Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bumi Merdeka

Rate this book
Bumi Merdeka mengisahkan perjuangan, penderitaan dan pergolakan hidup masyarakat peneroka tanah rancangan Felda Lurah Tebrau. Kehidupan mereka tergugat kerana kejatuhan harga kelapa sawit akibat kemelesetan ekonomi dunia. Di samping itu usaha-usaha mereka tercabar kerana adanya serangan penyakit tanaman, binatang buas dan gejala luar yang cuba menggugat kedamaian dan perpaduan hidup mereka. Generasi kedua masyarakat peneroka yang enggan melanjutkan tradisi ibu bapa mereka mengancam kesinambungan perjuangan peneroka. Gambaran kehidupan peneroka di tanah rancangan Felda dipaparkan dengan berkesan oleh penulisnya.

227 pages, Paperback

First published January 1, 1987

4 people want to read

About the author

Talib Samat

33 books3 followers
Prof. Madya Dr. Hj. Talib Samat dilahirkan pada 13 Mac 1959 di Batu Pahat, Johor tetapi dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Beliau bersekolah di pelbagai tempat di Johor termasuk Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram, Sekolah Kebangsaan Ulu Tebrau, Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, dan Sekolah Menengah Sultan Ismail.

Beliau memperoleh ijazah pertama (1994), ijazah Sarjana Sastera (1998) dan ijazah Doktor Falsafah (2005) kesemuanya dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Beliau pernah bertugas di Ibu Pejabat FELDA, Kuala Lumpur sebagai Penolong Pengarang majalah Peneroka, pegawai kerja Pertahanan di Kementerian Pertahanan, penolong pegawai perancang bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka dan terakhir sebagai Pensyarah Kesusasteraan Melayu Moden di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan 60 buah buku kreatif dan deskriptif.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (33%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (33%)
2 stars
1 (33%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.