Kisah aku sebagai doktor perubatan daerah, lebih kurang 7-8 tahun yang lepas, di suatu daerah di Johor. Aku tidak pernah percaya tentang kewujudan alam ghaib, sehinggalah aku diuji beberapa kali.
DI ANTARA DUA ILMU
Ilmu perubatan moden atau ilmu perubatan ghaib? Yang mana harus aku percaya? Setelah aku mengalaminya sendiri, kini aku mencari dimanakah titik pertemuan di antara dua ilmu ini.
“Kau yang seru makhluk makhluk ghaib itu, Kenapa kau panggil mereka? Kau yang wujudkan watak watak itu!” ujar Pakar Psikiatri, Dr. Hilmi.
“Makhluk-makhluk ini semuanya wujud. Golongan Jin, Syaitan dan Iblis, Mereka sentiasa ada untuk menyesatkan umat manusia,” jelas Tokwan.
“Saya nak tanya doktor, sebelum ni doktor pernah tahu tak jika ada sejarah keluarga yang pernah ada belaan makhluk ghaib atau SAKA?” tanya Haji Mail.
“Saya tahu. Malam tu, kelibat yang teman saya, yang duduk di sebelah katil saya, sebenarnya bukan doktor, kan?” ujar HASAN .
“Macam mana kamu tahu?” tanyaku.
“Kerana, kelibat yang menyerupai doktor itu ada bisik sesuatu pada saya,” jelas HASAN sambil tersenyum.
akak berbelah bahagi... nak suka atau tak mau suka buku ni. antara nak percaya atau semuanya fiksyen semata-mata. dan sepanjang pembacaan, sama ada nak teruskan atau berhenti!
pengalaman doktor. ok, akak akui yang segala benda mistik ini tak boleh nak dinafikan. ada yang boleh dihindar dan ada yang sukar hendak dihuraikan.
namun, satu yang pasti sepanjang pembacaan hingga habis kisah, akak pasti semuanya dugaan yang manusia harus tempuh dan tahap mana keimanan manusia mampu menangkis godaan dari syaitan. bila keimanan tiada dalam jiwa, banyak perkara yang tak terjangkau dek akal boleh terjadi. pada siapa sebenarnya kita manusia ni nak mengharap?
Allah. itu pasti. tapi ada yang tersalah langkah. sama ada diri sendiri menerima natijah atau berlarutan hingga berzaman.
bagi akak secara peribadi, 'hasan' inilah gambaran 'dugaan' yang secara realitinya yang harus dihadapi oleh 'doktor yazeed' yang secara realitinya gambaran 'kehidupan'. agak-agak faham tak?
hasan --} dugaan doktor yazeee --} kehidupan.
manusianya siapa pula? banyak watak yang ada dalam buku ini. barangkali ada antara watak itu mewakili anda yang sedang membaca secara realitinya?
Mula baca di FB, sekali ending dia sambung kat buku ni. nasib baik adik ada beli so aku pun baca je la...haha...bagi peminat kisah seram, buku ni patut la korang baca pada aku. tapi kisah seram ni aku layan gitu2 jek sbb bukan favourite genre aku jadi exposure sgt limited kepada kisah/author gini. once baca, mmg rasa nak tau apa yang seterusnya berlaku. so kepada new reader, enjoy the ride.
Buku ini jika dapat dinipiskan dan diberikan fokus utama saya rasa lebih baik. Terlalu banyak cerita atau pengalaman yang ingin penulis sampaikan dalam satu-satu masa sehingga membuatkan pembaca rasa penat lebih-lebih lagi membaca banyak pengulangan cerita. Kesudahannya, saya ingin cepat-cepat habiskan buku ini tanpa rasa nikmat keseronokan membaca lagi.
Besttt!!! Buku ni my mom beli dah lama sangat. Tapi tak terbaca-baca coz tne cover nampak tak menarik. But bila dah mula baca…tak boleh berhenti. Tu dua hari dah hbes. Sanggup tak tidur sbb nak hbeskan punya pasal. For me, tak seram sangat sbb time nak tidur takde terbayang-bayang pon. Heho