Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang? Amy terdengar desas-desus Pinky tentang kakaknya Azura.Tidak semena-mena, Pinky dan Azura saling bermusuhan dan berperang dingin.
Radzwil pula terperangkap dalam dunia ketiga-tiga wanita ini. Dia yang sudah lama memendam perasaan terhadap Azura, mula menaruh perasaan pada Amy. Sebagai rakan akrab, Pinky sangat memahami perasaan Radzwill.
Siapa? ialah sebuah kisah tentang persahabatan, hati dan perasaan.
Komik bergenre drama/ slice of life keluaran Maple Comics. Komik ini mengambil masa 17 tahun untuk disiapkan. Sebuah komik dengan plot drama yg boleh dikatakan agak berat, dan lukisannya pula sangat cantik dan detail.
Mengisahkan tentang konflik antara tiga orang gadis; Pinky, Amy, dan Azura. Radzwill yang rapat dengan mereka semua turut terheret ke dalam konflik tersebut. Sebuah komik tentang persahabatan, cinta, dan 'scandal'...
Sebuah komik dari kartunis tempatan yang telah menempah nama di luar negara. Aadi Salman.
Komik bertemakan drama, percintaan dan persahabatan ni biasa2 je. Jalan ceritanya menariklah juga walau masih ada lubang plot sana sini.
Cuma lukisannya memang terbaik la. Memang cantik. Tahap komik2 barat, malah lagi cantik, pengalaman aku baca beberapa komik barat aku tak tahu la apasal cover depan je yang lawa, dalam lukisan halai balai je haha. Kalau nak belajar gaya lukisannya boleh la beli komik Siapa?
Komik ni makan masa berdekad - samada jalan ceritanya mahupun penghasilan komik ni sendiri. Aku berkenalan dengan Pinky awal 2000an di era kegemilangan Urban Comics. Akhirnya aku tamat baca kisah mereka hampir 20 tahun kemudian. Kalau ini bukan definasi EPIK, maka tunjukkan aku pegawai DBP kerana aku nak masukkan entri baru dalam kamus mereka!
Satu yang ketara dalam karya Aadi Salman ni ialah konsistensi style yang berterusan walaupun komik ni terpendam dalam development lebih belasan tahun lamanya. Dari awal sampai habis, aku hanya nampak perbezaan2 kecik yang boleh diattributkan kepada peredaran zaman dalam cerita itu sendiri.
Kepekaan terhadap detail dan perincian suasana dan latar belakang juga merupakan kekuatan karya ini. Kau boleh nampak jenis telefon bimbit dan kenderaan yang sezaman dengan jalan ceritanya. Kau boleh cam kawasan Bukit Bintang dalam beberapa scene. Aku bet kalau kau ikut betul2, kau boleh cari SEMUA site dalam kisah ni.
Dari segi penceritaan, aku suka aliran non-linear bila bergerak dari satu panel ke panel seterusnya. Kita melompat dari satu scene ke scene yang lain, tetapi naratifnya tak deluded atau pretentious. Semuanya masih mudah diikuti tanpa mengorbankan flow.
Aku sangat recommend komikus Malaysia untuk mendapatkan komik ni. Banyak benda yang boleh dipelajari dari komikus legend ni. Kalau komik ni dirujuk dalam buku teks satu hari nanti pun, aku tak terkejut. It's worth it.
Found this book on 2022 Ramadhan sale by Komik Maple. Beli sebab cover menarik, also story slice of life, friendship, love and drama - perfect for my leisure reading.
Paneling, artwork and story is polished. Honestly, i’m impressed! Reading comic of western style with Malaysia background, truly a feast for my eye. Turns out the comic span for more than a decade ! Hence the style will have a slight change if you squint close enough.
Never heard about Aadi Salman, apparently he’s someone big in comic industry and now working for Ubisoft. That explains a lot for the western influence on his work.
I truly enjoy the comic a lot, there’s some unsolved things but that is life - some thing is better left unsolved. The art is definetely a major reason to buy this!