"Meera selalu ingat masa kita kecik-kecik dulu, Abang Khalif. Kita main sama-sama, makan sama-sama. Tidurpun sama-sama. Memang best masa tu, kan?"-ZAMEERA
"Sekarang mana boleh tidur sama-sama. Lain pulak jadinya karang."- KHALIF ANDRE
Mengenali gadis bernama Zameera, buat hidupnya yang kelam, menjadi ceria. Sebagai anak isteri kedua Datuk Hisham, dia tidak punya hak untuk mendapatkan kasih sayang seorang papa. Itu yang Khuzairi sering katakan kepadanya.
"Apakah persamaan Abang Khalif dengan Terminator?" - ZAMEERA
"Kejam? Macho?" - KHALIF
"Salah!"
"Habis tu?"
"Tak pernah senyum!"
Zameera yang sengal sering ada untuk dia melupakan kemelut yang membelenggu dirinya yang sering dipinggirkan dan tarafnya juga dipertikaikan. Dikeraskan hati bila Zameera mula berkias tentang perasaannya. Bagi Khalif, Zameera itu dah macam adik untuk dia jaga. Bila Zameera pergi melanjutkan pelajaran, hidupnya terasa sunyi. Muncul Emalin, co-worker yang satu pejabat dengannya, cuba nak serahkan hatinya.
Namun Khalif mengelak bila merasakan hatinya berdenyut hanya pada Zameera. Bukan Emalin. Hasratnya ingin bersama Zameera ditolak Datuk Hisham, yang merasakan Zameera tidak layak menjadi menantunya. Khuzairi pula tidak sukakan adiknya memiliki Zameera kerana dia juga sukakan gadis itu walaupun dia sudah berumah tangga dengan Melina.
Sesuatu terjadi membuatkan Khalif dan Zameera terpaksa merahsiakan pernikahan mereka daripada Datuk Hisham dan Khuzairi. Tapi sampai bila? Haruskah dia berterus terang bila Khuzairi sendiri adalah ancaman? Tidak layakkah dia memiliki kasih sayang dan cinta?
"Selagi hati Khalif kuat, Khalif akan menentang apa saja. Bukan Khalif nak kurang ajar dengan papa. Tapi Khalif akan pertahankan apa yang Khalif percaya."-KHALIF ANDRE
Zameera itu adalah untuknya. Dan hatinya tidak pernah keliru memilih gadis itu!
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Cerita yang simple sahaja dari Dilla Ahmad kali ini, tapi cukup serba-serbinya.
Walaupun ada masanya N rasa watak Meera ni sangat lah tidak matang, N terpaksa mengingatkan diri yang dia masih muda, walaupun sebenarnya taklah muda sangat. Tapi dalam pada tidak matang tu, N agak kagum jugak lar at times dengan Meera sebab dia tidak mudah dibuli dan termakan dengan hasutan. Mujur jugak sebab N tak berapa nak gemar bab-bab lari jauh dengan alasan untuk menjaga hubungan baik orang lain. Tak payah lar nak baik sangat, especially dengan orang yang tak baik dengan kita, betul tak?
N suka dengan watak Khalif yang kayu dan kejung tu, tapi seorang yang sangat bertanggungjawab dan tidak mudah lentur mengikut kehendak orang lain.
Walaupun ada watak langau dalam cerita ni, N tak rasa panas hati sangat dengan mereka sebab both Meera dan Khalif seorang yang berpendirian. Cubalah apa sekali pun, bijak sekali Meera dan Khalif menangkisnya.
Walaupun Bukan Salah Pilihan bukanlah karya terbaik Dilla Ahmad, it is still far better than most novels yang N baca for the past two weeks. It shows that jalan cerita tak perlu rumit dan buku tak perlu unnecessarily tebal untuk memberi kepuasan kepada pembaca.
amboi puan penulis Dilla Ahmad, semuanya bukan. hehe... tapi memang betul, bukan salah pilihan baca novel ni. ada perkara yang menarik yang ingin disampaikan oleh puan penulis.
pertama yang akak nampak, untuk lelaki - kalau ikhlas nak berpoligami, jiwa kena kental dan kena berani. jangan jadi macam datuk hisham yang berani beristeri dua tapi gagal menjadi ketua keluarga yang baik. puan juita terpinggir dan anak mereka, khalif andre juga jadi mangsa. itu semua buatkan khalif lebih senang menentukan perjalanan hidupnya sendiri. bayangkan lelaki ini dari anak kecil, apa saja yang melibatkan ayah semua datuknya yang uruskan. kesian, kan?
kedua, jangan aniaya anak yatim piatu. zameera, gadis polos dan baik ini nyaris je jadi mangsa khuzairi. dalam banyak hal, khalif sering datang sebagai penyelamat. harta kekayaan tak ada makna kalau hidup dengan kesombongan. zafira adik pada khuzairi pun suka sangat buli zameera. adoi. memang macam ni pesen perangai bila bongkak?
ketiga, ulah hati tiada siapa yang dapat menjangka. sekeras besi konon macam terminator, tapi khalif tak dapat menafikan yang zameera itu pelembutnya. khuzairi pun, sekasanova macam mana pun dia, bila hati terpaut, dia sendiri jadi bodoh dengan tindakan yang serba bodoh nak jadikan zameera miliknya.
empat, seterus mana pun pergaduhan adik beradik, tak kisahlah lain mak, lain ayah, tak ke mana pun hujungnya. tali itu hanya akan berbelit dan bersimpul. akan ada cara untuk membuka dan memperbetulkannya. khuzairi, zafira dan khalif. agak-agak korang sampai bila mereka ni nak bersengketa? puncanya sikit je pun. sebab lain mak, sebab perempuan. cis...
lima. beb, kalau dah hidung tak mancung janganlah dijadikan pipi sebagai mangsa untuk disorong-sorong. orang dah tak sudi, ada je lagi yang lain. cempaka emalin, tau dah khalif tak suka nak melayan lebih dari teman sekerja, buat kena jerkah kena tempik je sebab nak mengada-ngada. be wise la...
ok? apa lagi? haa... jangan suka tabur cerita tak benar, jangan suka buat fitnah. bahaya. macam puan dirah, tak memasal je kena buang kerja sebab fitnah zameera. hambik kau. suka sangat cerita sensasi kan...
dugaan dan cabaran, itulah yang akan mewarnai setiap langkah perjalanan. sama ada hadapinya dengan tabah dan kesungguhan atau tersungkur terjatuh dan tak mahu bangun. pilihan? semua pada diri sendiri. pilihan takkan pernah salah. itu semua cuma cabang untuk berusaha sebelum menerima keputusan sama ada berjaya atau gagal. bersyukur dan redha selagi nyawa dipinjam Tuhan...
Bukan salah pilihan mengenengahkan tema kekeluargaan dimana Khalif disisihkan oleh bapa dan keluarga tirinya sendiri atas alasan Khalif hanya ank isteri kedua. Oleh kerana itu, sikap Khalif lebih kelihatan beku dan seolah2 tiada perasaan. Ini menyebabkan Zameera menggelarkannya 'terminator'.
Hubungan yg rapat sejak kecil dan sementelah kematian ibu Zameera menyebabkan Khalif mengambil keputusan utk mengahwini Zameera. Walau pelbagai dugaan dan tentangan dr bapa dan abg tirinya, Khalif tetap tegas mempertahankan pendiriannya.
Saya suka dgn watak Khalif. Dia tahu apa yg dia inginkan. Dan kerana itu dia tetap tegas mempertahankan apa yg dia mahu. Sikapnya yg beku itulah yg membuatkan dirinya sukar didekati oleh wanita sekelilinginya lantas menonjolkan sisinya sbg seorang kekasih yg amat setia.
Zameera yg masih muda umurnya juga seorang yg sgt matang dlm pemikiran. Dia juga sgt mempercayai Khalif dan menolak hasutan jahat dr menjadikan cemburu yg bersarang makin berleluasa.
Overall, saya suka dgn cerita ini. Kisah yg pada saya biasa2 tapi masih mampu menarik minat saya utk membacanya. Juga kisah yg santai tanpa konflik yg berat. Yg pasti penceritaan juga tidak meleret dan sesuai utk pembaca yg mahukan bacaan ringan.
Simple nya story... Tapi masih boleh diterima kisahnya. Cumanya tak betul2 terkesan bila dah habis baca. Masih ada pengajaran yang perlu diambil kira. Nama watak dalam ni hampir sama sebutan dan ejaan. Pening jugak mula2 nk baca.
p/s Maaf sebab dah lama tak membaca. Anak2 tengah membesar perlukan perhatian lebih. 🤗
Simple je cerita ni, konflik pun tak terlampau berat. Kisah Khalif anak kepada isteri kedua & Zameera anak orang gaji papa Khalif.
Sangat jarang lelaki yang kahwin dua akan abaikan isteri muda. Selalu kita dengar yang jadi mangsa mesti isteri pertama. Tapi Datuk Hisham ni lain sikit. Sebabkan takut isteri pertama sampai sanggup bersikap tak adil terhadap Puan Juita dengan Khalif. Kalau dah tahu tak mampu berlaku adil, tak payahlah menggatal nak beristeri lebih daripada seorang. Aku sebenarnya stress dekat Datuk Hisham berbanding Khuzairi & Emalin. Sebabnya dia ni macam tak boleh nampak salah sendiri. Asyik rasa diri tu betul. Sudahlah abaikan anak sendiri, bila anak tu dah besar sibuk nak aturkan semua benda.
Khalif pulak watak yang aku suka dalam novel ni sebabnya dia ni tetap pendirian.Dia tahu apa yang dia nak. Bayangkan dia boleh terus bantah kata-kata ayah dia time kat majlis. Memang tak proper tapi I loikee. Dan Khalif ni sangatlah bagus sebab dia ni memang reject kaw kaw kalau dia tak suka orang tu. Tak ada istilah jaga hati ke apa.
Kesimpulannya novel ni okay dan sebenarnya aku sangat terkesan dengan scene di permulaan cerita tentang mak Zameera. Nyawa orang yang dianggap tak sama darjat tu memang tak bernilai langsung di mata mereka.
Sis bagi 5 bintang! Yeahhhh! Cerita ni dari mukasurat pertama baca, buat sis nak teruskan baca dan baca sampai habis. Bayangkan, sis baca 3/4 buku ni je dalam masa 2 jam, sebab bagi sis, cerita dia menarik. Sis suka watak Khalif yang kayu, terminator, kasar, tapi sweet je bila bersama dengan Zameera. Meera ni pun bagus, direct to the point. Senang. Jalan cerita tak belit2, tak pening pala, santai sangat. Watak gedik pun tak over gedik, takda buat sis rasa meluat sangat. "Bukan salah pilihan" sis beli buku ni.
Semua cerita best bermula dengan pembukaan yang best tapi tak semua cerita yang bermula dengan best berakhir dengan best - kisah ni salah satu daripadanya...
Bab-bab awal aku boleh dapat 'general idea' setting yang dikehendaki puan penulis i.e mana team hero-heroin mana team penjahat, tapi dah sampai kat tengah2 cerita dah terfokus ke satu tempat aje yakni macamana-hero-nak-kawen-dengan-heroin sedangkan banyak persoalan dibiar tergantung i.e watak2 utama sepatutnya 'terpaksa' berdepan dengan lima 'ekor' antagonis - Datuk Sewel, Datin Vogue, Abang Gila Sex, Kakak Klon Datin Vogue, dan Perempuan Cantik Tak Tau Malu tapi semuanya tak diselesaikan dengan berhemah!
Datuk Sewel a.k.a Datuk Hisham - berpotensi menjadi penjahat yang "sympathetic" tidak diberikan peluang mendapat simpati pembaca (akulerrr) sebab kejahatan2 yang dia buat semuanya benda2 bodoh yang digambarkan dilakukan membuta tuli e.g kawen dengan bini kedua tapi tak diceritakan motivasi yang sebenar - dia womaniser ke? gila harta ke? cinta buta ke? pasal apa pulak bila bini kedua dah terberanak dia jadi sewel tetiba nak sembunyikan bini kedua dari Datin Vogue tapi anak kacukan - actually kita semua memang asal dari benih kacukan (lelaki+pompuan, heheh) - boleh pulak diusung/tayang depan keluarga jahat?? pastu keluarga belah bini muda (yang digambarkan bukan calang-calang) terima bodo2 aje kesewelan Datuk Sewel??? pastu banyak pulak insiden "public humiliation" yang dihadapi pemilik gedung fesyen yang gah dibiarkan berlalu macam taik lembu tepi jalan - kes gaduh dengan 'anak lelaki rahsia' depan2 staff dan rakan kongsi dan klien???? dan kes culik dan cubaan rogol???? tambah pulak kena tipu/kena main di-anak-menantu (plan budak2 kecik je pun...)
Bila dah sampai part redemption tetiba pulak penulis tulis macam tak cukup muka surat - timeline barai - semua benda2 "major" berlaku dalam masa 6 bulan(?????) - heroin tetiba jadi yatim piatu (tetiba pakai tudung tetiba bertunang tetiba kena culik tetiba kena kawen tetiba mengandug tetiba beranak!), Perempuan Cantik Tak Tau Malu tetiba jadi merenyam pastu insaf lepas kena basuh, Abang Gila Sex buat jenayah besar (hukuman mati mandatori beb) pastu kena AIDS pastu gol, Mak Datin Vogue (dan klon) dibiar tergantung, Datuk Sewel kena cerai bini muda dan lepaskan syarikat kat Hero lepas hero berlakon kena tinggal tunang dan lepas tu berlakon hilang ingatan (apakah rancangan ni??????)
Love 😍.. about anak org gaji yg diminati oleh dua2 anak majikannye… suka sgt2 watak khalif yg garang2 tp penyayang…alahai..niat die nak bg budak tu habis beljar dlu..tp mmber lak yg dah keruan rindu..suka how he protect zameera..jaga die..mamat terminator ni..dalam hati ade taman…kesian kat mama hero..ye la..bini no 2 so layanan always no 2..so terpaksa bertahan..good she move on at the end..👍 suka..sweet..recommended..
Zameera Aisyah, Khalif Andre McPherson, Herman Khuzairi, Datuk Hisham, Datin Norliana, Pn Juita, Emalin, Zafirah, Mak Ton, Datuk Khalid McPherson.
Zameera kenal dengan Khalif, Khuzairi dan Zafirah sejak kecil kerana dia anak kepada pembantu rumah Datuk Hisham & Datin Norliana. Khalif anak isteri kedua, Pn Juita. Dia berdarah kacukan.
Cita-cita Zameera dari kecil adalah berkahwin dengan Khalif. Dia sentiasa berkias berkaitan perasaannya pada Khalif. Akhirnya, Khalif merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Zameera. Lagi² apabila Zameera melanjutkan pelajaran di Pulau Pinang. Akhirnya, dia berkeputusan berkahwin dengan Zameera.
Bermulanya halangan daripada Datuk Hisham & Khuzairi. Si Khuzairi ini dari dulu memang hendak 'merasa' Zameera. Atas peristiwa Zameera mengelar nadinya untuk menyelamatka diri daripada menjadi habuan Khuzairi, Pn Juita & Khalif merancang supaya pernikahan Khalif & Zameera dirahsiakan.
Datuk Hisham & Datin Norliana berubah menjadi positif terhadap Khalif & Zameera setelah Khuzairi dijangkiti Aids. Khuzairi meninggal ketika di London.
Jalan ceritanya biasa tapi punya daya tarikan tersendiri. Jatuh cinta jap dengan Khalif Andre McPherson 😅