Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cantik

Rate this book
Novel bahasa Melayu yang mengisahkan kesulitan yang dihadapi oleh seorang gadis ekoran daripada kecantikan yang dimiliki. Cerita ini banyak mengenengahkan peranan ibu bapa dalam membantu si anak menghadapi dugaan dengan meletakkan pergantungan kepada aturan agama. Novel Islamik yang bercorak misteri thriller, kekeluargaan, persahabatan, dan juga kasih sayang.

534 pages, Paperback

First published March 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Norsamila Samsudin

9 books58 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (41%)
4 stars
12 (38%)
3 stars
4 (12%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,304 reviews242 followers
February 9, 2026
Fuhhhh…

Berat cerita ni. Because beauty can mislead... sebab cantik manusia boleh hilang pedoman dan sebab cantik juga manusia boleh lupa Allah.

Dalam naskhah ini, there are so many lines that made F pause and reflect. Ayat² yang buat kita termenung lama. F tak nak spoil cerita tapi bacalah dengan hati yang terbuka sebab kisah ni bukan untuk dibaca sambil lalu.

F rasa uncomfortable dengan apa yang terjadi pada Arfah. It's hard to put into words. Cuma satu yang F boleh cakap keluarga Humairah especially Abi memiliki hati yang sangat mulia. Tenang, penuh kasih dan luar biasa sabarnya.

Tentang Haziq, F boleh terima sedikit demi sedikit ataa apa yang berlaku. Kesanggupan Abi menerima Haziq sebagai anak angkat really moved me. It made me feel both kagum and sebak.. kasih sayang yang tak bersyarat tanpa soal asal-usul. Padahal Haziq tu pernah culik Hannah but Haziq insist dia cuma nak jaga Hannah.

While reading this story, F keep picturing Hannah Delisha.. she's beautiful, lembut dan menenangkan bila dipandang. And maybe that's how some men feel when they see something so breathtakingly beautiful… sampai hilang kewarasan.

Cuma part ending tu… why?
Kenapa watak itu dimatikan bila dia baru nak find happiness? It hurts. Tapi deep down, we know dia akan berada di tempat yang sangat cantik.
Profile Image for ~:The N:~.
852 reviews57 followers
March 22, 2021
Ada dua cabaran untuk mengkhatamkan buku ini. Pertama, Cabaran Buku Tebal Bookends 2021 untuk bulan Mac (534 muka surat!) dan kedua, cabaran membaca genre kurang digemari.

Novel ini ternyata bukan cerita cinta kosong, ada unsur-unsur saspens dan misteri serta pengisian agama. Naratif mengalir pantas dan penulis bijak buat saya sentiasa nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Penulis juga berjaya 'petik suis' apabila melibatkan babak-babak yang menggenangkan air mata.

Jujurnya saya tak puas hati dengan pengakhiran novel ini sebab novel ini tebal kot, tapi endingnya macam tergesa-gesa. Rasa macam, 'sap sup sap, dah habis. Dan bacalah epilognya, di situ semuanya terungkai.' Dan tak puas hati juga sebab salah satu watak dimatikan secara tiba-tiba, macam sengaja je nak bagi kawan baik dia pula bahagia padahal watak kawan baik tu bukanlah penting sangat pun.

Tak dinafikan semasa menguliti buku ini saya membayangkan rupa peran utama, Hannah Humairah seperti aktres Hannah Delisha. Mungkin sebab nama yang sama. Yalah, dah digambarkan si empunya nama cantik serba-serbi. Artis itu pun cantik manis, tiada kontroversi dan gosip liar cuma baru-baru ini sahaja kecoh berita dia berkahwin tanpa restu ibu dan bernikah tanpa pengetahuan si bonda. Tapi itu cerita lain. Ayuh kita kembali kepada Hannah Humairah.

Mungkin untuk menggambarkan tak semua manusia itu sempurna, jadi masih terdapat kekurangan pada diri seorang Hannah. Hannah ni orangnya cengeng ya. Letihnyaaalahai sebab heroinnya sikit-sikit menangis, sikit-sikit mengalir air mata. Lembik pula tu. Haihhh. Tapi nasib baik diwujudkan watak Anis yang bijak dan kuat sebagai sidekick. Syok bila baca Anis 'sekolahkan' Hannah.

Sebenarnya rasa macam sedikit hairan dengan sikap ibu bapa Hannah. Sepatutnya bila pernah mengalami episod tragik dalam hidup mereka dengan Aisya' Humairah, bukankah mereka akan lebih mengambil sikap yang lebih berhati-hati supaya pisang tak berbuah dua kali? Bukankah sepatutnya ibu bapa Hannah digambarkan double, triple protective? Contohlah, masukkan Hannah ke kelas mempertahankan diri-- judo ke, karate ke, taekwondo ke, krav maga ke. Okeylah, mungkin Hannah jenis lemah lembut, pakai tudung labuh pula, takkan nak suruh terkangkang-kangkang menyepak bata dan papan masa belajar karate ye tak? Paling koman pun ibu bapa Hannah patut beri dia pepper spray atau alarm keselamatan. Tapi tak, ibu bapa Hannah buat Hannah macam mereka tak pernah menghadapi kejadian buruk pun. Macam tak risau pun sejarah mungkin berulang. 'Ikatlah untamu, dan bertawakallah,' pesan Rasulullah saww. Ibu bapa Hannah pula boleh chill sahaja, hanya nasihat Hannah berdoa sahaja tapi tak siapkan Hannah dengan benda-benda yang boleh melindungi dirinya. Maksud saya, perempuan yang tak secantik Hannah pun ada simpan pepper spray sebab secara umumnya kaum wanita sentiasa dalam bahaya, sentiasa diganggu anasir jahat, bukan bila jadi jelita baru kena jaga diri sendiri.

Seperti biasa, buku ini juga mengandungi kesilapan tatabahasa dan ejaan seperti kebanyakan buku bahasa Melayu yang lain. Tapi yang paling mengecewakan kesalahan ejaan itu bukan sebab typo, tapi kerana penulis/editor/pembaca pruf ingatkan perkataan itu ejaan yang betul. Antaranya terhoyong-hayang yang sepatutnya dieja terhuyung-hayang, menggogoi (mengongoi), taksub (taasub), menceduk (mencedok), dan setiap perkataan halusinasi dieja sebagai halunisasi. Rosak mood bila tengah syok-syok baca tiba-tiba jumpa kesalahan begini. Frust betul sebab manuskrip dah jadi buku dan pembaca pruf dan editor buat kerja tak cermat.

Apa pun, sebagai karya sulung, novel ini ditulis dengan cukup baik. Suka sebab ini bukan novel cinta meleweh dan meleleh yang biasa. Syabas sebab berjaya kekalkan momentum saya untuk habiskan novel ini dalam dua hari.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,565 reviews1 follower
May 12, 2020
Novel yang sangat cantik.. Sesuai dengan tajuknya Cantik..
Cover, Isi, penyampaian, penceritaan dan wataknya Cantik..
Ini buku pertama penulis yang Sha baca.. sha suka cara penulis meletakkan petikan-petikan yang bersesuaian dengan penceritaan yang disampaikan.. Mesej Islam itu sangat jelas.. Sejahat mana pun manusia itu kita tak berhak menghukum, malah kesalahan yang dilakukan seeloknya dimaafkan dan berbaiklah.. Memang sesuatu yang sukar namun kesukaran itu membuahkan kemanisan..
89 reviews
October 2, 2024
Sebelum dibaca lebih dalam, ini adalah reviu jujur berdasarkan perspekif saya sendiri sebagai salah seorang pembaca novel cantik. Jika ada kata-kata yang menyinggung, saya awali dengan seribu kata maaf dari sudut hati yang terdalam dan berharap ia tidak mempengaruhi pendapat pembaca lain yang turut membaca Cantik.

“Cantik sempurna, membawa segugus bencana.”

Pertama kali saya membaca blurb Cantik, saya memang tertarik dengan cerita dan konsep yang dibawa. Orang cantik di dunia ini hakikatnya banyak cubaannya. Usah kata yang cantik sahaja, yang biasa-biasa pun terpalit sama. Sebab manusia ni, bermacam-macam sikap. Ada buruk, ada baik. Saya setuju, cantik dan tampan yang dianugerah Tuhan itu juga ujian bagi setiap manusia. Ini baru bidadari dunia, mujur saja bidadari sebenar itu wujudnya di syurga. Saya pernah membaca pengalaman orang yang dikurnia wajah rupawan, digila-gilakan peminatnya sehingga mengundang perbuatan khurafat seperti sihir. Cumanya, apabila membaca kisah Hannah Humairah dalam Cantik, ada ketika saya agak sedikit kecewa. Bukan kerana gaya penulisan, malah bagi saya penulis bijak menyusun kata. Akan tetapi, kisahnya saja tidak kena dengan ekspetasi saya.

Watak Hannah ni walaupun asyik mudah menangis, saya juga bersimpati dengan apa yang terpaksa ditanggungnya hanya kerana dia seorang perempuan yang sangat cantik luar dan dalam. Diganggu orang-orang muda atau tua, diserang perempuan-perempuan yang dengki padanya dan pernah mengalami serangan seksual tanpa dipinta. Sehinggalah watak ‘peminat misteri’ itu muncul. Peminat yang katanya sangat mahu menjaga Hannah, melindungi dia daripada segala bahaya. Tapi sayang, caranya sejuta kali sangat salah.
Rahsia-rahsia keluarga dalam cerita inipun buat saya penat nak adapt semuanya. Sehingga buat saya rasa semua ni tak make sense :( tentang hakikat Hannah rupanya ada kakak yang seiras dia, Aisyah Humairah yang menjadi mangsa bunuh, tentang lelaki bernama Iskandar dan Arfah. Di sini saya cuba untuk cool down dan belajar memahami masalah keluarga ni. Pada bab² awal, ada dinyatakan umur Hannah ketika arwah kakaknya meninggal, iaitu 10 tahun, manakala kakaknya ketika itu 17 tahun. Namun, dia yang menghidap trauma melihat keadaan kakaknya sendiri dibunuh pada waktu itu, menyebabkan memori tentang dia dan kakaknya terpaksa 100% dipadam daripada ingatan. 6 tahun kemudian, ketika dia sudah berusia 16 tahun, kemunculan tunang kakaknya, Iskandar pula menunjukkan ketidakseragaman maklumat. Iskandar kata, dia dah 15 tahun berulang alik ke pusat rawatan psikiatri selepas kematian Aisyah Humairah. Patutnya Hannah dah 25 tahun dan bukan pelajar sekolah lagi. Dan akhirnya, saya terpaksa sedapkan hati, mungkin typo kot, 5 tahun. Agak tak logik kalau tiba² terus 15 tahun, sedangkan Hannah baru 16.

Dan yang buat saya pelik sikit, macam mana Hannah yang 10 tahun tu boleh tak ingat langsung yang selama ni dia ada adik beradik? Mungkin ibu ayahnya tak pernah bercerita lagi kejadian tragis tu, simpan gambar²nya tapi macam mana? Hanya setakat diberitahu memori itu dipadam. Hannah bukan robot, di sini saya rasa perlu diberi penjelasan dalam cerita.

Saya sebenarnya tidak bersetuju keputusan Hannah menarik balik laporan terhadap penculik. Saya faham Hannah ni lembut hat tapi takkanlah hanya sebab tahu penculik ‘sakit’ (yang belum lagi disahkan ya atau tidak waktu itu) terus nak tarik balik semuanya. Sekurang-kurangnya, pada saya elok siasatan dilanjutkan dulu, dan boleh pula mak ayahnya setuju saja semua keputusan anak, tapi mungkin ini jalan cerita yang dah disusun lebih awal, kalau tak, ia takkan jadi lebih intense :3 Walaupun mungkin penculikan itu berlaku atas sebab kekhilafan serta kecelaruan, ia tetap jenayah culik, hang bawak lari anak orang…dan trauma orang kena culik ni bukan boleh dibawa ringan. Saya sebenarnya tak setuju keputusan bapa Hannah untuk bawa bekas penculik anaknya ‘masuk’ dalam keluarga mereka, walaupun faham niat bapanya di sebalik tindakan itu.

Lagi satu, sepatutnya mak ayah Hannah ni perlu lebih peka dan strict dalam hal keselamatan anak, mereka bukan kali pertama hadap peristiwa tragis, dekat sini saya setuju jugalah pendapat pembaca sebelum ini di reviu lain, bukan setkat doa saja perlu dilakukan. Kebergantungan pada Tuhan itu perlu, tetapi usaha juga mustahak dilakukan.
Dari kes penculikan nilah muncul watak Yusof yang mengikut perkiraan saya kunci kepada kemisterian cerita ni.

Jujurnya, saya betul-betul tak boleh ‘go’ dengan perwatakan Haziq, ya, memang ada sebab kenapa dia jadi begitu, (sama halnya dengan watak Arfah)…Tapi bagi saya agak creepy.Walaupun dia dah berubah, tapi perbualan dia dengan Hannah di kenduri tu buat saya geram dan rasa nak menjerit dekat dua-dua watak T-T

Saya tahu cerita tu nak menyampaikan mesej, sejahat-jahat manusia, kita perlu maafkan, sesuai dengan didikan agama islam. Kita tak berhak menghukum manusia, sebab semua manusia tu ada sisi hitam dan putihnya. Bukan semua orang boleh memaafkan dengan seikhlas hati, sebab itu 'buah' daripada memaafkan tu sangat manis. Tanpa penulis ceritakan pun, saya jadi teringat dengan kes luar negara, yang mana bapa mangsa bunuh tetap memaafkan pembunuh anaknya dan berpelukan di mahkamah apabila baca tentang keluarga Hannah.

Akan tetapi, banyak benda yang menyebabkan saya terganggu masa baca. Dialog dan perwatakan cerita ni rasa macam tak berapa kena dengan expectation saya. Dan ada benda yang membuat saya janggal masa baca, juga tak berapa setuju dengan certain parts of the story. Terutama dengan isu penculikan dan kesannya dalam cerita ni, selain ketiberran kaitan antara watak yang sangat tiba-tiba berlaku (Hilman & Arfah).

Mesej utama ceritanya tetap sampai, tetapi untuk buat saya suka dengan keseluruhan cerita, tidak seberapa. Akhir ceritanya pula terlalu melulu sehingga saya tak dapat menangkap kepentingan keberadaan musuh Yusof yang lagi satu dalam cerita ini dan penerimaan mak ayah Hannah terhadap Yusof yang bagi saya terlalu gampang.

Kekecewaan saya terhadap Cantik tidak akan mematikan hasrat saya untuk baca karya penulis yang lain, kerana saya tahu ini hanya novel yang pertama dan ia ada potensi cuma tidak kena dengan saya. Daripada segala kekurangan, saya suka dengan penyusunan kata penulis berkaitann nasihat-nasihat beragama dan tarbiah diri yang diketengahkan.

Ini sedikit cadangan, cerita Cantik ni lebih baik jika ada pembeza waktu. Supaya pembaca tahu, bab seterusnya adalah setahun kemudian @ 4 tahun kemudian dan tidak terkeliru bila sudah masuk fasa yang baharu.

Saya tamatkan dengan sedikit cebisan kata daripada Cantik yang berjaya menambat hati saya:

‘Satu-satunya kecacatan di dunia ini hanyalah pada iman manusia itu sendiri.’ -Ms440
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sera.
92 reviews16 followers
September 19, 2019
One of my best reads for 2019.

Very well written untuk seorang penulis baru. Bahasa cantik tersusun, setiap peratakan watak dpt dijiwai, petikan2 hadis yg sgt sesuai in the chapters2 yg tertentu.

Berkisahkan mengenai seorang Hannah yg di gambarkan “bidadari dunia” kerana kecantikkan nye. Blessing or curse.. Tu very subjective.. Crite ni diselang selikan dgn genre thriller & keinsafan. Rasa tak sabar nak tau sape yg Hannah ni will end up with sampai saya hampir selak page terakhir..meluap2 Rasa ingin tahu ape kesudahan semua watak2 ni.

Hannah ditemukan dgn banyak watak dlm buku ni. Evryone plays an impt role dlm membentuk crite ni. Saya suka cara penulis menghidupkan & evolve each character. Semua watak2 ni diduga dgn dugaan yg hebat.. walaupun ade yg hampir rebah ke bumi, tapi mereka berjaya bangkit dan tuju semula ke landasan yg betul iaitu jalan Allah.. Masing2 commited utk mencari keredhaan Allah swt.. Penulis berjaya dpt closure for all characters.

I luv all the characters.. Paling suke watak parents Hannah.. Walaupun berkali diuji dgn hebat, tapi tahap kesabaran mereka sgt tinggi.. Tapi tak sangka, Haziq lah hero yg paling saya minat..

The epilog sums up the story nicely.. Sedih part epilog tu.. Dari start Haziq ckp yg dia dah jaga kan menantu dia..

Mmg betol, semua yg cantik tu kepunyaan Haziq and akan Haziq jaga.

Well done penulis!! 👏🏻👏🏻👏🏻
Author 17 books13 followers
April 25, 2019
Cantik, is just like its title. It is well-written and the movement of the story, fluid.
I stumbled upon tiny spoilers for this novel on Facebook but even so, I still enjoyed the story.

While it is easy to hate someone described as being uber-beautiful, the writer developed Cantik's main character well, and readers like me can't help but root for her.

(Cantik itu persis tajuknya. Digarap indah, dan penceritaannya lancar.
Saya terbaca sedikit spoiler mengenai novel ini di Facebook tapi ia tidak menjejaskan pengalaman saya membaca naskhah ini.

Memang mudah membenci seseorang yang indah nian, namun penulis berjaya membuatkan kita tegar menyokong watak utama cerita.)
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
July 1, 2019
Tahniah buat novelis Norsamila Samsudin atas terbitnya novel pertama beliau Cantik.. bahasanya cantik tersusun.. sangat suka dengan novel ni yg berunsurkan islamic, kekeluargaan, kasih sayang, reda and sabar yg berakhir dng nikmat yg Allah beri.

Semua watak dlm novel ini diberi dugaan yg sangat berat oleh Allah, terutama nya Hannah yg digelar bidadari dari syurga.. banyak nasihat dan surah2 yg di petik dari Al Quran yg boleh diambil buat pengajaran kita semua.. ❤️
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
October 2, 2021
Dah lama tak baca novel cinta dan tebal macam ni. Cantik ni membawa tema cinta islamik. Ada dakwah secara halus juga yang terkandung.

Kalau macam tak jelas or tertanya-tanya macam mana cara Islamik tu, try baca novel ni.

Keseluruhan Cantik membawa tema berprasangka baik terhadap Allah. Setiap ujian itu didatangkan oleh Allah untuk uji hambaNya. Nikmat yang diberikan tak ternilai dan tak dijangka.

Kisah ini berkisar tentang Hannah. Seorang gadis cantik umpama bidadari. Yang kecantikan membawa pada banyak masalah. Yang cantiknya dipuja dan dicaci. Kesabaran Hannah sungguh tinggi.

Dalam banyak-banyak watak hanya Haziq yang aku rasakan melalui perubahan besar. Dari tak suka terus aku jadi suka dengan Haziq. Dialah yang berjaya buatkan mata aku bergenang akhirnya.

Aku sukakan gaya penulisan Kak Norsamila Samsudin. Cantik tersusun. Lembut bahasanya. Diselitkan perkongsian tanpa ada rasa dipaksa.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews