Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia... Isteri Tak Makan Saman

Rate this book
Perwatakan Husna yang degil dan suka melawan telah membuahkan rasa cinta dalam hati Amzar, seorang jejaka yang berumur awal 40-an. Lagi kuat Husna melawan, lagi besar keinginan dalam hatinya untuk memiliki anak manja Pak Cik Hamidi itu.

“Una nak kahwin dengan saya?”

“Tak naklah, Una. Dahlah tua, muka penuh dengan semak-samun. Gelilah, pak cik. Nak cari bibir pun tak jumpa.”

“Kenapa nak cari bibir saya? Una nak buat apa dengan bibir saya ni?”

Walau luaran berperang mulut, namun hati di dalam bertaut. Tetapi berita penjodohan yang telah diaturkan oleh ibu tirinya, memusnahkan semuanya. Husna kian memberontak. Terdesak ingin keluar dari pernikahan tanpa kerelaan, Husna membuat pakatan dengan Amzar.

Amzar bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Si ‘tupai comel’ sudah masuk ke dalam perangkap yang sudah lama dipasang. Sebumbung dengan Amzar, aksi berani pemuda itu buat Husna bingung dalam debar.

“Pak cik cakap apa tadi?”
“Abang nak Una.”
“Sekali lagi.”
“Abang nak Una, sayang.”

Siapa Amzar sebenarnya? Kenapa setiap layanan lelaki itu mengundang debaran yang begitu kuat di dalam dada?

Dan bagi Amzar... Husna memang jenis ‘Tak Makan Saman’. Lagi Husna melawan, lagi dia bertambah miang. Bila singa jantan tunjuk taring, tak cukup dahan tupai comel nak lari.

Paperback

First published March 1, 2019

15 people are currently reading
121 people want to read

About the author

Cik Tet

35 books114 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (32%)
4 stars
19 (23%)
3 stars
18 (21%)
2 stars
13 (15%)
1 star
5 (6%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for SS.
514 reviews5 followers
April 17, 2024
Saya memang dah lama nak baca cerita ni. pula sebab tertarik dengan blurb nampak kelakar. Tapi end up. Rasa macam tak worth it pula. Walaupun beli ebook, tapi masih juga saya peruntukan duit saya hm.

Dalam kejadian yang tidak terduga itu,Amzar jatuh cinta pandang pertama melihat Husna. Habis cara juga digunakan Amzar untuk memikat Husna. Perbezaan umur yang jauh antara mereka berdua membuatkan Husna tidak pandang Amzar. Dia juga tidak bersedia ke arah perkahwinan, sebaliknya bagi Amzar yang sudah terlajak bujang. Dia mahukan Husna menjadi suri hatinya secepat mungkin. Apakah yang akan dilakukan oleh Amzar?

1. Watak heroin (Husna) dalam ini memang sangat kebudak-budakkan. Sedangkan dia sudah berusia 24 tahun. Perempuan boleh jadi too childish ke?. Saya pun tak pasti.Cuma nak di penghujung cerita barulah nampak watak Husna yg sedikit matang. Tapi itu pun setelah puas baca perangai tak matang dia.

Cara cakap lepas ni nampak comel ke? I dun think so. Especially bila bercakap dengan orang yang jauh lebih tua dari kita. Common sense la kan. Hormat. Benda macamni pun nak kena ada tutorial ke? Haha. Malahan Husna boleh saja cakap lepas bila berdepan dengan ibu tirinya. Perasaan benci yang meluap-luap itu telah membuatkan Husna jadikan alasan untuk bercakap dengan cara sebegitu. For me, it's big no no. Seteruk mana pun kita tak suka orang tu, adab kena jaga.

Antara perangai Husna yang tak okay dalam ni.
• Suka menuduh tanpa usul periksa
• Sebarangan bersangka buruk
• Meninggikan suara
• Suka menyindir/perli
• Memberontak
• Merajuk tak tentu pasal
• Bertindak melulu

Saya harapkan watak heroin tidaklah sebegini annoying. Alih-alih terlebih annoying.

2. Penyabar sangat Amzar dalam cerita ini. Sudahlah nak memikat Husna cukup susah sampai kena menyamar. Dapatkan Husna pun dengan cara yang tak pernah dibuat orang. Nak kena sentiasa jaga hati Husna selepas itu. Kau memang sabar Amzar. Sebab tu hanya kau sorang je layak jadi suami Husna haha. Karakter yang matang tapi hujung cerita nampak macam terlalu emosi pula. Tapi mungkin setelah puas melayan perangai Husna?

3. Terlalu banyak adegan suami isteri dalam ni. Saya risau kalau budak bawah umur baca, boleh jadi budak tu dia tak kisah atau dia kisah dan bayangkan adegan tersebut. 🔞 Kadang macam eh tiba sangat. Tak ada angin ribut begitu sajalah yang jadi. Malu nak explain tapi begitulah the way penulis selitkan dalam cerita ini.

Konfliknya sudah semestinya akan ada langau datang menyelit sebab Amzar seperti yang dikatakan penulis. Seorang lelaki berumur 41 tahun yang kacak, sado dan not so bad. Jadi masih menjadi kegilaan para gadis. So kita akan baca perangai perempuan gedik la dalam ni.

Dan bagaimana Una nak hapuskan perasaan benci terhadap ibu tirinya itu.

Mungkin itulah yang dikatakan dengan kontra. Kedua-dua watak utama memang mempunyai perbezaan yang tersangat ketara. Hero banyak memainkan peranan dalam ini. Yang sentiasa menenangkan emosi heroin yang tak stabil 24 jam. hm not my cup of tea.
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
Read
April 25, 2019
Maaf, KakChik rasa tak berpijak di bumi nyata apabila membaca karya ini. Tapi gagahkan juga diri untuk habiskan pembacaan sebab rasa sayang dah beli. Ngeeeee

Kerana terlalu banyak gelaran-gelaran yang ala gedik-comei pada Una menyebabkan KakChik tak boleh hadam perkara itu. Lepas tu diulang-ulang hampir di dalam hampir keseluruhan bab. Memang jenuh membacanya.

Walaupun nampak simple tapi apabila diulang berkali-kali memang rasa menyampah pulak.

Ada isu kekeluargaan yang mahu ditonjolkan tapi sampai ke sudah KakChik tak jumpa kenapa Uno terlalu membenci ibu tirinya sehingga menjadi anak yang kurang ajar. Sedih pulak rasa hati KakChik ni. :(

#20/30
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
May 25, 2024
dah habis lama cuma tak update. kisah lelaki berumur dengan perempuan muda. miang2 gitu 🤣
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 21, 2020
Cute! Husna adalah anak manja Pak Hamidi. Amzar Kusyairi pula anak saudara emak tiri Husna yang terlajak tua. Mereka berkahwin dengan cara yang sangat unik. Husna larikan diri ke rumah Amzar. Di sana Amzar mulakan misi memikat isteri. Tapi rumahtangga mereka kerap kali di ganggu oleh perempuan keliling. Adakah Husna dapat berubah untuk jadi lebih matang? Bila agaknya Husna akan luahkan perasaannya kepada suaminya? Bolehkah rumahtangga mereka bertahan?
Profile Image for Annur.
13 reviews
May 1, 2019
Cerita yang santai dan tak berat. Saya sangat 'enjoy' membacanya. 😘
Profile Image for L.N.
48 reviews1 follower
June 16, 2022
Helo, helo! I am back at it again with another review!
-
First time Saya baca buku Cik Tet. Not bad storyline a little cliche but i think it still make sense. I really love Amzar character, a loving husband and very mature man, even though sometime he is a little immature but what to say when Husna is a little kiddish.

I really love Husna character, mulut laser! Memang patut pun kalau dia nak mulut laser kalau ada orang nak rampas suami dia.

In my honest view, the story is straight forward not dragging or slow burn. Not too dramatic also, I’m so in love with Amzar character! The author kata dier sado aduhhhhhhhaiiiiii cair pulak saya dengar, even tho he is kinda old but you know what they say “Age is just a number!”

I hope to read more from Cik Tet work! Kudos sis!! Love your work:)
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 11, 2023
First time saya baca novel Cik Tet. Saya tak teruja, rasa lelah dan rasa lama sangat nak habiskan naskhah yang kurang jiwa ini.
Pusing-pusing cerita Husna bencikan Asmida, mak tirinya yang baik. Pusing-pusing cerita Amzar jatuh cinta dengan Husna dan cara Amzar nak pikat Husna. Selepas kahwin, pusing-pusing Amzar dan Husna lagi semakin meleret-leret.
Watak antagonis Fatin dan Intan kurang menyerlah. Bagaimanapun, watak Zarul dan Miza dapat juga menyokong dengan jalan cerita.
Saya musykil. Takde doktor yang mengesahkan dan tak buat ujian kehamilan pun. Tapi bila Husna pengsan di atas pelamin, everyone is so happy sebab Husna mengandung. Epilog yang tergantung sepi.
Watak tak banyak mana pun tapi kurang perisa dan perencah buatkan keseluruhan jalan cerita dan isi cerita agak membosankan serta hambar.
Profile Image for Audrey Widjaja.
176 reviews9 followers
November 6, 2022
Gemaslah dek perangai Una tu, kuat merajuk, kuat cemburu, lidah pun tajam. Amzar pun sebijik, dahlah umur 40, kelakuan macam remaja purba pulaklah tu, kalau dari awal tak buat hal sudah lama menjadilah korang dua tu. Tapi memang cukup seru, sekali baca tak nak berhenti. Ayat dan episode romantik bertebaran weh, sukalah!
Profile Image for Deeyana.
33 reviews
November 13, 2023
Buku ni untuk bacaan ringan dan santai ii...s
Tak sesuai untuk budak ii tapi aku rasa kalau budak ii baca pun diorang tak faham sebab dia mcm tersirat 😌SHSHHS
Dia mcm vibe ii wattpad la tapi fizikal punya version boleh la buat hilang bosan
So far tersengih sengih la jugak baca buku ni. Lawak and sengal...amzar yg hot and una yg sengal...sesuai la 2org tu..btw cerita zarul dengan miza takde ek?
2 reviews
April 15, 2019
Terseksa jugaklah nak menghabiskan novel ni. Walaupun tebal tapi ceritanya yg x menetapi citarasa tu yg terasa seksa nak menghabiskan..tapi di sebab novel ni bkn murah paksa gak diri utk menghabiskannya...jadi byklah skip...sorry penulis mungkin pembaca lain suka...citarasa masing2
1 review
April 18, 2019
Maaf penulis walau anda salah seorang penulis kegemaran sy. Kalini sy x dpt teruskan membaca karya anda. Karya ni x seperti yg lain n totally not my taste this time.
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
April 22, 2019
Terasa bagai membaca buku komik. Sekali sekala dan ada ketikanya tidak logik langsung..... but i still like!
Profile Image for Eta My.
79 reviews
April 12, 2020
walaupun start baca masa #PKP tp still jenuh nak menghabiskannya...maybe sebab x kena dgn jiwa saya..sorry penulis
Profile Image for Nitha Nairu.
25 reviews1 follower
August 14, 2021
Sorry lah penulis saya bagi ⭐️⭐️. Cerita menarik tapi tak kena dengan jiwa saya. Walauapapun it’s a good try. Tahniah.

Ps: Terpaksa baca pasal dah pinjam dengan jiran.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
January 4, 2022
Its a cute story… jalan cerita tentang budak yang tak matang..kahwin dengan bujang terlajak yg sgt penyabar and sweet…light reading..
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.