Apa yang ada dalam buku ini? Buku ini terdiri daripada 4 bab mustahak dengan lebih 100 babak romantik Nabi dengan ummul mukminin :
Bab 1 - Romantik menampilkan sekitar 40 babak yang bakal menginspirasi kan rumah tangga kita. Antara babaknya; - Asam Garam 1 : Nabi dan isteri berkongsi makanan - Asam Garam 8 : Nabi dan isteri berkongsi berus gigi - Asam Garam 14 : Isteri sikatkan rambut
Bab 2 - Nikah pula menghidangkan lebih 50 babak pernikahan Nabi dengan 11 orang isteri tercinta baginda. Pernikahan Nabi suatu babak hidup baginda yang begitu penting namun jarang diberikan perhatian. Antara babaknya; - Asam Garam 55 : Nabi tidak ada belanja hendak kahwin - Asam Garam 85 : Mahar paling mahal
Bab 3 - Ilmu dan ibadah menghimpunkan sekitar 30 babak Nabi dan isteri menghidupkan budaya ilmu dan ibadah; dua asas yang wajib bagi kebahagiaan rumah tangga. Antara babak menarik: - Asam Garam 127 : Nabi baca Al Quran, isteri dengar - Asam Garam 140 : Ummu Salamah bertanya juga walaupun malu - Asam Garam 144 : Nabi suruh Hafsah belajar berubat
Bab 4 - Romantik terakhir pula membawa kita mengimbau saat-saat akhir Nabi sebelum pergi menghadap ilahi buat selama-lamanya. Para ummul mukmininlah yang setia bersama pada Baginda ketika itu. Antara babak yang menyentuh hati; - Asam Garam 145 : Nabi tahu ajal baginda sudah dekat - Asam Garam 155 : Isteri nabi mandikan baginda ketika sakit - Asam Garam 165 : Nabi wafat di pangkuan Aisyah
Buat pertama kali aku jumpa buku yang begitu unik, di mana penulis menyertakan Garis Masa Kehidupan Rumah Tangga Nabi SAW & Jadual Fakta Angka Ummul Mukminin pada kulit buku yang boleh dilipat. Tidak dinafikan ilmu akan lebih mudah difahami & gambarannya lebih luas apabila fakta dirumuskan secara visual.
Dari gambaran visual seperti ini, banyak yang boleh digali dari Sirah, contohnya ada 2 orang Ummul Mukminin yang memiliki nama yang sama, siapa Ummul Mukmimin yang meninggal semasa Nabi SAW masih hidup, siapa yang paling lama hidup berumah tangga bersama Nabi SAW, siapa yang berumur paling panjang & sebagainya.
Antara hikmah Nabi SAW beristeri ramai adalah untuk merakam syariat Nabi SAW pada setiap waktu sebagai panduan bagi umatnya.
Hampir setiap riwayat Sirah dalam buku ini disertakan catatan atau tips yang boleh kita amalkan, contohnya membina suasana romantik bersama pasangan itu bukan semestinya pergi makan angin di luar yang sudah pasti menelan belanja yang mahal, tetapi kita boleh mencipta suasana romantik di rumah sendiri.
Diriwayatkan Nabi SAW pernah mandi bersama isteri, bergurau senda & makan bersama maka tidak ada sebab untuk kita berasa malu kerana ia adalah Sunnah. Teladanilah Nabi SAW yang sangat ringan tulang membantu isteri di rumah. Baginda SAW mengurus diri sendiri, menjahit baju, membaiki kasut & memerah susu kambing.
Penulis turut memuatkan sebuah Hadis panjang mengenai 11 orang isteri. Salah satu kisahnya adalah mengenai Abu Zar'in & Ummu Zar'in. Bacalah, pasti kita akan termenung seketika.
Dalam Bab 3, sedikit sebanyak kita dapat memperoleh pelbagai ilmu seperti hukum saudara susuan, puasa sunat, haji & sebagainya.
Bermesra bersama pasangan bukan saja semasa sihat tapi lebih perlu diamalkan semasa sakit. Sakit bukan alasan untuk kita berubah sikap menjadi individu negatif. Contohi riwayat Nabi SAW & Saidatina Aisyah di bab Romantik Terakhir.
Buku yang bukan saja sesuai dihadiahkan kepada mereka yang bakal melangsungkan pernikahan tetapi disyorkan sebagai bahan ulang kaji oleh pasangan yang sudah lama membina rumah tangga. Buku ini juga sesuai menjadi modul kuliah atau kursus di masjid, sekolah & jabatan kerajaan.
Secara umum, buku ini perlu ditelaah oleh kita semua sebagai usaha memupuk semangat cintakan Nabi SAW & ahli keluarga Baginda.
Bertaburan mutiara pedoman yang dapat dikutip dari buku ini. Moga Allah limpahkan pahala yang luas buat penulis, Aamiin.
Sungguh Rasulullah SAW begitu manusiawi. Apa lagi alasan untuk tidak mencontohi?
Alhamdulillah tamat baca pada Ogos 2022 Gaya penulisan buku ini sama sahaja dengan siri pertama cuma berbeza dari aspek tema. Buku kedua lebih menceritakan babak romantik antara Nabi SAW dengan para Ummul Mukminin. Namun ada juga kisah-kisah umum yang boleh menambah pengetahuan kita. Perkara yang diketengahkan oleh penulis ialah beliau cuba menafsir hadis dari sudut pandang suami dan isteri. Hadis yang kita biasa dengar, namun ada perkara yang kita terlepas pandang. Misalnya hadis tentang Hafsah bertanyakan perihal haji kepada Rasulullah SAW, walhal Baginda SAW telah pun menjelaskannya kepada para sahabat. Baginda SAW menjelaskannya lagi sekali dan ia menunjukkan sifat sabar yang patut diamalkan oleh setiap suami dan isteri. Tidak semua hadis dinyatakan dengan penuh sebaliknya penulis hanya mengambil bahagian ayat yang berkaitan. Jadi sekiranya pembaca tertanya-tanya akan hadis yang asal boleh rujuk kitab asal hadis. Bagi saya, poin yang dinyatakan dalam catatan setiap akhir hadis ada yang bersifat umum dan ada poin penting yang penulis tidak masukkan. Apa-apapun usaha ikhlas penulis menghasilkan karya ini patut dihargai. Semoga dirahmati
Pada pandangan saya, buku no. 2 ini gaya bahasanya lebih santai dan lebih ringan kupasan penulis. Berbanding buku yang pertama.
Perbahasan buku kedua ini lebih menarik saya kira apabila penulis membawa susur galur setiap isteri baginda s.a.w. Selain itu diletakkan kedudukan setiap isteri baginda (yang dikahwini kedua, ketiga, yang anak dara, yang berkahwin kali kedua, bekas isteri kepada siapa, anak siapa dan lain2.
- Berkongsilalh dengan pasangan walaupun seremeh perkara. Dan pasangan mestilah mendengar dan merespon dengan baik. itu sunnah Nabi.
- Duit suami, duit isteri. Duit isteri, duit isteri. Tetapi sunnah Nabi, isteri baginda tetap bertanya pandangan Nabi berkaitan dengan hartanya untuk dibelanjakan. MasyaAllah.
Sangat dicadangkan untuk dibaca bersama suami isteri. Wallahu'alam.