Panas Salju Berita kesediaan Bushrah mahu mendermakan hati dan hempedunya kepada anaknya menggemparkan seluruh negara. Heboh di sana sini orang bercakap tentangnya. Ada yang menyokong dan tidak kurang pula menentang. Tidak kurang juga PIBG, pertubuhan sosial dan persatuan hak asasi manusia mengecam kesediaan Bushrah untuk mengorbankan dirinya demi kebahagiaan Nadhirah yang masih remaja.
“ Saya tidak peduli apa orang kata, saya tetap dengan pendirian untuk memindahkan hati dan hempedu saya ke badan Nadhirah. walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri. ”
________________________________ Novel ini telah memenangi tempat KEEMPAT Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Public Bank) 1994 Pertama Azfa HananiHalis Azhan Mohd Hanafiah Kedua Meredah OnakZailiani Taslim Ketiga RenyahGunawan Mahmood Keempat Panas SaljuTalib Samat ~
Prof. Madya Dr. Hj. Talib Samat dilahirkan pada 13 Mac 1959 di Batu Pahat, Johor tetapi dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Beliau bersekolah di pelbagai tempat di Johor termasuk Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram, Sekolah Kebangsaan Ulu Tebrau, Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, dan Sekolah Menengah Sultan Ismail.
Beliau memperoleh ijazah pertama (1994), ijazah Sarjana Sastera (1998) dan ijazah Doktor Falsafah (2005) kesemuanya dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Beliau pernah bertugas di Ibu Pejabat FELDA, Kuala Lumpur sebagai Penolong Pengarang majalah Peneroka, pegawai kerja Pertahanan di Kementerian Pertahanan, penolong pegawai perancang bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka dan terakhir sebagai Pensyarah Kesusasteraan Melayu Moden di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
Sehingga kini beliau telah menghasilkan 60 buah buku kreatif dan deskriptif.
Kisah seorang bapa dan ibu yang rela berbuat apa saja demi kesihatan dan kesejahteraan hidup anak-anak. Zulkifli dan Bushrah punyai hanya dua orang anak; Nadhirah dan Nazli. Unfortunately Nadhirah kerosakan hati dan hempedu sejak lahir. Ketabahan ibu bapanya, keprihatinan rakyat Malaysia dan kemurahan hati seorang hartawan akhirnya merealisasikan impian Zulkifli dan Bushrah membawa Nadhirah ke London untuk pembedahan; pemindahan separuh dari hati ibunya menggantikan jantungnya yang rosak. Betapa besar pengorbanan seorang ibu, hampir tidak pernah terjadi separuh jantung didermakan ketika beliau masih hidup.
Senario Tan Sri boss Sapura, Dr Tan Khai Chah, Saudara Mohammad Yusof Utusan Malaysia, Muliyadi Mahmood.... benar-benar wujudkah?
I had to read this for school, obviously, but I couldn't remember a single thing about the novel! Even reading the synopsis on this Goodreads page doesn't ring a bell. Not memorable enough, 1 star it is. I got an A for my BM paper, by the way.
Buku yang banyak menyentuh perasaan Kiri yang muda haha. Walapun masa itu kena baca buku ini, buku ini bukanlah teruk sangat mana pun. Meaningful juga.
Ramai tak suka cerita kerana terpaksa baca pada tingkatan 3 Walau bagaimanapun, saya kena puji penulis kerana berjaya menyentuh perasaan saya. Banyak sangat cerita tema penyakit terminal ditulis utk meraih simpati pesakit tetapi novel ini menarik kerana menyuruh kita lihat perspektif penjaga pesakit.
Novel ini membicarakan kisah keluarga Busrah yang mempunyai seorang anak yang menghidapi penyakit hati dan hempedu. Walaupun Busrah bersedia mendermakan sebahagian hatinya tanpa mengira risiko, rawatan untuk penyakit ini hanya boleh didapati di luar negara menyebabkan keluarga Busrah pasrah untuk membiayai perbelanjaan rawatan. Novel ini bertemakan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya dan dugaan yang dihadapinya membuktikan kebenaran peribahasa 'cubit peha kanan, peha kiri juga rasa. 'Panas Salju'... Kenapa penulis gunakan ungkapan tersebut untuk tajuk novel ini? Bacalah.
Novel-wajib-baca pelajar tingkatan 3 semasa sekolah dulu. Ingat-ingat lupa, tetapi ceritanya sangat bagus dan sesuai untuk golongan pelajar. Ia mengenai ketabahan Nadhirah yang menghidap penyakit kerosakan hati. Paling terharu, ibunya, Cikgu Bushrah sanggup mendermakan sebahagian hati kepada Nadhirah.
Novel ini adalah antara dua buah novel yang paling saya suka selain Konserto Terakhir (Abdullah hussain).