Jump to ratings and reviews
Rate this book

Parents, Welcome To My World

Rate this book
Kita kata nak faham anak, tapi kita tak pernah tahu isi hati mereka.

Kita kata nak ajar anak, hakikatnya mereka yang banyak mengajar kita tentang kehidupan.

Mari kita terjun ke dalam dunia anak-anak.
Selami perasaan mereka.
Dengar luahan mereka.

Kerana kita mahu menjadi pendengar nombor satu anak-anak kita, sebelum 'takhta' itu diambil oleh orang lain yang entah siapa-siapa.

Walau senaif-naif soalan anak bertanya, "Mama, are you okay?" Jawablah sekurang-kurangnya dengan senyuman. Kerana anak-anak yang kita sangka polos dan tin kosong itu, adalah lampu suluh yang akan membuka jalan untuk kita terus melangkah dalam dunia keibubapaan.

Paperback

First published January 1, 2019

7 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Adlil Rajiah

5 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (67%)
4 stars
10 (23%)
3 stars
2 (4%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
January 16, 2022
Usai membaca buku ketiga Adlil Rajiah, saya banyak buat refleksi diri betapa kurangnya saya meletakkan diri dalam situasi anak. Walaupun kita pernah jadi kanak-kanak, tak bermakna kita faham dan tahu segala-galanya kerana setiap individu dan kehidupan yang dilalui itu berbeza. Masuklah ke dunia mereka untuk lebih memahami dan memudahkan proses mendidik anak-anak. Terbaik puan penulis! Jenakanya tak kurang. Teknik penulisan yang bersahaja membuatkan saya menghabiskan pembacaan dengan cepat. Harapnya boleh diulangbaca untuk peringatan diri.
33 reviews1 follower
January 12, 2021
Highly recommended😍😍😍😍😍 Tulisan Adlil Rajiah tak pernah menghampakan. Ilmu parenting yang sangat penting yang perlu kita pelajari. Anak kecil ini fitrahnya suci. Sifatnya penuh kejujuran. Dari merekalah kita boleh belajar banyak benda. Cuma kita orang dewasa kerap kali terleka dengan angka. Kerana aku lebih tua, aku lebih tahu dari kamu. Hakikatnya, banyak perkara yang kita boleh pelajari dari anak kecil ini. Tinggal perlu buka mata dan buka hati. Selamat membaca
Profile Image for Hafizul Shahar.
41 reviews
January 24, 2023
Memahami dunia anak anak akan memudahkan ibubapa bantu untuk facilitate learning process diorang. Buku ni share banyak parenting tips untuk ibubapa practice. If I can share a few remarkable tips. time management tips, layan anak sambil bermalas-malasan, financial management for kids, tips jawab soalan yang masa dengan soalan sensitif pasal period, tips bagi anak boleh express feeling. Banyak lagi...parents, bakal parents, child care digalakkan baca
Profile Image for Aneesah.
38 reviews9 followers
June 20, 2019
Happy to notice an improvement in quality of writing from her first two books.

In the future I would love if the chapters were more structured with no overlap in content (ie. less like blog posts compiled into a book).
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
February 25, 2020
Seronok sangat saya baca buku ni.. The best parenting book ever!! Well done!!!
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
June 25, 2020
Masih dengan tema keibu bapaan, penulis mengekalkan gaya santai dan semestinya mudah difahami.
Ikutkan, semua topik kita suka. Tapi rasa betul-betul tersentuh bila penulis cerita tentang hubungan dia dengan bapanya. Bagaimana En. Nasir bina growth mindset, dan membantu penulis dapat 5A (mau nangis kalau baca time sedih).That very same principle has helped her going through struggles in life.
Buku ni sesuai untuk semua tau, yg rasa-rasa 20-an tu boleh ja baca. Sebab parenting sebenarnya mengajar kita untuk bersikap lebih terbuka dan jadi lebih baik demi kebaikan orang lain, bukan diri kita semata-mata.
Bolehla baiki diri untuk jadi aunty, uncle yang terbaik kepada anak-anak kecil di sekeliling.
Terima kasih @bukumustread sebab terbitkan buku ni.
Insyaa Allah, to more books by @adlilrajiah

Saya bagi ❤❤❤❤❤ untuk penulis, dan penerbit juga!
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.