Jump to ratings and reviews
Rate this book

#KatererCinta

Rate this book
Pada usia 22 tahun, Maira mengahwini lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tahun. Demi cinta dan rasa sayang, dia korbankan kerjaya dan hidupnya, demi menjaga ibu mertuanya Puan Nas yang sakit dan menjadi isteri yang setia pada Annasbakal seorang doktor. Namun, beberapa minit sebelum dia menyambut hari jadinya yang ke-23, Maira bergelar janda.

Selama lapan tahun dia berusaha untuk membina semula hidupnya dan memperbaharui matlamat hidupnya dengan mengejar kerjaya yang cemerlang dalam bidang katering. Pengalaman masa lalu dilupakan dan dia fokus sepenuhnya pada perniagaan yang semakin berkembang.

Tetapi bila klien terbaharunya adalah bekas suaminya sendiri, yang kini bakal mengahwini seorang wanita yang serba-serbinya lebih daripada Maira, Maira harus membuat pilihan. Sama ada dia melarikan diri daripada kesakitan yang sudah lama dipendam atau berdepan dengan masa lalu yang kembali menghantui dirinya.

“Saya dah lama belajar untuk terima kenyataan tu. Kalau Encik Annas tak balik ke Malaysia pun, saya dah ajar hati saya untuk terima yang Encik Annas takkan patah balik untuk saya. Talak tiga Encik Annas tu dah membuktikannya pun,” ~Maira

“Abang appreciate sangat the fact that you ada dengan abang dan abang appreciate sangat yang you kekal dengan abang through all this. And I will always remember how good you have been to me,” ~Annas

339 pages, Paperback

First published April 1, 2019

34 people want to read

About the author

Nurul Syahida

22 books126 followers
A freelance writer, translator, and former movie reviewer who failed to realise her dream of becoming a political scientist, thus decided to write fiction.

Influenced by the works of Tina Fey, John Mulaney, GRRM, and Jane Austen.

She once sent a three-page essay about "The Frog Prince" when she was eight, despite her teacher only asking for a 180-word paragraph.

Has multiple cats, but hates being called a cat mom.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (38%)
4 stars
32 (44%)
3 stars
10 (13%)
2 stars
2 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
June 8, 2019
Novel ni sebenarnya konfliknya takla berat atau complicated.Boleh kata ringan dan straightforward tapi saya sangat sukakan watak Maira ni dan bagaimana penulis twist siapakah hero sebenarnya.

Maira ketika berkahwin dengan Annas masih muda 22 tahun tapi wataknya sangat matured, baik dalam melayan mertuanya yang sakit tapi at the same time kita masih rasa dia manusia yang normal yang ada rasa curiga bila melihat kelakuan suaminya dan ada rasa marah dan berani untuk confront Annas tentang apa yang dirasakan. Makna kata bukanlah watak tipikal heroin yang baik serba serbi,very obedient,pasrah je. Ketika diceraikan pun Maira tidak merayu rayu. Dan saya suka bagaimana penulis menggambarkan kebangkitan dalam hidup Maira selepas itu bersama kawan baiknya Hafsa tanpa perlu melibatkan watak lelaki lain untuk membantu Maira. Saya suka watak perempuan yang kuat macam ni 💪💪.

Konflik timbul selepas kemunculan semula Annas selepas 8 tahun.Tipikal novel akan menjadikan watak hero yang insaf tapi dalam ni Annas dah jadi makin menjengkelkan walaupun sempat lagi mengaku dia menyesal meninggalkan Maira. Dan sekali lagi Maira menunjukkan kematangannya dalam mengendalikan situasi melibatkan bekas suaminya. Memang terbaikla watak Maira ni!

Tapi tak puas dengan kisah Sol-Maira ni. Rasa nak lagi kesinambungan kisah diorang. Tak sempat bercinta lagi ni. hehe
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
October 3, 2023
First, I just want to read more about Sol & Maira, secoetnya ending. Walaupun agak annoyed dengan watak Sol tu at first tapi gitulah dah perangai dia terima ja laa ehh Maira.

Second, ntah kenapa baca ending si Annas tu rasa macam agak terburu2? Lelaki gila talak, douchebag takgunerr macam tu maigaddd patut lagi ‘sakitkan’.

Third, rasanya kalau dah terbiasa baca buku Kak Syai ni mesti tahu kan romance dia secoet ja, tetapi secoet yang melekat ni geram jugak rasa hati ni nak menerima. 😌



Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
May 12, 2019
Done. It take two days (because i am busy watching drama. Cis bulan puasa patutnya bykkan bc quran).

But anyhow, this novel is like a serious and matured novel. Because pftt what do you expect from a writer in her 30's? School puppy love? College couple? But still nurul syahida is like trying to twist the usual cliche of arranged marriage.

It is not always rainbows and sun in arranged marriage, but it also not as dramatic as siti rosmizah's novel. This is like a medicore drama that make us (woman) think about how we see what marriage means in our life. If it fails, does that make us a failure? And to learn about the reality of society attitude towards widowers eventhought in maira case she is as pure as virgin single lady.

Last but not least, the story is so meaningful because nurul syahida is dedicating it to her friend. Aww...so sweet.

Btw, novel yg ni mmg xde cameo novel yg lepas2 eh, cik writer?
Profile Image for Mslvoe.
2,079 reviews200 followers
February 2, 2025
Watak Sol ni annoying tapi hujung² tu dia la penghibur hati. Kenapa secoet je ending. I need more story pasal Sol and Maira.

F suka sikap Maira.. dia sangat² bersahaja. Relax je bila kena cerai tapi tamparan untuk Annas tu sangat² patut. Gelaran jantan-tak-guna memang sesuai untuk Annas.

Trope arranged-marriage yang pengakhirannya tidak seindah yang Maira inginkan. At this age nak masuk 23y, Maira bergelar janda.

Annas tu sampai bila² memang jantan loser. Doctor loser.. sanggup dengar cakap kekasih UK ceraikan Maira dengan talak 3. Lepas tu muncul semula gila talak pulak.. dahlah nak kahwin, in the same terkejar² janda lama & ada affair dengan bestfriend girlfriend. Oh watak dia sangat menyakitkan hati.
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
November 7, 2023
Semua orang please bacaaa 😍😍

Cuma itulah, dah namanya kak Shai kan, part sweet2 tu memang sipi2 je kan 😂
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 12, 2020
(3.5 bintang)

Setelah lebih setahun menjadikan membaca sebagai bekas-hobi, hamba akhirnya teryakinkan untuk menyambung semula perhubungan dengan hobi yang satu ini. Dan, tiada buku dari penulis lain yang boleh memungkinkannya untuk hamba selain buku Nurul Syahida. Ya, ini buku pertama yang berjaya hamba habis baca selepas sekian lama.

#KatererCinta tidak sama iramanya seperti novel-novel NSK yang hamba baca sebelum ini. Nada ceritanya berbeza. Gerak kisahnya juga berlainan. Hamba menyaksikan satu kedewasaan dalam penulisan NSK, baik dari segi bahan cerita mahupun cara penulisan. Ya, dengan cerita seperti #KatererCinta, sememangnyalah ia harus dinadakan dalam kematangan dan keseriusan.

(Mohon perenggan seterusnya dibaca berlatarbelakangkan lagu Lelaki nyanyian Yuna - not quite the same but it fits)

Dan, ini adalah kali pertama dalam novel-novel NSK, ada watak yang selayaknya dibenci. Ya, hamba bercakap tentang Annas, lelaki tak guna itu. Mencabar sungguh hendak menghadapi lelaki tak guna yang seorang ini meski hanya melalui bacaan. Entah bagaimanalah Maira mampu bertahan. Oh ya, hamba lupa cinta memang boleh menguatkan diri meski boleh juga meruntuhkan jiwa tanpa belas.

Namun, hamba suka bagaimana rapuhnya watak Maira. Dia bukan acah-acah wanita kuat yang akan bangkit dari tragedi keesokan pagi dan meneruskan hidup dengan berlari. Dia menyembuhkan lukanya selangkah demi selangkah dan dalam proses yang panjang itu dia menangis, dia kecewa dan dia menangis lagi. Ya, semua itu mungkin payah tanpa sokongan Hafsa dan abah apatah lagi dengan kelaku ibunya sendiri tetapi ya, kita melihat bagaimana seorang surirumah muda yang tidak bekerja membina semula kehidupan untuk dirinya sendiri.

Sol muncul tidak lama tetapi memberi impak yang baik untuk perkembangan watak Maira. And, I love him. Eh, tak ada kena-mengena. Hahaha.


p.s Hamba tidak suka dengan gelaran kesat kepada watak antagonis perempuan dalam buku ini meski kelaku mereka *tepuk dahi, geleng kepala*.
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
January 21, 2023
• This is a bittersweet story about 31 year old Maira, a successful caterer, where one day, at that point of her career, she had to provide cartering service for her own ex-husband's wedding. — The story of her past? It started with a young 22 year old Maira that had an arranged marriage with Annas, where his final stage cancer patient mother wished the young lady to be his life partner. Going into that marriage, Maira had to sacrifice her dreams and career, moved to an entirely new city, became the caretaker for her mother in law, and tried her best to be the best wife to her husband. But things happened soon after, things started to unfold, the untold, and the true feelings. Only just a couple months into the marriage, she was divorced by her husband with talak tiga.

She wasn't strong, and the awful event doesn't only stop there as she had to face many challenges and public prejudice towards the status of 'janda' or specifically, a 'female' divorcee ; This is a tale of how this lady rose and move forward with her life to become the stronger and bigger person. — With how things has become, she had to face her ex-husband once more, and she had to choose whether to live in her past trauma, or move on from it. And during this 'current' new event, more things started to unfold even more, and new things has yet to come. This is a story about Maira. This is her story.

• First of all, I just wanted to mention that Nurul Syahida is such a great and fantastical author. Her writing was so easy to follow, casual at times, but still able to convey the essence of deep emotions from the story and characters. Her arrangements of plots was absolutely great, the dialogues between different people with different personalities were so well done. The values and morals from her stories were also absolutely heartfelt and touched me so much. — One thing about this particular story, jarang saya sakit hati teramat sakit yang still stayed with me an entire hour, bukan sebab marah, sebab I could really feel how the character herself feel. And the author's writing makes me able to feel that. It's just sooo well written.

• Looking back at the genre percentages at the back of the book, it makes me wonder how 'Love' was on the largest percentage, because there's basically very minimal of love 'romance' it it. Conflicts and friendship should've took the larger percentage kot. But if love as in self, familial, and friendship love, maybe lah kot, but there's a seperate tag for tag so I'm not reallysure myself, because this ISN'T a love story haha — What I can myself can describe what this story is about, probably slice of life, tragedy, friendship, and self healing.

~ mentions of spoiler at this point onwards ~

• The friendship told in the story was soooo beautiful. Let me tell you, other parts were sad, but I mostly cried due to the friendship and moments between Maira and Hafs. Hafsa's genuine care, how she stepped up to help immediately, how she stayed by Maira's side despite having her own life and career, how she keeps up to date with Maira for the next 8 years of friendship, her advices that really took consideration of Maira's situations and feelings. It's just so wonderful.

• Truly, I'm not really a fan of Annas' ending, it felt quite rushed and almost randomly convenient? I'm a bit confused and clueless over how fast he changed his mind. But maybe he's right about 'people changes', and I just don't get him.

On top of that, unless I went over things and couldn't really process the information, there's one thing that's still hasn't been answered, which is why he needed to proceed with the wedding. He once mentioned on his monologue that he REALLY needed to, and together with how he was being defensive and secretive over his previous marriage with Maira, I was really sure there's some kind of planhe's trying to do. — I initially thought there was going to be a further explanation on it, or maybe there's a benefit for him that came out from that marriage, or that he has actual plans to get back with Maira. But to my disappointment, there's none. Sebab somehow he also had an affair with another different lady juak. Man was tamak.

• But now thinking about it, maybe Annas really is just an arse through and through, how he only slept at his mother's room only so he could talk with his scandal, how easily he forgets about his mother, how he has been around in the country for a couple of years but never step his foot to visit his mother's grave. BUT THEN, the way how broken he was and how he revisited his memory with his mother and how that event changed him even for a short period of time. — what I can concluded, maybe due ro how he was raised by a single mother and was told to man up since his childhood, and as he grew up, she technically controlled his entire life 'for the best', I can assume that maybe he felt that he's finally free after his mother passed away. He can do whatever he actually wanted to. To liven up childhood he wasn't been able to have, so he became a manchild instead. But I guess little did he know, he wasn't able to decide at all what actually he wanted without his mother's guide. Maybe I was wrong about this, maybe I'm not, who knows aye?

Nevertheless he's such a huge arse, even after what happened with Maira, with Billie, and everything that happened in the UK, 8 years kot, he somehow NEVER been able to change and decide things for himself, siap lying around and doing stupid things around gik. Ish marah saya.

• Personally, I think the ending was a bit too rushed though. The way I was getting anxious over how there's still no clear conclusion or hints on what will happen yet there's only less than a hundred pages left. About Annas, about Sol, About her own feelings and closure, and what to come, Everything was dropped off all together at the same time dudi dudi, macam splash of cold water. Yes I know there was one part yang macam 'eh sussy' but there's no clear hint that there's going to be an affair going on, jadi bila jadi macam ya, I was like 'eh so ya conclusion for their story kah' haha. — Well I guess maybe the timeline was just super realistic thus the rushed kot, because none of them have the same schedule with one another, and they barely know one another juak, sebab ya lah kali. Tapi I still maseh rasa nya rushed hh.

• One final thing — AAA I WANT TO READ MORE ABOUT MAIRA AND SOL AFTERSTORY! The bits of their moments was nice enough, from silly, to in and depth heartfelt moments, it really did left me such a huge impact and wanting for more. They simply resonates with one another, especially on their backstory, despite the contrast in their personalities too, they oddly mixed well. You know, the realationship between a silly child-like yet is secretly mature old man and this serious and tense younger lady, it's just a nice thing to see.

Oh, this is just fun little thing I imagined, but with how the author describes Sol as this tall and huge giant man, and Maira resembling this smol tiny curly lady like Hagu from Honey and Clover, amusingly a part of me suddenly thought of the MCs of 'My Senpai is Annoying' haha! In all seriousness though, in my mind they're like so cute due to this differences, and I can totally imagine thaat their babies would've been even more curlier than the two of them.

Ah, regarding the writing of the conversation between Maira and Sol, I GENUINELY LOVE IT! I really do adore the interactions between them and how full of personality their little conversations was, how unique, fun, and amusing it really was, they really added up a heap full of sugar into the story.

• So yeah! To conclude, I simply really do love the story, and it really do gave out such inspiration overall. The serious issues, the prejudices, the moral and lesson of life within itself, it's a healing read surely!
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
September 23, 2022
4.8

Kalau dah biasa baca novel tulisan Kak Syai, mesti tahu ini signature beliau. Kalau anda berangan ada babak romance sebab tajuk buku ada perkataan CINTA, anda salah.

Sebab...

1. Novel ni 90% tentang Maira yang bangkit dari kecewa setelah bercerai dengan Annas. So fokus pada kerja keterernya.

2. Hero Maira yang sebenarnya, cuma keluar 3/4 dari keseluruhan novel😂 In fact saya kecewa sebab watak Sol sangatlah menarik.

Dia bukan typical lelaki 40 tahun yang acah² matang. Tapi dia, Sol yang selamba pakai seluar paras lutut dan tshirt, pergi market sambil makan tobleronce😆 Lepastu menyanyi lagu mango tango yang dicipta sendiri.

Si doktor dermatology yang cute😂 Walaupun Sol muncul saat² akhir, tapi wataknya amat terkesan. Trust me! Ending, dia lamar Maira, sangatlah cute. Tak payah acah² romantik. Ayat last Sol tu, 3 kali baca, 3 kali gelak.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
August 24, 2019
Maira seorang gadis pendiam bersetuju untuk dikahwinkan dengan Annas, seorang bakal doktor. Semua kerana permintaan ibu Annas (seorang pesakit kanser) yang mahu Naira untuk menjaga Annas bila dia sudah tiada lagi. Pada masa yang sama, Maira juga sudah lama suka pada Annas. Namun perkahwinan mereka hambar. Maira tetap berharap perkahwinan mereka boleh bertahan. Tetapi Annas telah menceraikan Maira beberapa jam sebelum ulangtahun nya yang ke-23 dengan talak 3. Annas telah lama menjalin hubungan dengan Billie dan ingin mengahwininya. Setelah 8 tahun Maira cuba untuk melupakan Annas, tiba-tiba Annas kembali. Maira harus menguruskan katering majlis pernikahan Annas dengan Aireen. Maira bergelut dengan perasaannya dan pertanyaan-pertanyaan dari Sol. Annas masih belum berubah. Dia masih mahu mempermainkan perasaan Maira. Akhirnya, pernikahannya dengan Aireen dibatalkan. Aireen dapat tahu tentang kecurangan Annas. Akhirnya Maira dapat tersenyum kembali dan pada masa yang sama, dia mula berani buka hatinya untuk bahagia kembali.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
791 reviews228 followers
May 16, 2023
Except for how things seemed a bit rushed towards the end (in which i think memang the author intends it to be this way. to keep maira and sol's relationship lowkey and private), i really really like this one. Suka dengan character Maira, although she seemed a bit mendengar kata and passive when she was young (tapi ye la dia pemalu kan), i like her growth and who she grew to become selepas 'bangun'. I also like how Maira tak memujuk rayu lepas ditinggalkan. And, wow, Annas you're definitely a top-tier douchebag. Padan muka hg.

Geram jugak sebenarnya cerita Maira-Sol tak panjang meleret. I love their conversations. Sol is an interesting character, despite his age. Harapnya the author buat la at least a short novella tentang kehidupan Maira dan Sol lepas kahwin. Must've been fun.

Before ni pernah baca Nurul Syahida's work as Shai Kamaruddin je (and i love her works!). Lepas baca Katerer Cinta, I think her writing style is a bit similar to Syud's. I love her conversations and dialogues. I love how natural it sounds. Nampaknya kena kumpul baca Nurul Syahida's works la lepas ni.
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
June 11, 2019
I cried in the middle of the book. I don’t know why. I feel like Maira had a tragic life. Being divorced on the night before her birthday? That man was plain evil. Even though I didn’t know what happened to him at the end of the book, I wish that he would have a miserable life and would never find happiness. That’s how much I hate the ex. But I am so happy that Maira found her soul mate!
Profile Image for Vida Ariff.
117 reviews
January 31, 2025
Ini sebenarnya kali ke-2 aku baca novel ini. Misterinya, aku jauh lebih 'berperasaan' untuk sesi bacaan kali ini. Mungkinlah sebab aku dah tahu siapa jantan tak guna dalam cerita ini, dan rasa sakit hati seawal pertemuan si Maira dan jantan itu di Amcorp Mall.

Aku sebenarnya terkesan dengan satu lagi watak, ibu mentua Maira. Walau dia digambarkan sebagai seorang penyayang dan baik serba-serbi, entahlah.... Aku tetap rasa tidak suka kepadanya, sedangkan Maira elok je dengan beliau. Mungkin sebab aku rasa ibu mentua dia ni ambil kesempatan atas kelembutan Maira. bak kata Annas,
"Ya, Mummy tak nak anaknya kahwin dengan perempuan macam tu yang terlalu bebas, tak suka diarah-arah dan yang ada buah fikiran sendiri. Dia nak anak dia kahwin dengan perempuan Melayu yang sopan-santun, berbudi bahasa, tak ada life kecuali setia dengan mak mertua."

Yes, itu mungkin hanya tanggapan Annas. Tapi, jauh di lubuk hati, aku rasa memang ya. Ibu Annas memilih Maira kerana dia rasa Maira senang menurut katanya. Selfish.

Karya Nurul Syahida memang magis. Jalan cerita yang serupa mungkin menjadi lain di tangan orang lain. Akan tetapi, di tangan Cik Puan penulis ini, cerita biasa jadi penuh perisa. Dialog antara watak memang seronok dibaca. Rasa real dan sampai ke dasar hati.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
176 reviews3 followers
March 18, 2020
Jujur... X puas hati sbb scene Sol-Maira x byk sgt... Tp overall best novel nie.. Pling pnting is ilmu... Byk ilmu mengenai katering dipelajari dlm naskah ini... Heheh... Tahniah penulis utk novel bercover chantek nie.. Keep it up!!
Profile Image for Mohamad Nasrul.
195 reviews6 followers
December 2, 2025
Kahwin kerana aturan keluarga, begitulah jodoh Maira dan Annas. Tambahan lagi, ibu Annas begitu menyukai Maira, dan Maira juga mencintai Annas dalam diam sejak berusia 16 tahun lagi.

Namun, langit tidak selalunya cerah, pernikahan Maira dengan Annas bertahan cuma tidak sampai setahun. Lebih menyakitkan, Annas menceraikan Annas dengan talak tiga!

Tuhan saja yang tahu betapa Maira berusaha bangkit dari hidupnya setelah peristiwa itu. Kehadiran Hafsa dan Hafsa Katering banyak membantu Maira dalam maju ke depan meneruskan kehidupan.

The whole drama of Maira dan Annas begitu hidup suasananya. Kesedihan dalam diri Maira dapat saya rasai jua.

Penceritaan katering sebagai kerjaya Maira sangat mengujakan. Penulis melukis suasana katering dari sekecil-kecil perkara sehinggalah penganjuran majlis perkahwinan, semuanya digarap dengan jitu dan lengkap. Dari hal dugaan dalam dunia katering, dan bagaimana langkah mula Maira ditunjukkan dengan berkesan sekali.

Sepanjang pembacaan, saya sungguh-sungguh sebal dengan watak Annas. Marah dan sedih, emosi-emosi ini bergumpal dalam jiwa saya, larut dalam penceritaan sehinggalah Sol muncul. Walaupun adegan Sol sedikit dalam cerita ini, tapi impaknya kuat terasa. Adunan emosi dalam cerita ini begitu cantik acuannya.

Menuju akhir cerita, kebodohan Annas tidak dapat disangkal lagi, selayaknya memegang takhta raja kebodohan yang layak dibenci dan ditendang.

Tuntasnya, seperti tajuknya, #KatererCinta menggabungkan cinta dan katering dalam satu suasana yang begitu unik dan konflik yang kuat.
Profile Image for Mira.
46 reviews2 followers
February 24, 2025
Buku penulis ke 3 yang saya baca. Secara keseluruhan kisah katerer cinta sangat straight forward dan easy read untuk saya. Bermula dengan Maira yang dikahwinkan dengan Annas, seorang graduan doktor atas cadangan kawan ibunya, Puan Nas. Perkahwinan itu dipersetujui mereka berdua lantaran kasihankan Puan Nas yang tidak dapat hidup lama akibat kanser yang dideritainya. Lama kelamaan perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama kerana Annas sendiri tidak dapat melupakan kekasihnya.

Selepas kematian ibunya, Annas menceraikan Maira dengan talak tiga dan kembali ke United Kingdom untuk mencari kekasihnya. Setelah beberapa tahun kemudian, Maira yang mengusahakan perniagaan katering, terserempak atau bertemu kembali dengan Annas disuatu mensyuarat yang dikendalikan wedding planner untuk perkahwinan Erin dah Annas. Bermula sejak itu, Annas seringkali mengganggu Maira dan mngugut agar jangan memberi tahu perkara sebenar kepada Erin. Paling best, dekat situ jugalah, Maira berjumpa dengan Sol yang juga merupakan pengapit kepada Annas.

Endingnya harus baca sendiri bagaimana penulis twist watak hero dalam cerita ni. Mulanya aku agak annoying dengan watak Sol tapi last sekali itulah watak yang aku suka.
34 reviews
March 31, 2021
Sy sangat menyukai plot cerita dan gaya penulisan novel ini. Ini merupakan buku keempat dr penulis ini yg sy baca dan sy sgt suka.

Sy suka watak heroin maira. Bygn dr sy tentang maira ialah seorang yg biasa (bukan terlalu cantik yg melampau sbb sy selalu dimomokkan dgn heroin mst cantik taraf kayangan). Maira seorg yg realistik pd sy. Annas seorang doktor yg sy rasa IQ agak rendah (sbb berfikiran seperti bukan seorang berpelajaran tggi). Pertama kali sy baca buku penulis ini yg buat air mata sy murah meleleh(huhu).
Sbb buku penulis sblm ini byk yg buat sy tergelak sorang2 dan tetap gelak walau sy baca part tu berulang kali..
Kalau ada yg kurang tentang buku ini ialah endingnya.. Cpt sgt hbs. Kalaulah dpt dipanjangkan sikit Maira Sol hingga kawin ke, kan best. Mcm terbayar jugaklah air mata sy yg meleleh tu bila maira derita.

Apa pon.. Sy tetap suka buku ni. Sy xpandai promote atau berkata yg manis. Atau menulis mengikut gaya karangan yg baik. Sy menulis ikut apa yg hati sy rasa dan apa yg otak sy terlintas..

Sila baca novel ini. Sgt best. Serius, mmg xrugi
Profile Image for _nadiasw303.
62 reviews1 follower
April 9, 2025
Kalau mampu habiskan bacaan dalam masa sehari tu maksudnya... it was a good storyline lah kan🤭
Takde banyak konflik pun, jalan cerita pun smooth je.

Terkesan dengan point tentang wanita yang diceraikan suami atau gelaran janda itu sendiri.
Masih ada stigma masyarakat yang meletakkan kesalahan atau keburukan terhadap punca penceraian terhadap wanita, tanpa mengetahui punca sebenar kisah rumahtangga itu. Melalui watak Maira, kita sedar betapa peritnya untuk seseorang yang bergelar janda untuk kembali bangkit menjalani kehidupan setelah banyak berkorban sewaktu fasa perkahwinan nya sebelum itu.
Its good to know that Maira can stand by her feet to get her good life back💪🏼💪🏼💪🏼

The ending is just cliche but, need more haha tapi takpe lah it is a good ending for me. Happy for Maira😚
Profile Image for Izzati Mohd.
35 reviews
August 23, 2025
3.5 ⭐️

Bila baca sinopsis novel, saya fikir annas tu hero dlm cerita ni tapi rupanya ada plot twist.

Annas tu la villain sebenarnya, rasa nak masuk dlm buku & cekik2 je dia 😡🤬

Bila Puan Nas kata Maira tu Air, saya ingatkan maybe ada character development utk Annas, ingatkan ada part dia punya redemption tapi takde. Betul la kata Maira Annas tu minyak bukannya Api. Minyak mana boleh larut dalam Air. Mmg Maira tak boleh nak bantu Annas, dia yg rosakkan diri dia sendiri.

Mmg tak boleh dimaafkan apa yg dia dah buat pada Maira. Saya sgt berpuas hati dgn ending dia. Maira move on & tidak termakan dgn pujuk rayu annas untuk kembali bersama.

Happy for Maira dia dapat kebahagiaan dia sendiri. Sweet ending Maira & Sol. Tapi sikit je la moment diorang ❤️‍🩹
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
May 5, 2025
Cara susunan cerita yang membuatkan saya tertarik untuk teruskan pembacaan tanpa behenti. Rasa plot sedikit nipis, tapi bila tahu dia adalah cerpen yang dipanjangkan, baru faham. Dan tiada masalah, sebab ditulis dengan baik. Saya suka elemen-elemen manusiawi dalam ni seperti loyar buruk, nickname tak kena, dan playful banter. Susah nak dapat perbualan normal yang tak nampak canggung. Olahan cerita yang baik buatkan saya turut merasakan apa yang Maira rasa. (P)Annas.
Sebenarnya perempuan boleh independent dan bahagia tanpa lelaki, tapi saya faham kenapa penulis masih mahukan unsur romantis untuk Mer. Tbh, backstory Leman agak irrelevant to the story.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nurul Ain.
19 reviews
June 7, 2019
Not typical like Malay Novel where the main character describe as very perfect human being and have model like body or the main hero is rich and get everything he want.

And not every novel ended with happily ever after. The main male character at the end of story change from protagonist to antagonist.

And the writer use 2nd male lead character syndrome which very annoying, sweet and caring at the same time
Profile Image for Farah.
42 reviews
July 7, 2023
Aku main beli je buku ni tanpa ada harapan apa apa and I was pleasantly surprised. Listen, I finished the book in one night; that's how much I enjoyed reading it.

Mature writing. Realistic characters.

I just wish the author developed the story a bit more though. I guess it is a good sign when you can't get enough of it.

P/s : also, I have a soft spot for Jason Segel. Who wouldn't love a loving, funny albeit abit annoying giant? :D
117 reviews
September 23, 2023
Buku ke 4 yg saya baca oleh cikpuan penulis!

4.5*

Sy anggap elemen cinta di dalam novel2 cikpuan penulis cumalah subplot which is extremely fine. Sebab buku2 beliau selalu 'hidup' & memberi ruang utk sy menilai kehidupan dari pelbagai sisi.


Memang lepas ni sy akan tunggu buku baharu penulis.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 10, 2023
Aku kalau jumpa lelaki mcm Annas ni mmg aku nak hempuk, belasah dia cukup2. Mmg aku doakan org mcm Annas ni tak bahagia sampai bila2. Ada isteri baik pun tak reti nak appreciate. Happy ending novel ni pendek sgt. Harapnya ada KatererCinta 2 pasal Maira dan Sol 😎
20 reviews1 follower
July 23, 2019
Karya terbaru Nurul Syahida ni memang tak mengecewakan. Dari dahulu hingga kini tak pernah jemu baca karya beliau. Semoga terus hasilkan karya yang terbaik di masa depan..
Profile Image for cik_ngoh.
34 reviews
August 31, 2019
Ya memang ada jantan tak guna macam Annas, buang isteri yang baik, sanggup berkorban apa saja untuk rmh tangga semata-mata nak kejar gf yang entah apa-apa.
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
October 10, 2020
Suka dengan setiap watak , cuma tak cukup kenal dengan Sol . Terlalu singkat bab Sol
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
November 21, 2019
* nak letgo novel RM18 exclude postage..sapa berminat bolehla PM

Cerita yang straight forward tak banyak conflict tetapi gaya penyampaian dan penulisan yang manarik dengan bahasa yang mudah difahami.
Tahniah NS kerana naskah ini membuktikqn wanita masih mampu berdiri di atas kaki sendiri kuat..
Teruskan berkarya Ns 👏
Profile Image for Adriana Zainuddin.
11 reviews1 follower
January 27, 2020
The storyline is too cliché. But i always love the conversation between the characters in Nurul Syahida's novels.

Looking forward for her next novel :D
Profile Image for Hani~.
145 reviews3 followers
November 10, 2025
4.0⭐ Review ini mengandungi spoiler.

Kisah Maira yang berkahwin pada usia muda dengan lelaki idaman hatinya, Annas. Dia korbankan kerjaya dan hidupnya demi untuk jadi isteri yang setia kepada seorang suami yang sentiasa sibuk dan tiada hati padanya, serta perlu juga menjaga ibu mertua yang sakit.

Berbaloi ke pengorbanan tu? Apa yang Maira dapat adalah lafaz cerai talak 3. Kemudian pembaca akan lihat kebangkitan Maira. Bukan bangkit balas dendam dan ganggu hidup ex-husband macam sebahagian kisah2 klise, tapi dia bangkit untuk baiki kehidupan dia sendiri. Respect Maira atas tekad dia yang kuat.

Banyak tindakan2 menyakitkan hati oleh Annas sepanjang novel ni. Sabar je la. Mujurlah datang watak si dermatologist yang menceriakan semula kisah ni. Walau dia sendiri ada trauma, tapi dia pilih untuk tak tenggelam dalam self-pity atau menyalahkan takdir. Mungkin itu cara terbaik untuk berdepan kejatuhan yang datang dalam hidup — bangkit.
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.