang kita pernah jahil sebegitu, tak percaya, pergi ke muzium, ada ke dipamerkan sejarah orang Melayu dengan sisi gelap ini? Tak ada, hahaha).

Cuma saya kurang gemar watak-watak zaman modennya - Dr Hariz, Natrah, Shah dan Ayman agak lemah cerita mereka. Campur aduk Bahasa Inggeris sangat mengganggu pembacaan. Kalau penulis fokus menulis dengan kekuatan bahasa melayunya (yang sememangnya sangat sedap dibaca), novel ini boleh diangkat menjadi sebuah novel sastera yang baik, dan tidak lama lagi penulisan Endie boleh setaraf Faisal Tehrani, Nisah Haron dan Sri Rahayu Mohd Yusop.

Klimaks di antara Hang Tuah dan Tun Ledang di hujung novel (zaman moden) sedikit mengecewakan, mungkin penulis tidak cukup masa untuk betul-betul menghayati babak itu. Semoga penulis diberi kekuatan untuk menyambung novel ini kerana ada banyak plot kosong yang boleh dijahit lagi.

Tahniah Endie! Kalau ada sambungan buku ini, saya tak akan teragak-agak untuk beli :)
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
July 23, 2021
One word to describe this book: Epic!

Karya yang digarap dengan sangat baik oleh penulis, dengan mengetengahkan sejarah Melayu Nusantara. Selayaknya untuk terima rating yang tinggi!

Sebab²:

1) Permulaan yang penuh dengan tanda tanya dan sedikit perlahan tapi makin lama buatkan saya sebagai pembaca tak senang duduk sejajar berjalannya cerita.

2) Watak² yang banyak mungkin buatkan pembaca sedikit pening tapi penulis sangat pandai described each character. Terutama sekali watak antagonis!

3) Buku² lain mungkin buatkan pembaca rasa menyampah dan benci pada watak antagonis tetapi tidak untuk buku ini. Sebagai pembaca saya dapat rasakan pengkhianatan yang terjadi pada Tun Ledang, sampai saya side Tun Ledang bukan Sultan dan juga Tuah! Jujurlah, saya menangis berkali² bila semuanya terbongkar. Tun Ledang cumalah orang baik yang tersakiti!

4) Unsur² misteri, cinta, keluarga, persahabatan dan hubungan serta rasa hormat kepada pemimpin semunya cukup sebati. Sumpah orang² Melayu lama yang kita sering dengar juga diketengahkan dalam buku ni. Mesej yang cuba disampaikan juga sampai kepada saya sebagai pembaca.

5) Fiksyen sejarah yang buatkan pembaca dapat rasa sedang berada di situ dan saksikan apa yang terjadi. Tujuan asal penulis pun untuk menarik minat pembaca kepada sejarah bagi saya sangat berjaya. Oh iya! Ini fiksyen ya, ada nama² yang kita kenal tapi apa akan jadi kalau sejarah yang kita tahu itu ada plot twist nya sendiri?

Cuma ada satu yang tidak saya senangi, campuran perbualan Bahasa Inggeris dalam percakapan latar masa moden buatkan saya sebagai pembaca tidak selesa. Mungkin boleh kurangkan percampuran Bahasa Inggeris dan Melayu dalam suatu dialog.

Epilog di akhir bab juga buatkan saya tertanya² dan masih ada lagi soalan yang penulis tak jawab. Sangat berharap penulis dipanjangkan umur untuk sambung buku ni menjadi sebuah siri.

Untuk penggemar buku² sejarah fiksyen, bacalah buku ini! Tak rugi.

Tahniah penulis, buku anda berjaya mendapat tempat dalam hati saya!
Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
June 6, 2020
Ya, 5 bintang. 100%. Baru baca suku buku dah tau akan bagi 5 bintang untuk buku ini.

Yang menarik:
1. Tema cerita yang berkisar tentang empayar kesultanan Melayu dari awal kemunculannya (sebelum Islam) sehingga ke generasi ke 6/7 di Alam Melayu. Nama-nama karakternya biasa didengar jika anda pernah membaca sejarah kesultanan Melayu. Ini sangat menarik bagi saya kerana saya suka baca kisah yang diinspirasi dari sejarah sebegini.

2. Ada banyak garis masa yang di ketengahkan dalam novel ini. Zaman Sang Sapurba, zaman Hang Tuah dan zaman kini. Peralihan penceritaan antara ketiga-tiga masa itu agak baik kerana kita dapat membezakan dan memastikan kita berada di zaman yang mana. (bagi saya, mungkin kena baca semula sebab nak habiskan cepat, jadi saya terlepas tahun yang dicatatkan di situ, jangan contohi aksi ini).

3. Gaya bahasa yang digunakan untuk penceritaan zaman Sapurba dan Hang Tuah sangat bagus. Terasa seperti berada di zaman itu. Gaya bahasa Melayunya sungguh sedap dibaca.
Contohnya:
~Ada satu bahagian tu, satu watak itu marah dengan anak muridnya, dia tidak menggunakan ayat yang kasar tetapi sinis dan sarkastik.



4. Plotnya ada banyak twist yang mengejutkan. Terbaik!

Yang kurang:
1. Percampuran bahasa melayu dan Inggeris dalam dialog untuk zaman moden. Ini sahaja yang saya kurang berkenan.



Keseluruhannya, sangat best membaca buku ni, walaupun ada campur-campur bahasa (BM BI) dalam dialog moden tu, tapi kehebatan jalan cerita novel ni membuatkan saya tak tolak markah untuk itu. Memang kena bagi bintang penuh jugak.

Penghujungnya macam tergantung? Ada sambungankah?
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
July 10, 2023
mmmm tak tahu review macam mana
tapi memang best gila
fiksyen plus history plus mistik plus paranormal

tun ledang shah .. good man become bad man (ye ke?)
tapi betul juga kata dia
jangan mati dengan nama jahat tapi mati dengan nama baik

jaga sultan jika sultan tu adalah sultan yang adil ..
tapi bunuh sultan yang kejam ...

terasa hang tuah ni haishhh rasa nak sekeh jer
sanggup ikut kata sultan padahal dia tahu hal sebenar
sanggup bunuh tun ledang shah sebab perintah sultan

cuma nak tahu Natrah ni keturunan mana?
tak dapat tangkap
dan Ayman pula?

rasa-rasa ada sambungan tak?


This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
May 29, 2023
Aku kasi 5 bintang sebab aku suka jalan cerita dia. Walaupun penggunaan bahasa perbualan antara Ayman Shah Natrah dan the boss arkib negara tu kadang merengsakan hati, tapi aku malas nak ambil kira isu tu. Tapi itula annoying jugak la kalau baca perbualan diorang yang rojak tu. Takpelah takpelah pejam mata. Aku tahu penulis dia nak kita yang baca ni rasa perbulan mereka tu memang bebetul terjadi macam gaya gaya orang zaman sekarang bercakap.
.
Kembali kepada fokus utama, aku suuuuuuuka ! SUKA watak tun ledang shah ni. Pehal aku tak rasa dia kejam tah. Sebab tindakan dia dan keputusan dia walaupun tegas dan zalim, ntah la bagi aku ada rasionalnya keputusan yang dia buat. Kalau aku punnnn baran oooo dengan perangai wangsa yang tak reti berterima kasih tambah pulak dengan sifat raja yang tak layak di takhtakan. Aliah-alih dia pulak yang terlihat derhaka.
.
Buku ni korang kena baca la , best wey. Aku rasa macam kesian sangat dengan Tun Ledang. Kenapa kesian , bacalaaaaa.. pastu kan bijak oo penulis kaitkan sesuatu peristiwa yang jadi pada zaman dahulu kala dengan kisah Tun Ledang. Sampai aku percaya la Tun Ledang ni WUJUD KAN SEBENARNYA. Last sekali PGL yang dahagakan darah raja🤔...something to ponder...
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
September 4, 2019

Buku ni dalam Bahasa Melayu kecuali di bahagian perbualan, orang Malaysia dan Manglish berpisah tiada.

Mengenai sejarawan yang bekerja di Arkib Negara yang dapat seal the deal untuk dapatkan ‘Khazanah Melayu’, Hikayat Paduka Raja, yang dikatakan ditulis oleh beberapa individu termasuk Tun Perpatih, Tun Ali, Tun Perak dan yang sekufu dengannya. Dikatakan kitab ini lebih jujur dan berkemungkinan lebih tepat, sebab ditulis oleh orang pada zaman itu sendiri, pada kurun yang lebih awal.

To be honest buku ni agak sukar untuk diolah.
Kehadiran watak Tun Ledang Shah (Ledhangwadja), adinda kepada Sang Sapurba, raja yang berasal dari Bukit Si Guntang. Beliau telah dikenakan sumpahan untuk kekal hidup selamanya, menjaga anak cucunya yang menjadi pemerintah Palembang dan well you know the sequence until it comes to Melaka.

Tiadalah mitos Melayu kalau tiada kaitan dengan tanah Nusantara Indonesia dan Singapura.

Menariknya buku ini kerana ianya menceritakan semula susur galur Sultan Melaka daripada awal, daripada mereka dari Kerajaan Kayangan seperti yang diceritakan dalam Sulalatus Salatin, turun ke bumi, dan mengenai Bukit Si Guntang kerana ketiadaan raja.
Dan dikaitkan dengan kisah Hang Tuah di mana masa remajanya menuntut ilmu kepahlawanan daripada Tun Ledang Shah. Dia kekal muda dengan meminum darah bangsawan dan hanya boleh dibunuh dengan Pedang Parsi.

Kisah dalam buku ini sebenarnya lebih banyak ketika zaman Hang Tuah belum dinaikkan sebagai Laksamana, sebab Tun Ledang ni lah Laksamana. Tetapi ada perubahan daripada kisah yang kita sedia maklum.
Dicampur pula dengan babak zaman kini yang sebenarnya menjadi punca semua ni.
Penemuan Kitab Paduka Raja dan penemuan tulang rangka di dalam pokok dekat Gunung Ledang yang menjadi tempat pembalakan.
Pemujaan berlaku, dan pada masa yang sama sejarawan yang banyak menyebut namanya ketika mengolah kitab tu and boom! Dia hidup balik macam Voldemort. Kena ambil nyawa orang untuk dapat balik jasad dia.
Buku ni mengenai how these modern people nak stop kan all
these murder and stop the sumpahan by Tun Ledang, realising Hang Tuah , who once killed him, is no longer alive.
The journey untuk dapatkan balik Pedang Parsi digabung dengan kisah kehebatan Tun Ledang.

Tun Ledang yang menderhaka kepada Raja kerana kekasihnya Candera Kirana dipaksa untuk dikahwinkan dengan Sultan. Macam Hang Tuah and Puteri Gunung Ledang gitu.

This book is crazy interesting sebab kisah dia sebelum kisah kegemilangan Hang Tuah yang kita selalu dengar. What happen when Hang Tuah masih lagi remaja, and how kerajaan Melaka was so strong those time, and it includes the story way back from Bukit Sri Gantang dan Inderaloka di Langit.
Macam sebenarnya dari dulu Kerajaan Melayu kuat sebab Laksamana yang hebat.

Dia mess up kan otak pembaca in incredible way.

So I say pencinta Sejarah, go buy and read this book!
Unleash your imagination with some interesting facts.
Highly recommend.
Five stars!
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
April 18, 2019
Aku belum pernah membaca naskah Endie Shazlie ini. Dan aku suka dengan gaya penulisan nya. Tulisan yang aku anggap sedikit puisi . Aku beli kerana aku turut suka akan sejarah Nusantara. Aku rasa siapa yang ingin mengenal sejarah Melaka boleh membaca naskah ini dulu sebelum membaca buku yang lain. Seolah-olah ada clues kalau korang hendak korek sejarah purba melaka dan Nusantara. Gunung Jerai, singapura dan Majapahit.

Korang kena tahu yang sejarah melayu atau Nusantara ingin amat gelap. Plot dan twist plot yang ada dalam buku ini memang membuatkan aku terpuaka. Sabarnya penulis bercerita dengan timeline masa lalu dengan timeline masa terkini. Ending Tun Ledang itu terlalu slow untuk aku. Tapi untuk keseluruhan buku ini, aku suka sebab makin lama aku baca, aku ingin tahu apa yang terjadi seterusnya. Terima kasih untuk Hikayat Paduka Raja.

Untuk Endie Shazlie, bila next book pula? 😬
Profile Image for Mali.
210 reviews
August 8, 2021
Buku ini saya katakan sebagai...

Jika siri Takdir oleh Hilal Asyraf bergabung dengan siri Laksamana Sunan oleh Ramlee Awang Murshid, maka inilah hasilnya.

Babak aksi mengingatkan saya pada penulisan Hilal Asyraf, latar tempat/masa bertemakan sejarah Nusantara mengingatkan saya akan penulisan Ramlee Awang Murshid.

Tapi satu benda pada buku ni yang saya sanjung yang tiada dalam karya Hilal Asyraf atau Ramlee Awang Murshid; iaitu tiada kisah cinta. Kisah cinta hanyalah kisah sampingan yang tidak menjadi fokus novel ini seperti buku-buku Laksamana Sunan.

Seperti yang tertulis pada halaman terakhir novel ini, ia adalah usaha bagi memberi 'jiwa' kepada sejarah. Sambil kita ikuti kisah watak-watak dalam novel ini, kita juga dibawa untuk menelusuri sejarah kerajaan-kerajaan Nusantara.
Profile Image for Moon.
11 reviews2 followers
April 23, 2019
Novel pertama epik yang aku baca. Saat aku memegang, menyelak helaian pertama, hati terus tertaut sehingga ke helaian yang akhir.

Gila ah!

Tak sabar menunggu sambungan. Ke dah ada?

Profile Image for Shaharuddin.
461 reviews9 followers
September 4, 2019
Sangat suka dengan konsep buku ini. Sejarah diblendkan dengan fiksyen. Dapat membantu memahami serba sedikit sejarah yang ada. Berazam untuk membaca Sulalatus Salatin.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
January 22, 2025
Penemuan sebuah kitab lama oleh Dr Hariz ternyata datang bersama dengan misteri-misterinya. Dalam cubaan mereka membaca kitab lama tersebut tanpa disangka bakal membangkitkan sesuatu. Dan kitab tersebut juga banyak menyangkal beberapa penulisan yang saling berkait. Dan keadaan semakin teruk apabila beberapa orang yang punya kaitan darah dengan Hang Tuah didapati meninggal dalam keadaan mengerikan.

Membaca sejarah sering membuat SH menguap hinggakan kadangkala tak mampu untuk meneruskan pembacaan, namun tidak naskah ini. Dengan penulisan dan plot yang sangat menarik ternyata mampu membuatkan SH berjaya menghabiskan naskah ini sekaligus dalam semalam.

Kalau nama Ledang ni yang SH selalu dengar tentunya Puteri Gunung Ledang. Belum pernah mendengar nama Tun Ledang Shah di mana-mana lipatan sejarah mahupun kisah-kisah dongeng lama. Dan SH rasa ini antara yang menarik pembacaan SH untuk lebih tahu siapa Tun Ledang yang disebut dalam kitab kuno tersebut. Hanya namanya yang kedengaran asing. Nama watak-watak purba lain seperti Hang Tuah, Demang Lebar Daun, Sang Sapurba, Sang Nila Utama dan sebagainya adalah tidak asing dari pengetahuan SH.

Dan naskah ini bukan sekadar sebuah kisah yang menyelami kisah-kisah lama namun juga penuh dengan pelbagai aksi. Juga terdapat unsur-unsur mistik dan kepercayaan lama dimasukkan ke dalam naskah ini. Dan semuanya dicampur dan digarap dengan baik.

Membaca naskah ini membuatkan SH teringin pula belajar tulisan-tulisan lama yang dahulu sering digunapakai di Kepulauan Melayu. Tulisan rencong adalah antara tulisan yang sering SH dengar namun tidak pernah melihat bagaimana bentuknya. Namun dengan sisipan yang disediakan dalam naskah ini sedikit sebanyak memperlihatkan bagaimanakah rupa bentuk tulisan rencong ini.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
September 19, 2020
Terbaik, novel fiksyen yang mantap. Gabungan kisah masa kini dan masa lampau yang digarap dengan kemas. Kisah masa lampau adalah sebab kepada kisah yang terjadi pada masa sekarang, saling berkait.
4 reviews
April 13, 2019
Ingatkan ini sequel Penghuni tapi ini lagi bagus dari Penghuni. Taktau la nak puji macamana tapi buku ni memang sedap. Suka cara lenggok bahasa dalam ni. Bila flashback, Endie guna bahasa Melayu lama. Bila bab bab zaman moden, dia pakai bahasa moden. SANGAT BEST. Penulis cuba asingkan dua storyline dengan cara yang halus. Sang Ledang aka Tun Ledang Shah adalah watak yang mesti mencabar untuk ditulis tapi ia ditulis dengan baik. Isyhh taktau la nak cakap cuma bila bab bab flashback tu bila baca kadang kadang meremang bulu roma. Macam kita sendiri dok kat dalam cerita tu. Pantun pantun romantik masa watak Tun Ledang Shah cuba ushar Puteri Chandera Kirana memang syahdu doh. Dia punya feel lain macam siut. Tapi satu aje aku tak suka buku ni. Dia punya ending sama macam Penghuni- suspense dan tergantung. Memang nak kena ada sequel. Harapnya ada. Aku sekarang peminat tegar buku buku Endi.
Profile Image for Farah Amira.
43 reviews1 follower
January 11, 2020
REVIU BUKU MITOLOGI KARYA ENDIE SHAZLIE

Aku memang suka karya pertama penulis iaitu Penghuni, jadi aku memang tak sabar nak baca buku ni sebab aku dapat rasakan buku kali ni lagi hebat. Buku ni mengisahkan tentang legenda yang dilupuskan dari sejarah, iaitu Tun Ledang Shah, atau Tun Ledangwangja. Dia punya kuasa purba yang diperturunkan dari inderaloka yang membolehkan dia kekal hidup selama 200 tahun. Pahlawan yang digeruni kerana kehebatannya berlawan dan kuasa luar biasa kuatnya.

Tapi cerita tentang tun Ledang ini diceritakan dalam sebuah buku 'Hikayat Paduka Raja' yang diperoleh semula oleh pasukan Dr Hariz di Arkib Negara. Jadi ada pergerakan masa dari zaman purba kala zaman Sri Wijaya hingga ke zaman pemerintahan Sultan Melaka dan zaman moden dimana Dr. Hariz cuba menterjemah naskah itu, dan ada benda tragis yang berlaku pada masa yang sama mereka mula membaca buku lama itu. Peralihan zaman yang disusun elok, mudah difahami, dan ditulis bersambung sambung untuk memudahkan pembaca menghayati jalan cerita, walaupun merentas pelbagai zaman.

Yang aku rasa unik tentang buku ini ialah, watak utamanya adalah watak jahat, paling berkuasa dalam pada dihormati ramai orang. Tapi dia sebenarnya berkorban beberapa kali sebelum menderhaka. Yang pasti Tun Ledang Shah ini walaupun bengis tanpa tawa, hatinya tetap terusik dengan cinta wanita.

Aku google banyak nama bila membaca naskah ini, sebab aku suka sejarah masa sekolah dulu. Tapi sebab dah lama tinggal, jadi agak ambil masa nak ingat dalam pada hati rasa membuak nak habiskan bacaan. Penulis hebat dapat tulis cerita ni dengan banyaknya nama tempat dan watak sejarah yang diselitkan dalam karya ini.

Yang aku kurang suka, percampuran bahasa melayu dan inggeris yang agak keterlaluan di kalangan Dr Hariz dan pasukannya. Bukan ke dorang ni pakar sejarah tanah melayu, yang sepatutnya cintakan bahasa melayu macam mana dorang sayangkan sejarah dahulu kala. Macam pelik sikit dengan apa yang cuba penulis buktikan melalui pencampuran bahasa yang digunakan dalam dialog zaman moden dalam buku ni.

Pengakhiran cerita agak terburu buru, apa jadi pada rancangan pasukan dr Hariz yang katanya ada sejarah bakal berubah dengan selesainya terjermahan buku yang mereka usahakan. Adakah Shah di pilih tun Ledang kerana nama mereka sama? Hmm pengakhiran yang agak tergantung, nampak sengaja dibiar begitu. Mungkin ada sambungan tentang seorang lagi pahlawan gagah luar biasa yang turut diceritakan dalam buku ni. Hmm nampaknya aku kena tunggu la kot kot ada sambungan lepasni kan.

5⭐ untuk karya ni untuk naskah yang penuh dengan sejarah yang menceritakan kehebatan orang dulu dulu,dan untuk keindahan bahasa melayu lama yang digunakan.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
August 29, 2023
"Kerna yang perlu tahu mesti tahu apa yang telah berlaku. Arakian jika malang datang menimpa, segala harus bersiap sedia. — Bendahara Tun Perak"

🔸🔸🔸

Sebuah lagi fiksyen sejarah yg mempesonakan ✨

🔸🔸🔸

Empat org arkeologis menemui & mengkaji sebuah kitab berusia 600 thn — Hikayat Paduka Raja — yg mengandungi sebuah kisah epik tentang kasih, maruah & dendam seorang pahlawan luar biasa yg telah terhapus namanya dari sejarah Melayu.

🔸🔸🔸

Saya suka apabila penulis menulis petikan² drp Hikayat Paduka Raja di setiap permulaan bab. Nota kaki juga diletakkan di penghujung setiap bab.

Menariknya, selain fiksyen sejarah, novel ini juga diadun dgn elemen² mistik & fantasi dgn baik sekali. Cukup rasa. Teknik imbas kembali yg mudah difahami & sgt perlu. Plotnya tdk meleret, malah pantas. Babak pertarungan yg mantap serta elemen saspens dlm novel ini berjaya memaku saya utk terus membaca sehingga noktah terakhir.

Ini juga merupakan novel pertama yg saya baca di mana watak utamanya ialah watak antagonis. Tetapi sy tdk membenci watak itu selain merasa simpati & kasihan, malah turut berasa kagum dgn watak Tun Ledang Shah itu. Ada beberapa bahagian pendirian hidupnya yg saya setujui. Namun amalan ilmu hitamnya mencacatkan keperwiraannya.

🔸🔸🔸

"Kerna sumpah janji pada ayahandanya yang aku mesti pegang, akulah manusia paling bermaruah, yang paling gagah. Namun, aku juga manusia yang paling jijik."

🔸🔸🔸

Sambil menelaah novel ini, saya juga tekun meneliti salasilah keturunan Sang Sapurba; di Malayupura, di Singapura & Melaka, serta di Majapahit. Sambil menyelam minum air 🤓

Very recommended read!!

4.5 ⭐

🔸🔸🔸

"Dan kerna Inderaloka memberi aku kuasa dari dewa-dewa ini, kuasa yang tidak pernah aku pinta, aku tidak punya pilihan tetapi untuk terus hidup dan memegang sumpah janjiku menjaga keturunannya."

🔸🔸🔸
Profile Image for Daisy.
156 reviews21 followers
June 7, 2020
‘Dari Tegap Bertimpuh Baik Rebah Merempuh’

Kisah mengenai sejarah tamadun Melayu but with a twist. A BIG twist. Someone was being excluded from all the hikayat that was written back in those days. Hikayat Melayu mula ditulis sekitar tahun 1530-an but they found one more hikayat yang ada di Portugal yang mula ditulis pada hujung 1200-an. And that definitely will change a lot of things that we know about tamadun Melayu.

My thought 💭: Amazing. Mind blowing. I need moreeee please i need more 😭 please ada sekuel 🤧

Watak Tun Ledang yang merupakan antagonis boleh timbulkan rasa geram tapi dalam masa yang sama, timbul juga rasa simpati. Seorang pahlawan yang terhebat sepanjang zaman. Dikagumi dan disanjung. Namun banyak sisi gelap, pengorbanan dan kekosongan yang dialami oleh beliau. Dalam menyelami perjalanan hidup Tun Ledang dan mengenali diri beliau, timbul rasa belas. Nak dia capai kebahagiaan yang dia inginkan.

‘Tidak mungkin kalian tahu apa yang aku telah korbankan di mayapada ini. Ini bukan khianat yang pertama wangsa keturunan kekandaku telah lakukan terhadapku. Tapi malam ini, akanku jadikan ia jadi khianat yang terakhir.’
-
Penulis ada tanya, part mana yang paling menarik?

For me, part yang paling menarik ialah part penulis masukkan atau libatkan peranan Tun Ledang dalam cerita-cerita asal tamadun Melayu. Jadi rasa macam watak Tun Ledang real sangat. Bukan sekadar fantasi.

Very recommended kepada sesiapa pun khususnya pada yang minat sejarah. As a student majoring in history, I devoured this completely. 5🌟 read for sure.

Also betul-betul appreciate penulis sebab include nota kaki di hujung setiap bab. Sangat membantu untuk tambah ilmu dan memahamkan lagi jalan cerita 👍🏻💜
Profile Image for Nora.
118 reviews
June 3, 2020
Kesimpulannya, buku ni sangat underrated. Aku suka gila buku ni. Aku jumpa buku ni dekat big bad wolf Pahang2020. Mulanya tertarik tengok cover buku. Lepas baca sinopsis terus ambil masuk dalam troli. Tak rugi langsung beli. Ni buku lokal paling menarik aku baca untuk tahun ni. Baru baca beberapa bab terus rasa nak bagi 5 bintang! Memang aku rekomen buku ni dekat semua orang yang nak baca, terutama yg minat sejarah.

Watak kegemaran aku mestilah Tun Ledang Shah! Macam macam perasaan aku rasa bila baca pasal dia. Kagum, gerun, sedih, gembira, marah dan beberapa perasaan yang aku tak boleh nak ungkap dengan kata kata. Yang pastinya aku sedih sangat bila baca pasal kebenaran disebalik semuanya. Aku faham perasaan dia. Sikit pun aku tak persoalkan apa yg dia buat. Okay, tipu, ada lah persoal sikit tapi sejujurnya memang aku team Raja Laksamana Tun Ledang Shah dari awal lagi hahaha. Cuma tak setuju dia buat hal dekat zaman sekarang je!

Tahniah kepada penulis. Bagi aku beliau sangat hebat sebab aku rasa tak mudah nak tulis buku macam ni. Aku sendiri ambil masa nak baca buku ni, ambil masa untuk bezakan mana real mana fiction. Ilmu aku tentang sejarah tak banyak, kalau ada pun ingat ingat lupa, tapi banyak benda dapat refresh balik dan banyak benda aku belajar bila baca buku ni. Oh, nota kaki yang ada sangat membantu! Terima kasih sebab dah tulis buku yang hebat. Tak sabar nak baca buku sambungan.
Profile Image for Syarul.
45 reviews1 follower
January 28, 2020
Kalau ditolak tepi bahasa rojak (bahasa Melayu + bahasa Inggeris) yang menjengkelkan tu, buku ni hampir sempurna.
Profile Image for Aku Napie.
4 reviews
December 19, 2020
Aku jarang membaca buku tebal. Tapi buku ni bila dah start rasa tak sabar nak habiskan pembacaan. Terbaik untuk penulis & penerbit
Profile Image for Meen.
44 reviews
May 18, 2021
Those who really into history genre, this book for you. Why? Because it was a great book! Worth to read!
1 review
December 18, 2019
Kalau ada projek filem animasi untuk tahun 2020, MITOLOGI lah ceritanya!!

Bayangkan baru mukasurat ketiga, dah ada plot twist! Jalan cerita dia memang aku kagum. Dari awal sampai habis, lebih lebih lagi babak flashback aduh mak aii.. meremang bulu roma! Semua elemen ada dalam buku ni. Suspen, thriller, murder, mystery, treasure hunt, mistik, love, medan perang, one on one fight, politik istana, hope, ambition, disappointment, macam macam lagi lah!

Penulis combine semua tu untuk jadikan dia satu perjalanan epik orang jahat bernama Tun Ledang Shah. Dia macam Darth Vader. Villain yang disukai audience. TLS ni pun macam tu. Kita boleh relate dengan apa yang dia rasa. Tapi hero sebenar MITOLOGI ialah jalan cerita. Orang putih kata, seamless. Macam air. Aku tabik dengan jalan cerita ada dua timeline (satu zaman sekarang, satu lagi flashback zaman dulu) tapi penulis mengikat dua dua jadi macam satu cerita yang berkait.

Teruskan berkarya.
2 reviews
July 14, 2019
Kalau subjek sejarah di sekolah diajar melalui buku ni kompem ramai dapat A untuk paper Sejarah Melayu.

Jalan cerita dan plot twist boleh sama taraf dengan Da Vinci Code atau jeffrey Archer.

Semua babak flashback gempak betui. Babak moden pulak dia kemaskan babak flashback. Penulis berjaya lancarkan jalan cerita yang terasing beratus tahun jadi satu plot yang menarik dan teratur. Satu ja nak bgtau, kena fokus dan perati tahun yang tertera dalam setiap bab, kalau tak boleh terkonpius sikit.

Konklusi dia pun mantap, open untuk sequel. 5 bintang untuk satu jalan cerita yang kalau difilemkan, boleh jadi filem terbaik Malaysia.
Profile Image for Lili Sacina.
8 reviews
May 28, 2019
Sangat berpuas hati dengan jalan cerita dan gaya bahasa yang dipersembahkan dalam Mitologi. Latar masa zaman dahulu kala dan kini, beberapa kali aku terbayang-bayang M Nasir sebagai Tun Ledang dan P Ramlee sebagai Sang Tuah. Walaupun banyak nama watak panjang dan berbelit lidah cuba menyebutnya, hati terpaut pada Rahadyan Galuh Chandera Kirana. Tapi tak jadi nak namakan to my non existence daughter, kerana selain elok paras rupa, tiada ulahnya yang boleh dijadikan inspirasi. Sultan Mansur Syah, aku bayangkan dia macam Max HE Guy. Dr Hariz pula ada bayangan Azhar Sulaiman.

Apa pun, aku setuju dengan Shah yang Tun Ledang memang betul-betul bad ass. Setuju juga dengan pendirian Tun Ledang, yang sistem beraja ni tak boleh pakai sekiranya raja itu lemah dan tidak berbudi pekerti mulia (case in point, Sultan Mansur Syah). Sumpah naskah kali ini lebih baik daripada buku pertama penulis, Penghuni (yang seram tak acah-acah, buat aku lari ke bilik mak 😅). Semoga penulis diberikan ilham mencurah-curah untuk berkarya lagi.
Displaying 1 - 30 of 47 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.