Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pabila Kau Hadir

Rate this book
Tidak mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi. Begitulah hidup seorang Izzah Ferhad. Ramai orang menyangka senyumannya menggambarkan kebahagiaan. Namun, hidupnya tidak semudah nama yang dimiliki. Ada duka yang terpahat di hati. Terkadang dia hanya ingin bersendiri, berbisik segala cerita pada angin, lalu mengalirkan air mata.

“I masih sayang. Dari dulu dalam hati I cuma ada you.”- Zainal

“Sudahlah tu Nal. Pergi pada dia. Dia yang selalu setia pada you.”- Izzah.

Iskandar Irsyad… Tiba-tiba, nama itu menjadi sebahagian daripada hidupnya. Lelaki itu penuh misteri. Hadir tidak terduga, perginya tidak dipinta. Reaksinya kadangkala ceria, kadangkala dingin dan beku. Dalam teka-teki, Izzah berbicara sendiri, lelaki itu sungguh istimewa.

Demi menghentikan sebuah fitnah, Izzah nekad. Iskandar dilamar untuk menjadi raja di hatinya. Lantas, semakin lama menyelami hati seorang Iskandar dalam sebuah perhubungan yang halal, Izzah tergamam. Benarlah, manusia yang terlihat bahagia itu punya cerita tersendiri.

Izzah menginsafi diri. Kisah yang terbongkar membuatkan cintanya semakin dalam terhadap Iskandar. Izzah menyemat janji, dia tidak akan pernah berhenti mencintai. Sayangnya, Iskandar masih tega melukai sehingga tiada ruang untuk dia terus memegang kukuh sebuah janji.

“Izzah, andai abang mampu ulang semula kisah cinta kita, abang tentu tak akan benarkan setitik pun air mata Izzah jatuh kerana abang, tapi abang tak mampu. Abang tak ada kudrat tu. Abang hanya lelaki yang tak ada apa-apa…” – Iskandar

“Abang, andai sahaja memaafkan itu semudah lafaz di bibir, tentu sudah lama Izzah maafkan.” -Izzah

Izzah terperangkap antara cinta dan dendam. Luka di hati tiada siapa yang mengerti. Namun Izzah tahu, cintanya buat Iskandar tidak pernah padam. Hanya Iskandar yang bertakhta di hati. Tetapi adakah Iskandar juga begitu? Mahukah lelaki itu sama-sama mencintai apa adanya? Mahukah lelaki itu berkongsi segala rasa dan dugaan mendatang bersama-samanya?

651 pages, Paperback

First published March 1, 2019

2 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Izz Jaja

6 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (55%)
4 stars
5 (18%)
3 stars
6 (22%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
June 2, 2019
Oh... My... God.

Aku tak sangka langsung konflik PKH sgt, sgtlah berat. Antara SKJ, JS dan PKH, PKH lah yg plg berat dan merumitkan. 🤯

Best, memang sgt best! Tp jln cerita buku ini sgtlah bermain dgn perasaan dan emosi pembaca, dan mujurlah buku sejenis drama air mata begini sememangnya menjd 'makanan' aku, jd aku tiada masalah dgn jln ceritanya. Bg aku, jln ceritanya sgt menarik.

Sungguhlah, buku ini bermain dgn byk konflik.

Konflik mengenai hubungan naik turun antara Izzah dan Iskandar.
Konflik mengenai Iskandar yg hanyut dgn masa lalunya yg AMAT KELAM, dan akhirnya menjdkan dia trauma.
Konflik mengenai hubungan dingin antara Izzah dan mummy dia(ibu tirinya).
Konflik mengenai persahabatan Izzah & Ulya yg hancur berderai kerana seorg lelaki bernama Zainal.

Kedua-dua watak utama; Izzah dan Iskandar, mempunyai satu persamaan, iaitu mereka berdua tidak kenal apa itu erti bahagia. Kedua-duanya mempunyai duka & derita tersendiri.

Tp bg aku, manusia yg menjd mangsa yg menerima nasib plg menyedihkan dlm buku ini ialah Iskandar. Aku kagum dgn penulis yg mampu mengetengahkan isu yg semakin menular dlm kalangan masyarakat kini utk menghidupkan seorg karakter Iskandar. Seperti kata penulis di bhgian 'setitis bicara' yg ada di helaian belakang buku;

'Bukan mudah utk Izz menggarap kisah ini. Terasa begitu sukar utk menghidupkan watak seorg lelaki yg *******. Izz mencabar diri, cuba membina watak lelaki yg trauma dgn penderaan fizikal dan kisah silam.'

Membaca kisah silam Iskandar yg amat pahit, jdnya aku tidak hairan Iskandar menjd sgt trauma dan hilang kawalan saat traumanya itu dtg. Ya, Iskandar yg berasa merendah diri dan malu dgn hakikat yg telah terjd pd dirinya, pernah sekali cuba mencekik Izzah saat Izzah mengetahui rahsianya itu. Saat ini, Iskandar seperti org gila, yg tidak dpt mengawal emosi akibat traumanya.

Memang berkali2 Iskandar telah menyakiti Izzah, namun sebenarnya, dia sgt sygkan Izzah. Krn syg itulah, dia telah mengambil satu keputusan bodoh utk dirinya dan Izzah.

Seperti kata penulis lagi;

'Mungkin ada di antara pembaca yg beranggapan alangkah tidak cerdiknya Iskandar. Izzah sudah syg, sudah terima baik dan buruk, dia masih lg menolak. Tetapi secara peribadi, Izz ingin mengajak para pembaca cuba memahami, trauma tidak akn berhenti hanya dgn bicara manis atau pujuk rayu. Trauma memakan masa yg panjang utk sembuh.'

Aku setuju dgn apa yg diperkatakan oleh penulis. Bkn semudah ABC utk buang rasa trauma dlm diri, jd tidak hairan watak Iskandar diciptakan begitu. Memang sejak awal lg, aku sudah syak yg pelik2 dgn watak Iskandar yg tersgtlah penuh misteri. Dan rupa2nya, apa yg aku sangkakan itu betul. Walaupun aku dah dpt agak dr awal, tp saat terbongkarnya rahsia Iskandar itu, tetap aku rasa terkejut yg amat sgt.

Byk yg aku suka tentang buku ini sebenarnya. Selain tentang Izzah dan Iskandar, aku juga suka dgn hubungan rapat antara Izzah dan Jeff(abgnya). Sememangnya, Jeff seorg abg yg penyayang.

Tentang kebencian mummy Izzah terhadap Izzah. Mula2 memang aku benci dgn perangai buruk mummy Izzah, tp bila dah tahu kebenaran, aku mula jd fhm dgn perasaan dan sikap ibu tirinya itu. Rasa2 aku, kalau aku di tempat mummy Izzah pun, entah mcm mana aku nk hadap semua itu, lebih2 lg kehadiran Izzah yg wajahnya serupa dgn arwah mama Izzah(ibu kandungnya).

Watak yg plg aku tak suka semestinya Ulya. Ulya bodoh, sanggup sakiti hati kwn sebaik Izzah tanpa mahu dgr apa2 penjelasan terlebih dahulu. Sdgkan di awal cerita, perkara pertama yg Izzah lakukan ialah berkorban utk Ulya. Tp Ulya... huh, teruk.

Tp, watak yg plg jahanam tetap jatuh pd pak cik Iskandar. Org tua ini... seperti binatang. Tergamak dia buat mcm tu kat Iskandar. Dan kpd lelaki2 di luar sana yg juga satu spesies dgn pak cik Iskandar, sungguhlah... engkau memang jahanam dan dilaknat.

Oh, lupa. Satu lg yg aku kagum, ialah persahabatan antara Iskandar dan Hisham. Hisham seorg kwn yg sgt memahami dan menyayangi Iskandar, ada di susah dan senang Iskandar. Tak hairanlah Iskandar hanya rapat dgn Hisham seorg, krn Hisham juga berkongsi luka yg sama dgn Iskandar sejak kecil.

Keseluruhannya, aku berpuas hati dgn karya Izz Jaja yg terbaru ini. Tak sabar nk tunggu buku seterusnya dr penulis. 😍🌹
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
June 4, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

What I like:

1. The drama. I know there are some readers yang tak berapa nak suka novel yang drama-heavy. I am not one of them. N suka novel yang ada konflik and crisis yang exciting. Kalau sweet memanjang, kadang-kadang tu rasa macam agak monotonous.

2. Iskandar Irsyad. The loner. The guy with secrets. Who doesn't love em?

What I don't like:

1. The pacing. Pada N, jalan ceritanya sangat lambat. Unnecessarily lambat, especially di awal cerita. N tak faham kenapa scenes beraya kampung tu panjang sangat. There were a few scenes yang N rasa boleh dipendekkan atau dibuang terus sahaja. Antaranya babak Izzah dan adik-beradik tirinya. Terlalu banyak scenes mereka and they're not even that interesting. Sesetengah bab mereka bertiga N langkau sahaja.

2. Izzah. Entahlah, pada N watak Izzah ni kurang personaliti.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
January 25, 2022
[eBOOK 19]

Pabila Kau Hadir by Izz Jaja.
.

Banyak kali dah sebenarnya nak baca novel ni, tapi entahlah kenapa aku ragu-ragu. Mungkin sebab novel Izz Jaja yang aku baca sebelum ni, isunya agak berat. Tambah pulak, novel ni agak tebal. Aku ni, mulalah rasa malas nak baca kalau novel tebal-tebal ni. hahaha
.

Tapi bila aku dah start baca, aku tak boleh stop. Best la pulak. hahaha
.

Izzah dulu pernah bercinta dengan Zainal, tapi sebab kawan baiknya, Ulya cintakan Zainal, dia lepaskan Zainal untuk Ulya.
.

Izzah ni juga ada masalah keluarga. Dia dilahirkan daripada rahim isteri kedua papanya. So, mak tirinya memang tak suka dia. Tapi, Izzah memang rapat dengan adik beradiknya yang lain, Jeff dan Sera.
.

Pertemuan pertama antara Izzah dan Iskandar ialah ketika di kampung Umi. Sama-sama awkward sebenarnya. Lepas tu, mereka terserempak lagi bila Izzah pulangkan duit yang ada dalam baju customer yang dihantar ke Dobi Mama. Rupanya, customer tu ialah Iskandar. Dan mereka lama-kelamaan makin rapat.
.

Kerana terdesak, Izzah melamar Iskandar. Tapi perkahwinan mereka tak semudah yang diharapkan. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Iskandar. Ada trauma yang menyebabkan Iskandar menjauhkan diri daripada Izzah.
.

Bagi aku, dari awal lagi, boleh sense yang Iskandar tu pelik. Somehow, dah boleh agak, apa sebabnya. Tapi, aku takde la expect teruk sangat.
.

Mungkin cerita ni agak meleret. Tapi entahlah, aku okay je. Mungkin sebab aku suka gaya tulisan penulis. Cuma mungkin part akhir tu, bila Izzah pun merajuk, haih, aku malas pulak nak layan.
.

Buku ni sebenarnya buat aku beremosi. Aku sedih dengan kisah hidup Izzah. Bukan Izzah je, dengan mak tirinya sekali aku sedih. Lepas tu, kisah hidup Iskandar pulak. Then, perkahwinan mereka pulak. Nasib baik happy ending.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
December 24, 2019
Its not the best from izz jaja...from my own opinion..

Sebenarnya, dia punya jalan cerita sgt bagus..sbb hero ada secret..and its how they overcome it..

Tp kan..ntah kenapa ku rasa cerita ni mcm banyak benda2 meleret..sampaikan ku blh skip beberapa pages untuk sampai ke scene yg seterusnya..

Heee..sorry writer..😅😅😅
5 reviews2 followers
April 16, 2019
Tahniah IJ
Macam2 rasa ada bila baca buku ni.
Byk pengajaran. Betul kata IJ, hidup kita ni penuh ujian, siapa yg kalah dgn ujian, akan jatuh tersungkur.
Lagi sedih bila IJ kata kisah sedih watak utama tu kisah benar...like what?? sedihnya perjalanan hidup dia. Wish u a happy life. Btw, this book deserve five star..
Saya tunggu buku baru ya.
24 reviews1 follower
May 9, 2019
buku2 izz jaja tak pernah mengecewakan. tahniah penulis!!!
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.