Ungkapan itu tidak akan dilupakan oleh SYADI ARSYAD buat seumur hidupnya. Diserang, diugut dan dipukul oleh lelaki misteri membuatkan ketenangan hidup Syadi sebagai insan seni, terganggu. Tanpa alasan yang pasti, nyawanya diancam bahaya. Syadi ketakutan. Lantas, keputusan dibuat. Syadi harus diawasi setiap saat dan setiap waktu. Cadangan untuk mengupah seorang pengawal peribadi diterima oleh Syadi tetapi bersyarat.
“Aku cuma nak perempuan ni jadi bodyguard aku. Dia atau bukan orang lain! Itu keputusan aku. Titik!”- SYADI ARSYAD.
Keputusan yang dibuat oleh Syadi menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak. Namun, keputusan itu merupakan satu peluang yang terbaik bagi AINAN YUSRA. Dibelenggu dengan hutang yang ditinggalkan oleh ayahnya, memaksa Yusra bekerja keras. Dia sanggup untuk menjadi pengawal peribadi kepada Syadi tanpa memikirkan maksud di sebalik tawaran itu.
“Aku tahu, banyak salah aku kepada kau dulu. Tapi tu waktu kita tak matang. Kau tak boleh libatkan perkara lepas dengan perkara sekarang. Kalau kau yang dulu bukan kau yang sekarang, aku pun sama. Aku tahu aku salah, aku minta maaf! Tak cukup lagi ke?”- AINAN YUSRA.
Namun, kata-kata maaf yang diucapkan oleh Yusra seakan-akan tidak berbekas dalam hati Syadi. Kesalahan dahulu terus diungkit. Walaupun kemaafannya tidak diterima tetapi Yusra tetap menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin sehingga Syadi mengakui kepentingan Yusra dalam hidupnya.
“Aku ambil kau jadi bodyguard aku untuk lindungi aku daripada segala bahaya, jadi mulai sekarang aku nak kau jadi bayang aku. Bayang yang takkan tinggalkan aku walaupun dalam gelap, faham?”- SYADI ARSYAD.
Yusra akur. Walaupun pelbagai bahaya yang datang, dia siap untuk menghadapinya demi Syadi. Tanpa sedar, rasa aneh mula menjalar dalam hati mereka. Tetapi, belum sempat rasa itu mekar, hati Syadi hancur berantakan! Rasa yang ingin mekar, layu kembali.
Mampukah Yusra menjadi bayang untuk Syadi buat selama-lamanya? Hati kedua-duanya hancur. Apakah sebenarnya yang terjadi? Mungkinkah, bayang akan lebih bersinar daripada cahaya?
“Anggap saja kesakitan yang aku rasakan setiap kali melindungi kau sebagai balasan untuk sikap aku terhadap kau dulu.” - AINAN YUSRA
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Entah kenapa N rasa jalan cerita ni macam sedikit draggy and Yusra dan Syadi macam takda chemistry.
Selalunya N suka dengan cerita romantic suspense but this one N rasa sedikit flat. I do like the mystery part of it, tapi bila masuk bab Yusra dan Syadi, N macam tak boleh nak 'masuk.' And towards the end, N dah tak kisah sangat pasal dorang ni. Just nak habis baca jer.
Then again, mood membaca pun dah kembali ke laut so mungkin itu juga antara sebab kenapa N tak berapa nak enjoy novel ini.
Ini merupakan novel ke 3 yang aku baca hasil karya SK. Aku tertarik lepas baca teaser di facebook & ig penulis. Bergenre action romance, lagi la aku excited nak beli.
Kisah antara Ainan Yusra yang bekerjaya sebagai bodyguard. Manakala Syadi Arsyad seorang artis. Pertemuan semula antara Yusra & Syadi apabila Syadi memerlukan bodyguard untuk menjaga dia selepas diancam bunuh. Dek kerana ingin membalas dendam atas apa yang pernah dilakukan Yusra semasa mereka di bangku sekolah membuatkan Syadi mengupah Yusra utk menjadi bodyguard dia.
Aku suka dengan watak Yusra, memegang jawatan sebagai bodyguard, dia nampak ganas. Hakikatnya..dia seperti wanita lain. Syadi pulak dia agak annoying sebab dek kerana dendam tu, dia melayan Yusra dengan kasar meski hakikatnya dia sebenarnya dia mula sukakan Yusra.
Konflik cerita ini apabila Syadi diburu oleh seseorang yang inginkan nyawanya. Sedangkan hakikatnya dia tidak tahu siapa yang berdendam dengannya. Maka tersingkapla kejadian yang pernah berlaku 16 tahun yang lalu. Di situla permulaanya yang menyebabkan Syadi diburu hari ini. Dan ditambah lagi Yusra juga menjadi buruan pemiutang ayahnya. Mereka saling memerlukan untuk membebaskan diri daripad pemburu mereka.
Bagi aku, novel ini best. Jalan cerita yang smooth..bahasa yang indah..watak2 pon dicipta dengan baik sekali.
AWESOME!!! Rasanya bayang adalah karya pertama SK yang saya baca. Penulis berjaya membuat emosi pembaca turun naik ketika membacanya. Teruja nak tau apa yang berlaku dalam bab seterusnya. Definitely novel SK akan masuk kategori wajib beli lepas ni. Tahniah SK ❤️
Bolehlah, untuk bacaan ringan. Ok lah jugak sebab heroin kerja bodyguard dan bukan damsel in distress. Wataknya macam kebudak-budakan sikit. Gaduh2 nak tengok luka padahal first aid kit pun takde 😅 Accident kereta sebab kene kejar tapi tak report polis terus? Boleh pulak berhenti rehat dekat r&r. Plot ada yang boleh diagak, tapi ada jugak plot twist. Ingatkan orang lain pelaku, rupanya orang lain pelaku betulnya. Romance sikit je, 10% camtu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pengumuman : Sis nak jual buku ni. Berminat boleh PM sis.
Sis kurang berkenan skit dengan watak Yusra ni, tapi tak dinafikan, watak dia lain dari heroin2 lain. Yusra ni jadi bodyguard kepada watak hero, Syadi, seorang penyanyi terkenal. Mungkin sebab sis rasa watak Syadi dalam ni bukan lar lelaki yang gagah perkasa sebab Yusra ni lebih kuat dari dia, so jadi kurang skit mood baca cerita ni. Tapi jalan cerita dia best je, cerita thriller gitu.
Saya meletak hadapan yang tinggi utk cerita ini.. tapi mungkin selera saya lari sikit utk karya Siti Khadijah kali ini.. Ringkas di sini.. Yusra adalah BAYANG kepada Syadi.. menjaga dan melindungi Syadi.. walaupun ada dendam Syadi pada Yusra atas kes masa zaman sekolah.. tapi lama2 Syadi kena terima hakikat hatinya adalah utk Yusra.. ok sekian..
Adi Arsyad atau nama sebenarnya Syadi Arsyad menerima ancaman bunuh apabila seseorang telah memecah masuk ke apartmennya dan cuba untuk membunuhnya! Tak henti setakat itu, dia menerima surat yang mengandungi ancaman. Tanpa sebab. Atas gesaan pengurus merangkap kawan baiknya, Rafi untuk mengambil pengawal peribadi membuatkan dia alah. Tetapi kad nama Ainan Yusra yang tertinggal di bilik peribadi hospital yang menempatkannya membuatkan Syadi berubah fikiran.
Ainan Yusra, menjadi pengawal peribadi bukanlah rancangannya tapi dia rasakan pekerjaan itulah yang paling sesuai dengannya. Demi melunaskan hutang ayahnya, dia menerima jawatan sebagai pengawal peribadi buat Syadi walauapun lelaki itu dingin dengannya. Tak dia sangka, si 'apek' sudah berubah 180 darjah menjadi penyanyi popular di Malaysia. Kerana kesilapan lalu, Yusra terpaksa menjadi bayang Syadi walau dalam kegelapan.
Kerana dendam lama, Syadi mengambil Yusra sebagai bodyguard. Aku agak pelik kenapa Syadi ni berdendam sangat sedangkan Yusra langsung tak mengecam Syadi. Macam-macam yang Syadi arahkan Yusra buat walhal bukan bidang tugasnya pun. Tapi, lepas balik ke kampung Syadi, barulah terbuka mata Yusra dan mula kenal siapa sebenarnya Syadi.
Bagi aku yang memang sukakan cerita bergenre aksi romantik, aku sangat enjoy membaca buku ni. Identiti yang mengugut Syadi sangat misteri dan memang aku tak boleh teka. Ceritanya juga bersangkut paut dengan kejadian yang berlaku berbelas tahun lalu yang melibatkan orang tua Syadi jadi agak susah nak teka.
Babak aksi memang tiptop. Aku suka gila dengan watak Yusra yang bukan perempuan tipikal. Iyalah, dia pun kerja as bodyguard, mana boleh jadi damsel in distress, ye dok? Syadi yang acah-acah tak kisah kalau Yusra cedera, dialah yang terpaling risau. Hahaha. Tulah mulut aje kata benci tapi hati sayang. Gitchewww. Tapi, dia ni ego eee geram jugaklah. Plot twist, aku macam expect tapi macam tak expect haha. Kira terkejut jugalah plot twist tu.
Overall, aku enjoy baca buku ni and first time baca buku SK yang genre ni. First buku yang aku baca buku Rindu Dalam Sepi. Comfort book juga yang tu. Apapun, tahniah cik penulis! InsyaAllah lepas ni kita check buku-buku lain pula.
Terkadang maksud dari sesuatu tindakan itu bisa disalahertikan kerana pemahaman manusia itu berbeza. Niat untuk Melindung disalaherti sebagai Menyakiti. Jujurnya hati Syadi Arsyad sakit dek kerana sikap dan perbuatannya Ainan Yusra, namun dalam pada masa yang sama Syadi Arsyad rasa selamat dan selesa tiap kali Ainan Yusra berada dekat dengannya. Ainan Yusra umpama Bayang kepada Syadi Arsyad. Bayang yang sentiasa ada untuk melindungi Syadi Arsyad. Sebenarnya sejak dari dulu lagi Ainan Yusra memilih untuk menjadi Bayang kepada Syadi Arsyad. Sayangnya.. sudah lumrah yang namanya Bayang, setiap perbuatan Ainan Yusra tidak disedari Syadi Arsyad. . "Dia hadir di tengah cahaya dan hilang di telan kegelapan. Dia wujud tapi tak pernah dipedulikan." . Setelah sekian lama terpisah, takdir telah mempertemukan mereka semula. Syadi Arsyad telah memilih Ainan Yusra kerana Dendam manakala Ainan Yusra pula menerima Syadi Arsyad kerana Tanggungjawab. Masa yang mereka luangkan bersama dan tiap bahaya yang datang menyerang membuahkan rasa aneh dalam hati keduanya. Bila Benci bertukar Cinta, akan bahagiakah kedua mereka?? Saat kesilapan lampau datang menghantui, mampukah Syadi Arsyad untuk memaafkan segalanya?? Dan bila mana dosa silam dibentang semula, layakkah Ainan Yusra untuk terus bersama?? Selama mana Ainan Yusra sanggup menjadi Bayang buat Syadi Arsyad?? Untuk Seketika atau Selama-Lamanya?? . #Bayang #SitiKhadijah #Penulisan2u #BooksReview #ByH2dA2dN2dI
Kisah antara Syadi & Ainan Yusra. Syadi, penyanyi terkenal yg terpaksa mengupah bodyguard akibat peristiwa dia diserang lelaki tidak dikenali. Siap dgn ugutan bunuh! Syadi berkeras memlih Yusra sebagai bodyguardnya walau ramai yg bantah. Iyelah, perempuan kot. Tapi si Ainan bukan calang2 kekuatannya. Ada black belt taekwando
Ada sebab kenapa Syadi pilih Ainan. Balas dendam! Mana Syadi blh lupa Ainan yg membuli & memanggilnya si sepet ketika zaman sekolah dulu. Sepanjang Ainan jd bodyguard Syadi, banyak peristiwa yg berlaku (Tp yg semestinya, memang x pernah x bergaduh setiap kali diorang berjumpa)
Membongkar satu persatu kisah zaman lampau yg menjadi sebab kenapa Syadi diserang & diugut tanpa henti sehingga sekarang. Walaupun memang tugas Ainan melindungi Syadi, tp si Syadi memang cuak giler setiap kali Ainan cedera kerananya.
Menghampiri ke bab2 belakang, pembaca sudah boleh meneka perasaan mereka berdua. Paling sadis, peristiwa lampau yg berlaku kpd Syadi rupanya ada kaitan dgn Ainan. Membuatkan kedua2nya terluka sendiri. Antara rasa dendam & rasa sayang, yg mana akan menang?
Overall, walaupun jln cerita ini berkait dgn banyak babak prgaduhan, tp bahasanya mudah untuk dihadam oleh pembaca. Salute kpd penulis👏🏻👏🏻
One word to describe about this masterpiece, "A-W-E-S-O-M-E!!!"
Best sangat! Bila dah mula baca, memang susah nak berhenti. Rasa tak sabar untuk tahu apa yang berlaku seterusnya. Pembacaan saya pun jadi laju saja untuk habiskan naskhah ni. I enjoyed myself reading this novel.
Dari segi gaya penceritaan juga sangat jelas. Dari awal cerita penulis dah buat saya rasa teruja. Setiap situasi yang digambarkan dapat dirasakan dengan baik. Sebagai pembaca, saya dapat rasa seolah-olah saya juga berada di dalam situasi yang penulis adakan. Memang rasa berdebar-debar sepanjang pembacaan ni. Fuh, memang terbaik! Kalau nak tahu apa yang mendebarkan, you guys should grab your own copy. I tak nak jadi spoiler. Hehehe
Secara keseluruhannya? Karya ini sangat tidak mengecewakan. Very highly recommended. Tahniah juga kepada penulis kerana berjaya membuat emosi saya naik turun sepanjang membaca! Siti Khadijah memang tak pernah menghampakan and this novel deserves five stars!
Rasa seolah - olah saya sedang berada dalam cerita Korea . Macam mana ? macam biasalah , kita dapat memahami pov yang berbeza dari dunia biasa kita . Saya dapat menyelami bagaimana rasanya menjadi selebriti dan diburu .
Saya sangat suka cara penulis menyajikan kita dengan plot yang satu per satu . Kemas gitu . Plot twist memang mengejutkan sayaaa .
Never thought it would be my fifth book from Siti Khadijah. Very excited when i bought the book. The storyline was different from the author's various storyline. It kind of the adventure and the overall story is quite of exciting eveb though the ending maybe kind of sad to me. Overall 4/5.