Jump to ratings and reviews
Rate this book

Autisme: Unik / Pelik

Rate this book

221 pages, Paperback

Published February 1, 2019

2 people are currently reading
31 people want to read

About the author

Aiman Amri

7 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (51%)
4 stars
9 (31%)
3 stars
4 (13%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Safura Mizhar.
48 reviews5 followers
April 7, 2019
"Walaupun perjalanan anak-anak ini lebih lama daripada biasa, lebih lewat berbanding kanak-kanak tipikal dan berbeza dengan kebiasaan, satu perkara perlu dipasak dalam hati kita. Autisme itu bukan pelik, tetapi unik. Unik daripada segi neurologi otaknya, unik daripada segi tingkah lakunya, unik daripada segi interaksi sosialnya."
-Autisme: Unik / Pelik?, Aiman Amri-

Buku ini merupakan buku sulung Aiman Amri, seorang Terapis Kanak-kanak Istimewa dan Mental Health Advocate (seperti yang tertulis di laman webnya). Penulisannya yang ringkas dan padat dapat membantu pembaca untuk mengenali apakah autisme sebenarnya?

Pemahaman tentang kondisi ini merupakan langkah pertama untuk mewujudkan kesedaran dan penerimaan masyarakat yang tidak pernah berhadapan dengan individu Autistik. Buku ini ada memperkenalkan secara ringkas latar belakang Autism Spectrum Disorder (ASD) dan simptom-simptom yang berkaitan dengan Autisme. ASD terbahagi kepada tiga Classic, Mild and High Functioning (Asperger Syndrome).

Asperger Syndrome mengingatkan saya pada watak Dr. Reid dalam siri TV Criminal Minds. Dr. Reid juga didiagnosis dengan kondisi Autisme tetapi berada di tahap paling kanan spektrum, High Functioning. Dia mempunyai tahap akademik yang sangat bagus, tetapi dibuli oleh kawan-kawan sekolah disebabkan kekekokannya. Ketika bersama rakan sekerja, dia selalu terlepas "social cues" di mana dia akan terus bercakap walaupun orang sekeliling tidak berminat untuk mendengar.

Aiman telah menulis buku yang sangat mudah dibaca dan mengandungi nasihat-nasihat konkrit pada masa yang sama menyediakan pendekatan yang boleh digunakan masyarakat untuk dekat dengan individu unik ini.

Profile Image for ILYA ROSLAN.
23 reviews14 followers
September 10, 2019
Buku kecil yang sangat infomatif dan ringkas. Penulis berjaya menjelaskan apa itu Autisme dan peranan kita sebagai masyarakat. Moga penulis dapat memulakan siri bacaan mengenai psikologi kanak-kanak dengan topik yang lain pula.

Cuma satu sahaja yang mengganggu pembacaan buku ini iaitu design dalamannya. Secara keseluruhan design buku ini baik sahaja. Design covernya menarik, saiz yang comel yang membolehkan pembacanya pegang dengan satu tangan tetapi susun atur dalamannya perlu diperbaiki lagi.

Saiz margin sangat baik tetapi saiz font agak besar untuk buku kecil ini. Ada beberapa muka surat yang ‘line spacing’nya tidak seragam, jarak perkataan tidak di jaga sehingga ada baris-baris ayat itu mengandungi 2 patah perkataan sahaja dan ada yang terlalu mampat sehingga perkataan dalam barisan itu hampir bercantum. Dibahagian ‘tulang’ cover, perkataan Autisme adalah terbalik, tidak pasti samaada disengajakan atau tidak.

Saya juga mencadangkan perlu ditambah bahagian ‘glosari’ bagi memudahkan pembaca mencari makna terma yang digunakan oleh penulis, untuk edisi akan datang. Proof read juga perlu diperhalusi lagi.

Apa-apa pun saya berpuaskan dengan content buku ini. Tahniah buat penulis dan penerbit buku.
21 reviews
April 8, 2020
(This book is in Bahasa but I express myself better in English when writing, so here is what I think about the book):

This book is well written and it does gives a good insight of what to expect from autistic children (how they respond to us, how they react to things, how they express themselves). The writer also included some tips and tricks on how we should respond to this unique children and how to respond to their parents since I know it would be awkward for some people when they meet with families with autistic child.

Overall, a good read for anyone to increase their awareness regarding autism or just to broaden your general knowledge. The book does not make you an expert on autism but it does the job of giving a general idea of what autism really is.

PS: Content wise is superb(no doubt!). I'm just having some technical problem where my book was not align properly especially towards the end of the book and it made me cringe a bit while reading the book. Btw, cute cover! Kudos to that! ;)
Profile Image for Shafiqahsamin.
209 reviews4 followers
May 21, 2020
Autisme ni sebenarnya sangat dekat dengan aku. Ada sorang sepupu yang lahirmya seorang autisme. Jadi, bila ada individu yang suka buat palatao pasal autisme ni, aku jadi marah.

"Austisme dah lama wujud dalam masyarakat. Cuma disebabkan sekarang kita lebih peka, ibu bapa mudah mendapat akses untuk melakukan test terhadap anak mereka, austime dapat di diagnos. Disebabkan itu peratus kanak2 autisme meningkat."

Jadi ini bukan disebabkan autisme ni satu disorder baru ya semua.

Okay. Tentang buku ini, penceritaan mudah difahami. Lagi-lagi untuk rakyat marhen yang bukan dari bidang psikologi. Wujudnya buku seperti ini membuka mata rakyat jelata tentang autisme. Dan cara-cara untuk berdepan dengan mereka.

Bagi aku tips yang dikemukakan dalam buku ni macam boleh guna untuk kanak2 tipikal jugak. Bukan setakat untuk anak2 autisme. So tak rugi pun baca.

Dan akhir kata, austisme masih dalam kajian. Jadi janganlah anda jadi palatao. Ikut sahaja kajian pakar. Terima kasih.
May 30, 2019

“Autisme is not a tragedy, ignorance is. Keprihatinan mengelakkan tragedi”.
.
Semester lepas, bila pensyarah tanya “Apa yang kamu akan lakukan kalau anak murid kamu autisme? Macam mana nak kenal pasti? Macam mana nak handle?”.
.
Sejak daripada tu, memang berminat nak kaji lebih tentang Autisme.
.
Masa PBAKL tempoh hari, Aiman Amri / Aiman Psikologis terbitkan buku ini. Jadi, terus beli.
.
Memuatkan informasi asas tentang autisme dan juga tips-tips yang penting. Segala maklumat dihuraikan di dalam bahasa yang mudah untuk difahami.
.
#AutismeUnik/Pelik? #AimanAmri #AimanPsikologis #Whitecoat #malaysiamembaca #hanifahreads #pbaklxbbwbemy #bookreview
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
January 20, 2020
Bagi aku, buku ni bagus bukan saja untuk parents yang ada anak autisme. Malah, buat parents yang punya anak bukan autism pun boleh ambil intipatinya. Cara pengurusan anak autism boleh saja diguna-pakai oleh anak-anak yang lain, which is good and brilliant!

Aku suka dengan kata-kata penulis yang aku olah dan gabungkan sebegini, "Anak bukan untuk dipertandingkan, apatah lagi untuk dibanding-bandingkan. Kerana mendidik anak itu bukanlah satu perlumbaan." 🥰
Profile Image for Huaaa97.
45 reviews
September 22, 2020
I really enjoy the topic and it provide a good insight of knowledge on autisme. The subject of discussion is not easy to be deal with in the day to day basis so the book kinda helps to a certain extent. The background of the writer plays a huge role on well the book is written as it is easy to comprehend even without any psychology background.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.