"Kau yang sanggup menjadikan aku seseorang yang gagah berani. Kau pula yang sanggup menjadikan aku sengsara selamanya. Kau boleh memutuskan pengharapanku. Kau pun sangguh membunuhku!" [#penagihcinta]
Apabila mayat seorang pelajar kolej dijumpai terapung di sebuah lombong tinggal di Shah Alam, ASP HAKIM dan INSPEKTOR FATIN ARISYA dipinjamkan dari Bukit Aman ke Jabatan Jenayah IPK Selangor untuk menyiasat. Mereka dikejutkan apabila gambar ngeri mangsa yang sedang diseksa dan ditular ke media-media sosial.
Laporan akhbar Pena Rakyat oleh wartawan jenayah A. RIAZ makin merumitkan keadaan apabila kes culik dan bunuh itu dikaitkan dengan lima lagi kes hampir serupa yang turut ditulisnya sebelum ini.
Pembunuh psikopat yang mengalami kecelaruan identiti mahu dirinya dikenali sebagai PENAGIH CINTA, sengaja meninggalkan klu untuk mencabar pihak polis memburunya. Dia mencari, memilih dan mengumpan mangsa melalui Facebook.
Siapakah Penagih Cinta dan siapakah mangsa seterusnya?
"Suspek memilih mangsanya. Dia tak akan berhenti selagi tidak disekat." -Inspektor Fatin Arisya-
Siasatan menjadi semakin kompleks apabila sebuah sindiket turut terlibat dalam kancah pembunuhan bersiri ini.
Syauqie M.K. was born in Pendang, Kedah. Studied Business (Finance) at University of Nebraska-Lincoln, USA.
Syauqie M.K. huge interest in books started at the age of nine. Having raised in poor family he had to dig into uncle and elder brother's old & torn school books / novels to pursue his interest. Thus, reading more matured books beyond his age.
Preferred genre - thriller, crimes, suspense, conspiratorial thriller, espionage, etc.
Then he started to realise "Maybe I can write a book like this!"
"TERORIS: Aku Bukan Teroris" was his first book published in 2016.
He is now pursuing a few more books with similar genre.
Selesai membaca novel thriller terbaru karya Tuan Syauqie MK
Sekali lagi, novel beliau tidak mengecewakan aku. Novel genre crime thriller memang menjadi salah satu kegemaranku.
Pasukan Polis buntu mencari penyelesaian untuk kes culik dan bunuh yang melibatkan remaja belasan tahun. Pihak atasan telah mengeluarkan arahan supaya satu pasukan khas (special task force) ditubuhkan untuk menyiasat kes-kes ini. ASP Hakim dan Inspektor Fatin Arisya ditugaskan untuk melakukan analisis ke atas 6 kes yang telah berlaku bagi mendapatkan kesepadanan, mengenalpasti motif dan yang utama menangkap penjenayah terbabit.
Riaz, wartawan di Pena Rakyat sentiasa mahukan berita jenayah yang hangat dan sensasi. Berita yang ditulis oleh Riaz memang bikin ASP Hakim panas! Apa yang lebih menarik, dalam novel ini, wujud seorang lagi novelis 😎😎😎. Nak tahu apa aku maksudkan, sila baca dulu baru anda akan faham.
Bila baca novel ini, aku dah rasa macam seorang pegawai polis yang sedang menyiasat kes. Aku turut meneliti bukti yang dibentangkan dan membuat profiling setiap watak. Chewah! 😅😅😅. Sambil baca, aku sibuk nak teka siapa suspek sebenar.
Satu demi satu leads berjaya ditemui. Secara tak langsung leads ini jadi seperti cliff hanger untuk aku terus membaca kisah penyiasatan ini hingga ke akhirnya. Tak sangka, rupanya dia suspek utama. Ok, ini rahsia, aku tak nak bagi spoiler.
Susunan plot memang baik dan perkaitan cerita yang teliti.
Mesej yang kita boleh dapat dari kisah ini, kalau boleh hati-hati dalam menggunakan sosial media. Jangan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali. Kena sentiasa beringat dan berwaspada. Lepas ni kena baca balik novel Teroris untuk imbas kenangan.