Buku ini bukanlah bertujuan untuk mengajar atau menyampaikan kebenaran yang sebenar-benarnya kebenaran, sebaliknya ada dua tujuan utama penulisan buku ini.
Pertama adalah untuk memperkenalkan teori politik kepada orang yang baru bermula atau mahu tahu serba sedikit berkaitannya.
Tujuan yang kedua adalah apabila kita sembang mengenai politik di kedai kopi nanti ada bahan atau perkara serius yang boleh dibincangkan. Bukan sekadar politik kepartian, rasisme dan feudalisme sahaja yang mampu kita bincangkan lalu di akhirnya akan mencetuskan pergaduhan yang tak berkesudahan. Politik itu luas maka seharusnya kita harus meluaskan lagi ruang ilmu kita supaya keharmonian dapat dicapai.
W.N. Khuzairey lahir dan membesar di Johor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Anak muda ini menulis sejak zaman universiti dan kini giat menulis untuk Solidaritas, Lestari Hikmah dan Gerak Malaysia.
Apahal banyak typo? Editor main² ke masa proofread buku ni? Isi power dah, tapi typo tu adui la... Potong stim bro!
Sedikit ulasan berkaitan isi, buku ni bacaan ringan² berkaitan teori politik. Lebih kurang macam subjek pengantar untuk kursus Sejarah 101. Ada 14 orang tokoh dan 14 teori yang berbeza.
Nak bagi 4 bintang, tapi sebab typo mula merebak terutama di bahagian 3/4 terakhir, aku dah jadi fed-up. 2 bintang pun ok la; 1 untuk isi yang baik, 1 lagi untuk cover yang cantik. Sekian.
Buku ini dibeli pada awalnya kerana tertarik dengan tajuk, tengok pula isi dalam ada senarai nama tokoh-tokoh yang memang ingin saya kenali lanjut. Ya antara sebabnya juga dalam buku ini juga ada dikupas tentang Al Farabi.
Buku ini kategori buku ringan, pengenalan kepada tokoh-tokoh dunia sejak dari zaman dahulu sehingga terkini yang mempelopori teori-teori politik.
Memang sangat ringkas buku ini, ala-ala macam buku 25 Filsuf Mat Luthfi. Memang penulis pun menyatakan memang buku ini ditulis mengambil inspirasi buku Mat Luthfi itu.
Bacaan santai yang baik untuk mengenali tokoh-tokoh yang mungkin kita hanya dengar nama mereka sahaja sebelum ini.
Ya, saya suka membaca sisi pandang yang lain tentang Machiavelli, idea-idea Thomas Hobbes dan John Locke dan sudah tentu Al Farabi. Dan seronok berkenalan dengan tokoh-tokoh lain juga.
Cuma, memang tak cukuplah sekadar baca buku ni. Memang kena baca lagi buku-buku lain untuk lebih memahami dan mengenali tokoh-tokoh ini.
Satu buku permulaan yang baik bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam teori politik. Buku yang sangat padat dengan maklumat dan informasi.
Pada bab pertama penulis cuba menggunakan kaedah penceritaan di mana beliau dan Plato berbincang mengenai teori2 politik Plato cumanya, kaedah tersebut tak banyak beza pun daripada kaedah penjelasan untuk bab2 yang lain kerana formulanya hanya, tanya, jawab, tanya jawab. Saya lebih gemar dengan kaedah penjelasan untuk tokoh2 lain yang bersifat terus namun saya faham cubaan penulis untuk menarik minat pembaca.
Penulis juga dicadangkan untuk meletakkan nota kaki untuk istilah-istilah asing kerana saya difahamkan buku ni untuk orang yang baru bermula jadi lebih mudah untuk mereka memahami isi kandungan buku ini seperti istilah 'borjuis'.
Satu bab yang kurang digemari saya adalah di mana penulis cuba menghuraikan teori Matthew Arnold tentang 'kebudayaan'. Definsi kebudayaan di sini tidak dijelaskan dengan baik sehinggakan sampai habis bab pun saya tak dapat tangkap apa yang mahu disampaikan. Mohon penulis lebih spesifik dalam menjelaskan perkara yang abstrak sebegini. Ataupun saya saja yang tak faham. Hehe.
Bacaan santai tentang teori politik oleh ahli-ahli falsafah terkenal. Tertarik sebab ada Al Farabi. Bab pertama tentang Plato begitu krik-krik sekali. Hilang terus minat baca pasal Plato. Faham tujuan penulis untuk membangkitkan mood membaca bukan fiksyen dengan memasukkan elemen fiksyen namun agak janggal. Lega kerana bab kedua dan seterusnya tidak begitu.
Nasihat saya kepada penulis agar teruskan menulis. Untuk buku-buku yang bermodalkan politik dan falsafah sebagai topik utama; penggunaan perkataan senang faham sangat ngam dan bersahaja. Lagi-lagi untuk orang buta politik dan falsafah seperti saya. Buku yang ringkas, senang faham dan cepat je saya habiskan. Kekuatan buku ini terletak kepada kebolehan penulis menerangkan siapa sosok tokoh sehingga pembaca berasa 'ohh aku pernah dengar fasal tokoh ini'. Misalnya penulis buku The Prince, nama Al-Farabi, pelopor sistem kapitalis; nama-nama yang sering didengar dalam kehidupan (lagi-lagi kalau kau pelajar) tapi tak pernah terlintas pun mahu cari siapa mereka. Jujur di awal cerita Zairi bertemu Plato tu sangat janggal sehingga saya menutup buku dan tidur — namun kesan penulisan yang baik di muka surat seterusnya membuatkan saya rasa tak apalah, tutup je lah sebelah mata. Tentang typo dan proofreader tak buat kerja; saya okay sahaja. Teman saya pernah beritahu, untuk buku yang pertama, kalau kita tunggu sampai perfect; selamanya kita tak akan menulis buku.
Buku ini sesuai dibaca untuk yang membenci dan tidak mahu ambil tahu mengenai politik. Buku ini sedikit sebanyak meluaskan dan mengubah landskap seseorang yang berfikiran politik ini sempit. Politik dapat ditakrifkan dan diaplikasikan dalam banyak benda sama ada ekonomi bahkan perkara yang lain terdapat politiknya tersendiri.
Dengan menampilkan tokoh-tokoh pemikir Barat dan Negara Arab ( walaupun seorang sahaja), buku ini memberi cahaya lebih untuk mengetahui serta mendalami pemikiran pemikir yang hebat ini.