Jump to ratings and reviews
Rate this book

Peneka Silang Kata

Rate this book
Semenjak kali terakhir T. Alias Taib menerbitkan buku puisinya pada 2004, tidak ada sesiapa sangka masih ada sajak-sajak yang tersembunyi, Peneka Silang Kata adalah projek pengumpulan sajak daripada arkib T. Alias Taib melalui usaha dan kerjasama ahli keluarga beliau. Ibarat mengisi huruf dalam kotak-kotak sebuah silang kata, buku ini membuka kembali memori seorang penyair tersohor, tetapi dari sudut emosi dan pengalaman hidup yang tidak pernah dibaca dalam buku-bukunya yang dahulu.

Peneka Silang Kata merupakan sebuah kumpulan puisi yang memperkukuhkan lagi reputasi T. Alias Taib sebagai penyair dan pemburu kota yang tiada tolok bandingnya.

139 pages, Paperback

First published March 1, 2019

9 people are currently reading
34 people want to read

About the author

T. Alias Taib

17 books70 followers
Tengku Alias Taib (lebih dikenali sebagai penyair T. Alias Taib), anak Terengganu tulen, didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi dagang, dan keropok. Semenjak mengangkat pena pada 1960, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menulis sehingga akhir hayatnya. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, pantun, renungan (quotation), dan terjemahan. Buku kumpulan puisinya yang telah terbit ialah Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996), dan Pasar Pengalaman (2004).

Selama 43 tahun T. Alias Taib meneruskan langkahnya dengan penuh tanggungjawab, sabar, dan yakin; mencari makna hidup di luar dan dalam dirinya, melebarkan cakerawala pengalaman dan pemikirannya di dalam dan luar tanahair. Pada 1986, T. Alias menghadiri Seoul Asian Poets Conference di Seoul, Korea Selatan; pada 1989 dia mengikuti penataran sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Jakarta, Indonesia; pada 1994 dan 1995, dia mengikuti delegasi Persatuan Penulis Nasional (PENA) ke London, Paris, Frankfurt, Istanbul, Amman, dan Kaherah. Pada 2001, beliau dilantik writer-in-residence di Taipei, Taiwan, dan sekali gus mewakili Malaysia dalam Taipei 2001 International Poetry Festival (Festival Puisi Antarabangsa Taipei 2001).

Tanggapan dan pemikiran T. Alias Taib tentang kehidupan sering dikaitkan dengan puisi. Keakraban dan kesebatian penyair prolifik ini dengan puisi sudah lama diketahui umum. Tidak ramai yang tahu beliau juga menghasilkan tulisan berbentuk kreatif dan bukan kreatif yang lain: esei, cerpen, puisi, dan madah. Bentuk tulisan yang rencam ini jelas memperlihatkan keupayaan penyair ini mempertahankan disiplin, komitmen, serta kesungguhannya memperluaskan pengucapan.

Karya terbaru beliau yang sedanga diproses untuk terbitan ialah Kumpulan Pantun dan Renungan dan Selected Poems (kumpulan puisi pilihan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Eddin Khoo).

–– Diadaptasi dari kulit belakang buku Di Sisi Pelita Minyak Tanah (Zebra Editions, 2003) yang merupakan koleksi esei, cerpen, puisi, dan madah tulisan T. Alias Taib. (Besar kemungkinan versi asalnya ditulis oleh T. Alias sendiri).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (30%)
4 stars
39 (62%)
3 stars
2 (3%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
August 20, 2021
Heh
bagaimana harus ditulis
sedang jiwa tak puitis
sebuah resensi
tentang buku puisi?

Hoi
menulis dengan ritma
hanya buat bunyi senada
takkan buat kaureti
atau arif tentang puisi

Ah
letak saja bintang
terang-benderang
tanda kausuka
habis cerita!
.
.
.
(buku yang power
buat kau tiba-tiba
mau berpuisi juga
walau haram tak tau apa)

Meru
10 Muharram 1443
Profile Image for hans.
1,165 reviews152 followers
May 14, 2019
Rasa hormat aku makin tinggi pada T. Alias Taib selepas baca kata pengantar di Peneka Silang Kata. Walau seumur hidup hingga hari ini aku cuma pernah membelek Piramid, nyata sekali sosok penyair ini seorang pencinta puisi yang agung.

Himpunan puisi dibuku ini dikelaskan ke tema-tema sesuaian naratif. Helaian puisinya merdu dan berlapik metafora hidup dan alam, tentang jiwa dan hal-hal asing, memori lama juga kisah individu dan lara hidup, ada konflik dan krisis, pelbagai kenangan harian dan impian, salah langkah dan sesalan. Kagum dengan bilah bahasa penulis-- ritmanya cantik dan tersusun dengan pilihan kata yang mudah dan sedap dibaca, tersiratnya senang diramal. Aku tertarik bila penulis banyak menulis senario puisinya di negeri tempat aku membesar. Menjengah masa lalu dan buat aku rindu.

Ada beberapa puisi yang aku gemar--

1. puisi duka untuk anak di desa yang sakit ketika ibunya mencari kerja di kota-- tentang seorang perempuan bernama Sri Hardini dan jalanan hidupnya pada satu hari waktu keluar mencari kerja. Naratif yang penuh perasaan-- kecewa, bahagia dan ditimpa bala. Baitnya dari satu syot ke satu syot seakan filem lama sedang dimainkan di panggung, sentimental dan klasik. Bertiang moraliti dan harapan, puisi ini masih berlegar-legar di dalam kepala aku.
2. di matanya duka berdesir di jiwanya luka mengalir-- puisi sepi yang buat aku berfikir panjang. Tentang musibah dan cita-cita yang tak kesampaian. Cerita puisinya amat teliti, bermain emosi dan humaniti.
3. ais-- entah kenapa suka yang ini tapi misi mencari kopi dan rokok dan gambaran warung yang ditemu waktu malam itu sedap sekali dibaca.
"sebagai ganti kopi dan rokok
warung itu menawarku ais
kiub sepi yang sempurna"
4. suara lain (untuk octavio paz)-- sisipan biografi octavio paz dalam bahas puisi penulis sangat menarik. Suka cara penulis menyampaikan rasa 'kagum'.
5. stesen-- suka ayat pembukanya; "dalam hidup kita ada landasan menghala ke negeri diri". Puisi sarat tersirat tentang satu kehidupan, ada stesen-stesen yang disinggah dan ditinggal (seperti rasa dimarahi secara senyap-senyap).
6. sajak berpuasa-- ringkas, padat dan comel.

Suka gaya tipografi pada puisi-puisi (paling gemar bila penulis guna huruf kecil, dua kosa kata yang dirapatkan dan gerak baris pada karya beliau). Terima kasih produksi selenggara kerana kekalkan cetakan seperti seadanya!
Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
April 11, 2019
T. ALIAS TAIB.

Puisinya cantik. Ayatnya indah. Bahasanya mudah. Metaforanya senang difahami. Penceritaannya boleh tahan lasak dan saya terbuai laju. Imaginasinya nampak keajaiban dan maksudnya sampai pada kita.

Kalau saya dipelawa lagi untuk turut serta dalam dunia puisinya semula, nescaya saya tidak akan menolak. 4.5 bintang.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
February 14, 2022
Ini kali pertama saya baca buku puisi T Alias Taib, tapi selalu baca puisi pendek yang tersebar di merata social media. Sebenarnya yang saya sangat suka dari puisi T Alias Taib adalah metaforanya yang mudah dan puisinya yang boleh difahami walau kadang tak dapat didalami. Penyusunan dan pemilihan katanya juga indah dan sangat enak. Saya ingat sebelum ini saya pernah baca buku Mohammad Haji Salleh. Saya pun tak ingat apa yang saya baca, kerana banyak puisinya saya tak berapa faham.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
June 23, 2023
Bagi yang menekuni karya-karya beliau, saya rasa buku ini adalah pelengkap kepada 'ensiklopedia' T Alias Taib.

Kepada saya secara peribadi yang baharu sahaja betul-betul membaca kumpulan puisinya, puisi-puisi ini menonjolkan bagaimana beliau merakam detik-detik kembara beliau di luar negara (banyak ditumpukan di Indonesia), puisinya mengenai perempuan dan puisinya mengenai dunia penyair itu sendiri.
Profile Image for SITI NURBAITI MOHAMED.
82 reviews20 followers
March 9, 2021
I was longing for my hometown, Terengganu and I decided to pick this book to read. Every line of the poems in this books, were expressed subtly it was pleasure to the eyes. My most fav is on page 119 when Tuan Alias mentioned Kuala Terengganu alongside with the city of Jakarta and Jogja. That is when my heart feels contented.
Profile Image for Mrtn.
22 reviews3 followers
February 20, 2021
"Kerana aku kapal tak berpelabuhan
Tak perlu kujatuhkan sauh hidupku"
Profile Image for Bibi Surya.
30 reviews
January 21, 2021
Aku hanya kenal T.Alias Taib bila katapilar mengajak aan mansyur datang ke kuala lumpur sebagai panelis dalam suatu acara memperingati karya-karya T.Alias Taib. Di acara itulah aku beli buku ni. Dalam acara itu juga aku dapat melihat sebahagian daripada hidupnya. Maka aku lebih tertarik untuk membaca karya beliau. Mainan kata-kata beliau sederhana tetapi ada maksudnya yang logik yang simple dan dalam masa sama begitu dekat dengan diri kita. Aku dapat merasakan yang situasi kita tak jauh beza walaupun garis masa dia menulis itu berlaku pada tahun 1970an, sesetengah perkara masih dirasai pada tahun 2020 ni. Dari subjek sajak berlatarkan politik, ekonomi, kelas, sosial, cinta, hidup, perempuan dan gender, spiritual, persahabatan mungkin aku dapat mengenali serba sedikit sosok tokoh ini, dan aku berasa senang, tidak rugi, kerana sajaknya yang banyak membantu aku merenung semula hidup aku, (kadang kadang tersenyum sinis juga). Apa pun, kata pilar memang hebat dapat mengumpulkan karya-karya tersembunyi beliau yang mungkin lebih 'raw' dan liar. Keep up the good work.
Profile Image for Amiruddin MR.
70 reviews7 followers
April 28, 2019
kerana aku kapal tak berpelabuhan
tak perlu kujatuhkan sauh hidupku
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
July 17, 2024
PENEKA SILANG KATA
Kumpulan Puisi T. Alias Taib
Terbitan: Penerbitan Kata-Pilar
Penyelengaraan: Ainunl Muaiyanah dan Wan Nor Azriq
---------------------------------------
Dibahagikan dalam 5 bahagian. Merangkul puisi puisi tulisan beliau yang belum pernah diantologikan dan yang tidak pernah disiarkan oleh mana mana penerbitan.
Kata pengantar dari 2 penyelaras begitu mengoda sekali. Membayangkan bahawa T Alias Taib sebagai pemuisi yang penuh disiplin. Fail fail yang tersusun diwariskan pada anak anaknya dan kini diantologikan dengan begitu bertanggungjawab sekali, lengkap dengan penerangan tentang tahun dan penemuan.
Dalam sebuah puisi yang ditulis pada tahun 1964 ada ditemui perkataan Bioskop yang saya kira begitu moden sekali untuk pembaca tempatan, begitu juga dengan terma terma Inggeris untuk mewakili perasaan.
Saya tidak mahu mengulas kehebatan beliau berekspresi kata, apa yang jelas di tahun 60an catatan puisi sememangnya tidak tradisi (seperti yang kita terbiasa dalam puisi langka tentang Petani, Merdeka atau Jeritan merebut tanah). Tiap satu ditelusuri sehingga bertemu puisi panjang yang bagaikan cerpen dengan tajuk: puisi duka untuk anak di desa yang sakit ketika ibunya mencari kerja di kota. Muncul lagi puisi panjang untuk segmen Bayang Bayang Kesepian dengan tajuk: Di matanya duka berdesir Di jiwanya luka mengalir. Tiap satu diteliti baca.
Tidak mahu memuji lebih lebih, tamat membaca antologi Istimewa ini maka lengkaplah kekaguman sebenar pada T Alias Taib yang mahu dianggap sebagai pemuisi teliti dan berani, bercerita akan kota, desa dan pergelutan perasaan manusiawi. Ada ketikanya dalam simbol untuk hal hal mendepan dan begitu juga pernomboran dalam bentuk italik. Puisi beransur ansur jadi lebih serius menjelang tahun terakhir beliau yakni 2004.
2 puisi beliau dengan tajuk Perubahan dan Stesen cuplikan dari tahun 70an akan mula saya gunakan untuk majlis majlis deklamasi. Ini antologi terpuji yang diambil waktu yang agak lama untuk dinikmati dan berfikir.
Telusuran terhadap latar belakang beliau sememangnya lengkap, begitu juga garapan puisi puisi yang ditemui. Sekali lagi angkat topi untuk 2 penyelaras dan pihak kata-pilar yang mengambil langkah menerbit.
Tepat sekali tajuknya peneka silang kata.
#reginareviewbuku #penekasilangkata
Profile Image for Syaheeda Hamdani.
5 reviews
May 25, 2019
Bagi saya, ada sebab TAB selalu jadi rujukan penyair lain. Sebab beliau sendiri banyak merujuk penyair lain. Ya, semudah itu. Stilistik TAB menggabungkan dua perkataan individual kepada satu perkataan baharu, macam satu tindakan revolusi pada kanun bahasa. Saya rasa kalau kita senaraikan semua perkataan itu, kemudian cari samaada beliau pernah menggunakannya semula dalam puisi lain, menunjukkan beliau ingat tiap perkataan yang diciptanya. Satu lagi tentang numbering dan dokumentasi, beliau nampaknya agak teliti dalam menyusun puisinya secara sistematik (sesuatuyang dicemburui). Selain itu, ada beberapa feelings semacam 'menyampah' entah pada apa/kepada siapa dalam beberapa puisinya.
Profile Image for Anis Noh.
56 reviews1 follower
August 14, 2021
Membaca sajak yang disembunyikan seperti membaca kisah yang tidak mahu diceritakan.
Profile Image for Khasreena Afiqah.
8 reviews
July 1, 2021
Buku pertama T Alias Taib yang buat aku jatuh cinta, dan jatuh cinta sekali lagi. Aku berulang kali membacanya dan merasakan puisi puisi beliau begitu dekat dengan hati aku.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.