Delilah seorang playgirl, tak pernah serius dalam hubungan dan akan memutuskan hubungan dengan pasangannya sesuka hatinya. Pertemuan pertama Delilah dengan Ezaq ialah di sebuah hotel. Masing-masing dengan urusan sendiri, tapi cukup untuk meninggalkan kesan. Malangnya, Delilah sudah mempunyai kekasih.
Ezaq tetap menjejak Delilah walaupun tahu dia sudah berpunya dengan alasan membayar baki upah kerana menolongnya semasa migrain tempoh hari. Namun, layanan Delilah sangat dingin dan cubaan menghadiahi Delilah sebuah kereta yang sebenarnya dibelikan untuk ibunya gagal.
"Encik Ezaq, apa yang awak buat ni satu kerja gila. Your Christian Grey style is an epic fail. I'm not Ana. I'm Delilah. Yes, D is for Delilah."
Delilah menolak mentah-mentah membuatkan Ezaq lagi tertarik dengan Delilah. Sementara itu, Delilah yang baru menamatkan zaman universiti diasak oleh kekasih hatinya, Zairi untuk berkahwin sedangkan Delilah kurang berminat untuk melangkah ke alam perkahwinan. Apatah lagi dia pernah menyaksikan realiti perkahwinan ibunya yang bagi Delilah ialah sebuah kecurangan dan kegagalan. Selepas kematian bapanya dan ibunya berkahwin lain, hubungan kekeluargaan mesra tak wujud dalam kamus hidup Delilah.
“Dia anggap awak seperti musuh dia, bukannya seperti seorang ibu. Saya yang pening tengok drama dalam rumah ni. Reality is bitter. Dia dah besar. Dia patut belajar kawal emosi sendiri.” – Dr. Syed (Bapa tiri Delilah)
“Bukan macam tu, Del. Before we settle down, it’s good if we both have a great career. That’s an ultimate relationship goal right?” – Zairi
“So isunya sekarang ialah I tak bersedia nak kahwin atau sebab I tak kerja lagi? It’s only been a month for God sake. Jobstreet tu bukan robotlah nak proses resume I je. I pun belum konvo lagi. Tolonglah realistik sikit. Kerja dengan you je tak payah tunjuk sekeping ijazah.” – Delilah
Pertemuan seterusnya dengan Ezaq sebagai pemilik restoran Les Vive membuat Delilah mengambil keputusan mendadak. Dia sanggup bekerja sebagai Virtual Customer Service di Les Vive. Ezaq tahu Delilah berasal daripada golongan elit dan kerja ini tidak sesuai dengan Delilah, tapi tetap menawarkan jawatan tersebut kepada Delilah. Maka bermulalah pelbagai kisah yang makin merapatkan hubungan mereka sehinggalah Delilah akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan Zairi apabila mengetahui kecurangan Zairi dan hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Zairi.
Novel ke 2 yang aku baca daripada penulis Rin ahmad. Ni semua atas rekomen daripada kawan2 suruh aku baca novel Rin Ahmad.
Pada awal susah sikit aku nak baca novel yang totally banyak berkaitan cinta ni. Sebab genre favourite aku sekarang aksi/thriller. Jadi untuk sesuaikan balik dengan novel cinta ni, ambil masa.
Di awalan bab, aku rasa agak slow sikit. Ke sebab aku sendiri yang masih blur time tu. Aku pon xtau. Haha. Dah di pertengahan baru la aku dapat balik mood aku tu. Dan jalan cerita pon semakin best.
Seperti tajuk, Devilish Delilah. Perangai Delilah ni, Masya Allah. Sabar jela. Perangai ikut suka hati dia je. Tanpa memikirkan orang lain. Jenis orang kata pakai langgar je. Tapi after kenal dengan Ezaq, perangai Delilah ni semenggah sedikit demi sedikit.
Hero heroin Rin Ahmad ni jenis semua high class kan. Of course kene speaking. Aku kalau bab english ni jadi malas sikit. Aku lagi suka kalau baca sesebuah novel ni semuanya bahasa melayu. Kalau untuk term2 tu aku boleh terima la.haha..nampak tak anak melayu sejati😆😆
Overall cerita ni oke. Aku suka gaya penulisan RA. Dan aku boleh hadam ceritanya walaupon kisah cinta.😄
The only thing yang betul2 tak berkenan ialah kenapa heroin mesti suka 'minum'.kena pandai minum minum baru kategori highclass ek.Mengingatkan saya dengan cerita USD lagi details dengan brand beer.. Huhu..
Terima novel ni dari my seller dah some months tapi nak mulakan pembacaan teragak2. A 1st time for me untuk penulis ini. However, bila mood membaca dah dtg balik saya tak nak tangguhkan lagi. Rebut peluang yg ada.
Baru terbaca kat Twitter about defining something just to console urself. Kebetulan the comments from few tweeters could actually be used to sum up this story :
"Grades dont define intelligence. Age doesnt define maturity. Level of education doesnt define someone's morality."
What about job? 🤣🤣 tiada siapa yg teringat ni. It doesnt define ur self identity. ~Requote from google search.
Mmg tersasar jauh sikap watak2 dlm novel ni. Ibu bapa boleh beri pendidikan terbaik buat anak2 dgn didikan duniawi dan ukhrawi tapi tak semua yg boleh mengikut acuannya. Inilah ujian ibu bapa. Tunjuk ajar sudah, memerhatikan sudah, nasihat pun sudah, doa juga sudah. Apa lagi yg kurang dalam mengasuh anak2? Tak beri tekanan? Terlalu mengikut? Influencer? Banyak lagi sebab musabab. Mmg tugas berat kerana mereka ini amanah dari Allah.
Mmg sesuailah jika Delilah diberi gelaran Devilish Delilah. Adoi..macam nak hempuk2 je perempuan ni. Bukan saya nak kata perangai dia ni teruk sangat..tapi bila dia mula lakukan sesuatu mmg teruklah natijahnya..Buat sesuatu hanya untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan natijah yg akan ditanggung di kemudian hari dan orang2 sekeliling dia. Ikut hati binasa. Banyak dah dia lalui teguran dari musibah2 yg melanda, tidak sedikit pun dia muhasabah diri. Jika ada terhantuk pun sekejap cuma lepas tu buat lagi. Until one mishaps and accident which almost costs her life, turn her over slowly. However not by much. Still ada changes. Nak kata kawan yg tak baik, adakalanya baik juga..tapi dia mmg an evil bitch lah, pergi dajalkan kawan dia tanpa mengetahui sahabatnya ada trauma akibat masa lalu. Ungkal tahap maxima until dia bertemu Ezaq.
Camelia dikatakan cantik, baik, lembut dan sopan oleh Ezaq. Yg lain benar. Tapi kebaikkan dia di mana?
1. Bila dia tidak hiraukan keselamatan orang lain melainkan keluarga dia? Kematian org tidak meninggalkan apa2 kesan pada kehidupannya sebab sudah biasa dgn keadaan begitu? Reason terpaksa akur dgn cara bapanya. 2. Menculik Ezaq sdgkan Delilah amat memerlukan Ezaq ketika itu? 3. Bila cuba memporakperandakan hubungan Delilah dan Ezaq dgn menanam syak wasangka tentang hubungan sebenar mereka? 4. Dan cuba menggunakan nama Emran dan anak saudaranya bagi merai cinta Ezaq kembali? 5. Gunakan Ezaq untuk paksa Emran bertanggungjawab pada adiknya?
Etc..etc..etc..saya tak nampak pun kebaikan dia. Mungkin ada but because I disliked her saya jadi biased. More often than not she gave reasons or casting blame to others instead of admitting. She was utterly evasive sebab tak nak kehilangan Ezaq. She expected Ezaq untuk terima dirinya seadanya but its a one way relationship. She truly tried to control everything just because she has the ability to do so. Money was never an issue. Her family status juga mengukuhkan lagi kedudukan dia apart from her look. Hmm.. mafia benar di sebalik kelembutan dan kecantikkan.
Hingga akhir buku pun dia tetap kata Camelia baik. Menyampah betul dgn Ezaq ni. Banyak rahsia which adakalanya perlu diketahui oleh Delilah agar tak menimbulkan salah faham lagi2 dgn Camelia yg berusaha untuk mendapatkan Ezaq kembali. But gradually dia nampak kepincangan dlm diri Camelia serta keluarga Camelia but sama seperti Camelia, dia menerima bahawasanya Camelia terpaksa akur dengan arahan bapanya. But when u hide things from ur partner mmg hurt giler lah. Apa salahnya just share apa yg patut without being asked..maybe sebab Delilah ni alergi dengan Camelia, therefore its best not to share. Dia lupa Delilah juga smart orangnya. Makan hati orang tu. Or maybe it just hurt to share ur past. Lagi2 benda yg ingin dilupakan.
Camelia In life ni banyak choices..but why lingers bila hati tak suka? Kerana takut hilang perasaan dihormati dari masyarakat atau orang2nya, takut hilang harta, takut jika kekejaman bapanya akan dituju kepada dirinya atau kerana keluarganya penting bagi dirinya? Alah bisa tegal biasa gitu. Hingga Ezaq juga rasa jijik dengan sentuhan Camelia.
Novel ni, ada batasan pergaulan tak dijaga dan ada juga garisan syariat dlm Islam di langgar. Seperti novel2 author yg lain, she wrote the dark side of the real muslim society, so dont expect much out of it. Yg penting bila perubahan itu mula bertapak. Yg selalu buat saya teruja dengan setiap naskah author bukanlah jalan kisah cinta watak2 ini. Sebabnya ia biasa2 sahaja. Yg menjadikan ia luar biasa adalah the information about their jobscope that captures my inquisitive mind dan bagaimana mereka kendalikan kehidupan mereka ketika melalui saat getir. However, job yg mereka lakukan pun jika baca macam gempak2 dan watak2 wanita dan lelaki juga classy2 walaupun adakalanya hidup bersederhana. Saya tak berapa suka tapi ia perlu diketengahkan juga. But how I wished titik perubahan dalam setiap naskah dia tu di tekankan lagi instead of tulis sikit2.
Being a businessman, doctor, lawyer in her book is nothing. Scientist is something. NGO nurse or doctor juga begitu. Mcm NGO lah. (Tapi lupa apa sebenarnya.) Belum lagi pekerjaan dlm novel ni. Money laundering was one of it. Ada lagi beberapa pekerjaan. Baca mmg best..tambah pengetahuan. The process they went thru made the difference dan rasa special sikit dari novel lain di pasaran. Kematangan dlm penulisan juga begitu. Lari dari review, yg paling kaya dlm novel2 yg pernah author tulis, saya nobatkan pada Camelia dan keluarganya lah. 🤦♀️
Lastly, antara Delilah dan Camelia, saya tetap memilih Delilah. She was a better person. Mudah di ajak ke arah kebaikkan dengan kaedah yg betul oleh Ezaq. Watak2 dari novel Love Lila juga ada buat kemunculan. Nadia is related to them in a way. Saya suka pendirian Nadia. She didnt compromise her religion for her work ethics.
Tak sangka that I could get DD secepat ini. Thanks pd sahabat yg beli direct dari Karangkraf. Yes, I finished reading DD within a day – a few stops in between. Boleh tak cakap (cliche) sayang nak habiskan, tapi nak tahu ending!!!
Dulu mmg sudah pernah baca masa ‘short version’ di blog tapi for this novel version lagi bisa & menyengat beb!
Hahaaa… tepat lah tu Delilah ni di versikan as the Devil, sepanjang bacaan mcm rasa nak hempuk je Del ni tapi ada masa, I love Del character! Betul sgt lah bila si kawan who is also Del’s co worker(betul ke my usage term ni) si Nad cakap, Dia bukan gadis solehah, dia juga bukan gadis yang di janjikan neraka oleh Nya!
The best part bila I come across a few familiar names, tapi yang paling kelakar ada nama Fazleen. Korang (peminat tegar Rin ) mesti ingat nama ni kah kah kah … nasiblah kau Del, patut lah acuan hampir je sama or mmg sama!!! (gelak devil) Korang kena baca novel DD ni. Sempoi pon sempoi jugak watak Del tapi kadangkala mmg ada menyelit cikit-cikit devil tu.
Ezaq … ada masa nak menyumpah dengan hero ni especially bila dia hilang dari radar (ia lah tak tahukan napa dia hilang) bila dah tahu – ok eh or tak ok! I let you to read DD yourself. But saya suka ezaq. He is so my hero oppssyyyy! Argghhhh … semua hero hero Rin mmg buat kita sukaaaaa sgt. Cuma bila part Camelia, geram sgt2! Saya suka keluarga Ezaq. Sedarhana tapi caya lah mmg tak sangka. Ezaq’s brother Emran, ni lagi boleh buat kita nak minta RinAhmad sambung kisah dia. As if when we were reading Love, Lila adik si hero Jude, Rafael.
Dan jugak kisah Nad. (another genius one mcm pakcik dia heheh)
Zairi? ok boleh tak if I said, 'Zairi berehatlah …’ ehhh ehh stop, ni part saspen! Baca lah sendiri.
Saperti kebiasaan, membaca novel-novel RinAhmad pasti akan mendapat ilmu yg kdg2 not within my interest or scope. Kedua-dua 'carreer' Del & Ezaq adalah sesuatu yg jarang di tulis sebagai pekerjaan hero & heroin novel yg pernah saya baca. Thank you penulis yg tidak kedekut ilmu utk di kongsikn bersama pembaca.
Overall, saya sentiasa teruja dengan penulisan & penceritaan Rin Ahmad. Trademark flashback tetap ada dlm Devilish Delilah. Tapi saya sudah biasa jadi tidak menganggu pembacaan. Hahahaaa … dlm DD kita jugak akan melancong ke beberapa tempat dalam & luar negara. Negara K & M … Membayangkan diri sendiri pergi ke M … Ezaq & Del maseh di sana ke puan writer? So, tanpa ragu-ragu I give full 5 stars to DD. Berbaloi my duit RM23.
sumpah la ek, culture shock jap baca buku ni hahahah. plot dia best tapi tak berkenan sangat dengan mc dia tapi kadang aku suka ngan perangai diva delilah ni jenis mulut laser gak hshs. vibes t20 dia pun menarik tapi terlalu liar untuk aku memahami modern lifestyle diorang kahkah. tapi lerve la the way RA cerita secara details pasal plastic surgery, fine dining restaurant, even pasal jenis lembu daging mahal pun tak ketinggalan haha. walaupun rasa macam tanak tau pun tapi enjoy jela bacanya
pastu pening sikit la part flashback. dia macam tak bagitau bila dah masuk scene masa kini like- ini flashback lagi ke? eh lah rupanya dah habis flashbacknya. haku stresss. end up baca jela tanpa rasa so dia jadi 50-50 nak faham jalan cerita tu. tapi bole la layannn
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Personally, agak mengecewakan. Mungkin N letak expectation yang terlalu tinggi. Baik Ezaq mahu pun Delilah, kedua-dua watak tidak mampu membuat N rasa suka jauh lagi relatable dengan mereka.
Satu je saya nak komen. Modern lifestyle. Del yang moden, macam budak-budak zaman sekarang lah kan... Sama jugak dengan Ezaq. Bebas dengan cara hidup masing-masing. Beragama tapi tak mengamalkan. Saya tak rasa annoying sangat dengan sikap Del. Sebab saya kenal orang macam ni yang memang ada di sekeliling saya. Cara hidup yang membentuk mereka jadi macam tu.
Kematian Zairi taklah 'wow' sangat. Satu yang saya kagum ialah bidang pekerjaan yang langsung saya tak tahu, then saya tahu bila baca kisah ini. Kosmetik, dermatologi, estetik dan plastik. Semua ada beza ye... Patut lah orang korea muka cantik berkilat. Itu rupanya cara rawatan diorang.
Saya juga tak tahu langsung tentang daging. Yes daging wagyu dan steak yang ntah apa lagi namanya. Saya tahu makan je.
Penulis Rin Ahmad tak salah kalau tak buat flashback! Kadangkala F okay je bila dah terlalu banyak sangat scene flashback, berpinar² kepala jap 😁
Watak Camelia, F rasa perangai dia keji. Tipikal anak orang kaya yang punyai bapak gila kuasa! Anak mesti mengikut kan.. ermm
Apa yang penulis gambarkan.. itulah realiti di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Layan minum² tu biasa.. sifat jahil tu tak boleh disangkalkan lagi. As manusia, kita tak lari dari kesilapan.
Bila kita berbicara tentang penulis ini, suka saya umumkan (gitu..) naskhah beliau setaraf naskah cinta internasional. Saya sendiri tidak pasti mengapa. Tapi, membaca novel DD ini memang terasa seperti membaca karya tulisan penulis antarabangsa.
TELITI - Satu saya suka tentang novel ini adalah bagaimana penulis begitu teliti dalam memperincinkan informasi tentang 'pemilihan daging' tentang tempat percutian. Bagi saya penulis benar-benar membuat kajian terlebih dahulu.
TIDAK TIPIKAL - Watak dan perwatakan yang diketengahkan bukanlah seperti watak-watak heroin yang murah air mata dan menyerah. Rin Ahmad antara penulis yang saya kira berjaya membuang ke'tipikal'an watak heroin Melayu. #TeamDelilah
Novel Devilish Delilah saya kira antara novel terbaik hasil tulisan Rin Ahmad. Ayuh dapatkan novel ini. Walaupun tipis, tapi informasi yang anda bakal peroleh sangatlah banyak. Tahniah buat Rin Ahmad! Teruskan bekarya!
cw: english cuss words, description of unusual 'food'
This is a contemporary genre of a story, where it surrounds the high social class centered around Delilah and her lifestyle, as well as Ezaq, her employer, which he tried to 'run away' from such lifestyle due to his past experience, yet at the same time, he was attracted towards Delilah.
I personally have a love hate relationship with the tale. The idea and the premise itself was interesting overall, but the execution was quite a let down for me.
First foremost, I really love every single information presented onto the story, it's absolutely natural and was woven well with the plot itself. I can truly see how excellent the research done by the author to write about various topics on in depth level, from scavenger, cosmetic surgery, as well as business and marketing, every each one of them were written absolutely well and I enjoyed reading them. And the depictions and the realism of high society was so entertaining to explore too. I simply love the overall background of the story.
Moving onto the characters, I personally really do like Delilah as a character and her entire characterization. She's quite a clever and smart lady and we could really see it in her thoughts and her words. I actually admire her way of thoughts, one may seen her only as a bimbo as to how 'odd' she may look around us normies, but, everything she has done was well thought and planned by her, she knows what she wants, although some things do get out of her hands, but everytime she did took responsible over it. And her mature phase was also quite likeable, and I love how we could actually see how 'normal' she is when facing troubles and the anxiety she had about he marriage. For Ezaq though, I don't really have much thoughts about him, he's simply just a 'guy' to me in the story.
The 'progressive' points and discussions on the story were quite well written I'd say, not a lot of people could write them and blend it perfectly into stories / the plot without sounding 'forced' or 'out of blue'. A lot of it actually make sense and made quite a statement onto the plot itself. The messages and moral values written in the story were also my personal favourite, it actually did make me think a lot afterwards.
Well, now I'll now jump into the things I personally have issues with. Firstly, the plot progression feels extremely slow. On 2/3 through the story, I literally still couldn't see where exactly the story is going at all, where even it is leading us readers because things that what we thought might've been important actually doesn't bring much to the plot at all. On top of that, while there doesn't much going on 2/3rd of the story, suddenly everything were dropped off all at the same time at the final one third, from Delilah's background, her conflicts, Ezaq's personal conflicts, it's just an information overload being dumped at me as a reader. Sometimes it feels like some of the conflicts by the end only feels like a series plot convenient as it shows up too abruptly and sometimes it was never explained. On top of that, maybe due to this, I really had a hard time relating and understanding the characters on spiritual level?
On the other side, I'd mention about the elephant in the room, what was heavily promoted about the story itself — Delilah's ex boyfriend's murder. It's was mentioned on the blurb as well as the first thing on the prologue as if it's the main plot of the story. I genuinely expecting a murder mystery romance, expecting the incident to be the reason on change for Delilah, or at least something more involved around that plot, but none. The murder wasn't as significant to the story at all nor it's part of the main plot. Every 'reveal' surrounding the murder felt underwealming and the things related to it were technically only mentioned in a passing, due to this, I don't feel the plot was necessary at all. Apart from it being beneficial as a convenient that fixes some of her relationship or life issues, I don't quite see the entire point of it. Like, why even the blurb makes it as if she's guilty or something and the incident will change her life and cause trouble in her love life, when nothing happened. Heh.
This one might be entirely a me problem, as I'd like to mention that some people with spectrum could have trouble following the plot and the story. The large part of the book is written in the non-chorological writing style jumping between future past and present, and there are tons of frequent flashbacks, as well as a lot of sudden cliffhangers that will only be explained at much later section of the story; these things did make the plot even MORE confusing than it should be. Due to this, I really have a hard time remembering a lot of points because the jumps in timeline were so abrupt, up to the point I thought there was editing mistakes going on, but apparently it wasn't the case. Truthfully, a lot of things in the story that could just be told straightforwardly and doesn't need to be twisted or suddenly written in a suspense way.
Overall, this actually is quite a good story, although confusing at most part (for me the very least), the overall premise and the inclusion on topics surrounding high society was absolutely interesting nevertheless. Still an entertaining read I'd say.
Devilish Delilah. Payah betul nak pinjam ebook ni kalau dekat pnm. Beratur macam beli kunafa viral. Hehe tapi rezeki ada dekat apps lain yang tak kena beratur.
Rin Ahmad. Jarang ya kalau baca cerita Rin Ahmad terus faham. Term yang guna amatlah tak familiar. Mula mula pasal daging. Ah sudah banyak pulak jenis daging. Pasal plastics surgery pun agak blur awalnya. Tapi slow slow dah boleh faham.
Watak Del dengan Ezaq ni tak mampu nak melekat di hati. Dua orang ni pelik tapi sesuai lah. Sama sama pelik. Tak suka sebenarnya perangai Del, tak semenggah. Buat tak fikir orang. Ezaq pulak jenis terlalu cool. Macam takda perasaan.
Banyak sangat dialog english sampai rasa tak best. Faham dengan environment cerita yang semua upper class. Mestilah speaking kan.
Devilish Delilah. Karya terbaharu dari Rin Ahmad kali ini sangat smooth jalan penceritaannya. Tak terasa pun cerita dah separuh jalan. Ada diselitkan konflik yang sepatutnya terasa berat tapi disebabkan perwatakan Delilah yang sangat ego dan perangai Ezaq sendiri yang sangat mature maka, jalan cerita DD terasa ringan.
Oh ya,banyak betul cameo dari semua karya RA kali ni. Sampai tak boleh nak catch up. Jenuh nak padankan umur watak dengan timeline buku-buku sebelum ni. Apapun yang paling aku jaki sekali ejaan aplikasi Twitter yang salah. Twitter ya, bukan Tweeter.
Setiap kali baca novel cinta, kebanyakan dan kebiasaannya kita akan jumpa watak heroin yang sangat baik, lemah lembut, sopan dan penuh dengan nilai-nilai murni yang teraniaya dan malang kemudian, mesti ada seorang perempuan kaya dan cantik tapi pengacau, atau bitchy sikit perangainya yang akan jadi watak antagonis kan?
Lila selalu terfikir tak ada ke orang nak buat penceritaan sisi perempuan yang tak berapa nak baik dan sempurna ni. Adakah watak macamni tak layak untuk meneruskan kehidupan atau memang tak boleh dibuat jadi heroin? Kahkah! Dan akhirnya, Rin Ahmad tunaikan menerusi Devilish Delilah.
Mad love for this story, kategori tak boleh letak. Sebab Lila suka watak perempuan yang firm, yang tak mudah-mudah nak menyerah bila di provok, yang tak buat tindakan melulu bila orang lain cuba kacau kehidupan dia atau orang yang dia sayang. We, women should be that kind of kan? Sampai bila nak pasrah menyerah je? Cehh emo kauu.
Hero pun tak perfect tahap langit ke 7, just nice and real. Ini yang penting bila seorang Lila Vee membaca novel. Romantic/sweet scene tu bonus la bagi Lila, takkan la cerita novel cinta tapi kejung je ye idok. Yang penting tak over clingy. Seriously just nice dan plot yang tersusun walaupun style Rin kalau tulis dia tak reveal benda at one scene terus, tapi Lila suka, ada elemen suprise gitu, tadaaa! Kahkah!
Dan yang penting, kita suka sebab ada kemunculan Jude (Love Lila)! Walaupun sipi je, jadilah. Lila memang suka kalau novel yang ada kesinambungan watak hero atau heroin dari cerita sebelum, sebab kita jenis susah move on sikit dari watak yang Lila suka.
Oh, one more.. yang interesting dalam novel ni adalah tentang fakta tentang jenis dan gred daging (yaa makcik tak tipu) dan kemudian tentang bidang aesthetic. Satu pengetahuan baru yang menarik, dan penulis harus dipuji sebab dari gaya penulisan nampak dia buat research yang detail tentang fakta yang dia nak tulis. Again, good job Rin. Keep on writing, waiting patiently for your next masterpiece, semoga idea melimpah ruah ke ladang gandum!
Rin Ahmad always amazed me with her story... And this time kta dihidangkan dengan kisah diantara Ezaq & Delilah... Kisah mereka yg unik dan luar alam bg akulah... Berkenal begitu shja... Ke hbgn majikan pkja... Dan akhirnya sbg suami isteri wpun begitu byk halangan dan dugaan ditambah pula dengan karakter Delilah yg bg sya amat brni dan brutal dlm memastikan impiannya tercapai... For me agak modern or too modern kot... And for me... Pasti akan ada yg tak dpt nk hadam kemodenan ini... But for me.. Im okay with as long we are not one of them... Actually byk yg nak diperkatakan menerusi karya kecil ttpi pnuh mesej ini... Tp biarlah mereka yg lain lgi utk mengadili karya ini...
Secara jujurnya juga... My favourite book by Rin Ahmad will always Untuk Semua Dosaku... Hehhe... Peace...
Ohh wow, kena open minded sikitlah bila baca novel RA yang ini. Dan betullah, jodoh itu cerminan diri kita juga (dalam konteks cerita ini). Devilish Delilah, memang devil betul & sejenis diva yang fikir diri sendiri tak tengok kiri kanan depan belakang. Btw, tak lupa jugak ilmu kali ini dari segi memilih daging segar yang sedap, business sampai ke perubatan estetik.
If you love, you must accept everything. If you cannot accept everything, you must not love . Aku buat keputusan untuk beli Devilish Delilah (DD), baca dan buat review selepas 4 bulan aku tak kongsi review ehe. Harap penulisan review aku masih boleh diterima dan dibaca dengan hati yang lapang ✌🏻 . Dan . aku kira pilihan aku tak salah kerana naskhah dari rin Ahmad ini memang kena dengan ‘taste’ aku. Penulisan yang matang. Tak pernah mengecewakan! Pada aku, plot dan konflik yang cuba diketengahkan agak berat tapi bila baca, aku jadi mudah ikut dan cerita tak meleweh . Ezaq & Delilah dua kombinasi watak yang seimbang. Perkembangan watak nampak jelas tapi pada aku, timeline dia agak cepat tapi aku suka bila ada part Jude & Lila #Lovelila Bab paling memberi kesan pada aku Bab 52 : m/s 341 tentang sebuah kepercayaan . paling penting . bila aku baca Devilish Delilah ini sama juga macam aku baca penulisan rin Ahmad yang sebelum sebelum ini, sentiasa dengaya gaya tersendiri, updated dengan isu semasa dan dapat menghiburkan diri dengan ilmu ilmu baru ♥️ .
Tahniah buat Rin Ahmad 🌸 .
P/s: Siapa yang dah baca Devilish Delilah 🙋🏻♀️ part mana yang korang suka? ♥️
Honestly,when the author comparing this to USD,my expectation was really high.unfortunately,to my dismay,it was not. Suka sebab penulis bg informasi berkenaan dunia estetic.i am a skincare junkie and i really thinking about pursuing my career futher in aesthetician but byk org obses nak cantik cepat compare fikir long term punye efek utk kulit sihat,cegah drpd jeragat dan skin cancer.hurmmm maybe i just be a pediatrician then. And penyebab sy bg 2 stars je adalah terlalu byk diceritakan mengenai the devil delilah tp cerita keinsafan pendek gile.comparing to USD.keciwa sgt. Sekarang utk tarik minat sy membaca novel melayu adalah berkonsepkan mari kite ke jalan yg benar compare tu cerita cinta islamik.kalo takde kisah cinta pon tak kisah.berkonsep kekeluargaan lg bagus atau pershabatan. I really miss hlovate pieces.they r gem. But to rin ahmad,thankyou.u still do a good job.
Aku peminat tegar Rin Ahmad. Semua novel dia Aku wajib beli dan Aku suka gila gaya penceritaan dia. Tapi utk novel kali ni terasa kurang umpphh dan agak mengecewakan. Mungkin Aku terlalu letakkan high expectation.
My 1st book after few months break from reading and I found contentment in reading these novel.
Devilish Delilah Rin Ahmad
Delilah an Alpha Female who knows wht she want. She is a good devil and she is a bad angel too (memetik salah satu statement mengenai Delilah di dalam buku DD). Ezaq pula mempunyai "romantic looking" seorang yg cool dan calm. Pasangan yang melengkapkan satu sama lain. Watak Ezaq ala ala Chritian Grey minus fetish dan bondage yg Grey dan Ana gemar lakukan😝.
Konflik yang di dalam cerita ini berbeza. Seperti Ezaq dan Camelia yang tidak melibatkan kes curang atau tergilakan harta. Ia lebih kepada pendirian terhadap agama yang dianuti. Begitu juga dilemma yang dialami oleh Nadia sebagai doktor pembedahan plastik.
Overall cerita memang best. Cukup rasa dan ada serba sedikit ilmu dikongsikan dalam cerita DD.
Delilah, gees she not Devilish as Rin Ahmad said but she SELF CENTERED & ROTTEN SELFISH with lots of DEVIOUS toward men accept for her awak EZAQ!!
Ezaq is so cool & level headed larrr
This book is a MUST buy for all RA fans out there a lot you could learn about the aesthetic world it really is an eye opener & new to learn 10Q Rin & this is the 1st time kot Rin the female character mcm ni ... but its something new tak lah lah yg ayu mcm zaman 1920an gitu
I'm happy to see few I know names in this book & Camelia & Fazleen sound very familiar kat mana kenal ek Rin , Jassey care to remind me??
5 star Rin but my org kg is still the epitome of bad to good & still trying to be good but hopefully Ezaq & Del will follow suit as Syed Azri & Nur Lisa
A nice and beautiful story and thanks to Delilah - I learnt something about aesthetic. I like Ezaq too - please prepare for me that yummy & extravagant wagyu beef steak :) with that price huhuhuuu bila le nk merasa. I love this book.
Aku sengaja la pilih buku ni sebab aku kesuntukan masa nak baca buku tebal-tebal hujung bulan ni. Aku pun pilih buku ni sebab 300+ pages je. Tapiiii... .
Aku lupa yang ni buku RA. Walaupun nipis, takde maknanya boleh habiskan in few hours je. Seharian jugak eh aku menghadap buku ni. Itupun sehabis fokus dah aku kasi. .
Tips no 1 nak baca buku RA ialah, kena FOKUS. hahahha. Kau termissed je satu ayat, kau kena repeat the whole pharagraph. ceh hiperbola sangat. .
Permulaan cerita looks promising. Sebab kat prolog tu, ada headlines articles pasal kes bunuh. So, I was expecting this book has some sort of thriller/mistery element gitu, but unfortunately, it's not. .
Macam trademark RA yang sebelum ni, buku ni juga menampilkan gaya hidup yang urban dan high class gitu. Bukan level kaya raya biasa. .
Delilah ni sejenis yang tak matang. Tak boleh bertahan lama dalam relationship. Plus, she's young. Dan dia jumpa Ezaq waktu dia still with Zaqri. .
Ezaq pun sedar je Delilah tu dah berpunya. Tapi dia still layan. So, sebenarnya dorang attracted to each other, tapi main tarik tali. .
Sehinggalah kejadian buruk menimpa Delilah, and Ezaq was not there for her. .
Okay, buku ni banyak flashback here and there, memang tu trademark RA la. Biasanya aku okay je. Tapi tak tahu la kenapa kalini, rasa kurang. Rasa macam terlalu jump here and there. Sampai lari fokus aku. Even few years later pun tak dihighlight kan. So, somehow aku lost. .
Tapi, overall okay je ceritanya. Yang sukakan karya RA, akan suka jugak buku ni. Untuk yang baru nak baca buku RA, ingat tips aku bagi tadi, kena fokus. hahaha
Bagi saya, permulaan cerita agak perlahan jadi ambil masa sedikit untuk saya teruskan membaca. Tapi sebab saya memang suka gaya penulisan Rin Ahmad, saya tetap paksa diri untuk habiskan juga. Cuma kali ini, saya rasa kurang ‘kena’ dengan watak hero dan heroin. Realitinya, watak mereka agak sukar untuk saya terima.
Walaupun begitu, saya masih nampak kekuatan penulis dari segi gaya bahasa yang kemas dan jalan cerita yang cuba dibawa. Mungkin buku ini lebih sesuai untuk pembaca yang suka elemen fantasi dalam percintaan, cuma bagi saya agak sukar untuk rasa dekat dengan realiti.
Super excited bila tahu Rin Ahmad keluarkan novel baru. Berdesup order dgn karyalepak wei. Thanks Ezaq ko dah berjaya beli jiwa sy selepas kecewa dgn Love Lila.
4.5 ⭐ Delilah memang sangat devil. Ezaq, cool, chill, matang, rilek aje. Lama dia tunggu Del. Dah la Del selamba badak ja buat perangai kat Ezaq. Apa pun, both are cute couple lar.
Rin Ahmad definitely one of my favorite author. Things that she told in the story is something different from my life. So there are things that I learnt from her books.
i finished this book in 2 days and i loved it but kinda disappointed with 'old delilah' but fortunately Ezaq came in her life hehe.
A really good novels, not to smut but "sweetheart" mhmm 😏😏😏. Really love Ezaq character AAAAAA and Delilah aesthetic is *chef kiss, this novels is very recommended because the story tak boring langsung ( tak banyak facts sangat ) but tak banyak sangat part sweet after marriage, surprise banyak la AHAHAHAHA, my second Rin Ahmad's novel.