Ketika dunia ini sedang penuh kebencian, Zoul adalah penulis yang membawa keceriaan tanpa merendahkan keseriusan isu-isu yang dibawa dalam cerpen-cerpennya. Kalau Zoul bercerita tentang sakitnya putus cinta, kita akan ketawa berdekah-dekah sambil merasa dunia hendak lumpuh dek patahnya hati ketika putus cinta. Itulah keindahan keseimbangan naratif yang dibawa penulis seperti Zoul, ringan tapi berat, sakit tapi terubat. Zoul tidak perlu menghilangkan kehinaan yang datang dengan kerakusan manusia untuk memuliakan keberadaan manusia, sebagaimana dia tidak menghilangkan martabat binatang yang tabu dengan melihatnya bekerja. Untuk itu, terima kasih, Zoul.
Buku yang mungkin boleh dikatakan deep oleh sesetengah orang? Apa yang pasti buku ini bukan untuk semua orang. Terus terang... untuk bahagian cerpen, cerpen pertama sahaja yang berjaya menarik perhatian saya. Bahagian novela pula, saya sangat enjoy.
Kucing Zoul deep gila. Satu hari, mereka berbual dan Zoul tanya kalau benar, perbualan mereka itu betul-betul berlaku atau kepala Zoul cuma mereka-reka kerana mana ada kucing yang boleh bersembang dengan tuannya. Dengan senyuman, kucing itu menjawab, "Sudah tentu ia wujud dalam kepala kau tapi, kenapa pula ia sepatutnya tidak berlaku?"
Sejak daripada itu, saya yakin, ini adalah pemula segalanya. Ini adalah ceritanya yang pertama sepatutnya. Kucing Zoul memberi spirit kepada beliau untuk menulis apa-apa yang kepalanya cipta. Kenapa? Kerana dalam Melihat Anjing Bekerja (atau Anjing Menyalak Sunyi?), semua ceritanya diwujudkan secara real. Saya macam Melihat Kepala Zoul Bekerja!
Saya pernah baca Hantu Makcik Karipap tapi, masih ketawa dengan cerita ini. Sebuah Teater Bertajuk Kehidupan sangat berbeza dengan vibes kebiasaan Zoul (sama macam Solitud dan Senja) tapi, masih kita nampak statement Zoul.
Setiap cerita dalam buku ini ada statement masing-masing. Butang Reset Kehidupan; sebuah cerpen penyesalan yang secara auto untuk kita-kita yang baru lepas confess dekat crush kemudian kena reject. Makwe Kool Bernama Farha adalah untuk anak-anak yang selalu cari barang tapi tak jumpa dan bila ibu cari, sekelip mata ada!
Selepas membaca Siri Berborak Dengan Maggi, saya tak boleh pandang Maggi sebagai makanan yang merosakkan organ badan lagi dah. Ia seorang bijak pandai yang mengambil kepandaian saya sebelum saya makannya lalu, kebodohan secara auto milik saya.
Kita boleh nampak bila Zoul moody, bila Zoul tengah ketawa.
Melihat Anjing Berkerja adalah hadiah untuk semua yang mengikuti beliau lewat zine atau thread cerita-cerita yang ditulisnya di Twitter. Semua asyik menggesa beliau mengeluarkan buku tapi, masa adalah perkara yang beliau tunggu; masa yang sesuai.
Actually, saya mengharapkan Zoul mengeluarkan novela instead of cerita-cerita pendek kerana cerita-cerita panjang Zoul ada satu perkara yang mengasyikkan; imaginasi melampau. Ia bunga api yang saya raikan! Lagi panjang, lagi tak masuk akal tapi, best!
Cerpen2 dalam buku ni kat permukaan dia santai tapi sarat dengan isi2 yang bermakna dan berfalsafah. Bahasa penulis pun cantik je. Tapi entah kenapa aku susah nak jatuh cinta. Yang pasti kebanyakan cerpen aa unsur2 deep tapi ada jenaka dalam sesetengahnya yang tak berjaya buat aku terhibur. Sampai aku tak pasti samada penulis memang nak tulis kelakar atau tak. Mungkin salah aku. Bukan salah buku ni.