Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah-tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan.
Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja umi dan abah. Memilih untuk menjadi anggota pasukan khas Armada Laut DiRaja; Trodaire dan doktor neurologi paediatrik dalam masa yang sama. Keputusan paling gila yang pernah dibuat dalam hidupnya.
Bercinta? Langsung tidak pernah terlintas di minda. Hanya umi sahaja perempuan dalam hidupnya. Sehingga si rambut ungu; Dr Violet Lim hadir bersama 1001 persoalan tentang kehidupan.
"Don't judge a book by its cover? Tolonglah, kita ni manusia memang jenis tertarik pada benda cantik sebab tu first impression tu penting. Jadi, kalau betul Islam tu indah, bukan ke tanggungjawab kau sebagai Muslim untuk jalankan perintah agama dan jadi duta kecil kepada agama kau? " - Violet
Kehidupan peribadi, nyawa pesakit dan mempertahankan negara... Segalanya terlalu berat untuk digalas sekali. Pasti akan ada yang perlu dikorbankan. Ah! Sekali lagi, bukankah kehidupan itu tentang pilihan?
Keajaiban itu wujud andai Tuhan dijadikan sandaran. - Azril
Garis Masa sebuah novel yang menceritakan tentang tanggungjawab, komitmen, kasih sayang, persahabatan dan pengorbanan. Bagi aku ceritanya pendek tetapi padat dengan ilmu yang bermanfaat.
Azril Aqil, seorang doktor tentera (MD) dan dalam masa yang sama merupakan anggota pasukan khas Armada Laut Diraja ; Trodaire. Mempunyai dua kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah, namun berjayanya seorang Big Bro kerana taatnya dia pada umi dan abah.
Violet Lim atau V yang lahir dengan nama Lim Yu Qi merupakan seorang doktor neurologi yang gemar merantau dan menghulurkan bantuan. Kehilangan ibu bapanya pada usia yang muda menyebabkan dirinya mengalami depresi. Namun adanya sahabat penanya, Violet bangkit untuk teruskan kehidupan.
Di bumi London mereka bertemu dan di situ jugalah mereka berpisah. Bersama sepucuk surat berserta sebuah mushaf Al-Quran Resam Uthmani berterjemahan yang sudah bertanda Aqil berikan kepada V.
Namun Tuhan hadirkan Ace, Felcon, Victor, Romeo dan Goofy untuk sedarkannya. 2 bulan masa yang diambil, bersamaan terputusnya perhubungan Azril dan V. Namun Azril dipertemukan semula dengan V yang tiba dengan imej baru, nama baru. Bekerja di bawah satu bumbung yang sama merapatkan lagi mereka berdua.
Terlalu banyak yang terjadi. Big Bro yang keliru dengan perasaan akhirnya meluahkan hasrat untuk berkahwin dan V yang masih baru dengan agama barunya.
- - - - - 4.5 🌟 untuk karya ini. Seperti yang pernah aku luahkan, membaca karya kak izzah seolah-olah membaca buku non-fiction di dalam buku fiction. 2 dalam 1.
Aku suka persahabatan Trodaire yang bukan hanya sebagai ahli kumpulan angkatan tentera tetapi lebih dari itu. Mereka la abang, merekalah ayah dan merekalah adik. Walaupun ada yang berlainan agama, namun persahabatan mereka tidak terjejas sama sekali malah sentiasa akrab dan penuh dengan kasih sayang.
Aku suka dengan watak Azril yang taat pada umi dan abahnya. Anak yang sentiasa mendahulukan ibu bapanya dalam apa jua keadaan kerana baginya merekalah cinta hatinya.
Aku turut suka watak V yang pandai menjaga diri. Sangat berdikari dan happy-go-lucky. Sentiasa ingin tahu dan mempelajari ilmu baru.
Apa yang buatkan aku suka dengan V ialah cara pemikirannya. Benarlah katanya, kita sebagai Muslim perlulah menjadi duta kecil yang mengikut perintah agama agar dapat menjadi teladan pada orang lain. Tuntasnya, frasa 'don't judge a book by its cover' tidak boleh diguna pakai.
Tahniah buat kak @nurizzahhani sebab berjaya hasilkan karya yang bermanfaat.
I have a love-and-hate relationship with this book. Satu saat, saya rasa nak give up, tapi satu saat kemudian saya sambung juga baca sebab ceritanya menarik. Dan konflik itu berterusan sehinggalah saya menemui perkataan TAMAT.
What I like about this book: 1. Azril Aqil. Kenapa rasa macam sedap je nama tu eh? Nama tak tergeliat lidah, tapi manis je rasa. 2. ML & FL relationship. Saya suka persahabatan mereka. Dalam pada selamba tapi masih jaga batas. Dan, saya kira Azril memang kena get ready betul dengan basic pengetahuan agama sebab dapat kawan suka bertanya soalan KBAT macam Violet ni. Kadang tu sebagai muslim sejak azali pun tak pernah ada jawapan, malu bila yang bukan islam bertanya baru terkedek nak google. 3. Green flag ML. Si Azril ni terang-terang dia ajak Violet kahwin. Walaupun V tolak, dia tak mendesak dan tak try hard. Cool dan natural je.
To improve (IMO): 1. Saya sampai ke sudah macam tak boleh nak figure out what is the conflict of this story? Conflict hidup V? Atau apa? Saya rasa semua buku penulis pun memang tiada konflik utama yang kedepan, tapi yang ni terlalu samar. Jadi, fun untuk membaca tu macam berkurang. 2. Filler scene agak banyak. Saya tak tahulah kalau penulis memang tulis babak tu sebagai satu keperluan cerita, tapi saya skip certain scenes yang pada saya bukan conflict driver dan tak fun untuk dibaca. 3. Ada beberapa misi mereka yang kalau dipanjangkan mungkin jadi lebih menarik, ditambah dengan sedikit suspens.
Overall, cerita ni best. Banyak nasihat yang disampaikan, but my reading was fluctuated. Tho, it was a good read.
Permulaan yang sedikit perlahan... Tapi selepas satu scene yang melibatkan ibu dan bapa Azril, dekat situ dah mula rasa tak boleh berhenti baca. Setiap helai rasa nak selak dan nak tahu what will happen.
Pada pendapat saya, suka dengan watak Azril diilustrasikan. Karakter dia menarik. Orangnya sengal tapi bila waktu kerja, wataknya berbeza. Salah seorang ahli Trodaire, pasukan khas angkatan tentera laut. Memang tertarik nak baca sebab wataknya seorang tentera. Dalam masa yang sama, juga doktor neurologi. Digelar juga Dr Bunny oleh pesakit kanak-kanak.
Violet Lim. Orangnya juga sama sengal. Memang kenalah dengan watak lelakinya pun. Kadang-kadang rasa nak sekeh dua ekor ni. Persahabatan dia dengan Azril sangatlah selamba tetapi dapat rasai mereka sentiasa menghargai antara satu sama lain.
Paling suka adalah Trodaire. Persahabatan yang ditunjukkan itu sangat murni dan suci. Setiap kali masuk scene Trodaire, mulalah fokus tak pandang kiri kanan. Dan bila scene Ace di belakang cerita berlaku, sesungguhnya sampai emosi yang penulis letakkan. Tak terjangka dan agak tersentak bila scene tu masuk.
A lovely story to read. Sesiapa yang minat ke arah ketenteraan dan pendoktoran, mungkin cerita ini lebih dekat. Seperti saya yang hajat tak kesampaian nak jadi doktor kanak-kanak, kisah ini mengusik jiwa tatkala Azril dan Violet merawat anak-anak ini.
Buat penulis, tahniah. Ini karya ketiga saya baca selepas TSK dan Permata. Tetapi dua itu sempat baca di wattpad sebelum penulis menghantar manuskrip penuh kepada penerbit. Versi buku ada bersama, cuma belum berkesempatan membaca. Jumpa nama Irfan, terasa rindu pula TSK.
Lepas jatuh hati dengan karya The Silent Killer, aku memang usya habis semua karya-karya NIH. Buku ni, aku beli sekali dengan TSK & Permata, dah alang-alang owner asal nak jual, aku kaut ajelah. Sedang elok aku habis baca GM versi BesQ ni, dan dan lah penulis announce ada terbitan baru cerita ni bawah penerbitan AHA Publication dan ada penambahan cerita. Apa lagi, aku pun jelah dulu nak buat review. Dan hasilnya, sekaranglah baru nampak hehe.
Permulaan cerita sangat mendebarkan dengan hero dikelilingi musuh yang bersendirian, tak dan nak serang hendap, dia dulu yang dihendap. Teeeettttt. Game je, jangan serius snagat. Haha, tertipu aku. Apalah hero yang sorang ni, boleh pulak dia mulakan sesi perkenalan dengan game. Adehh, terima jelah. Pertemuan tanpa sengaja di atas pesawat menuju ke UK menemukan kembali dua sahabat pena yang sekian lama terputus hubungan.
Azril Aqil. Pemilik nama yang gah ni merupakan seorang yang sangat gah. Sangat hebat. Tak cukup satu, dua kerja terus dia sapu. Setengah tahun, orang gelar dia Big Bro, yang selebihnya sebagai Dr. Bunny. Dua personaliti yang berbeza tetapi orang yang sama. Sifatnya, cukup santun, cukup lembut, cukup matang, cukup tenang. Persahabatan dia dengan anggota Trodaire yang lagi lima, sangat akrab dan ampuh. Kuat menyakat betul semua. Babak paling ingat haruslah masa Trodaire mengejar Azril yang mengejar surat dekat pusat mel pengkalan. Comel betul babak ni.
Violet Lim. Gadis berjiwa besar yang sentiasa menawarkan diri untuk yang memerlukan. Sentiasa menawarkan diri menjadi sukarelawan. Dengan kepakarannya sebagai seorang doktor ...., dia amat dialu-alukan. Dan, siapa sangka, gadis yang Azril sangka seorang gadis gothic, rupanya banyak mulut mengalahkan si murai tercabut ekor. Yang bertanya tiga patah, yang dijawab tiga puluh patah, siap dengan pakej explanation terus! Violet ni, seorang yang tak reti duduk diam dan tak kekal di satu tempat. Dia sentiasa bergerak, mencari sesuatu. Pertemuan semula dengan Azril, mengembalikan dia ke tempat asalnya.
Terbitan BesQ aku rasa banyak dah misi tapi dengan terbitan AHA, penulis tambah lagi 2 misi; bantuan untuk mangsa taufan dekat Filipina dan juga misi menghadap pandemik disebabkan virus NekoV-6 dan lockdown. Tapi dalam banyak-banyak misi, yang paling aku ingat haruslah misi ke Syria yang menemukan Azril dengan Qawiy El-Furqan. Ahh, daripada TSK lagi aku ada weird attachment dengan Qawiy ni. Dan bila jumpa dia dalam Permata, lagilah aku tertanya-tanya perjalanan dia macam mana dan kini terjawab sudah. Dan setiap misi yang mereka jalankan, semuanya ada suasana yang berbeza-beza.
It was a ride reading this book. Cakap je nak emosi yang mana, maka dapatlah. Babak sedih memang tersedu-sedu dibuatnya. Babak sweet, eh aku pun cair. Babak kelakar, memang tak kering gusi. Macam biasa, karya NIH tak pernah kosong, sentiasa terisi. Banyak doa-doa yang NIH kongsikan menerusi watak Azril juga nasihat teladan daripada mereka semua. Habis baca, memang terasa susah untuk aku let go watak-watak ni. Terasa rindu je haha.
Aku suka content buku ni. Cerita tentang Azril, seorang doktor tentera dan jugak paeds neurologist. Dia ada kawan pena, nama Violet Lim. Selepas bertahun, akhirnya mereka jumpa. .
Aku suka relationship Trodaires. Aku suka hubungan keluarga Azril. Mereka hidup serba kekurangan, tapi cukup apa adanya. Suka hubungan parents Azril. .
Suka juga hubungan Violet & Azril. Sangat sempoi. Ajak kahwin, pun selamba badak. .
Suka bila penulis ketengahkan kerja seorang doktor. .
Ada part sedih jugak, bila Azril kehilangan ibu bapanya. Aku suka part yang sebenarnya ibu Azril dah pernah jumpa dengan Violet.
Best! Sangat suka dengan penggunaan bahasa, pengolahan cerita dan perwatakan Azril. Matang dalam senget. Relationship Azril-Hana pun cool habis. Lagi-lagi masa Azril tiba-tiba je lamar Hana tanpa signal. Penulis sangat pandai menyerap elemen ilmiah tanpa rasa kekok ketika pembacaan. Aku betul-betul respect part tu.
Oh hampir lupa... part Azril bertemu umi dan abah dia dalam koma tu sangat lah meruntun jiwa. Mampu mengalirkan air mata.
Tahniah and keep it up! Aku rasa aku dah jadi salah seorang fans penulis Nur Izzah Hani🤭
Tak rajin nak review panjang2. Sebab tak puas baca dah habis 😭 Lepas ni kena beli yang lain pulak. Memang mantap betul cerita NIH ni. recommended ❤️💯 Saya jadi delulu nak suami hero negara. Tapi bila fikir balik, jiwa kena kental. Saya tak kental, saya ciwek HAHAHA 🤣 tak nak la kena tinggal lama2. melainkan maut yang menjemput.
Respect la dengan wanita luar sana yang ada suami hero negara. Dia berkongsi suami dengan negara. Mental kena kuat lagi2 yang ada anak kan. VIRTUAL HUG 🫂🥰
SubhanaAllah, srs saya terpukau dengan ayat” dalam novel ni tau. Ayat” tersebut asbab jadikan saya sedar tentang erti kehidupan seorang hamba. Srs talk, bila baca novel ni membuatkan kita cakna pd agama dalam kehidupan kita. Sedikit sebyk mengajar..Bagaimana kita merealisasikan agama dlm hidup kita. MashaAllah, akhir kalam saya, semoga author terus suksis dalam bidang penulisan ini.
Berkisahkan Azril ( tentera + doktor pediatrik neurologi) & Violet Lim (doktor sukarelawan) diorang ni kenal sejak zaman sekolah sebab sahabat pena tapi terputus hubungan dan jumpa balik bila dah kerja.
Seronok sebab banyak cerita pasal betapa sibuknya Azril ni untuk uruskan dua pekerjaan yang mencabar tapi dia rasa bahawa itu tugas dia sebagai hamba Allah. Suka juga tengok mak ayah Azril yang sangat sangat menyokong pekerjaan mulia Azril ni. Selalu cakap bila hantar Azril masuk Akademi Tentera maksudnya mak ayah dia memang kena berkongsi Azril dengan negara sebab tu amanah Azril
Suka banyak cerita pasal Allah, sebab Violet ni cari makna dalam hidup. Cuma cerita ni takde konflik sangat, banyak background and penceritaan pasal pekerjaan diorang.
Cintan cintun manis leting pun takde sangat jadi sesuai semua peringkat umur.
Cuma bagi 3/5 sebab rasa macam expect more la dari sinopsis
Kesimpulan, enjoy je baca buku ni, looking forward to read more books from Izzah Hani.
Cons: 1) Macam pelik sikit diorang ni doktor paeds neuro tapi bila kena bertugas kat ED sampai kena buat op for ortopedik, tu je macam pening sikit.