Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sherlock Holmes (Penerbit-X 2018-2021) #2

Sherlock Holmes: 4 Pemburu Harta

Rate this book
Selepas kehilangan bapanya secara misteri, seorang wanita muda, Mary Morstan saban tahun menerima sebutir mutiara berkilauan daripada seseorang yang tidak diketahui. Pada suatu hari, orang tersebut menjemputnya untuk bertemu, dan mengatakan wanita muda itu dianiaya.
Sherlock Holmes dan Dr. Watson menemani Mary Morstan bertemu dengan pengirim misteri tersebut. Sebelum kisah sebenar tentang mutiara-mutiara yang diterima wanita muda itu terungkai, mereka berhadapan dengan satu kes pembunuhan pelik, di mana seorang lelaki ditemui kejang, mati dibunuh di dalam bilik berkunci dengan mesej yang bertulis 'Sumpah Empat Sahabat'.
Sherlock Holmes dan Dr. Watson mula melakukan siasatan. Tanpa diduga, kisah mutiara mewah yang misteri itu membuka lembaran dendam yang jauh dibawa dari kepulauan Andaman, ketika perang pemberontakan di India. Kisah tentang harta berdarah dan nyawa-nyawa yang melayang kerananya!

186 pages, Paperback

First published August 28, 2018

3 people are currently reading
9 people want to read

About the author

Arthur Conan Doyle

15.8k books24.4k followers
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.

Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (32%)
4 stars
10 (32%)
3 stars
11 (35%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Bayuu Haikalson.
162 reviews2 followers
January 10, 2021
Sebenarnya mood membaca aku dah ke laut. 😂
Tiada review sebab aku memang suka watak Sherlock Holmes.

p/s : Berharap sangat Sherlock Holmes ini versi Henry Cavill. 😝
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
January 12, 2022
[BOOK 9]

Sherlock Holmes #2 : 4 Pemburu Harta.
.

Disebabkan aku dah faham stail penulisan dan terjemahannya, kali ni, aku dah tak pening lalat waktu membacanya.
.

Holmes ni, kalau dia takde benda nak siasat ataupun takde benda mencabar nak difikirkan, dia akan lembik je terbaring.
.

So, kali ni, dia dapat kes yang agak mencabar.
.

Mary Morston datang menemui Holmes untuk meminta Holmes selesaikan misteri kehilangan ayahnya sejak 10 tahun lepas. Dan sejak 6 tahun lepas, setiap tahun, dia akan menerima sebutir mutiara. Dan kali ni, dia terima nota yang menjemputnya untuk bertemu dan katanya wanita tersebut telah dianiayai. Maka, pergilah Morston bersama-sama Sherlock Holmes dan Dr Watson.
.

Dan mereka berhadapan dengan satu kejadian pembunuhan. Mangsa mati dibunuh dengan menggunakan duri (sumpit) beracun. Dan ada nota yang telah ditinggalkan, berbunyi Sumpah Empat Sahabat. Dan harta yang selama ini diburu, telah pun hilang.
.

Bagi aku, agak complicated jugak misteri ni. hahaha. tapi yang menariknya, Dr Watson akhirnya bertemu jodoh dengan Mary Morston.
Profile Image for Qai.
25 reviews2 followers
January 6, 2022
'Le mauvais gout mene au crime' (Perasaan dendam boleh mengakibatkan jenayah)

Kes kali ini sangat merumitkan dan aneh. Aku tak boleh nak teka siapa dalang disebalik pembunuhan Bartholomew Sholto? Kenapa setiap kali ada kes pembunuhan, pembunuh akan tinggalkan mesej 'Sumpah Empat Sahabat'. Apa maksudnya?

Pengakhirannya baru aku faham. Mereka sangat setia orangnya. Tabik!

Kata Sherlock "Apabila kita menggunakan sesuatu benda setiap hari, kita akan meninggalkan kesan perwatakan kita pada objek itu sehinggakan seseorang yang tajam pengamatan akan dapat mengesannya"

Dia buat aku teruja nak tahu bagaimana cara dia analisis sesebuah barang atau watak seseorang. Seperti biasa, aku sangat kagum dengan analisa Sherlock yang terlalu halus. Contoh perbezaan jenis-jenis abu tembakau, mengenali kerjaya seseorang melalui lekuk dan bentuk tangannya, dan mengenali perwatakan seseorang dengan meneliti tulisannya.

Ketika bekerja Sherlock seorang yang pelik, dia tidak pernah kenal erti penat. Tapi bila dia tak bekerja, hidup dah macam mayat hidup. Kata Sherlock "Minda saya memberontak bila ia tak dicabar, beri saya masalah, beri saya kerja".

Dia memang ketagih dengan cabaran yang menguja mentalnya.

Aku tertanya² dalam jilid 3 siri 1, Dr Watson berkahwin dengan siapa? Rupanya dia suka seseorang dalam buku jilid 2. Suka kisah cinta Dr Watson dan Mary Morstan😆

Buat masa ini kalau baca tak ikut turutan, tak akan pening. Cuma akan tertanya² lebih mendalam apa yang mereka katakan.

Ketahuilah bahawasanya kenapa cerita ini diceritakan oleh Dr Watson dan bukannya Sherlock kerana tuan penulisnya sendiri seorang doktor. Walaupun begitu aku sangat tabik pada tuan penulis sebab berjaya buat kisah penyiasatan.
Profile Image for Izzat Isa.
418 reviews50 followers
April 29, 2019
Ini kali pertama saya membaca siri penyiasatan Sherlock Holmes dan ia sangat mengujakan saya! Terima kasih Penerbit X yang bersusah payah menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Profile Image for Farhana.
8 reviews
March 9, 2025
So kes kali ni pasal Mary Morstan minta bantuan Sherlock Holmes mengenai misteri kehilangan bapa dia dan sebutir mutiara yang dia terima setiap tahun daripada orang yang tidak dikenali.

Yang kelakarnya, sebelum Mary ni datang, si Sherlock ni nak naik gila sebab tak ada kes.

"𝘔𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢, 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘰𝘯𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘪𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘤𝘢𝘣𝘢𝘳. 𝘉𝘦𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩, 𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢..."

Kita ni kalau boleh malas nak fikir masalah, tapi dia terbalik. Minta tolong dia selesaikan masalah hati aku boleh tak? Tiberrr 🤣

Bila baca buku detektif mestilah ada benda-benda yang kita akan amaze kan. Korang baca nanti okay!

Selain tu, dalam buku ni juga dia dibuktikan walaupun orang tu orang pembunuh, tapi dia sangat berpegang dengan janji. Disebabkan janji dia tulah terjadinya dendam.

"𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘥𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘬𝘪𝘣𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘫𝘦𝘯𝘢𝘺𝘢𝘩"

Janji apa yang diaorang pegang tu? Dendam apa yang buat orang tu sampai membunuh? apa kena mengena Mary dengan mutiara dan 4 orang sahabat ni? Boleh try baca buku ni. santai jurr!✨
Profile Image for Azril Noor.
314 reviews5 followers
June 15, 2022
Sherlock Holmes dan Dr. Watson kembali lagi, dan kali ini mereka menyiasat pembunuhan melibatkan harta. Tidak sedebar penyiasatan yang sebelum ini, bagi aku misteri kali ini agak biasa. Sherlock masih lagi dengan teorinya yang sentiasa mengena dan betul.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.